Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label * Al-KiSaH CiK AiN *. Show all posts
Showing posts with label * Al-KiSaH CiK AiN *. Show all posts

Thursday, 3 March 2016

Ulangtahun Perkahwinan ke-4

Syukur..usia tempoh perkahwinan yang genap ke-4 tahun pada harini..pejam celik pejam celik tuptup dah 4 tahun..lagi 1 tahun cukup 5 tahun lepas fasa alam pertama perkahwinan..

Fasa 1, 1 – 5 tahun pertama perkahwinan
"Tempoh mengenali pasangan bila sudah duduk sebumbung. Pada masa inilah paling banyak dugaan antaranya sukar  faham sikap pasangan, masalah kewangan, mentua, anak kecil dan banyak lagi. Dalam fasa ini perlu banyak toleransi, berbincang dan paling penting sabar."

Betul apa yang dinyatakan sifat-sifat berumahtangga pada fasa pertama ni..yang penting cara pasangan tu sendiri bagaimana cara untuk mengawal sesuatu keadaan yang sedang terjadi? dan bagaimana cara penyelesianya? bukan dengan cara cepat melenting atau terlalu ikut mengikut emosi..peace ;)

Gambar kenangan kawen yang akan ditatapi sampai ke anak cucu cicit ;D
3.3.2012 - 3.3.2016



Nota Syahnia : Kadang-kadang pahit, kadang-kadang manis itu biasa..tapi biarkan manis itu lebih banyak dari pahit ye..nasihat ahkak yang baru 4 tahun kahwin ni..hehe

Tuesday, 24 November 2015

26 Tahun Dalam Hidup!

Syukur alhamdulillah, diberikan nikmat kebahagiaan dan kasih sayang dalam menjalani kehidupan seharian bersama suami, anak-anak, mak ayah dan keluarga tersayang sehingga lah ke harini genap umur 26 tahun ;)

Fuuhh tak sangka sekejap sungguh umur dah 26 tahun..rasa fefeeling cam umur 20 tahun plak..hehe tengahari tadi balik lunch, en.suami buat suprise plak keluarkan kek siap pasang lilin sambil si kembar wish heppy birthday to tou..auuhh sebak n terharu sangat taw! rasa nak nyorokan muka bawa meja sebab nak control malu dapat suprise kek..thankss suamiku!


Excited mak aihh dah tetua kene tiup lilin!
si kecik tu pun excited tengok mak dia cover ayu..haha
(Gambar 24.11.2015)

Setiap tahun peningkatan usia yang indah..cuma tahun lepas sambut birthday dalam berpantang..tahun ni si kecik dah 1 tahun..kakak kembar 3 tahun..papa plaks ooppss rahsia..ggrrr


Hari-hari yang indah layan kerenah 3 anak dara 
Terima kasih anak-anak mama telah menceriakan dan hiburkan kehidupan mama
Insyallah sayangg, mama akan jadi ibu the best untuk korang!
walau ada masa, mama korang akan bertukar jadi tarzan..haha


Terima kasih jugak en.suami banyak bersabar dalam 
melayan kerenah isteri dan anak-anak
(Gambar Raya 2015)


Ya Allah, terima kasih atas segala-Nya




Nota Syahnia : Bulan 12, sambut birthday kembar Qaireen Qairina ke-3 tahun plak, berderet anak beranak! en.suami je bulan 3 tahun depan..nanti kita bagi geng anak ke-4 yang boleh sambut birthday sama papa ye..hehe ;)) 

Monday, 5 October 2015

Kenduri Kahwin Sepupu

Selamat pagi! mula-mula kita doalah moga cepat-cepat hilang jerebu ni yea..nak buat aktiviti luar pun jadi terbantut sebab sangat tak sihat untuk keluarga, apa ntah lagi untuk budak kecil..huhu tapi sabtu ahad semalam terpaksa juga bawa anak-anak keluar rumah sebab ada kenduri kahwin sepupu..majlis perkahwinan pertama pak mak saudara, harus lah datang kan! ;) sila lah bernafas sekejap gunakan insang ye anak-anak -__-" haha

