Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label * FaMiLy *. Show all posts
Showing posts with label * FaMiLy *. Show all posts

Monday, 5 October 2015

Kenduri Kahwin Sepupu

Selamat pagi! mula-mula kita doalah moga cepat-cepat hilang jerebu ni yea..nak buat aktiviti luar pun jadi terbantut sebab sangat tak sihat untuk keluarga, apa ntah lagi untuk budak kecil..huhu tapi sabtu ahad semalam terpaksa juga bawa anak-anak keluar rumah sebab ada kenduri kahwin sepupu..majlis perkahwinan pertama pak mak saudara, harus lah datang kan! ;) sila lah bernafas sekejap gunakan insang ye anak-anak -__-" haha

Paling sedih en.suami takde semalam, kene outstation ke Melaka tapi sanggup balik sabtu tengahari dan malam sabtunya balik semula ke Melaka semata untuk hadir kenduri majlis kahwin ni..sayang kamu lebih en.suami taw >__< hari ahad terpaksa relakan en.suami bertugas kembali..sobsob..dengan ini si isteri kene lah jaga 3 heroin sesorang..ala ramai je anak saudara sepupu sepapat yang sukarela nak jaga 3 dak kecik tu pun..mak je emosi lebih! ppffttt lagipun tak dapat nak merewang sangat sibuk jaga anak sendiri je..huhu


 Dari kiri: Qairina, Mama, Qaira, Qaireen
papa tengok dari dlm hp je yea


Qaira & Zikri
Kami sepupu..lahir sama tahun, beza 2 bulan
 tapi tengok saiz badan cam kembar tak seiras..hihi


Tahniah Yan & Naz
cepat-cept dapat baby taw!
ggrrr

Ain pun sampai lambat dalam kul 11.30 pagi, nasib Qairina ikut nenek dulu, so ain kat rumah siapkan Qaireen n Qaira, itu pun dah hura-hara..si kecik tu kalau dah bersiap nampak mak nya pakai cecantik, pakai tudung selagi tak masuk kereta selagi tu lah dia merengek..kaki jalan betul!


Bersama dengan kakak-kakak sepupu
ini semua pantang nampak kamera..haha


Kami lagi..hehe


Anak buah lagi besar dari maksu nya -__- 


Nasib baik anak-anak sangat berdikari, ngamuk sikit-sikit je masa nak tidur
yang lain nya banyak main sendiri, Qaira plak bergilir sedara nak dukung
sempat lah mak berselpie..hehe

 
Bersama mak n abah ain ;))


Akhir sekali, bergambar dengan mak pak pengantin,
yang pak saudara tu, adik lelaki kepada abah ain..
 pengantin masa ni pergi outdoor kat pantai
pengantin tengah feeling-feeling bahagia...hihi




Nota Syahnia : Tahun depan pun banyak lagi majlis kahwin saudara kene join..hehe musim saudara mara berkahwin ;))

Monday, 25 August 2014

Serangan Tebuan yang Mengganas!

Kejadian 9 Syawal yang mengejutkan..berlaku lebih kurang 6.30 petang..masa tu ain bersama anak2 tengah tengok tv..balik dari kerja memang tak jumpa mak sebab dia dah keluar bersihkan kebun belakang rumah..tinggal abah tengah jaga si kembar dalam rumah..

Tengah baring2 tengok cerita raya..tiba2 dengar suara panggil nama ain..sayupppp sangat..dengar cam hujung2 telinga..ain pun buat bodohlah, dalam hati "eh cam ada orang panggil tapi cam jauhh je suara tu..biarlah" selamber je sambung tengok tv balik..huhu  makin lama makin dekat plak suara panggil nama ain "aieennnn..aieennnn" rupanya suara makcik jiran sebelah umur lebih kurang 70 lebih nak dekat 80 camtu..rupanya dia berlari dari belakang rumah sampai pintu dapur sambil jerit nama ain..sampai pintu dapur masih lagi sebut nama ain sambil nafasnya tercunggap2 cam orang semput..kesian plak tengok..penat agaknya berlari dari belakang..tapi nampak cemas sgt! "aienn..cepat aien telefon sape2 suruh hantar mak p hospital..mak kene sengat tebuan..banyak sgt.." ain dengar pun terkejut sangat2 "ha ya allah..jap telefon kak ina (kakak no.2)" sebab en.suami kerja plak haritu..suruh kakak dtg cepat bawa p hospital..dia dengar pun terkejut!

