Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label * TiPs PaNdUaN *. Show all posts
Showing posts with label * TiPs PaNdUaN *. Show all posts

Friday, 16 January 2015

Petua elakkan/kurangkan sakit kuning baby!

Nekadkan hati untuk buat entry pertama ditahun 2015, kalau tak memang tak menyempat memanjang..huhu kali ni terasa nak kongsi dengan bakal2 mummy yg bakal melahirkan baby 2015, bolehlah cuba petua ni kalau mummy2 nak elakkan atau kurangkan sakit kuning/jaundis baby!

Masa anak pertama, biasalah semua pengetahuan pasal bab2 ibu dan anak adalah kosong..takde pengalaman kan..kesian kembar kene sakit kuning tinggi sampai bermalam kat hospital dok bawah lampu! masa ni hati mak terpaksa kental dan pasrah bila tangan/kaki anak dicucuk amik darah berulang kali, nangis ;(

Masuk anak kedua, kira dah boleh jadi taiko..hakhak sebab dah tahu apa nak buat pada anak kedua untuk elakkan/kurangkan sakit kuning berdasarkan dari pengalaman anak pertama..ffuuhh dah cam penganalisis gaya omak ko ni..haha

Alhamdulillah, apa yang ain buat pada anak kedua dapat elakkan dari bacaan kuning terus tinggi dan terlepas dari digolekkan dibawah lampu..ko ingat ayam golek apa? mihmih..Nurse desa suruh p check juga kat klinik..kot2 lah ada kan..fisrt bacaan 166.1, kali kedua turun jadi 127.8, nak ikutkan dah tak payah check lagi tapi doc suruh buat lagi sekali kot2 bacaan jadi naik disebabkan umur baby baru nak masuk seminggu..kali ketiga bacaan turun lagi kepada 126.7, pergghh best giler bila doc cakap "ok puan dah tak payah dtg lagi ye" lega n syukur! sambil senyum lebar ;D


Apa petua yang ain amalkan? 


1. Beri susu ibu sepenuhnya n sebanyak mungkin.

~ Memang Doktor n Nurse akan sarankan "sila bagi susu badan banyak2 ye puan nanti kuningnya kurang" memang tak dinafikan susu ibu pun boleh jadi penawar kan..Baby yang kene sakit kuning/jaundis memang akan tidur sepanjang waktu..time ni omak2 memang bestlah kan boleh rehat panjang..ooppss tapi sangat tak baik sebab boleh menggalakkan lagi bacaan kuning jadi tinggi taw..so, apa yang ain buat adalah pam susu badan masuk dalam botol susu n terus suakan kat mulut anak..automatik, anak akan hisap walau matanya pejam..sebab kalau bagi terus direct, anak takmo buka mulut..dia lapar tapi lagi best pilih tidur gitew! bagi botol susu terus nyonyot..so, bagi lah susu badan sekerap mungkin!

ain balik hospital terus ajar anak hisap botol susu taw, senang nak tinggal kemana2..haha


2. Beri air rendaman halwa kundur.

~ Petua ni ain dah terlambat berikan pada anak pertama si kembar dulu..dah balik rumah lepas dok bawah lampu bermalam dihospital baru ain bagi air halwa kundur..kira nasi dah jadi bubur, mak ko baru nak menggelabah! hehe tapi lepas bagi terus bacaan menurun..so, pada anak kedua..ain cuba nak elakkan dulu dari merawat..balik bersalin dari hospital, esoknya ain terus bagi air halwa kundur..alhamdulillah, anak kedua cuma kene cucuk amik darah 3x je..itupun bacaan kuning sangat2 rendah..ain terus amalkan sampai nak masuk umur sebulan..

 siap ada harga lagi tu! murahkan?


Caranya : Isikan air masak dalam botol susu dalam 3-4oz..lepastu masukkan halwa kundur dalam 3-4 biji n goncangkan..dan boleh berikan pada anak..ain selalu beri pada waktu tengahari sulamkan lepas anak minun susu..lagi kerap bagi lagi bagus!