Paling sedih en.suami takde semalam, kene outstation ke Melaka tapi sanggup balik sabtu tengahari dan malam sabtunya balik semula ke Melaka semata untuk hadir kenduri majlis kahwin ni..sayang kamu lebih en.suami taw >__< hari ahad terpaksa relakan en.suami bertugas kembali..sobsob..dengan ini si isteri kene lah jaga 3 heroin sesorang..ala ramai je anak saudara sepupu sepapat yang sukarela nak jaga 3 dak kecik tu pun..mak je emosi lebih! ppffttt lagipun tak dapat nak merewang sangat sibuk jaga anak sendiri je..huhu


 Dari kiri: Qairina, Mama, Qaira, Qaireen
papa tengok dari dlm hp je yea


Qaira & Zikri
Kami sepupu..lahir sama tahun, beza 2 bulan
 tapi tengok saiz badan cam kembar tak seiras..hihi


Tahniah Yan & Naz
cepat-cept dapat baby taw!
ggrrr

Ain pun sampai lambat dalam kul 11.30 pagi, nasib Qairina ikut nenek dulu, so ain kat rumah siapkan Qaireen n Qaira, itu pun dah hura-hara..si kecik tu kalau dah bersiap nampak mak nya pakai cecantik, pakai tudung selagi tak masuk kereta selagi tu lah dia merengek..kaki jalan betul!


Bersama dengan kakak-kakak sepupu
ini semua pantang nampak kamera..haha


Kami lagi..hehe


Anak buah lagi besar dari maksu nya -__- 


Nasib baik anak-anak sangat berdikari, ngamuk sikit-sikit je masa nak tidur
yang lain nya banyak main sendiri, Qaira plak bergilir sedara nak dukung
sempat lah mak berselpie..hehe

 
Bersama mak n abah ain ;))


Akhir sekali, bergambar dengan mak pak pengantin,
yang pak saudara tu, adik lelaki kepada abah ain..
 pengantin masa ni pergi outdoor kat pantai
pengantin tengah feeling-feeling bahagia...hihi




Nota Syahnia : Tahun depan pun banyak lagi majlis kahwin saudara kene join..hehe musim saudara mara berkahwin ;))

Wednesday, 2 September 2015

Berbengkel di Marina Island Resort Lumut, Perak

Salam semua, eceh tetiba pulak muncul bagi salam..sebelum ni ntah kemana menghilang tuan punya blog..hehe maaf dipinta, sejak sudah beranak 3 rasa masa tak menyempat nak update blog *ahkak bagi alasan lapuk ok!* gggrrr..pergi kerja sibuk bekerja, balik rumah sibuk menghadap tugas rumah, layan anak layan suami, layan tv..hehe sempat layan whatsapp n facebook je..nak karang cerita blog..aduuyaiii :) masuk anak ke-8, ahkak terus tutup blog..haha

Mari kongsi cerita terbaru, kisah minggu lepas ain kene wakil untuk pemantauan kewangan buat di Marina Island Hotel & Resort, Lumut, Perak selama 3 hari 2 malam..kalau nak tahu, last sampai lumut ni masa ain masih sekolah rendah ;(  dengan maka nya, anak-anak terpaksa tinggal dengan nenek..huhu 

Gerak dari tempat berkumpul jam 9.30 pagi, sampai resort dalam jam 12.30 tengahari..terus checkin, makan tengahari n belah petang mula bengkel pemantauan..kira cam kene audit kewangan lah..2 minggu sebelum kemain tuan badan kerja lebih masa sampai nak demam-demam menyiapkan dokumen kewangan bagai..fuuhhh lap dahi :)


 3 mak dara
sesambil tunggu kunci bilik, meh bergambar di lobi Marina Island


 Ruang Tidur / Ruang Istirehat

 Ruang Dapur Kering
paling best cermin tu besar gedabak

Ruang Termenung
paling best ada bathtub..ngehh

Menu makanan pun best
tapi pencuci mulut sama je setiap kali waktu makan
tapi ahkak tak kisah yang penting lauk pauk nya sedapp!


