Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label * TuNaNg/KaWeN *. Show all posts
Showing posts with label * TuNaNg/KaWeN *. Show all posts

Monday, 5 October 2015

Kenduri Kahwin Sepupu

Selamat pagi! mula-mula kita doalah moga cepat-cepat hilang jerebu ni yea..nak buat aktiviti luar pun jadi terbantut sebab sangat tak sihat untuk keluarga, apa ntah lagi untuk budak kecil..huhu tapi sabtu ahad semalam terpaksa juga bawa anak-anak keluar rumah sebab ada kenduri kahwin sepupu..majlis perkahwinan pertama pak mak saudara, harus lah datang kan! ;) sila lah bernafas sekejap gunakan insang ye anak-anak -__-" haha

Paling sedih en.suami takde semalam, kene outstation ke Melaka tapi sanggup balik sabtu tengahari dan malam sabtunya balik semula ke Melaka semata untuk hadir kenduri majlis kahwin ni..sayang kamu lebih en.suami taw >__< hari ahad terpaksa relakan en.suami bertugas kembali..sobsob..dengan ini si isteri kene lah jaga 3 heroin sesorang..ala ramai je anak saudara sepupu sepapat yang sukarela nak jaga 3 dak kecik tu pun..mak je emosi lebih! ppffttt lagipun tak dapat nak merewang sangat sibuk jaga anak sendiri je..huhu


 Dari kiri: Qairina, Mama, Qaira, Qaireen
papa tengok dari dlm hp je yea


Qaira & Zikri
Kami sepupu..lahir sama tahun, beza 2 bulan
 tapi tengok saiz badan cam kembar tak seiras..hihi


Tahniah Yan & Naz
cepat-cept dapat baby taw!
ggrrr

Ain pun sampai lambat dalam kul 11.30 pagi, nasib Qairina ikut nenek dulu, so ain kat rumah siapkan Qaireen n Qaira, itu pun dah hura-hara..si kecik tu kalau dah bersiap nampak mak nya pakai cecantik, pakai tudung selagi tak masuk kereta selagi tu lah dia merengek..kaki jalan betul!


Bersama dengan kakak-kakak sepupu
ini semua pantang nampak kamera..haha


Kami lagi..hehe


Anak buah lagi besar dari maksu nya -__- 


Nasib baik anak-anak sangat berdikari, ngamuk sikit-sikit je masa nak tidur
yang lain nya banyak main sendiri, Qaira plak bergilir sedara nak dukung
sempat lah mak berselpie..hehe

 
Bersama mak n abah ain ;))


Akhir sekali, bergambar dengan mak pak pengantin,
yang pak saudara tu, adik lelaki kepada abah ain..
 pengantin masa ni pergi outdoor kat pantai
pengantin tengah feeling-feeling bahagia...hihi




Nota Syahnia : Tahun depan pun banyak lagi majlis kahwin saudara kene join..hehe musim saudara mara berkahwin ;))

Thursday, 9 June 2011

Model kaftan kacukan dan kenduri kawen ada kaitan!

Rindunya dengan kawan-kawan blog..baru 5 hari tidak post entry dan tidak blogwalking hidup sudah seperti kehilangan sebelah selipar..uwahuwahh hey masih ingat lagi tak tempahan baju kaftan untuk dipakaikan masa majlis wedding sepupu cik ain ahad lepas..walaupun ada bahagian baju yang kurang kemas dan tidak memuaskan..*mungkin akak tukang jahit tu buat last minute*..tsk tsk..nasib baik kakak cakap "eh..pakai je orang tak perasan lah" sebab kesuntukan masa nak repair pakai jugak lah :(


 ohh rendahnya cik ain..huhu

tak tahu lah nak bagi nama apa pada design baju cik ain nak kata kaftan takde rupa..kurung moden pun tak juga..baju kurung lagi lah takde rupa langsung ..cik ain gabungkan kaftan dan baju kurung moden camgini lah hasilnya..jadinya kaftan kacukan! bantai je..hihi korang kalau berkenan boleh bagi contoh buat baju raya yea ;)