Beli dimana? : boleh beli kat pasaraya Spedmart atau kedai2 runcit..ain selalu beli kat Sperdmart je

p/s: Kakak n adik ipar berikan pada anaknya pun bacaan kuningnya baru menurun kalau tidak asyiklah makin naik! apa2 pun kita ikhtiar ok ;)


3. Mandikan dengan air rebusan herba baby jenama TYT.

~ Masa anak pertama ain langsung tak tahu pasal kewujudan produk ni..sampailah kakak ain yg ke-2 mandikan herba ni kat anaknya yang beza cuma 2 bulan awal dengan anak kedua ain..dia cakap lepas mandikan anaknya dengan herba ni terus bacaan kuning turun sekali banyak..apalagi sebelum anak ain kene check untuk pertama kali, ain dah mandikan dulu dengan air rebusan herba TYT..kira sediakan payung sebelum hujan! haha syukur bacaan memang tak tinggi malahan setiap kali check bacaan kuning makin menurun..mak tarik nafas lega nakk!

kotak luaran!

dah siap peket2..senang!


Caranya : boleh rujuk pada kotak tersebut

Beli dimana? : boleh beli kat farmasi cina..kalau susah nak cari, meh ain tolong belikan..hehe


4. Tidurkan/letakkan anak di tempat yang terang bercahaya.

~ Kalau anak dah kene kuning takmo letak kat tempat gelap2 ye..letak kat tempat dekat dengan tingkap bagi sinaran cahaya sikit..ain dalam pantang bentang tilam kat bawah tingkap, duduk bersandar didinding sambil susukan anak..relakss ;)


5. Elakkan pakaikan baju/kelengkapan serba kuning pada baby.

~ Kalau nak tahu bilik tidur ain adalah bercat warna kuning terang okeyyy..memang awas kalau sesiapa bawa anak masuk bilik dalam tempoh baby dikhuatiri kene kuning..dah nak dekat sebulan baby baru ain bawa anak golek2 atas tilam dalam bilik..suami siap perli "eh mana boleh bawa anak masuk bilik, kuninggglah" haha baby dah besar, dah boleh sayangggg ;D




Ok mummy2 semua, 5 ni je lah petua yang ain amalkan untuk anak kedua..dan ain amalkan selepas balik bersalin dari hospital n sebelum check kuning pertama kali di klinik kesihatan..alhamdulillah, sangat nampak kesan positifnya..tapi bergantung juga pada tahap keserasian anak2 mummy ye..tak semua baby samakan? yang penting kita usaha dan tawakal..insyallah.

Tuesday, 31 May 2011

Petua kecantikan untuk yang anti produk muka..boleh try!

Harini cik ain nak kongsikan segala petua yang cik ain pernah cuba waktu disekolah menengah dahulu..zaman sekolah menengah dulu wajah cik ain pernah ditumbuhi masalah jerawat yang agak teruk sampai cik ain rasa putus asa dengan segala produk yang ada..semua produk dicuba tapi tak jalan tetap beranak pinak  segala  bapak, mak, anak2 jerawat dimuka..


haisshhh malu nak bersosial taw.. ~_~

kakak selalu cakap
"ala biasalah perubahan hormon remaja lah tu!"


masa sekolah dulu mana ada duit nak beli produk mahal2..duit belanja pun cukup2 makan..cik ain  lebih banyak amalkan petua2 nenek moyang je..kenapa orang dulu2 muka bersih walhal tak perlu pakai produk muka mahal2 pun? sebab dulu takde mcd,pizza,kfc bagai *pang* ada kaitan ke? hihi

bila saudara, makcik dok tengok muka cik ain berjerawat dan kulit yang kusam..diorang suma bagi petua macam2 untuk kecantikan kulit..wahhh jadi bahan perhatian gitu! jiran sebelah umah pun bagi petua juga..anak sedara plak asyik membuli "maksu nape muka maksu banyak jelawat?" walau sebutanya jelawat bukan jerawat tapi tetap sentap dihati! huhu


antara petua kecantikan/hilangkan jerawat 
yang cik ain amalkan seketika dahulu..


1. Sengkuang
~> parutkan sengkuang, ambil airnya dan dibiarkan untuk berapa minit, selepas itu,  pati sengkuang akan mendak dibawah..ia kelihatan seperti bedak sejuk yang telah dicampur dengan air..ambil pati sengkuang tersebut lalu tempekkan dimuka / kawasan berjerawat..*dulu hari2 mintak ayah belikan sengkuang dengan apek jual sayur*
fungsi : hilangkan jerawat, melicinkan kulit



2. Kunyit hidup
~> tumbuk kunyit hidup menggunakan lesung batu dan tempekkan di kawasan yang berjerawat..jangan fobia jika jari jemari, lesung batu, kulit muka menjadi kuning yea ;) *tapi jangan terbeli serbuk kunyit adabi pulak erk!* 
fungsi : hilangkan jerawat


