Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label * QaiReeN *. Show all posts
Showing posts with label * QaiReeN *. Show all posts

Thursday, 18 February 2016

Kisah Anak-Anak

Salam dari mrs.syahnia...lamanya menghilang kan? dari hujung tahun 2015 sampai awal tahun 2016 adalah super duper sibuk dengan pelbagai urusan..dengan kerja kat pejabat sangatlah banyak oii sampai stress ahkak taw..balik rumah anak-anak plak rampas hp tengok video didi dan upin ipin..ggrrrr

Kali ni nak cerita pasal perkembangan anak-anak..dah lama sangat tak update pasal 3 heroin dihati ni kan?  tuptup kang terus update checkup mengandung anak ke-4..haha pengsann!

17.12.2015 tahun lepas, Birthday ke-3 tahun kakak kembar..takbuat birthday party pun, cuma beli kek dan sambut anak- beranak je..itu pun dah cukup happy untuk kakak kembar :D


Alhamdulillah anak kembar mama membesar dengan sihat
makin kuat bergaduh pun yee..suka buat mama jadi singa lapar
sekarang Februari, 2016 --> umur kakak kembar 3 tahun 2 bulan


"Eh adik Qela takyah lah kacauu!!!"
kata 2 orang kakak kepada adiknya ;)

Bermula hujung tahun 2015, kakak dan adik telah ditukar panggilan kepada Kak Long dan Kak Ngah..kebetulan masa dalam kereta, en.suami sesaja ajar anak kembar dia tukar kepda panggilan kak long dan kak ngah "kakak ni kak long taw, adik pulak kak ngah" lepstu dok tanya kat kakak "kakak ni siapa?" terus kakak jawab "ni kak longggg"...lepstu en.suami tanya adik plak "adik ni siapa?" sambil tunjuk diri sendiri "ni kak ngahhh" sejak dari tu terus diorg ingat dan bahasakan diri kak long dan kak ngah..tapi kadang-kadang makbapak nya tersasul jugak panggil kakak dan adik sebab dah biasa panggilan dari diorg lahir..hehe  ;))


Qaira plak dah berumur  1 tahun 4 bulan

Makin banyak akal, gigi dah ada 8 batang, suka memanjat almari, tak takut orang, kuat cemburu bila mama peluk kakak kembar atau anak orang lain..ain siap cakap dengan en.suami "tengok Qaira tu tak bagi mak dia pegang orang lain, dia tak tahu banyak lagi adik bawah dia nanti" haha..dan masih belum pandai cakap sangat tapi lasak no.1..sekarang ni dia ikut je mana kakak kembar main, dia pun akan menyibuk join sekali pastu menangis kene buli dengan kak long dan kak ngah..


gambar : Januari, 2016
payah sangat nak suruh anak-anak bergambar molek-molek
nak kene ikut mood heyy..mama ko nak cover cun pun payahh
haha


Begitulah hari-hari yang dilalui emak ber'anak' 3...melayan ragam-ragam anak yang semakin meningkat besar..kadang-kadang geram, kadang-kadang menghibur hati..hehe




Nota Syahnia : Insyallah, tahun depan akan sekolahkan kak long dan kak ngah tadika 5 tahun dan Qaira masuk taska 3 tahun sebagai harapan seorang emak.. :)

Thursday, 8 October 2015

3Q di Kid'z Paradise

Ini semalam punya cerita, freessh kata ko..kalau tidak 3,4,5 bulan dah basi baru nak update..haha kebetulan semalam en.suami off dah si isteri pun mintak cuti, maka nya jom lah kita bawa 3Q jalan-jalan, kerana cuaca diluar berjerebu kita buat aktiviti indoor sahaja ok! jom kita ke Kidz Paradise di Klang Parade..si kakak sibuk sangat selalu mintak main pasir-pasir..ha nah mama bawa main pasir tiruan plak..hihi


 3Q (QaireenQairinaQaira) si dara pingitan ;)
dah pandai posing 3 beradik ni,
 kalau ajak bergaduh pun lagi  pandai..hoho

Sampai di Kidz Paradise dalam jam 2.00 petang, sebelum masuk dah isi perut 3Q kenyang-kenyang biar diorang main dengan hati yang senang..hehe semalam nak pergi, kelmarin nya ain dah check kat Mr.Google..oh OMG harga untuk weekday dah naik dari RM 25.00 ke RM 28.00 untuk seorang kanak-kanak bermula umur 6 bulan ke atas dan PERCUMA untuk dewasa, kalau weekend dalam RM 40.00 seorang tak silap..pengsan! jadinya RM 84.00 lah kene bayar..mamapapa pejam mata je nakk oii ;))


 Tempat pertama diterjah!
dah selamat masuk dalam perut Qaira beberapa biji..huhu
dia sibuk lah sikit-sikit masuk dalam mulut, ingat beras agaknya! haha


