Wednesday, 24 September 2014

Cuti-cuti Cameron Highlands - Part 1

Mengandung kali ke-2 ni tetiba mengidam nak bercuti ke Cameron Highlands lah pulak..mentang2 hubby dah dekat sokmo nak mengada-ngada manja giteww! ecehhh ;) dulu masa mengandungkan si kembar takde plak ko ngada2 nak bercuti bagaikan ain..target memang nak p lepas habis raya..suami tercinta sanggup tak ambil cuti raya semata nak bercuti lepas raya bawa si isteri makan angin..muaahh lah kat hubby..heeee

Mula-mula rasa cam tak jadi..lepastu ada satu hari godek2 terbooking plak 1 bilik apartment kat Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands semalam RM 50.00..cukuplah dok CH 2hari 1malam je..dahlah selalu tengok memanjang penuh..rezeki mak buyung agaknya..teruslah disambar! dah siap booking baru cakap dengan hubby..so, kenelah suami aply cuti kannn..hehehe

Memang nak p time waktu bekerja..sebab kalo p weekend n cuti sekolah memang sesaklah kat atas tu..ohhh ahkak rimas orang ramai2 ni..lagi pulak bawa anak kecik dengan mengandungnya..suka p time tak ramai orang..rasa tenang dan tenteramm..hihi

Berangkatlah kami 4 beranak pada hari selasa sebulan yang lepas..(memang suka peram cerita lelama dah basi baru nak update kan!) huhu..gerak dalam kul 9 pagi camtu..si kembar pun gud girl je suma..takde nak ragam2 bagai..tahu agaknya nak ajak berjalan..kemain happy naik kereta..sampai sana dalam kul 12.30 pm lah jugakss..terus tapau makanan nak makan kat apartment je..sebab masa perjalan naik Cameron sampai jalan pusing bengkang bengkok tu si kakak mabuk muntah-muntah teruk pulaks..dengan si adik berdarah kat bibir terantuk kat pintu kereta..huhu emaknya plak kepala dah pusing2 mabuk jugakss! so, jawabnya kita rehat kat bilik petanglah baru berjalan..


Boleh lah tahan maha besar apartment RPP ni..
berbaloi sangat dengan harga semalam hanya RM50
Seronok si kembar pusing sana..lari sana..tu gambar masa makan baru checkin..
tak berbaju sebab baru mandi plus nak makan..



Suasana dalam apartment..sangat selesa n berpuas hati ok!
sesiapa yang kakitangan awam bolehlah aply kalau ada kosong..
sebab selalunya sentiasa akan full


Lepas makan tengahari..anak beranak baring depan tv..cakap dengan hubby sebelah petang baru kita jejalan erkk..kasi badan segar dulu! tapi time ni tengah musim hujan maka nya cuaca kat CH pun rasa cam duk kat Kutub Utara..sejuk kemain sampai ke tulang..si kembar relakss je..emaknya pulak yang tak tahan sejuk..huhu

4.30 pm baru kami seberanak keluar jejalan pusing CH..tempat pertama p Taman Rama-Rama..jom kita kenalkan rama-rama kat si kembar! hehe


Besar dah anak2 dara mama ;))


 Takut2 berani..apalah nak rama-rama pun takut..hihi



Tengok omak ko ni ha..happy benolah dapat bergambar dengan rerama ;))
kembang semangkuk dah muka ni rasanya..huhu



 Mama ni bunga aapa??? ha tanyalah bapak ye nakk! ngehhhh



 Memang kami anak beranak je lah kuasai kawasan..
orang tak ramai bebas si kembar nak lari sana sini
senang nak pantau anak!



3 beranak plus adik baby..hihi



Eh takde sape plak nak tolong amikan gambar 4 beranak ni
so, jawabnya tangkap sendiri je lah ;))
janji ada gambar kenangan family kan..heeee


Lepas p Taman Rama-Rama..singgah pasar Kea Farm beli jagung bakar n strawberry celup coklat! lepastu beli KFC bungkus bawa balik makan kat apartment..dengan anak kecik ni senang beli makanan bungkus makan kat bilik kalau travel memana..bebas nak makan gaya mana pun dengan nak layan anak2 makan bagai kan.. -__-



Makanan untuk dinner..cam nak makan 1 keluarga besar padahal dua orang je..
si kembar memang taklah nak makan bebanyak gini..hihi
malamnya cuma lepak2 je kat bilik..




Eh..cam terpanjang je cerita..next entry sambung lagi yea untuk hari ke-2
dah hujung2 nak beranak ni..kebas plak tangan taip entry pepanjang..hoho



Nota Syahnia : Eh rasa kali ni je lah p Cameron..takmo p lagilah..kenapa? nanti cerita..hikhikkk

4 comments:

eMMe said...

Salam Ain, biasa juga dok kt RPP... best kan.. selesa kan, walaupun murah.. Syukur, rezeki kamu Ain... tak lama lagi nak bersalin dah... camner persediaan? dah complete ke.. ape pun, semoga Allah Permudahkan urusan Ain dan keluarga...

Aeen said...

ain plak mengandung pertama n kedua naik genting gak..asal mengandung mengidam nak makan strowberi kat CH..lepas raya aritu pun ain pergi jugak CH..pergi time hari biasa..memang tak lah nak bawak budak2 ni time cuti sekolah..ain pulak jalan pusing2 pening sampai muntah..anak2 rileks je..hahah

nida-razak said...

Ain..dah nak masuk second pregnancy ye..hehe..dah lama xblogwalking blog ain..hehe

Masya said...

selesa jgk yer rumah persekuuan kat ch ni ..x pernah lg sewa.. mmg salunya penuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...