teme kasih en.syah temankan sy p
kenduri kawen dan tengok movie
malamnya plak kene drive balik terengganu
*aiisshhh penatnya kan*


en.tunang,kakak,abang,ipar duai cik ain..
mak ayah sibuk mengemas..kiteorang sibuk berposing 


kita layan gambar pengantin pulak



 jangan ingat budak2 je..
mak dara n anak dara pun berebut gula2 jugak taw
*penuh beg tangan cik ain dengan gula2*


makanan beradab..woww terus rasa lapar


abang photographer membuat kerja
pengantin membuat adegan suap menyuap..


asal nak bergambar berdua je mesti ada yang kacau
aisshhh kacau daun betul lah ~_~


en.tunang dah keletihan..makwe dia tak tahu penat
asyik bergambar memanjang..haha



dan akhir sekali



tengoklah muka tembam kat bawah ni
tudung tu betul2 buat muka cik ain bolat cam oren
ggrrr 0__0*



okay majlis dah selesai nak gerak tengok movie karak




~> ulasan movie karak : biasa-biasa je!
tak seram langsung cuma banyak terkejut2
en.tunang sempat terlelap kejap..
nampak sangat citer tu tak best kan..hihi




notasyahnia : oyeahhh minggu depan en.tunang balik lagi..permohonan cuti diluluskan..minggu lepas nasib baik dapat off 3 hari..boleh lari balik selangor kejap..selangor-terengganu dah macam shah alam-seremban je rasanya..hahaha

Thursday, 5 May 2011

Ngidam nak jadi minah kaftan!

5 jun ni saudara rapat buat kenduri kawen..takkan nak pakai baju yang sudah berulang kali kan..nak jugak dik noi melaram sakan ala2 majlis red carpet gitu..skang tengah memikir design apa yang cantik & gojes yang akan memperlihatkan cik ain seakan rozita che wan oopss tersasar jauh cukup jika seperti nora danish..haha *gelak beso*


nasib baiklah ada akak tukang jahit tetap..kira cik ain antara yang istimewa dapat harga murah giler..baju kurung/pahang ~> RM22..mana nak dapat herge cam gitu skang ni kan? paling best macam2 design dia boleh buat..:)



akk tukang jahit comel *puji cikit+bodek* : 
ct ni harga untuk ct je taw..orang lain tak dpt harga ni dah!
*sambil menepuk bahu cik ain*
cik ain sipelanggan tetap *buat muka simpati= nak dpt herga murah* : 
ohh yeker..janji yea pasni ct tmpah baju..
akk kene bagi murah2 taw
akk tukang jahit comel : 
tapi jangan bagitahu orang taw ct sorang je!
cik ain sipelanggan tetap : 
eh taklah..kita bdua je taw  
*kalo terbocor kat pelanggan lain koranglah cik ain carik dulu*



kerana sifat akak tukang jahit yang suka beramal sambil berniaga..skang perniagaanya dah bertambah maju..buka kedai andaman bersama rakan kongsi..konpem2 mmg dia yang tukang jahit baju pengantin..:) macam nak promosi kedai jahit akak tu plak..uhukk 



 rasanya yang mana sesuai untuk cik ain yea?
tak berapa nak tinggi, tak berapa nak rendah n tak berapa nak gemok
kira sedang2..hikhikk
 
i like..sweet je..tp untuk nikah sesuai lah kan

wahh seperti kurasa mahu berterbangan diangkasa lepas 
memang tak merewang lah jawabnya..
dok berkipas2 je..hihi

sungguh menepati citarasa 
tapi takmau buat tangan camtu
ubah bah.tangan cam baju kurung je
lagi kemas kot? erk!





kejap..jap






ada lagi 1 contoh baju







mesti korang suke








tara
mari..mari saya kasi tayang free!

sumpah bagi free pun takmau pakai buat pergi majlis
buat baju tido takpe..ngehngeh

cuba korang tenung lama2 model minahchi atas ni 
gerenti korang akan cakap cutenye! muahaha




notasyahnia : walau design camne pun warna tema adalah PURPLE..nasib baik diantara warna yang cik ain suke ;)