Tengok abah dah sampai belakang cari mak..ain tengok dari beranda dapur memang tak nampak pun kelibat mak..dah risau sangat ni..si kembar plak diam je ikut belakang ain..cam tahu2 itu adalah waktu kecemasan..so diorang sangat baik tak menakal..huhu dalam 5 minit baru nampak mak berjalan dari kebun sambil abah ikut belakang..sampai rumah tengok mak memang cam sakit sangat sambil ngerang kesakitan "sakitnyaa..tak tahan rasanya ain..sakitnya kepala" mak terus masuk bilik tukar baju..sebab memang nak bawa mak terus ke hospital..makcik n pakcik jiran suma memang risau habis suruh cepat..sempatlah ain pecahkan air batu n tuam tempat kene sengat pastu sapukan minyak geliga sekali kira kat peha adalah dalam 20 lebih sengatan tebuan.."makkk..banyaknya ni" kat kepala tak sempat nak kira..tapi mak cakap kepala pun banyak gak kene sengat..kira2 adalah semua dalam 30 sengatan..ya Allah!



Masa mak nak tukar baju dalam bilik
mak cakap "ain..rasa ada lagi sekor dalam baju ni" 
cepat2 tolong mak buka baju..tiba2 terbang sekor tebuan dari dalam baju..
lebih kurang cam gambar diatas nilah tebuanya.. ;((



Tak lama tu kakak n abg ipar sampai..terus bawa mak ke hospital..ain, abah n kembar tunggu dekat rumah je..cerita daripada kakak..sampai hospital mak dah kene papah dengan abg ipar sebab tak larat dah nak jalan sendiri terus masuk unit kecemasan..Nurse pun terkejut tengok mak kene sengat sampai banyak berpuluh ekor.. "makcik banyaknya kene sengat..kalau sy tak tahu lah dah pengsan2 agaknya" sebab tengok mak sedar cam biasa cuma tahan sakit tu je lah..kene masuk ubat..ubat plak 5 6 jam baru berkesan..mak cakap sakitanya hanya Allah je tahu..takde plak kene masuk air cuma darah tinggi mak naik mendadak sampai 200 dalam kul 9.30 malam baru ditolak masuk wad..dalam 9.25 malam ain ngan abang no.3 sampai hospital..hantar brg2 keperluan mak..abah n anak buah tolong jagakan si kembar dekat rumah..tengok badan n muka dah start sembab n bengkak2..mak masih boleh berborak lagi..cuma tu lah dia kata sakit bisa2 tang kene sengat tu..mak memang seorang ibu yang sangat kuat! tengok dia pun cam biasa n relaks je..kalau orang lain dah tumbang or tak sedar agaknya sebab ramai yang cakap camtu..kene sengat 1 tebuan pun dah mengelupur apantah lagi berpuluh ekor! ya Allah jauhkan lah..


Keesokan tengaharinya..anak beranak melawat mak
Badan mak nampak bengkak dek sengatan tebuan

Macamana boleh disengat? mak cerita..masa mak nak tarik pelepah kelapa kering nak dibakar..mak memang tak perasan langsung ada sarang tebuan melekat pada pelepah tu..mungkin sarang tebuan jatuh dari pokok kelapa..mak pun tarik lah..baru je tarik tiba2 tebuan tu keluar berkumpulan serang kaki celah2 peha mak..mak terus berlari kebun jiran sebelah sebab kebetulan makcik jiran sebelah pun tengah bersihkan kebun..mak nak mintak tolong..makcik jiran pun terus jerit "baring nie..baring..meniarap" mak terus meniarap sambil libas2 tebuan dengan tangan..tu yang kene sengat tang kepala plak..tak lama tebuan lari..baru mak bangun n berjalan balik rumah..



 Syukur sangat2 mak tiada sakit yang lain
keesokan petangnya mak dah boleh discharge
 sebab tekanan darah tinggi dah turun





Nota Syahnia : Dalam minggu yang sama juga..abang ipar dan suami berjaya bakar sarang tebuan yang melekat kat pelepah kelapa tu..makin besar sarangnya..tebuanya pun masih berkerumun..sebelum orang lain jadi mangsa baiklah dihapuskan dari memudharatkan..

Thursday, 14 August 2014

Kepenatan di Raya ke-2!

Meh cerita pasal Raya ke-dua kami..rancang punya rancang adik beradik ain..so, kata sepakat hari ni (raya ke-2) kita p beraya semua rumah sedara mara..alang kepalang berjalan biar sampai lebam! erkkk..ala lagipun rumah sedara suma dalam 1 kampung yang sama adalah 2 3 umah di jiran kampung sebelah..tak panas bontot duk dalam kereta pun eh dah sampai..hikhik

Dari pagi bawa ke malam beraya..kira2 pakai jari jugaklah suma  dalam 15 rumah..pergghh pecah rekod tak pernah rasanya selama hidup ni beraya sampai 15 rumah dalam 1 hari dengan bawak anak kecik dengan perut memboyot..esoknya raya ke-tiga terbaring 1 hari dok melayan badan lenguh sana sini..huhu 



Tema Raya Ke-2
Memang payah nak suruh si kembar pandang kamera taw
takpelah kasi makpaknya je lah over! hihi