Papa layan je anak-anak main
paling seronok hanya kami 1 family dan 2 anak cina
takde adegan rebut berebut


 Qaira ada kawan main, sama besar dengan dia jugak lebih kurang anak cina ni
anak cina ni pun suka datang dekat main dengan Qaira baling-baling pasir tiruan tu..ggrrr
Qaira pun terima dengan sukarelahati..haha

kakak kembar sibuk main berdua je kehulu hilir, mama papa pantau sahaja ;)

Untung lah korang nakk, lahir-lahir sahaja sudah ada kawan ;)


Syurga betul korang kan..
Macam makbapak korang tempah khas untuk korang bertiga je main..kihkih

oh ya, sotong besar belakang tu n buaian sentiasa berpusing ye ;)


 Benda alah ni pun berpusing, merengek2 lah Qaira ketakutan


Mana plak si kembar ni main..
Eh mana emak nya ni, tak nampak pun.. 


Mak nya sibuk dok bawah ni layan Facebook..haha
Wifi FREE katanya.. ;))


Dah penat main, masing-masing datang kat mama mintak susu
Bilik menyusu pun disediakan taw, siap ada sinki, pemanas air~

Dah kenyang menyusu sambung balik main kat pasir tiruan tadi tu, kira check point terakhir sebelum beransur pulang, papa dah jeling-jeling tanda isyarat ajak balik nak elak jalan jem dari warga kerja pulang pejabat..huhu lagipun cam dah bosan je dok lama-lama main benda yang sama..haha


Sibuk jugak mak 3Q nak main, sebab tak pernah merasa main benda lah ni kekecik dulu..ppfftt


Jam 4.30 petang pulanglah kami balik ke rumah,
 eh tak terus datang rumah MIL plak lepak-lepak sampai malam ;)) 
masuk je kereta semua dah terlentok tertidur kepenatan...



Nota Syahnia : Begitu lah cerita 3Q di Kidz Paradise yang telah menghappykan diorang, 5, 6 tahun lah kita datang lagi ye..ooppss hihi ;))

Monday, 5 October 2015

Kenduri Kahwin Sepupu

Selamat pagi! mula-mula kita doalah moga cepat-cepat hilang jerebu ni yea..nak buat aktiviti luar pun jadi terbantut sebab sangat tak sihat untuk keluarga, apa ntah lagi untuk budak kecil..huhu tapi sabtu ahad semalam terpaksa juga bawa anak-anak keluar rumah sebab ada kenduri kahwin sepupu..majlis perkahwinan pertama pak mak saudara, harus lah datang kan! ;) sila lah bernafas sekejap gunakan insang ye anak-anak -__-" haha

Paling sedih en.suami takde semalam, kene outstation ke Melaka tapi sanggup balik sabtu tengahari dan malam sabtunya balik semula ke Melaka semata untuk hadir kenduri majlis kahwin ni..sayang kamu lebih en.suami taw >__< hari ahad terpaksa relakan en.suami bertugas kembali..sobsob..dengan ini si isteri kene lah jaga 3 heroin sesorang..ala ramai je anak saudara sepupu sepapat yang sukarela nak jaga 3 dak kecik tu pun..mak je emosi lebih! ppffttt lagipun tak dapat nak merewang sangat sibuk jaga anak sendiri je..huhu


 Dari kiri: Qairina, Mama, Qaira, Qaireen
papa tengok dari dlm hp je yea


Qaira & Zikri
Kami sepupu..lahir sama tahun, beza 2 bulan
 tapi tengok saiz badan cam kembar tak seiras..hihi


Tahniah Yan & Naz
cepat-cept dapat baby taw!
ggrrr

Ain pun sampai lambat dalam kul 11.30 pagi, nasib Qairina ikut nenek dulu, so ain kat rumah siapkan Qaireen n Qaira, itu pun dah hura-hara..si kecik tu kalau dah bersiap nampak mak nya pakai cecantik, pakai tudung selagi tak masuk kereta selagi tu lah dia merengek..kaki jalan betul!


Bersama dengan kakak-kakak sepupu
ini semua pantang nampak kamera..haha


Kami lagi..hehe


Anak buah lagi besar dari maksu nya -__- 


Nasib baik anak-anak sangat berdikari, ngamuk sikit-sikit je masa nak tidur
yang lain nya banyak main sendiri, Qaira plak bergilir sedara nak dukung
sempat lah mak berselpie..hehe

 
Bersama mak n abah ain ;))


Akhir sekali, bergambar dengan mak pak pengantin,
yang pak saudara tu, adik lelaki kepada abah ain..
 pengantin masa ni pergi outdoor kat pantai
pengantin tengah feeling-feeling bahagia...hihi




Nota Syahnia : Tahun depan pun banyak lagi majlis kahwin saudara kene join..hehe musim saudara mara berkahwin ;))

