Fuhh..fuhh..dua bulan blog sepi terbiar! sadis sungguh rasanya..kali ini blog tidak berupdate adalah bersebab..apa sebabnya? nanti ahkak bagitahu di lain entry ya..ayoyo sebabnya sahaja boleh buat 1 entry kah?..hewhew ;))
Awal bulan April lepas..dapat terima kejutan dari si suami yang jauh beribu batu..
en.suami : "ada tenet tak? nak wasap ni"
si isteri : "takde..nape..cakap je lah" dalam hati tiba2 rasa berdebar! seriau.
en.suami : "b, dapat tukar!"
terus si isteri menggelabah cam nampak hantu kelaparan..
si isteri : "dapat tukar mana?"
en.suami : "KL"
si isteri : "betul ke? cam tak caya je? rasa diri nak melompat2 katak dah ni
en.suami : "betul lah..dah keluar nama..lapor diri 16hb 4 ni"
habis call ngan suami..lepas 5 minit ain call balik suami..tanya bebetul.."betul ke ni dpt tukar?"
takut kene panggilan hangit dari suami..hahaha
Macam bermimpi disiang hari..betul kah? rasa nak nangis, terharu, sebak suma ada..suami yang tukar, isteri excited! haha terus bagitahu mak cakap "sahir dapat tukar..rezeki anak"..ikutkan hati rasa nak bagitahu satu kampung sambil kayuh basikal..ok merepek! :))
Alhamdulillah..syukur doa kami suami isteri, mak, ayah selama ini termakbul juga akhirnya untuk dekatkan kami sekeluarga kecil..penantian yang berbalas! pandang wajah anak si kembar berdua tu.."lepasni tak perlu lagi kita berjauhan beribu batu dengan papa..tak perlu lagi kita memendam rindu lama-lama dekat papa..tak perlu bervideo call setiap hari dengan papa..tak perlu naik bas jejauh nak jumpa papa..sebab lepasni papa akan ada selalu depan mata kita, akan disisi bila kita perlukan papa..terima kasih Allah diatas nikmat ini!"
Sekarang hampir 3 minggu kami sekeluarga dapat tinggal bersama, syukur! cukuplah 4 tahun berjauhan banyak mengajar kami suami isteri erti ketabahan, kekuatan, kepercayaan dan kesetiaan..walau kadang-kadang selalu je pun gaduh2 manja dalam hp sebab ain memang selalu pushhh hubby suruh balik..ye lah tengok orang lain best suami ada depan mata..kita ni nak jumpa suami tunggu 2 minggu atau sebulan baru jumpa..mahu tak keruan hati..ngehhh paling sedih bila setiap majlis atau kenduri saudara mesti diorang akan tanya "mana cik abang?" sedih! dah tahu kami berPJJ tak payah lah tanya..sentap mak! huhu
Ya..setiap ujian yang Allah berikan pasti ada hikmah disebaliknya..
hikmah yang akan kita rasai kemanisan dihujung
selepas kepahitan yang ditempuh pada awal permulaanya.. ;))
4 dalam 1
dari berkawan, bertunang, berkahwin, ber"anak"
Anugerah tidak ternilai :))
Nota Syahnia : Dimana usia perkahwinan menjangkau 2 tahun..baru sekarang dapat menjalankan tugas2 isteri sepenuhnya pada suami tercinta..adat hidup sebelum ini berPJJ..hanya menjadi isteri hujung minggu atau hujung bulan sahaja..anak-anak skang pun pantang papa takde.. "appa..appa" panggil papa! hehe
9 comments:
alhamdulillah hikmah yg x ternilai ...
wah, tahniah kak..mesti happy sgt2 kan sbb sy penah merasa berpjj time pantang itu ari je, mula2 tu mmg tiap2 mlm nangis dk teringatkan suami yg balik 2 mggu skali tu..hehehe
wahh...tahniah husband ain...akhirnya dpt tukar jugak...dpt tukar kat area mane??
tahniah yer..dugaankan duk jauh2 ni
http://adna2029.blogspot.com/2014/05/mini-giveaway-kcolly-by-syiera-firdaus.html
Tahniah ain..akhirnya kan ^_^
Aiinn..congrats..sonoknya dh xpjj. Bestnya. Hope nida n husband pon dapat dok dekat, dah 2thn stengah berpjj ni,huu..
wahh..Alhamdulillah..rezeki anak =) happy si kembar yer..nanti leh jalan2 ngan papa n mama sama2 =)
Alhamdulillah kak... L ma kita xberaembang..hehheeh :)
Alhamdulillah.. Bkn sng nak ddk jauh2 ni.
Post a Comment