Mood kembar tengah baik..kalau mama suruh bergambar sambil peluk n cium
cepat je buat..mama suka taw kalau korang bagi kerjasama camni
tapi
kalau mood tak baik menjerit sampai kuar anak tekak pun
diorang akan buat selamber je kalau mama suruh posing..takpe2 -__-"




Meriah kalau beraya reramai dengan keluarga
riuh sana siuh sini
makpak harus awasi anak2 dari pecahkan balang kuih raya umah orang..hoho



Bersama mak tersayang!
ada kisah sedih pasal mak pada kedua minggu raya
next entry lah story yea




 Feeling2 cam zaman2 baru kawen..ngehh
padahal anak2 merengek2 bergayut kat kaki..



Sebenarnya masa raya ni..ramai sedara mara cam tak caya ain dah ngandung 7 bulan
sebab perut kecik molek..ada yang tak perasan pun ain tengah pregnant ..

takpe2..tak sentap pun memang lagi suka..tahu2 nanti korang terkejut je eh bila pulak ngandung tahu2 dah beranak! hewhew





Nota Syahnia : Raya ke-3, ke-4 duk umah saje sebab en.suami dah kerja..lagipun penat badan dari raya ke-2 tak hilang2 rasanya..nak berurut je rasa tapi sampai sekarang takpun berurutnya..sekali makcik tukang urut tu pun demam beraya..camne?  ;(

Monday, 11 August 2014

Kisah Raya 2014

Salam lebaran! eh dah 2 minggu beraya kan..baru kesempatan nak cerita kisah raya kami anak beranak ..tahun ni beraya dengan dua budak tecik yang baru mengenal erti hari raya..datang rumah orang makan kuih, main2 balang kuih, salam, dapat sampul duit raya, koyak sampul, ambik duit lepastu buang sampul duit raya tu..siapalah yang ajar ni erkk..takde plak makpaknya ajo..huahua sekarang anak2 dah tahu duwetttttt agaknya..sambil tunjuk2 "wett..uwettt"  ;)) hihi

Setiap tahun memang takde bergadoh pasal nak balik beraya kampung siapa dulu ok? sebabnya dah rumah orang tua kami sangatlah dekat sekangkang monyet..tapi kalau jalan kaki mahu senget lah tulang kaki tu..naik kereta memang terasa cepat dalam 10 minit dah sampai..hikhik so, sebelum raya n malam raya di rumah mak ain, habis sembahyang raya baru cabut lari rumah MIL..begitu lah setiap tahun tapi taktahulah kalau tahun depan encik suami suruh bertukar jadual plak..huhu

Meh layan gambar potrait kami anak beranak di pagi raya pertama!



Tema tahun 2014..Biru2 laut giteww



Memang jenuh nak suruh si kembar pandang kamera..
time ni mood diorang tengah tak baik..sebab dah ngantuk! 




Baju borea anak beranak..beli dah siap je..tak kuasa mak jemah nak bertempah bagai, nasib plak ada sedondon..si omak yang sudah 28 weeks masih muat sarung baju bersaiz 38..cuma ketat tang perut sikit..buang dat belakang..lepas bersalin nanti jahit dat balik kasi slim..hikhik

Lepas salam-salam mak ayah n adik beradik..tukar2 duit raya..haha terus cabut masuk kereta ke kampung MIL plak..ayoyo mak mertua sudah call tanya kat mana..cakap nak gerak2 tapi dok melayan berselfie bagai tak kesudah..huhu



Masuk kereta pun sibuk suruh anak buah kasi tangkap gambar..hihi




 Eh..eh sama warna tema plak dengan kereta! sama yang tidak disengajakan yea 


Camgini lah kalau naik kereta semua nak dok ngan mama..korang pijak2 je adik baby dalam perut ni yea adik baby dah keluar nanti tawlah dia balas balik nanti..hikhik



  Gambar bersama kedua belah keluarga


gambar atas tu..dengan family ain..tengah2 wajib mak n abah ain bersama kakak yang sulung seanak beranaknya..kakak no.2 dah cabut lari umah mak mertua..abang plak ditunggu tak sampai2..huhu

gambar bawah plak..dengan family suami..tengah2 tu adalah nenek kepada suami..satu2nya nenek yang kami ada..sebelah ain memang atuk nenek suma dah lama takde ;(( so menumpang kasih nenek kesayangan belah suami ni je lah..sebelah nenek tu mak mertua n sebelah kanan bermisai tu pak mertua..n adik2 ipar yang masih bujang tratatang..hikhik





Nota Syahnia :Tamat kisah raya pertama..kisah raya2 berikutnya sambung2 lah nanti yea..mood malas mengunung lepas raya ni..kepenatan raya agaknya..alasan! hewhew

Tuesday, 12 November 2013

Abah diserang STROK!

