Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label * SuAMi IsTeRi *. Show all posts
Showing posts with label * SuAMi IsTeRi *. Show all posts

Friday, 19 July 2013

Cinta cintun 7 tahun lepas



Gambar 7 tahun lepas..first date dengan en.suami..eh masa ni sudah tentu belum kahwin..kira baru cinta-monyet gitu! masih bersekolah, ain di tingkata 5 dan suami di tingkatan 6..balik dari sekolah janji nak makan sesama kat pekan..ohh bertapa excitednya hati rasa mahu lompat bintang sampai ke bulan..hoho pergghh masih hingusan lagi dah pandai nak dating-datingkan..hukhukk

Tapi cakap awal-awal dengan suami "kita kawan dulu yea, lepas sy habis exam SPM baru kita couple" boleh camgitukan..en.suami pun OK je ;))  Gila tak segan makan depan dia masa ni..nak hirup kuah laksa tu pun tersipu-sipu malu *pipi dah merah2 cover malu punya pasal*..pertama kali youu..nasib baik ada BFF aka cik dayah n cik nolin temankan..diorang haruslah dimeja belakang cover apa yang patut..kira cam bodyguard tak bertauliah..diorang jugalah saksi hubungan percintaan kami dari sekolah, bertunang, berkahwin dan sekarang sudah beranak pinak pun..

Sungguh tidak disangka, cinta monyet akhirnya sampai ke jinjang pelamin..moga cinta ini juga akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan juga ke jannah..insyaallah..yang pasti bercintalah kerana Allah..kerana Dia, datangnya cinta setia antara kami berdua..




Nota Syahnia : Ohh tetiba terasa rindu sama en.suami yang jauh beribu batu..balik cepat sygg, mahu shooping baju raya anak-anak ni tidak lupa baju omaknya sekali yea..heh >__<

Tuesday, 17 April 2012

Kehidupan selepas kawen yang best ^____ -

Hai korang..ain curi masa hapdet blog sambil2 buat kerja..lagipun bos takde..kalau ada memang susah sikit nak bergerak kemana..huhu ain rasa sesiapa yang baru atau sudah lama berkahwin mesti akan terdetik "menyesalnya aku tak kawen awal2 dulu!" ok bukan ayat ain ini adalah ayat my boss..bila bos tanya "ain best tak kawen?" terus ain cakap "besttt!!!" haha

meh nak share kehidupan selepas kawen yang best! 
*amaran: budak bawah umur tunggu cukup umur baru leh tawen yea >__<*

sebelum kawen = tak bole pegang2 tangan depan orang sebab haram bukan muhrim dan kalau berdating mesti terima pesanan penaja dari mak suruh balik awal sebelum malam..tak manis anak dara keluar sampai lewat malam!
selepas kawen = boleh pegang2 tangan masa shoping2 atau keluar jalan2 nak peluk pun bole *tapi en.suami sangat malu utk lakukan aksi begini* merajuk si isteri ^__^ dan boleh keluar dating sampai tengah malam kalau larat sampai subuh takde siapa nak marah sebab terikat dengan kekasih yang halal..bestkann

sebelum kawen = memalam tidur sesorang berpelukkan bantal dan selimut busyuk..untung nasib adalah seekor kucing temankan tidur sekali..huhu
selepas kawen = yeahhh dah ada teman baru tidur sebelah..boleh buat bantal peluk atau bantal kepala pun..paling best tidur berlengankan tangan suami..suka tenung muka suami tidur..insyallah lebih berkat pahala pun dapat ;))

sebelum kawen = hanya ada sorang mak dan sorang ayah..takde adikk pun..
selepas kawen = sekarang dah ada 2 mak dan 2 ayah..paling untung dapat 4 orang adik ekspress..walau adik2 ipar suma lebih tinggi dari ain yang agak tak berapa nak tinggi..hehe teruja nak 1st raya umah mak mentua! wahh bertambah banyak sanak saudara dan sepupu baru..ecehh

sebelum kawen = solat sesorang..beribadat sesorang..
selepas kawen = yeahh sudah bersuami yang tolong ingatkan solat kalau si isteri sibuk dok layan blog..hehe paling bestt bila suami tercinta berkain pelikat dan bersongkok menjadi imam untuk mengimamkan solat kita..tambahan pahalanya setiap perkara yang dilakukan selepas kawen pun akan berganda..alhamdulillah..

