Friday, 12 May 2017

Kelahiran Anak Ke-4

Assalammualaikum dunia!

Sekian lamanya tak berblogging..tuptup harini ahkak muncul balik dan terasa jari jemari seperti kaku untuk membina ayat..apakah? hehe

Alhamdulillah syukur kepada Allah..ain dah selamat melahirkan anak ke-4 iaitu seorang hang jebat selaku hero mama yang telah digendong dalam perut selama 40 minggu 6 hari! baby overdue taw ;)

Baby overdue mama ;)

Due date 24 April 2017..tapi baby nak pilih tarikh lebih cantik iaitu 1 Mei 2017 baru nak keluar itu pun secara paksa masuk ubat (induce)..lepasni setiap tahun sambut birthday seluruh 1 Malaysia cuti meraikan sebab cuti umum hari pekerja kan..huhu

Cerita pengalaman bersalin akan diupdate kemudian hari yea..sebab nak ingat balik saat2 getir dan trauma masa nak keluarkan jebat sorang ni..terus rasa cukup lah taknak beranak lagi dahh!!! haha

fresh dari perut mama!

Baby Boy, 1 Mei 2017, Normal, 
3.4 kg, 02.02 am
Hospital Sungai Buloh, Selangor


OK cukup setakat ini..nak sambung rehat untuk hari ke-12 berpantang..cepatlah 44 hari..huhu

Thursday, 3 March 2016

Ulangtahun Perkahwinan ke-4

Syukur..usia tempoh perkahwinan yang genap ke-4 tahun pada harini..pejam celik pejam celik tuptup dah 4 tahun..lagi 1 tahun cukup 5 tahun lepas fasa alam pertama perkahwinan..

Fasa 1, 1 – 5 tahun pertama perkahwinan
"Tempoh mengenali pasangan bila sudah duduk sebumbung. Pada masa inilah paling banyak dugaan antaranya sukar  faham sikap pasangan, masalah kewangan, mentua, anak kecil dan banyak lagi. Dalam fasa ini perlu banyak toleransi, berbincang dan paling penting sabar."

Betul apa yang dinyatakan sifat-sifat berumahtangga pada fasa pertama ni..yang penting cara pasangan tu sendiri bagaimana cara untuk mengawal sesuatu keadaan yang sedang terjadi? dan bagaimana cara penyelesianya? bukan dengan cara cepat melenting atau terlalu ikut mengikut emosi..peace ;)

Gambar kenangan kawen yang akan ditatapi sampai ke anak cucu cicit ;D
3.3.2012 - 3.3.2016



Nota Syahnia : Kadang-kadang pahit, kadang-kadang manis itu biasa..tapi biarkan manis itu lebih banyak dari pahit ye..nasihat ahkak yang baru 4 tahun kahwin ni..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...