Tragedi 31 Ogos 2013, membawa kenangan pahit untuk kami satu keluarga..perkara yang tidak disangka berlaku dengan mengejut..pada hari Merdeka, family ain sepakat nak ke Port Dickson, Neg.9 untuk tidur semalam + beraya dirumah makcik ain, adik kepada mak..kebetulan rumahnya plak dekat sangat dengan pantai teluk kemang, so boleh lah nanti kami anak beranak berjimba dipantai PD..huhu cadangan kami pergi hari sabtu dan balik ahad petang..Kuasa Allah kan..dari 1 malam rupanya jadi 4 hari.. :(

31 Ogos 2013 (Sabtu) - Pagi ni, semua adik beradik berkumpul di rumah mak ain, cuma kakak no.2 tak jadi join..kami gerak dalam 9.00 pagi sebab kalau boleh nak sampai awal dan elakkan kesesakan..maklumlah hari Merdeka, suma orang nak pakai jalan kan..heh Mak cakap abah paling excited nak pergi! beberapa hari sebelumnya abah sibuk tanya mak "jadi tak kita p ni"..dan sehari sebelum, abah orang pertama gosok baju dan kemas2 barang dia untuk ke PD..selalu abah bukan main payah kalau suruh ikut p mana2..

Sepanjang perjalanan abah ok je..borak2 agah2 sikembar..abah duk sebelah ain dalam kereta..abah nampak ceria je..cuma dia ada cakap, malam tadi rasa panas n pening kepala..kami ingat biasa2 je lah..abah pun selalu je pening2 kepala..

11.00 pagi - Kami berhenti di Perhentian Rehat Seremban, kakak ain cakap dia nak lepak2 jap minum pagi..tapi masa kat tempat rehat tu bukan kemain penuh sesak dengan orang..berhenti jugaklah kami sebab ank2 buah ada yang sibuk nk ke toilet bagai..abah pun ke toilet n lama jugaklah dia kat toilet..kami pun p lah membeli minuman/makanan kat gerai2..mak dah perasan nampak abah berjalan dari toilet menuju ke tempat kami duduk, abah jalan cam lambat sangat, jalanya pun lain tak cam biasa..ain tak perasan lagi time ni, anak2 lain pun tak perasan..


masa stop kat perhentian rehat seremban,
tengah tunggu yang lain2 berkumpul..
suka plak twins dok kat kerusi urut ni ;)

Selepas beli makanan bagai..ain tanya abah nak minum pape tak..masa tu abah cakap tapi tak jelas suaranya, tersekat2..cam orang bercakap dengan lidahnya pendek..abah pegang2 tangan sebelah kanan dia.."kebas..kebas" di kata..ain dah berderau jantung..dalam hati eh cam ada tak kene je ngan abah ni..ain terus pimpin abah sebab tengok sebelah kanan badan abah cam dah lemah semacam..sampai kat hujung jalan..ain panggil kakak n abang suruh tengok abah..tengok2 mulut abah dah senget ke kanan sikit..abang cakap "eh abah cam kene strok ni"..kami sepakat nak bawa abah terus ke hospital..call makcik..makcik pun suruh bawa ke hospital Port Dickson sebab dah dekat..

Sampai hospital dalam tengahari..abang cakap sebelah kanan badan abah dah lembik, langsung tak bergerak..abah pun dah lemah longlai masa tu..bawa ke unit kecemasan tengok darah tinggi abah memang agak tinggi..lastnya suma berkampung di hospital..dengan anak2 buah..anak ain lagi dah ngamuk2 nak tidur, nak makan..huhu Doc panggil masuk unit kecemasan, tanya itu ini pasal abah..Doc cakap abah disahkan kene serangan angin ahmar, dan perlu bawa ke Hospital seremban untuk buat scan dikepala sama ada terdapat darah beku atau tidak..kalau ada maybe kene tahan dihospital seremban sebab ianya kritikal..kalau tiada apa akan dibawa balik masuk wad hospital port dickson je..apa doc cakap kami suma ikut sebab tak tahu nak buat apa dah..tunggu ambulans lg nak dekat 3, 4 jam..ambulans banyak cuti yang bergerak 2 van je..sadis sungguh

Abang n kakak suma bawa budak2 balik umah makcik dulu sebab suma dah kelaparan, penat tak selesa tunggu kat hospital..rumah makcik pun dekat dengan hospital..kakak bawa si kembar sekali nak bagi makan..ain dengan mak je tunggu abah kat hospital sementara ambulans sampai bw ke hospital seremban.. ;(
call kakak no.2 yang tak ikut cakap abah masuk hospital..terus dia 1 beranak siap nak ke PD jugak..