Masuk hari ke-2, pepagi dah bangun bersiap, bengkel mula jam 8.30 pagi, berdesuppp dari cafe terus ke dewan..sebelum tu sempat menyinggah bergambar..
 

 latar belakang resort


cepat-cepat ambil gambar sebab kami orang paling terakhir masuk dewan -__-''

Untuk pengetahuan Marina Island Resort ni dibuat khas di dalam pulau buatan manusia..tapi adalah jambatan ala2 pulau pinang tu..takdelah kene naik sampan pun..hihi satu syarikat jugak dengan Marina Cove Resort n Marina Waterpark..untuk keterangan lanjut sila terjah Mr.Google ye..peacee yaww

Maka nya pada hari ke-2 sangatlah padat jadual harian dengan menghadap pemantau sahaja..dari pagi bawa ke malam..dalam hati dah ingat anak-anak n suami..

 Kumpulan kami :)

 Kacang sebagai kudapan

 Curi-curi bergambar
 Bersama pemantau kumpulan kami

 Pungpang Pungpang sibuk berbengkel..jom kita bergambar 1,2 keping

Hari ke-3 iaitu hari terakhir selaku majlis penutup..mula majlis dalam jam 8.30 pagi dimulakan dengan bacaan yasin dan doa selamat lepastu baru majlis penutup sekali penyampaian sijil markah yang kene audit..Alhamdulillah, penat lelah siapkan kerja-kerja untuk audit dibalas dengan dapat  top 10 terbaik! syukur..


 Sempat menyelpiee..weee

 Ok..gambar penghabisan kumpulan kami..
insyallah tahun depan ada rezeki kita bersua kembali

Ini kesemua peserta bengkel..


Pergi naik bas yang disediakan penganjur, balik gigih en,suami, mak dan anak-anak datang ambil..sebab niat nak bawa anak-anak berjalan sambil mandi-mandi kat Marina Waterpark! sambil hirup angin pantai dekat Teluk Batik! awesomee sangat taw ;))




Nota Syahnia : Bengkel tamat dengan jayanya..habis majlis, on time suami pun sampai..terus bersambung percutian dengan keluarga plak..setengah hari je pun percutianya..hehe

Monday, 26 January 2015

Cuti-Cuti Cameron Highlands (Akhir)

Bersambung dari Cuti-Cuti Cameron Highlands (Part 1)
dari sebelum bersalin..lahni dah masuk kerja cuti bersalin 3 bulan, baru makcik terhegeh2 nak sambung balik cerita masa bercuti ke CH, 5 bulan yang lepas! OOOoooohhh

Ok takpe mari hakak gigih mengingat balik masa di CH tempoh hari..jauh nak putar balik masa ni..haha

Malam tu tidur punyalah sejuk kemain..rasa nak cepat2 esok siang n nak balik jumpa matahari sebab tak tahan dengan kesejukan yang melampau..huhu oh ya! lagi satukan rasanya mesti kecik hati pengurus RPP Cameron Highlands kalau dia tahu yang kami anak beranak tidur diatas kapet depan tv sajo, kemain besar n empuk katil tilam yang disediakan..kat kapet jugak ko anak beranak nak tidur kan? hihihi sebab kami rasa dalam bilik tu dah macam dalam stor penyimpanan makanan sejuk beku! kulit orang kampung betul kan..kihkih


 Sakit jugaklah pinggang mak buyung tidur atas kapet ni..huahua

Senang anak2 nak golek2 plus si kembar yang lasak bila tidur malam, 360 darjah diorang berpusing! nak angkut tilam ke depan tv, maha berat yang amat plaks.. ;(


Bersedia untuk checkout, rasanya dalam jam 10-11am
 *hilang ingatan tentang masa* hihi

Selepas Checkout, kita kasi gud bye kat RPP..ada rezeki kita berjumpa lagi, takde rezeki hakak dah tak mau datang Cameron dahni..hihi terus kami ke Big Red Strawberry Farm..bukan lah main payah cari tempat ni, nasib jumpa akhirnya..kalau tak jumpa memang kempunan mak buyong nak makan segala atuk nenek strawberry yang kami order seperti gambar dibawah ini.. -__-


 Puas giler dapat makan semua ni! nyummyy
 kerna ini lah kami gigih ke Cameron..hihi


 Kembar pun sangat Gud Girl!