(sumber : google)



3. Putih telur & limau nipis
~> bancuhkan putih telur dan air limau nipis yang diperah..gaulkan dan sapu diseluruh muka..buat seperti mask muka..bahagian yang berjerawat akan rasa pedih sedikit *kuning telurnya boleh digoreng untuk juadah dinner nanti*
fungsi : hilangkan jerawat, membersihkan dan menegangkan kulit



4. Kulit pisang emas
~> sapu dan gosok2 dikulit muka menggunkan bahagian dalam kulit pisang *sambil gosok sambil makan buah pisangnya* pasti enak!
fungsi : hilangkan jerawat, melicinkan kulit



5. Daun pegaga kampung
~> tumbuk daun pegaga dan tempekkan dimuka atau kawasan berjerawat..lebih bagus jika dikunyah lalu dimakan..*kerap makan daun pegaga masa nak dekat2 exam dulu*
fungsi : menghilangkan parut jerawat, kecantikan dalaman *jika dimakan, menguatkan daya ingatan




dan akhir sekali..




(sumber : google)


6. Minyak angin cap kapak
~> cik ain selalu guna bila jerawat tengah masak..bila jerawat dipecahkan mesti akan bengkak kan?..sapukan minyak ini dibahagian jerawat yang tengah bengkak selepas dipicit tersebut..
fungsi : pasti kesan bengkak jerawat akan surut/kempis dengan begitu cepat..
*perhatian : pastikan buang nana pada 
jerawat yg masak terlebih dahulu!*


(sumber : google)

hai para lelaki sila paham jika wanita berdandan 
hampir 1 jam untuk bersiap.. ;)
wanita memang amat mementingkan kecantikan wajah
untuk siapa?..untuk pakwe, tunang, suami sendiri jugak kan..! hehe




notasyahnia : jika amalkan petua harus sabar dan rajin..mungkin kesan nya agak lambat namun baik untuk kesihatan kulit, asli tiada bahan campuran..tapi bila lama2 hasilnya tetap sama tiada perubahan mulalah beralih produk lain sebab tak sabar..kan! produk muka seperti jodoh..selagi tak jumpa yang serasi dengan kulit selagi itu lah kulit tak cantik2! haihhh sabar..sabar ^__^

Tuesday, 25 January 2011

5 tahun bersama...akhirnya berpisah jua..

Salam u alls suma..sudah cik ain takmau citer pasal tunang nanti korang bosan..bosan..kannnn sebenarnya kan cik ain sedih..sedih sangat2 setelah 5 tahun bersama akhirnya ditakdirkan berpisah jugak..maaf kan ain kerana telah berlaku curang..bukan cik ain minta menjadi begini tapi..ku serahkan segalanya pada takdir..sob..sob ;(





berdukacita lah kamu



wahai natasya



penjaga kulit wajah setia cik ain selama 5 tahun

hanya tinggal kenangan..hehe 



ku curang kepadanya kerana produk dibawah ini




Safi Balqis Perfect 10


ni suma gara2 hasutan amoi farmasi watson tu..aaiiyaaa kamu cube dulu loh pakai ini safi..balu punyeee..bagusss wooo..bla..bla !!!! terpinga2 lah cik ain ni mendengor memahamkan pelat2 cina dia tu..n angguk2 geleng2 kunun paham..kehkeh

kerana mau coba..cik ain try beli 1 set..lgpun memang nak buat untuk hantaran time tunang..


skang suda hampir 3 minggu lah cik ain pakai produk safi ni..dulu time skola pernah sekali pakai tapi safi yang biasa..terus berminyak2 n timbul jerawat2..tobat tak nak pakai dah..tu yang pakai natasya start ting.4  kesan positif!!! jerawat memang takot nak kuar..cuma negatifnya!!! pipi jadi kemerahan..lagi2 kuar umah time panas n belah malam..udah suma ingt ain pakai pemerah pipi..aiiiyyoooo..siap kene sound napa pipi ko merah2??? benci taw diam2 dah lah.. ok per merah2 ko ada ker!!! amik ko sebijik

skang sejak pakai safi ni..pipi ain dah tak kemerahan lagi..sukewww2..takde dah tumbuh jelawat nasi yang putih2 kat hidung tu..huduhh kulit muke dah nampak bersih..mungkin serasi dengan ain ;)


walau umur sudah 22 tapi ngaku masih belasan tahun...hehe..selalunya memang budak2 skola je pakai produk ni kan..tapi kerana serasi ngan kulit cik ain..mau  teruskan jugak..gerenti selamat tanpa bahan kimia..



