Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 25 September 2015

Pantai dan Waterpark di Lumut, Perak

Salam Aidiladha ke-2, meh kita sambung kisah percutian happy family syahnia ke Lumut perak! kan dah maklum on time encik suami sampai bersama dayang-dayang dan mak ain..jadinya kemain excited isterinya sebab tak payah tunggu lama-lama nanti lama-lama dikebas orang..ooppsss! ggrrr 

Sampai kat kereta si kakak terus terjah mak nya, si adik plak tengah tidur..paling sentap bila si kecik Qaira takmo dengan mak dia, bila ain dukung dia dok bantai cebik-cebik terus menangis meraung! terus bagi kat nenek baru dia diam..kamu kenapa wahai anak macam kene dukung dengan orang asing je..sampai hati ko nakkk buat mak camgini..sobsob dah lama dia tenung muka mak nya baru  perlahan-lahan dia boleh terima kewujudan wanita suci yang berada di hadapan dia ni..haha 

Tengok jam baru kul 12.30 tengahari, meh lah kita cari makan-makan kenyangkan perut dan baru kita terjun kolam, lepastu ke Marina Cove Resort konon nak terus mandi-mandi kat Marina Waterpark sekali pekerja dia cakap kalau hari bekerja Marina Waterpark hanya akan dibuka pada jam 4.00 petang sampai 7.00 petang! sabtu-ahad, cuti am, cuti sekolah dibuka dari pagi sampai petang..maka nya kami pun berlepak-lepak bersantaikan angin pantai di Pantai Teluk Batik dulu sampai jam 4.00 petang  >__<


  Qaira yang nangis-nangis takmo dengan mak dia tadi bersama nenek bertudung coklat


 Masa ni dia dah ngengada mintak manja plak dengan mak dia..
alahai anak emak!


Kuat betul angin pantainya, naik layu dah mata..
si kembar pun kemain suka ler dia main pasair pantai tu kan, 
takpe mama bagi cann korang main pasir!


Sempat paww makbapak dia dulu mintak belikan mainan pasir sorang satu -__-"
oopss kerusi tu adalah disewa, 1 kerusi = RM 2 jer


 Budak kecik dah mamai-mamai ditiup angin pantai..kejap lagi tidur lah tu..


 Ha nakk ko main lah pasir tu smapai lebam


 Berkhelah kami di tepian pantai ;)


Happy family SyahNia
Qaira dah tak berbaju..ngehh


Qaira dah selamat tidur, mak nya plak mata dah kuyup-kuyup kene angin..haha
si kembar plak masih tinggi tenaganya..ffuuhh

Masa ni dah nak beransur ke Marina Waterpark mandi-manda plak..nak ajak kembar mandi pantai risau plak..so, mahukan keselamatan jom lah kita mandi di waterpark sahaja..


 Kesian dia kene paksa bangun tidur..pakaikan baju renang..mood tengah nak on
nenek taknak mandi, nak duduk-duduk ajer kata nya

oh ya, bayaran masuk untuk hari bekerja (Dewsa-RM 5, Kanak-kanak-RM 3), bawa masuk pelampung sendiri (1 Pelampung-RM 2) kalau hari bercuti (Dewasa-RM 7, Kanak-kanak-RM 5)..bagi ain kira murah sangat-sangat berbaloi pun dengan kawsan mandi pun besar, selesa siap ada taman permainan lagi..kemain suka lah si kembar tu..


Dengan bapak nya sekali main!

Memang aman sangat nak main n mandi sebab takde orang sangat! adalah hari bekerja kan..itu lah sebabnya ain memang suka bercuti waktu orang tengah bekerja..takmo bersesak n berebut, mahukan privasi gitu!


Air nampak hijau sikit sebab berlantaikan pasir pantai..
taklah ralat sangat tak dapat mandi pantai kan..hihi


Nenek tengah relaks-relaks tengok anak menantu cucu mandi tak hengat dunia..ggrrr
pondok rehat pun banyak, besar, bersih dan selesa


Mandi di kolam untuk kanak-kanak pun jadi lah.. ;)


Berlatar belakang kan pantai


Kolam nya pun banyak, 
ada kolam khas untuk dewasa-aras pinggang, kanak-kanak-aras lutut dewasa
 mandi lah kami sampai matahari terbenam!


Kene pujuk dulu baru nak balik..kalau tak merengek nak mandi lagi -__-


Dalam 7.00 petang, siap-siap semua berdesup kami teruskan perjalanan balik ke negeri kelahiran semula, perak-selangor je pun..hihi tamat lah sudah kisah percutian kami yang singkat tapi menyeronokkan untuk anak-anak..lain kali kami datang lagi Lumut, perak..




Nota Syahnia : Hey baru sedar kisah Raya Aidilfitri 2015 pun takde berupdate lagi..dah nak habis pun Aidiladha 2015..hehe layan kan sahaja cerita throwback family SyahNia berbulan lepas ok ;))

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...