Makan pun dengan tenang dan aman sebab masih pagi orang pun tak ramai lagi..senang anakk nak lari sana sini, mak tengok dari tempat duduk je sebab dah rupa mak penguin pun ado bila kejar korang berlarian..hihi


Papa pless layan anak kejap, mama nak makan dengan lahap! aauummm


 Perut kenyang baru senang hati nak berjalan maaa!

Habis makan, kami jalan-jalan sekitar Ladang Strawberry ni..takde pun petik2 strawberry bagai cuma amik2 gambar sekejap2 sebab time ni kepala ain dah start pening2 lalat, loya, mual cam orang mabuk mengandung padahal nak beranak dah..sah2 ain mabuk naik tempat tinggi n pusing2..hoho



Sibuk dia nak pandang anak pelancong tu!
 mama panggil pun tak nak pandang ;(

Alolo comel je perut ibu mengandung..
kalau dah mengandung segala kembang semangkuk pun tetap comel..kihkih



Rasa nak tergolek je kebelakang tu..

Next, kami ke Ladang Teh pulaks tapi kami cuma berhenti di tepi ladang untuk bergambar saje..kepala ain time dah tingtong..cakap dengan en.suami "dah tak larat lah" huhu



 Time ni dah hujan rintik2 air bergelora~


Mak dengan anak sama je..pantang diajak bergambo kann


Inilah ladang ternakan ku..erkk???


Kembar n Adik Baby dalam perut yang gudd girlll sangat



Qaireen n Qairina

Peace cikit!


Habis bergambar, cau cincau kami terus ke Kea Farm dengan niat untuk membeli segala buah tangan untk dibawa pulang..habis penuh 1 bonet mak ko memborong..kalau boleh dengan nyonya kedai tu sekali nak angkut bawa balik..haha siap tanya kat adik kedai "memang hari2 sejuk sangat camni ke dik?" cepat adik tu membalas "takdelah kak, selalu ok je ni sebab musim hujan sejuk memang camni" so, korang kalau kulit nipis cam hakak ni tak tahan sejuk jangan datang time hujan..kalau kulit tebal bolehlah datang..itu saje kesimpulanya..hikhik

Lepas membeli belah, puas hati..kami turun menuju jalan pulang..kepala time ni memang dah makin pening pusing2..niat hati nak singgah ke Taman Lavendar, tapi tengok tempatnya berbukit bukau tak jadilah tetiba ain rasa tak larat nak jalan lagi tapi sempatlah parking kereta suruh en.suami amik gambar kat depan Taman Lavendar je..parah dah mak ko ni nakkk! ahakss


Menyesal plak dah sampai tak masuk sini
;(


En.suami tanya nak kemana lagi? dahlah syggg jom kita balik rasa tak larat plak mabuk pening kepala..huhu sampai kat 1 pekan..tak ingat pekan apa..en.suami singgah kat surau untuk solat zuhur..elok je ain masuk tandas terus termuntah segala maknenekatuk strawberry yang dimakan tadi..rugii je nokss..tak sempat strawberry dalam perut tadi nak sampai Selangor..haha dah muntah baru lega sikit..punya taknak muntah n mabuk lagi dalam perjalanan balik ikut jalan pusing2 tu ain n anak2 cepat2 semua bantai tidur..bangun2 dah sampai kat pam minyak nak masuk tol plus..sampai rumah sebelum magrib..alhamdulillah hilang semua pening lalat bagai..cuma penat keletihan je..tapi apapun puas hati dapat tunaikan kengidaman ibu mengandung..thankss suami tolong bawakan.. ;D

Cakap dengan hubby "cukuplah kali ni je datang Cameron!!!" haha




Nota Syahnia : Sebab muntah, pening, loya, mual, kesejukan tahap max inilah tetiba rasa fobia nak naik Cameron lagi..kalau orang ajak ke sana cepat2 lah ain sorok muka bawah meja..hikhik mungkin sebab ain dah sarat mengandung dan keadaan badan yang tidak seimbang menyebabkan simptom2 itu berlaku *cam doktor sangat* panggg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...