~> mak n akak ain pun pakai
safi rania gold..pun ok jugak
tggu ain umo 30 baru tukar 
safi rania plak..hehe




notahatiain : memang payah nak carik produk penjagaan muka yang serasi ngan kulit kita..teringin nak kulit muka licin berkilat..puteh gebu2 gitu..pang!!!! alhamdulillah bersyukur dengan kurniaanNya.. ;)

Tuesday, 10 August 2010

~ SaLaM RaMaDhAn ~

Selamat Datang Bulan Ramadhan.....
Tanpa Disedari..
11 bulan banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan tak semua menyejukkan..
11 bulan banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan tak semua menyenang kan..
11 bulan banyak keluhan, kebencian, kebohongan menjadi bahagian dari diri...
saatnya istirehat dalam "perjalanan hidup"
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga..
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya..
saatnya memahami makna pensucian diri..
Selamat menunaikan ibadah puasa bersama kita leburkan kekhilafan..
Semoga dengan puasa mempertemukan kita dengan Keagungan LailatulQadar
Semoga kita semua menjadi pilihanNya untuk dikabulkan
doa-doa dan kembali menjadi fitrah...

 

"Selamat Berpuasa kepada semua"....

Wednesday, 14 July 2010

~ TiPs PeRciNtAaN jArAk JaUh ~

adA sesiApa yang tengAh bercintA jArak jAuh?
mUngkin rAmai jugAkan yAng mEmpUnyai cintA jenis jArak jAuh ini,
semAsa berjAuhan pAsti merindUi atAu mencUrigai mEngenAi si diA.
bEnarkah si diA jUjur dAn setiA dengAn andA….!!!!!!!!

Tips percintAan jArak jAuh
di adaptasi dari kisah percintaan jarak jauh 
diantara nek bayan dan tok bayan.....
watak hero --> tok bayan (en.syah)
watak heroin --> nek bayan (cik ain)

1. Anda harus sentiasa menghubungi si dia.  
(tak mau bia tok bayan yg slalu call nek bayan  ^__^)
Sekali sekala call si dia...
(boleh dpertikaikan..huhu..dasar tahi hdung masin..
 tokeyy balak pun bengkrapp ma mau topup je)
 dan selalu bermesej dengan dirinya..
(selalu je bmesej..bgn tido msj,nak bsiap msj,nak mkn msj,
nk mand pun sempat g bmsj..pagi,ptg,siang,mlm bmesej..tak suda2..
kemane ku berada dsitu lah hp disisi..
--->..syg je rasenye nak lpaskn hp tu..kalo boleh nak sntiasa gntung 
kat leher jadikan rantai..boleh tak?????

2. Jika anda mempunyai kelebihan budjet, 
anda bolehlah menggunakan 3G. Dengan 3G anda boleh 
menatap wajah si dia ataupun buat spot cek dimana dia berada. 
(gilo jelezzz smpai mau spot cek..buat ff je suda..
hp cik ain non ada 3G..hp cap ayam yg suda mau dipanggang 
mau ganti ngan hp ada 3G..hehe mau pjuk rayu tok bayan tuk belikan..
mane taw kat ganu lg murahhhh..sebiji 50inggit huhu)

3. Tunjukkan anda menyayangi si dia dan akan ada untuk si dia, 
setiap kali si dia call anda atau mesej anda, 
anda sentiasa dapat menjawab tanpa sebarang masalah
kecuali anda x perasan atau sibuk.
tapi jika seharian panggilan x dijawab, 
mesej tak berbalas mesti ada sesuatukan? 
(pantang je kalo tok bayan tu lambat reply mesej
mulalah pale otak ni pikir yg negatif jer..
nek bayan ni pun wat2 lah majuk..
jenuh lah tok bayan tu nak memujuk..kuanggg..kuangg)
 