sebelum kawen = sangat2 terbatas kalau mahu mengadu sakit, nak kongsi cerita peribadi atau nak manja merengek lebih2..sebab takut kalau si lelaki itu belum pasti akan menjadi suami kita..
selepas kawen =  boleh cerita masalah, suka, duka bersama en.suami dari A sampai Z menangis sampai berhingus sekalipun suami akan tetap setia mendengar..kadang2 sampai tertidur2 en.suami..paling best dah ada penasihat untuk ain ;)

sebelum kawen = tak rajin memasak sangat..sebab selalu hanya pikir untuk makan diri sendiri je..lagi2 hidup bujang..meggi cup 1 bungkus cukup untuk makan malam..haha
selepas kawen = sekarang rajin masuk dapur cuba pelbagai masakan..alhamdulillah en.suami sangat tidak cerewet bab makanan..sebab dia tahu isterinya akan merajuk guling2 kalau cakap masakan dia tak sedap *ok tipu*..hikhik lepastu mesti tanya "cygg..sedap tak syg masak?" -__^ apapun mulakan masakan dengan membaca selawat dan doa..insyallah itujuga ada ganjaranya dari Allah..nota tambahan: bercita-cita mahu menjadi pakar cheff untuk suami! juara master cheff yg ke-2..haha *berangan*




dan palinggg besttt selepas kawen, ain sangat berselera makannya..segan bila kawan opis tegur "ain..pipi ko dah tembam lah!" *sambil cubit pipi kiri ai* auhhhh sungguh senang hati en.suami kalau tahu..pandai jaga isteri dia ;))


"Seandainya...disaat anda dinikahkan/menikahi...anda letakkan matlamat anda untuk menjadi suami/isteri yang terbaik untuk beri yang terbaik kepada pasangan...dan berjanji untuk sama - sama memperbaiki diri dan mendalami Islam dengan lebih dalam...maka...insyaALLAH..anda akan jumpa nikmat dan indahnya perkahwinan....

Bagi yang belum berkahwin dan sedang hangat bercinta...segerakan pernikahan...moga anda juga dipilih ALLAH untuk merasai nikmat dan indah perkahwinan itu...."




Nota Syahnia : Alhamdulillah..ain ketemui bahagia dan indahnya berumahtangga kini, ain doakan kawan2 juga ketemu perkara yang sama..jika ia dilakukan kerana Allah insyallah hasilnya juga akan sentiasa diberkatiNya..

Thursday, 29 March 2012

RinduNya Seorang Isteri

Yuupp..seperti tajuk diatas..sudah hampir 2 minggu berlalunya ain tak ketemu sama en.suami..hati yang merintih sape yang tahu kan..uwahhhhhh..okey cukup tak baik untuk kesihatan jika terlalu stress..cewahhh apakan daya tanggungjawab dan tugas yang digalas demi negara harus diutamakan dan terpaksa kami menggunakan sistem Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)..seorang di pantai timur dan seorang di barat.. ;(  mungkin sudah terbiasa sebelum berkahwin kami bercinta dan bertunang jarak jauh selama 2 tahun so, ain tidaklah terlalu terasa berjauhan cuma selepas berkahwin situasinya agak lain sedikit..mesti nak call n videocall hari2 ;))


saya rindu saat ini, ketika bermadu bulan, ketika merah inai masih terukir


Isnin lepas, ain memang nak ke bustesen beli tiket bas balik terengganu ke tempat en.suami..TuPtUp en.suami call cakap dia nak balik jumaat ni (esok) ambil ain sekali nak bawa barang2 kelengkapan rumah ke sana..yahuuuuu terus bebunga2 hati ni.. ;)) alhamdulillah, en.suami dapat menyewa rumah di kuala terengganu untuk kemudahan jika ain pulang kesana..tidak perlulah dok hotel yang sewanya sehari semalam sudah seratuss,rugi2 baik sewa rumah sendiri sebulan baru 3**  ^__^



Nota Syahnia : Orang kata bila berjauhan..semakin rindu..semakin sayang..yeker?? tapi ain sedihhh sebab hanya dapat jalankan tanggungjawab seorang isteri dihujung minggu saja..moga kami dapat hidup bersama 1 hari nanti..caiyokkkkk ain! hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...