Wednesday, 27 April 2011

I'm back!

mud untuk berblog sudah tercampak ke laut dalam..tiada kepastian kenapa begitu? hihi mungkin cik ain dilanda kesibukan n terus menghilang mud nak berbloging..podah alasan lah tu!

seyes rindu dengan kawan2 blog.. ^__^*

bulan apr-mei adalah berhujung minggu dirumah kenduri kawen sajo..ramainya sedara/kawan kawen tahun 2011 ni..suma suka dengan angka 2011 kan..cik ain tetap setia dengan tahun 2012 wink* 


ahad lepas wed di sg.besar
rohani (exclasmate) & farazul (kwn sekampung)
selamat penganti baru!


muka excited dapat bunga telor
renjis mawar pun dupdapdupdap..takot,kihkih


pengantin p makan
kami apalagik tumpang glemer jap

ada makcik tu dok jeling2 kat kami takot pelamin rosak

camlah kami budak tecik2..adoiii




notahatiain : minggu ni plak ada 3 wed kene attend..bila akak nak rehat ni dik noi..huhu

Monday, 14 March 2011

Tetamu kenduri kawen + makan sampai boncit

ahakksss memang taklah cik ain nak melantak segala makanan yang ada kan..harus on diet..hehe sabtu malam ahad cik ain bersama kak su (ex EO) ke kg melayu subang attend wed kak ieda..naseb ada k.su kalo tak memang cik ain sesat tak pulang2 lah jawabnya..hihihi



tema merah + gold
pelamin yg gojes..i like!


 kenangan bersama pengantin
kak ieda sangat sweet..cam ank patong


ieda & hafez
 
selamat pengantin baru selamanya..
malam berinai yg sangat meriah dgn makcik2 yg kepohci ;P



esoknya 10.00am siap2 teros balik kg..pergi wed adik kawan ex ofismate..cik ain sorang2 pun jadik janji datang..duduk2 sekejap..makan..teros cik ain mintak izin sebab nak attend wed sepupu plak.. tema purple + pink..kirim salam dengan pengantin je...


 selamat pangantin baru
faizul & saidah

takde pic pengantin..pelamin pun jadi lah yea..hehe


teros plak ke wed sepupu..jumpa mak n abah kat sana..majlis yang sangat meriah..tema purple + krim..siap ada 2 pelamin..gempak! makanan plak extra laksa + bubur + cendol..


pelamin dalam umah


pelamin diluar umah

huda & ammar
comey kan? sweet je siap ada flower girl..
nak jugak nanti..ekeke




notahatiain : petangnya keluar ngan BFF nolin n dayah..memang super duper penat + kenyang..melantak lagik makan kfc..lupa plak tgh diet..hehehe bila tengok wed org rasa terlompat2 tak sabar nak tggu wed tn punya blog ni..*lempang*

Wednesday, 20 October 2010

~ BeRkAhWiN Di UsiA mUdA ~

SaLaM RaBu

lalala peyut kenyang baru lepas makan
memang kebiasaan kami di ofis ni lunch awal
bila waktu rehat apa lagikk..zzuuupppppp teruss ZZZZ zzzz

bila dikaji dan diselidik..
perasan konon pegawai penyelidik..ngeeee
ramai pasangan sekarang yang telah menamatkan
status bujang pada usia muda
 tak dapat dinafikan lagi zaman sekarang sudah 
berbalik pada zaman nenek atuk mak ayah kita dulu
berkahwin pada usia 15-18 tahun.. 
fuuhhhhh muda belia lagi kan
sedangkan pekerjaan hanya sekadar kerja2 kampung
isteri pulak hanya surirumahtangga menjaga anak2 yang ramai
kebanyakan dalam 5-7 orang..
tapi mampu memberi nafkah sehingga anak2 besar 

mungkin pada masa kini perkahwinan di usia muda
penyelesaian terbaik bagi mengelakkan perkara2 tak diingin berlaku
sebab tu kebanyakkan makayah sekarang bersetuju
anak2 mereka berkahwin jika mampu

mungkin jugak sudah sampai jodohnya kan.. : )

ada jugak segelintir para penilai tak bertauliah
 memberi pendapat..apa lah muda2 dah kawin..keje pun tak lagi..
belum rasa tanggung mak ayah sibuk nak kawin dan bla..bla..bla..