Friday, 25 September 2015

Pantai dan Waterpark di Lumut, Perak

Salam Aidiladha ke-2, meh kita sambung kisah percutian happy family syahnia ke Lumut perak! kan dah maklum on time encik suami sampai bersama dayang-dayang dan mak ain..jadinya kemain excited isterinya sebab tak payah tunggu lama-lama nanti lama-lama dikebas orang..ooppsss! ggrrr 

Sampai kat kereta si kakak terus terjah mak nya, si adik plak tengah tidur..paling sentap bila si kecik Qaira takmo dengan mak dia, bila ain dukung dia dok bantai cebik-cebik terus menangis meraung! terus bagi kat nenek baru dia diam..kamu kenapa wahai anak macam kene dukung dengan orang asing je..sampai hati ko nakkk buat mak camgini..sobsob dah lama dia tenung muka mak nya baru  perlahan-lahan dia boleh terima kewujudan wanita suci yang berada di hadapan dia ni..haha 

Tengok jam baru kul 12.30 tengahari, meh lah kita cari makan-makan kenyangkan perut dan baru kita terjun kolam, lepastu ke Marina Cove Resort konon nak terus mandi-mandi kat Marina Waterpark sekali pekerja dia cakap kalau hari bekerja Marina Waterpark hanya akan dibuka pada jam 4.00 petang sampai 7.00 petang! sabtu-ahad, cuti am, cuti sekolah dibuka dari pagi sampai petang..maka nya kami pun berlepak-lepak bersantaikan angin pantai di Pantai Teluk Batik dulu sampai jam 4.00 petang  >__<


  Qaira yang nangis-nangis takmo dengan mak dia tadi bersama nenek bertudung coklat


 Masa ni dia dah ngengada mintak manja plak dengan mak dia..
alahai anak emak!


Kuat betul angin pantainya, naik layu dah mata..
si kembar pun kemain suka ler dia main pasair pantai tu kan, 
takpe mama bagi cann korang main pasir!


Sempat paww makbapak dia dulu mintak belikan mainan pasir sorang satu -__-"
oopss kerusi tu adalah disewa, 1 kerusi = RM 2 jer


 Budak kecik dah mamai-mamai ditiup angin pantai..kejap lagi tidur lah tu..


 Ha nakk ko main lah pasir tu smapai lebam


 Berkhelah kami di tepian pantai ;)


Happy family SyahNia
Qaira dah tak berbaju..ngehh


Qaira dah selamat tidur, mak nya plak mata dah kuyup-kuyup kene angin..haha
si kembar plak masih tinggi tenaganya..ffuuhh

Masa ni dah nak beransur ke Marina Waterpark mandi-manda plak..nak ajak kembar mandi pantai risau plak..so, mahukan keselamatan jom lah kita mandi di waterpark sahaja..


 Kesian dia kene paksa bangun tidur..pakaikan baju renang..mood tengah nak on
nenek taknak mandi, nak duduk-duduk ajer kata nya

oh ya, bayaran masuk untuk hari bekerja (Dewsa-RM 5, Kanak-kanak-RM 3), bawa masuk pelampung sendiri (1 Pelampung-RM 2) kalau hari bercuti (Dewasa-RM 7, Kanak-kanak-RM 5)..bagi ain kira murah sangat-sangat berbaloi pun dengan kawsan mandi pun besar, selesa siap ada taman permainan lagi..kemain suka lah si kembar tu..


Dengan bapak nya sekali main!

Memang aman sangat nak main n mandi sebab takde orang sangat! adalah hari bekerja kan..itu lah sebabnya ain memang suka bercuti waktu orang tengah bekerja..takmo bersesak n berebut, mahukan privasi gitu!


Air nampak hijau sikit sebab berlantaikan pasir pantai..
taklah ralat sangat tak dapat mandi pantai kan..hihi


Nenek tengah relaks-relaks tengok anak menantu cucu mandi tak hengat dunia..ggrrr
pondok rehat pun banyak, besar, bersih dan selesa


Mandi di kolam untuk kanak-kanak pun jadi lah.. ;)


Berlatar belakang kan pantai


Kolam nya pun banyak, 
ada kolam khas untuk dewasa-aras pinggang, kanak-kanak-aras lutut dewasa
 mandi lah kami sampai matahari terbenam!


Kene pujuk dulu baru nak balik..kalau tak merengek nak mandi lagi -__-


Dalam 7.00 petang, siap-siap semua berdesup kami teruskan perjalanan balik ke negeri kelahiran semula, perak-selangor je pun..hihi tamat lah sudah kisah percutian kami yang singkat tapi menyeronokkan untuk anak-anak..lain kali kami datang lagi Lumut, perak..




Nota Syahnia : Hey baru sedar kisah Raya Aidilfitri 2015 pun takde berupdate lagi..dah nak habis pun Aidiladha 2015..hehe layan kan sahaja cerita throwback family SyahNia berbulan lepas ok ;))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...