Dalam kul 4.00 petang baru abah dibawa ke hospital seremban, ain, mak, kakak, abang n abg ipar follow belakang..sampai sana abah discan..lepastu dibawa ke bilik kecemasan untuk tengok hasil scan..sekali bila Doc tengok je..ya Allah, memang ada darah beku dikapala abah yang agak besar..Doc kata ni kes kritikal..kene tahan dihospital seremban kalo perlu kene bawa ke HKL untuk keluarkan darah beku tersebut..ya Allah, ya Allah dalam hati berdoa sangat abah takde pape..tak perlu operate bagai..abah masa tu baring je, dia sedar tapi tak bcakap pape..mak sentiasa disisi abah..sebak sangat!

Tunggu lagi untuk daftar masuk wad..hospital seremban plak 1 jam perjalanan dari umah makcik berbanding hospital port dickson hanya 10 minit..takpelah janji abah baik2 je..bila abah dah dapat katil..kami tunggu lagi doc pakar datang untuk buat keputusan selanjutnya..Doc pakar cakap dia dah call HKL bertanya samada nak bawa ke sana untuk buang darah beku atau tidak..alhamdulillah, doa diperkenankan..abah takperlu ke HKL untuk buang darah beku, cuma diberikan rehat, beri ubat dan tengok prestasi abah semakin ok atau tidak..maka, bermalam lah abah n mak di hospital seremban..ditempat orang..kami adik beradik balik ke umah makcik..kesian plak kat si kembar..malam tu kakak ain no.2 pun sampai..lastnya kami semua adik beradik berkumpul di PD..huhu

1 Sept 2013 (Ahad) - Lepas makan tengahari kami semua adik beradik ke hospital tengok abah dan bawa keperluan mak..alhamdulillah, mak cakap abah semakin menunjukan pergerakan yang postif..dah boleh gerakan tangan dan kaki sebelah kanan sikit2..berbanding semalam lemah longlai langsung tak begerak sebelah badan kanan..kami berkampung plak di hospital anak beranak sampai ke petang..nasib baik kembar baik je..anak buah ain bergilir2 dukung diorang..maklumlah suami ain tak dapat cuti, so ain 3 beranak je yang ada..kalau ain sorang memang tak menang tangan nak jaga kembar berdua kalau takde siapa yg membantu..hehe


adik Qairina 
"atuk cepatlah sihat yea, nanti boleh main2 cam selalu"


Anak2 buah plak buat hospital tu cam rumah diorang je..huhu adik beradik suma pakat nak bermalam lagi 1 malam kat PD..isnin petang baru balik selangor..kami ada jugak mintak abah ditransferkan ke hospital klang atau sungai buloh tapi semua penuh n risiko pada abah..ermm takpelah ain mengalah untuk tunggu jaga abah sampai rabu..isnin petang tu kakak ain bawa balik si kembar sekali..sebab ain kene bergilir jaga abah ngan mak..so, kakak ain tolong jagakan kembar..kesian anak mama ;(

Petang tu balik dari hospital sempat jugak bawa budak2 p main pantai sekejap..kesian plak dah alang kepalang sampai kan..dapat cuci2 kaki jadilah..bagi happy cikit untuk hilangkan hati yang sedih..


Setia seorang isteri disisi suami


2 Sept 2013 (Isnin) - Adik beradik semua berkemas sebab selepas tengok abah dihospital, diorang terus balik ke selangor..hanya tinggal ain n mak je..ain pun siap2kan barang si kembar..Harini keadaan keadaan abah makin ok..dah makin boleh gerakan kaki, tegakkan kaki..boleh gerakan jari jemari sebelah kanan..cuma percakapan abah masih tak clear..Doc pun cakap.."ini pesakit pertama saya jumpa yang kene strok boleh gerakan badan dengan cepat..selalunya berminggu2 itupun sikit2 je"..alhamdulillah mungkin itu suma berkat doa kami dimakbulkan..malam tu, pertama kali ain bermalam disurau hospital sorang2, mak tidur kat wad temankan abah..


Semua adik beradik berkumpul, mak n abah je takde ;(
 makcik ain yang tudung coklat pegang kakak Qaireen 


3 Sept 2013 (Selasa) - Balik ke rumah makcik, nak bersihkan badan bagai..ambil pakaian mak untuk bawa ke hospital..1 hari duk hospital jaga abah dengan mak..abah dah diberikan minum susu melalui tiub, 4 hari abah tak makan pape..asyik ngadu lapar je..kesianya abah..percakapan abah dah makin jelas sikit..petang, ain cakap kat mak nak balik tidur malam kat rumah makcik sebab nak basuh baju kotor..mak pun memang suruh balik sebab risau ain tidur kat surau hospital sorang2..kesian sangat tengok mak..langsung tak balik rumah berehat..tidur duduk, makan suma hanya dikerusi plastik je..lagipun abah tak bagi mak p mana2..abah nak mak sentiasa temankan dia..setiap kali makcik n pakcik datang mesti dia bawakan makanan tengahari n malam..syukur ada makcik yang banyak membantu..