bagi ain..tak perlu kita tengok pada faktor umur semata
sudah tentu pasangan tersebut sudah
pikirkan segala hal dari semua aspek
sebelum mereka membuat keputusan untuk berkahwin
hal kewangan..hal memberi nafkah..
hal tanggungjawab dan sebagainya
bila cukup semuanya..tiada masalah untuk berkahwin walau usia muda
yang paling penting kita perlu matang dalam permikiran dan
bersedia memikul tanggungjawab suami isteri
seterusnya sebagai ayah dan ibu : )

selamat pengantin baru buat azrul & tasya
menamatkan zaman bujang pada 10.10.10

mereka berdua adalah kawan sekolah ain dan sama usia
keputusan berkahwin pada umur 21 tahun bagi lelaki..muda bukan
yakinlah dan percaya Allah telah janjikan rezeki 
buat mereka yang berkahwin..
..harus jugak berusaha dan bertawakal

asal bertiga..lastnya masing2 datang nak menyelit ;p
amik berkat suma anak2 dara ni ha..aiiyakkkkk

suka lah mengedikk budak2 ni kan ; )
korang tengok ntah loji mana pun jadi..nice view katakan..hehe



notacikain **, cik ain jugak terima kalo sudah sampai jodoh satu hari nanti walau di usia muda..kenyataan berani mati..huahua..seronok bila tengok kawan sekelas sekarang bila sudah beranak dua..muda2 dah jadi ibu..akan datang bergelar nenek muda pulak..hehe

Monday, 4 October 2010

~ SeLaMaT BerTuNaNg NaZri & WaN ~

SaLaM ISnIn

pagi ni nak story hujung minggu ain bersama family
semalam pagi cik ain, mak n akak bersama anak2nya
pulang ke kampung
faktor utama ~> nak meramaikan lg rombongan 
pertunangan sepupu ain ke umah belah pompuan
abah kene tinggal sebab nak rewang umah jiran ada kenduri kawen

saudara mara belah mak memang ramai 
korang tengok je lah pic ni
dah cam nak menghantar pengantin padahal baru bertunang
aiiseyyyy naik segan rasanya..
siap mintak maaf dengan tuan rumah sebab ramai sangat
yang ikut menghantar..;P

cik wan zaleha bersama bakal mak mentua 
merangkap mak long saya ;)
bukan rozita che wan yea!!! lalala

suke tengok makeup dia..cantik n sweet2 je kan..kan..kan
bertunang skang cam majlis kawen..siap ada pelamin bagai
majlis tunang ain nanti pun nak camni jugaklah..;p
nak pujuk rayu dengan en.syah banyak2..boleyy??? dush..dush

ni en.nazri sepupu ain..kecik molek si empunya badan
nanti dah kawen mencanak2 lah badan kau membesar en.nazri 
hihihi pepandai je cik ain ni kan

korang jangan tak percaya dengan kami yang begini
muat ko naik si comel kancil ain tu
disumbat2 jugak sampai muat..udah cam tin sardin
nak bawa van besar lah sangat..redha je lah..ahakkksss

belah petang lepak2 umah maklong ada buat open house
aiyakkkk makan lagi..tapi ain tetap makan seciput sedut je pun
kunun nak diet..minah tak sedar diri badan dah tinggal rangka
ada hati nak diet2 lagi,,ngeeeerrr ~



notacikain **, sebentar lagi ada majlis jamuan hari raya kelab upen..semua staff2 upen dijemput hadir..apalagi harus cik ain pun menyibukkan diri kan..selagi boleh makan..makannn..tak boleh makan kang ternganga je lah tengok orang makan plak..;D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...