Pagi tadi masuk ofis seperti biasa..dalam 8.30am baru nak melangkah ke toilet ofismate cik ain di tingkat 5 call "dik..ada rasa gegaran tak??" *suara cemas* cik ain cuba berdiri tegak sebab nak rasa gegaran tu..memang sah terasa sangat gegaran! badan ke kiri kanan..rasa goyang..cam pening2..sedangkan ditingkat 5 boleh rasa gegar apantah lagi kiteorang yang kat tingkat 15 kan?..staff ofis sebelah dah kecoh2 suruh turun berkumpul kat lobi bawah bangunan..apa lagi cepat2 oh capai beg tangan..kunci kereta pastikan ada dalam beg tangan!..apa2 kes boleh terus zzzuuppp cabuttt lari..hihihi
semua kakitangan diarah untuk berkumpul di dataran SUK
teringat plak masa latihan kebakaran sekola dulu2..
seronok betul tak berlajar kan! haha
abang2 bomba datang untuk buat
pemeriksaan kesalamatan bangunan
adalah dalam 1/2 jam kami menunggu didataran..huhu
selepas terima arahan bangunan dalam keadaan selamat kami semua balik ke pejabat masing2 dan memulakan tugas seperti biasa..lemau je rasanya..sehinggalah cik ain beli makanan di cafe dan makan di pejabat..anggaran 11.00am camgitu lah *terlupa nak tgk jam*..huhu baru sahaja selesai makan tetiba sorang akak ofismate menjerit "eh..ada gegar lagi lah..rasa tak!!!" cik ain yang masa tu tengah mencangkung menggodek cd dalam almari..da memang rasa terhoyong hayang n badan rasa bergoyang *sampai skang terasa je badan kekiri kekanan* huhu dan kami diarah turun untuk kali ke-2..
dapat tangkap gambar bangunan separuh je..
gayat lah dik noi!
kali ni berkumpul lebih lama sehinggalah semua kakitangan diarah untuk berkumpul mendengar pengumuman dari Dato'SUK..semua dah excited harap2 dapat cuti kecemasan half day..semua muka hapyy..sekali Dato' cakap "semua kakitangan boleh masuk semula ke pejabat jam 2.00pm!" terus masing2 huhhh??? hampa! *lain kali jangan kuat berharap yea* ;)
tengok jam baru pukul 12.15 dan diberi arahan oleh pegawai bomba untuk tidak dibenarkan sesiapa pun masuk dalam bangunan sehinggalah 2.00pm..takkan nak terpacak lagi teruslah cik ain n the geng ofismate melangkah cuci mata kat plaza alam sentral *dapatlah isi perut makan aiskrim McD dan pepsi KFC* sampailah pukul 2.00 petang balik semula ke ofis..
notasyahnia : sampai sekarang cik ain masih belum dapat kepastian dimana tempat yang dilanda gempa bumi tu..katanya di Indonesia..tunggu saja berita malam ni..dan begitulah kejadian bencana alam tiada siapa yang dapat mengetahuinya bila dan dimana? mohon negara kita akan sentiasa dalam perlindungan-Nya..aminnnn


