4 Sept 2013 (Rabu) - Dalam kul 11.00 pagi sampai hospital..mak cakap abah kene tukar wad lain..masuk wad Geriatrik (fisioterapi) untuk orang-orang yang kene strok cam abah..wad baru yang sangat selesa untuk abah n mak sebagai penjaga..siap diberikan kerusi sofa cam kerusi urut untuk mak duduk rehat dan wadnya pun luas tak banyak pesakit..dekat dengan tandas..Harini juga abah dah boleh ke tandas tapi dengan bantuan..boleh mandi..tiub dah dicabut..abah dah boleh makan bubur nasi..memang sangat cepat perubahan abah..Petangnya, ain kene drive sorang balik ke Shah Alam sebab esoknya (khamis) ain kene kerja..kebetulan hubby plak call cakap dia ada tugasan di Shah Alam dan dapat balik bermalam 2 hari..lagipun tenang sikit hati nak tinggalkan mak n abah sebab Nurse2 kat wad tu akan sentiasa pantau pesakit dengan lebih kerap tak cam wad biasa..sibuk manjang..huhu Sampai shah alam dalam kul 8.00 malam..terus balik rumah bujang..

5 Sept 2013 (Khamis) - Masuk kerja dan siapkan kerja yang melambak diofis..huhu dapat call dari hospital cakap abah dah boleh keluar harini tapi sebabkan jauh dan tiada siapa boleh amik..mak cakap, datang amik esok pagi je..lagipun suami ain ada esok, boleh drive kereta bawa abah n mak balik..gembira sangat2 bila abah dah boleh keluar hospital..saudara, jiran2 suma dah tanya bila abah boleh balik..nak datang ziarah..dalam kul 7.00 petang, suami ain sampai shah alam..lepastu terus kami pecut balik kampung nak tengok kembar..rindunya jangan cakaplah.. ;(

6 Sept 2013 (Jumaat) - Dalam kul 8.00 pagi hantar kembar ke rumah kakak ain mintak tolong jagakan..ain berdua dengan suami je ke hospital seremban..sampai sana lebih kurang 11.00 pagi, selesaikan urusan keluar hospital semua lebuh kurang 12.00 tengahari jugak kami gerak balik..alhamdulillah, syukur..abah dah semakin baik..lebih perubahan yang sangat positif..terima kasih kepada Nurse-nurse yang sangat baik n banyak membantu mak untuk jaga abah.. ;)) 

7 Sept 2013 (Sabtu) - Pagi ni kami terus bawa abah pergi berurut dengan pakcik Hamzah di rumahnya kat depan pantai Morib,Banting..kenal pakcik ni pun dari roomate ain, ayahnya pun kene strok dan berurut dengan pakcik hamzah, alhamdulillah sekarang ayah kwn ain pun dah boleh berjalan, boleh pergi kerja cam biasa..semua dengan kuasa Allah..

Disebabkan kepakaran pakcik Hamzah mengurut pesakit strok, kami gigih jugak bawa abah berurut setiap minggu walau perjalanan pergi balik saje 4 jam..sehingga abah sekarang dah boleh berjalan sendiri, dah boleh makan sendiri, dah boleh buat semua kerja-kerja rumah dan aktiviti seharianya sendiri tanpa bantuan..cuma abah sekarang perlu membuat pemeriksaan setiap bulan di klinik kesihatan dan makan ubat setiap hari..




Nota Syahnia : 2 Bulan lebih hampir berlalu..Alhamdulillah, sekarang abah dah semakin sihat..walau tak sempurna pergerakan seperti asal, sekurangnya abah boleh berjalan, percakapan dah jelas dan boleh buat aktivitinya sendiri..syukur..syukur..ini semua kuasa Allah..harap abah bertambah sihat, terus sihat dan bahagia disamping isteri, anak2 dan cucu2 yang noty..hehe

Thursday, 7 November 2013

Kenangan Raya 2013

Sebelum tahun 2013 melaburkan tirainya..baiklah tuan blog tayang gambar raya 2013..uwaahhh sedih betul rasanya..Aidiladha dah berlalu..dah awal muharam pun..baru terhegeh2 nak letak gambar raya aidilfitri..sadiss sungguh ;(( maklumlah dah lama tak bukak blog..godek2 folder..eh ada plak gambar raya 2013 yang cute mute ni..haha tak kira nak letak jugak sebagai kenangan pribadi ain untuk masa-masa akan datang ;)

Raya 2013, hubby cakap bukan giliran dia dapat cuti raya..tahun depan baru gilirannya..sedih betul lah kalau hubby tak balik raya..sebab tahun pertama twins beraya..kesian taw dipagi raya kalau hanya bertiga dengan anak-anak..hubby plak sorang2 kat teganu..tapi syukur, Allah sentiasa ada untuk mengatur perancangan terbaik buat kami..kebetulan en.suami dapat off 3 hari dari raya pertama sampai raya ke-3..suka bukan kemain taw! ngehngeh


mak abah tersayang
beberapa minggu sebelum abah kene serangan strok..