4. Apabila hari2 penting hadir seperti hari jadi si dia, 
hantarkanlah hadiah buat si dia. 
dan sentiasa ingat akan hari yang penting dalam hidup si dia. 
berikan hadiah yang istimewa buat si dia
tak perlu yang mahal tetapi sesuatu yang ikhlas dari anda.
(besday tok bayan lambat g bln3 thn depan..
nak tunggu untuk besday nek bayan bln11 ni..
harap tok bayan sudi wat seprise..
balik selangor senyap2 taw2 dah ada depan pintu umah..
best!!!best!!! pasti akan melompat kgirangan..
tok bayan tolong bace pmintaan nek bayan sorang ni yea..huhu)

5. Jika si dia sakit, korbankan sedikit masa buat si dia.
Jika si dia sakit, janganlah anda pergi bersuka2 seperti keluar bersama teman2.
sebolehnya temanilah si dia, dengan call bertanya khabar.
ini menunjukkan biarpun anda berjauhan tetapi
anda sentiasa dekat dengannya apalagi dalam keadaan si dia seperti itu. 
(wahhhhh so romantik gitu..nanti nek bayan boleh tolong poskan ubat 
untuk kamu yea tok bayan..bile nek bayan sakit..kamu plak poskan ubat..
mau jadi bestfren ngan org2 yg keje kat pejabat pos tu nanti..
rase2 boleh tak kalo nak mintak poskan sekali tuan punye badan ke sane?????..
bole2 kalo muat masuk lam kotakk pos tu..hehe)

6. Anda dan si dia harus sentiasa berkomunikasi, supaya salah faham tidak terjadi. 
Jika anda syak akan dirinya, berbincang secara jujur jgn main tuduh melulu. 
Berfikir secara rasional dan pastikan anda tidak mengikut kata hati anda. 
Sesungguhnya untuk memusnahkan sesuatu perhubungan 
adalah mudah seperti menarik picu bom tangan.. 
( heeeeee takutnye..tak mau camni..tok bayan adalah seorg yg sangat penyabar..
tak cepat melenting..cool je memanjang..
tak cam gf die cepat je angin pusss2 melanda..nngerrrrrr)
 
7. Mengenali semua teman2 si dia, sapa yang rapat dengan si dia, 
dengan siapa dia keluar. bukan nak mengawal, 
tapi hanya mengambil tahu. Lebih baik mencegah dari merawatkan? 
cemburu tanda sayang tapi bila berlebihan menjadi racun plak.. 
(sebelum ni kawan2 skola n kawan2 ofis die
sume dah jadi kawan2 nek bayan gak..
lebih2 g ex-ofismate en.syah kat pej mb tu..
tok bayan sorg ni mmg tak suke merahsiakn kawan2 die..
tp kawan2 polis die skang..sorg pun takde kenal lagi..
harap2 tak ngajo benda yg bukan2..hari2 ajak p masjid takpe..hehe)

8. Anda juga harus melakukan apa yang anda ingin pasangan anda lakukan 
seperti sentiasa berhubung, tak cemburu buta, sentiasa ambil berat diri si dia 
dan tidak bermain kayu 3. Jika anda melakukan begitu,
pasti pasangan anda juga turut melakukan sedemikian. 
(pasti akan sntiasa bhubung..takde g dah org len yg hendak dihubungi..
hanya tok bayan sentiasa dihati..lalala)
 
9. Anda dan si dia harus sentiasa bertolenrasi, 
give and take dalam apa jua perkara. 
(sokonggg2..akan ditingkatkan lagi usaha untuk lebih 
memahami tanpa ada prasangke buruk je memanjang..
kalo tak cepatlah bkedut2 muke nek bayan nanti..
katakan tak nak!!!! harus pikir positif sentiasa..)

10. Dan semestinya anda harus sentiasa berdoa agar hubungan anda 
akan bahagia selalu dan semakin erat walaupun jarak beribu batu. 
seperti bait2 lagu dato' siti nurhaliza sutramaya
Jarak antara kita umpama pengukur pencintaan.. 
(selalu bdoa agar dperkuatkn lagi hubungan ni n 
harap tok bayan dapat dtransfer ke kg halaman..
biarlah berbakti di tanah kelahiran nye sendiri
tak mau lah p jauh2..ha cam dapat je kann..
plezzzz tok bayan tlg usahakan..
sape yg ada talian persaudaraan ngan ketua polis negara..
tlg angkat tgn atau kaki..mau mntak bantuan..bolehhh tak?????..huhu )




--> Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. 
Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia.
Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Wednesday, 9 June 2010

~ 10 PeTaNdA SI DiA JoDoH AnDa ^__^ ~


Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?????
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
4. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
5. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
8. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
9. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
10. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
“ Manusia merancang, Allah menentukan.”