adik beradik ain 4 org je
paling bongsu tu yang berbaju hijau..hee
mak kata agaknya kecik2 ko minum susu cair je 
tu yang sebab ko kurus takmo gemuk2..ok fine >__<


Ini family sebelah ain..
cukup semua adik beradik..
abang ain je takde dalam gambar sebab dia tengah ambil gambar ni..huhu 
sian ko bang! ;)


barisan cucu2 nenek atuk yang super noty
terselit2 si kembar ha..
tapi mereka2 ini lah yang banyak tolong ain jaga kembar..hehe


keluarga kecik kami
tahun lepas raya ber2, tahun ni raya ber4 terus
syukurr!


Ini plak family sebelah suami..
masih ada nenek sorang..inipun masa berada kat umah nenek


Bersama adik ipar n sepupu
adik2 ipar n sepupu sebelah suami adalah keturunan tinggi2 ok
bersama dengan diorang..aisshh terasa betul kemetotnya ain ni -__-"


kakak Qaireen..tidur pun nak pegang bunga
minah bunga betul..
masa raya kembar baru 8 bulan..bawa beraya pun gud girl je
hehe



Nota Syahnia : Aidiladha pun en.suami dapat balik beraya bersama, kebetulan ada kursus dan diberikan cuti raya..tapi sayang gambar tak sempat nak amik..bz melayan anak-ank ngan suami..heh 

Monday, 9 May 2011

Terima kasih mak!

Mak...
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa

Mak...
adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam

Mak...
adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian
 
Mak...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keridhoan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan karena aku

Aku yang selalu merepotkanmu
aku yang selalu menyita perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu

Mak...
engkau menangis karena aku
engkau sedih karena aku
engkau menderita karena aku
engkau kurus karena aku
engkau korbankan segalanya untuk aku

Mak...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam surga


Mak...
hanya do'a yang bisa kupersembahkan untukmu
karena jasamu
tiada terbalas

Hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu..




kucupan dan ciumanmu membawaku dalam keberkatan

mak..., I LOVE YOU SO MUCH
Terima kasih diatas pengorbanan mu menjagaku 
sehampir 22 tahun ku didunia ini..




notasyahnia : alhamdulillah, semalam seronok rasanya dapat temankan mak bershopping n belanja mak makan di Aroma ikan bakar, pantai jeram..walau terpaksa menunggu makanan hampir 1 jam disebabkan ramai pelanggan yang datang makan membawa ibu dan sekotak berisi kek bagi menyambut hari ibu..juga seperti kami sekeluarga ;)

Thursday, 5 May 2011

Ngidam nak jadi minah kaftan!

5 jun ni saudara rapat buat kenduri kawen..takkan nak pakai baju yang sudah berulang kali kan..nak jugak dik noi melaram sakan ala2 majlis red carpet gitu..skang tengah memikir design apa yang cantik & gojes yang akan memperlihatkan cik ain seakan rozita che wan oopss tersasar jauh cukup jika seperti nora danish..haha *gelak beso*


nasib baiklah ada akak tukang jahit tetap..kira cik ain antara yang istimewa dapat harga murah giler..baju kurung/pahang ~> RM22..mana nak dapat herge cam gitu skang ni kan? paling best macam2 design dia boleh buat..:)



akk tukang jahit comel *puji cikit+bodek* : 
ct ni harga untuk ct je taw..orang lain tak dpt harga ni dah!
*sambil menepuk bahu cik ain*
cik ain sipelanggan tetap *buat muka simpati= nak dpt herga murah* : 
ohh yeker..janji yea pasni ct tmpah baju..
akk kene bagi murah2 taw
akk tukang jahit comel : 
tapi jangan bagitahu orang taw ct sorang je!
cik ain sipelanggan tetap : 
eh taklah..kita bdua je taw  
*kalo terbocor kat pelanggan lain koranglah cik ain carik dulu*



kerana sifat akak tukang jahit yang suka beramal sambil berniaga..skang perniagaanya dah bertambah maju..buka kedai andaman bersama rakan kongsi..konpem2 mmg dia yang tukang jahit baju pengantin..:) macam nak promosi kedai jahit akak tu plak..uhukk 



 rasanya yang mana sesuai untuk cik ain yea?
tak berapa nak tinggi, tak berapa nak rendah n tak berapa nak gemok
kira sedang2..hikhikk
 
i like..sweet je..tp untuk nikah sesuai lah kan

wahh seperti kurasa mahu berterbangan diangkasa lepas 
memang tak merewang lah jawabnya..
dok berkipas2 je..hihi

sungguh menepati citarasa 
tapi takmau buat tangan camtu
ubah bah.tangan cam baju kurung je
lagi kemas kot? erk!





kejap..jap






ada lagi 1 contoh baju







mesti korang suke








tara
mari..mari saya kasi tayang free!

sumpah bagi free pun takmau pakai buat pergi majlis
buat baju tido takpe..ngehngeh

cuba korang tenung lama2 model minahchi atas ni 
gerenti korang akan cakap cutenye! muahaha




notasyahnia : walau design camne pun warna tema adalah PURPLE..nasib baik diantara warna yang cik ain suke ;)

Tuesday, 22 February 2011

Ummi Susuan Vs Ibu Tiruan ;O

Jelas dan terang maksud apa itu ummi susuan dan ibu tiruan kan!!! tak payah joget2 suruh cik ain terangkan okey..hehe..anak buah ada 9 orang..tapi macam 90 orang..sekali balik umah nenek!!! kecoh berapi sampai terangkat bumbung umah jiran sebelah *nampak sangat tipu* ekeke 


tapikan ada diantara sorang dikalangan 9 tu..sejak menjak cik ain nak kawen ni..rapat sangat ngan cik ain..sampai kg je..belum sempat buka pintu kete..dia dah terpacak depan pintu umah..yyeaayyy ibuu balikk..what??? ibuuu..


membontot mana ibu dia ni bergerak..bila tanya..jiha cayangg ummi ke cayangg ibu??? teros ngan yakin cayanggg ibuuu lahh!!! ummi tak sayang??? jiha: geleng2 kepala..panas je ummi selaku ibu kandung die tgk..haha *tanpa rasuah lolipop erkk*

apa2 keadaan pun dia akan ingat ibu dia..

ummi susuan : jiha jom mandi..
jiha : tak nak..nak mandi ngan ibu
ibu tiruan : eehhh mandi ngan ummi lah..ibu dah mandi..
jiha : nak ibu mandikann..  
*amik tuala terus pegang tangan cik ain ajak masuk bilik air*
ibu tiruan : okey ibu mandikan..
*lagak seperti seorang ibu beranak 5..haha*



tido pun nak ngan ibu..tapi bila dia dah lena..ummi dia dok angkat masuk bilik..hehe ummi die jelezzz kot ; )


jiha with hadif

susahnya hadif nak buat peace cam kakak jiha!!! hoho




notahatiain : pernah jadi baby sitter jaga si hadif masa baru lahir..walau masa tu umur baru19 tahun..cukup mematangkan..takde nak kekok2 dah pegang baby..hehe

Wednesday, 29 December 2010

Musim kawen tamat...musim skola menjelma..

Kalo dah nama majlis kawen..takdenye tamat..ada je jemputan rasmi yang harus dihadiri..nak taknak kene lah tunjuk muka kan..nanti ko kawen takde org dtg baru taw!!!! aaiiissshhh suka bagi ugutan kan 

lagipun bukan orang lain..cousin sendiri..nak kene pangggg sebijik..tak p tu puan besar dah bagi warning..yess mumm..hehe

ujang bersama wife die..cun tak..cun tak????

see..siap ada flower girl lagik..cumel kan wife abg alif ni..

saudara mare belah laki yang kepoh kepochi..


kiteorg serbu abes cupcake pengantin..iissshhh wat malu keturunan je..ihikhik setengah pun tak sampai ni..kalo suma masuk dalam pic ni mau roboh pelamin ni..so ikut turn yea..


cik dayah n tunang dia..

kawan skola + kawan sekampung..dulu badan die lagik kecik dari ain..skang badan ain plak lagik kecik dari die taw..senang hati wooo dah nak kawennn..cik ain??? makin kurus awatnya...diet..diet..kehkehhh..beberapa lagik wedding ain terjah tapi lupa nak bawa kamera..aaiiyyokkk

minggu depan dah nak bukak skola kan??? rindunya nak skola balik..main tarik2 tudong..conteng2 papan puteh..cik ain memang glemer dengan kenakalanya..tak2..cik ain budak yang baik ; )

balqis & jieha

budak2 ni memang suka pakai baju sedondon tema kuda belang..n kasut crocs yang berwarna merah..dari segi muka ternyata mereka ni adik beradik kan..hehe..disebelah kiri balqis badan secoet tapi sudah nak masuk darjah 1 tahun depan..balqis ko jangan layan kalo ada dak laki sekelas nak ajak couple taw!!!
 

disebelah kanan plak adiknya..berumur 5 tahun untuk tahun depan..badan kecik tapi bila bercakap macam orang tua..becokkkk..penat nak melayannn suka membontot ain kalo p mana2..jadi bodyguard maksu yea..sebab pakwe maksu dia dah bagi upah gula2 lolipop.. ;P



notahatiain : cik ain memang suka merapu bila boring tahap max..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...