Monday, 17 May 2010

~ CeRiAkAn HaRi DenGaN sEnYUmAN ~



sangat lah bagus kalau kita mulakan
hari2 kita dengan senyuman kan
dan senyuman itu adalah satu sedekah..

tak susah pun nak senyum...

senyum je
buat je mulut tu camni



tapi jangan lah plak terlebih senyum cam pakcik kat bawah ni yea

_

_

_

_

_



lagi2 kat tempat awam..sure2 orang akan ingat kamu
tak berapa nak betul..hehe


ain nak kongsi
10 Manfaat Senyuman
pada kamu semua



1. Senyum membuat Anda lebih menarik

Orang yg banyak tersenyum memiliki daya tarik.
Orang yg suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya nyaman dan senang.
Orang yg selalu merengut, cemberut, mengerutkan kening,
dan menyeringai membuat orang-orang disekeliling tidak nyaman.

Dipastikan orang yg banyak tersenyum memiliki banyak teman.

2. Senyum mengubah perasaan

Jika Anda sedang sedih, cubalah tersenyum.
Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik.
Menurut penelitian, senyum bisa memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.


3. Senyum bisa menular

Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang.
Orang disekitar Anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia

4. Senyum menghilangkan stres

Stres boleh terlihat di wajah.
Senyuman boleh menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih.
Ketika anda stres,ambil waktu untuk tersenyum.
Senyuman akan mengurangi stres dan membuat pikiran lebih jernih.


5. Senyum meningkatkan imunitas

Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik.
Fungsi imun tubuh bekerja maksimal saat seseorang merasa rileks.
Menurut penelitian, flu dan batuk bisa hilang dengan senyum.


6. Senyum menurunkan tekanan darah

Tidak percaya?
Cuba Anda mencatat tekanan darah saat anda tidak tersenyum
dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum saat diperiksa.

Tekanan darah saat Anda tersenyum pasti lebih rendah.


7. Senyum melepas endorphin, pemati rasa alamiah, dan serotonin

Senyum ibarat ubat alami.
Senyum bisa menghasilkan endorphin,pemati rasa alamiah, dan serotonin.
Ketiganya adalah hormon yg bisa mengendalikan rasa sakit.

8. Senyum membuat awet muda

Senyuman menggerakkan banyak otot .
Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift.
Dijamin dengan banyak tersenyum Anda akan terlihat lebih awet muda.

9. Senyum membuat Anda kelihatan sukses

Orang yg tersenyum terlihat lebih percaya diri,terkenal, dan bisa diandalkan.
Pasang senyum saat rapat atau bertemu dengan klien.
Pasti kolega Anda akan melihat Anda lebih baik.


10. Senyum membuat orang berpikir positif

Cuba lakukan ini :
 pikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah.
Penyebabnya, ketika Anda tersenyum,tubuh mengirim sinyal “hidup adalah baik”.
Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah.


lepas tahu apa kelebihan disebalik senyuman ni
mesti kita sentiasa nak senyum je kan ~lalala


tak kisah walau stress..sedih..susah hati..
btimbun2 masalah sekali pun 
ain tetap akan cuba paksa diri untuk selalu tsenyum

sekali pun sampai tpaksa kene buat camni
_
_


** tak kisah..janji happy **
<__>

Friday, 16 April 2010

~ Khasiat Buah Pisang ~







Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.






Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.






Tekanan:


Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.






PMS:


Lupakan pil-pil hospital makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.






Anemia:


Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.






Tekanan Darah Tinggi:


Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.






Kuasa Minda:


Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).






Penghadaman:


Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.






Keletihan:


Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.






Panas Jantung:


Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.






Demam Pagi:


Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.






Gigitan Nyamuk:


Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.






Saraf:


Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .






Obesiti dan Tekanan Kerja:


Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.






Ulser:


Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.






Kawalan Suhu:


Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).






Seasonal Affective Disorder (SAD):


Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.






Ketagihan Rokok & Tembakau:


Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .






Stress:


Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.






Strok:


Mengikut kajian dalam buku The New England Journal of Medicine, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!






Lain-lain Penyakit Kulit:


Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .


Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.






Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor






Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!







notahati : hakikatnya...ain mmg xsuka mkn pisang ni..cam kembang je tekak ni nak telan..ha sapa suka pisang tu teruskan lah mkn baik utk kesihatan anda..betul tak kwn2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...