Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label * TeRenGGaNu *. Show all posts
Showing posts with label * TeRenGGaNu *. Show all posts

Monday, 20 January 2014

Melawat papa kembar di Teganu : Masjid Kristal

Bersambung dari Part 1..kalau en.hubby kerja, ain anak beranak hanya dirumah membuat kerja-kerja rumah dan sediakan makanan untuk suami..seronok sebenarnya jadi surirumah ni kan? disamping menjalankan tanggungjawab boleh dapat pahala jika ikhlas melakukanya ;))..tapi kalau nak berjalan haruslah tunggu suami balik kerja atau off day..


Siap-siap nak sambung berjalan, hubby off..so berjalan 1 hari lah gamaknya
Dalam kereta suma nak dok ngan mama jugak..ayooo fengsan mama -__-"


Sejak kahwin, datang ke teganu memang tak sah kalau tak datang ke Masjid Kristal  ni..dulu bawa kembar masa baby..skang bawa diorang dah pandai berjalan..kerja makpaknya asyiklah dok mengejar diorang sorang 1..nak ajak bergambar pun kene gaduh ngan anak taw..haha sabo jelah!




me bsama ank2 n ank buah..
anak2 buah ain memang lg beso dari makcunyer..



Sebenarnya takut nak lepaskan kembar berjalan kat sini..
kalau diterjunya dalam sungai..tak haru makpaknya? O_o



Budak baru dapat kaki..memang tak reti penat..
berjalan sokmo..makpak yg letih ngejo!




Nak bergambar pun kene nangis dulu ke anak oiii..anak2 takmo layan mama bergambar 
sentap mama taw! -__-



Akhirnya..pun boleh lah nak camgini pun..mak redha..huhu ;))




Nota Syahnia : Bersambung lagi lah yea..banyak keje plak nak buat kat ofis ni..ngehh

Friday, 10 January 2014

Melawat papa kembar di Teganu! (Part 1)

Salam semua..ffuuhh baru berkesempatan membuka blog..hari nak share pengalaman bawa twins ke Terengganu tempat dimana apaknya bertugas..ehehe oh entry lepas ain maklumkan sepatutnya mak mertua n adik ipar yang ikut kan tapi sehari sebelum ke teganu..MIL n SIL tak jadi follow sebab nenek aka mak kpd mak mertua sakit masuk wad..terpaksa lah cari 2 org penganti lain..tak pasal2 anak buah ain yg form 1 n darjah 5 terpaksa ikut..sebenarnya diorang pun happy dpt ikut jejalan..sebab suma perbelanjaan ditaja oleh maksunya..untunglahhh 

Pergi ke taganu adalah menaiki bas ekspress ok..bayangkanlah camne seorang ibu muda membawa anak kecik kembar menaiki bas bersama 2 orang pembantu yg merupakan budak sekolah! haha pengalaman yg mencabar sebenarnya ;) Sani Ekspress menjadi pilihan sebab kerusinya besar dan selesa sikit..bertuah yg amat kakak n adik taknak langsung dengan anak buah ain..suma nak dengan mama..meraung2 bila anak buah ain amik..lastnya mama terpaksa redha pegang dua2 sekali duduk dekat 1 kerusi sebabnya ain beli 3 kerusi je..ain amik bas perjalanan malam gerak dlm kul 8.30 dari klang sentral..gerak malam sebab time kembar tidur dalam jam 9.30 malam lepastu mesti diorang akan tidur lena sampai ke subuh..

Tapi dalam bas diorang tidur dalam kul 10.30 malam..kiranya ada 2 jam masa hanya untuk melayan kerenah diorang berdua je..kejap kang duk baik makan roti, makan coklat apa yg ada sumanya ain bg sebab taknak diorang meragam atau nangis..kejap kang bergaduh berdua dah sorang melalak..udahlah penuh penumpang dalam bas tu..huhu masa nak tidur sorang2 menangis..tak selesa agaknya..tapi dah ngantuk sangat tidur jugak akhirnya..adik plak tengah tidur boleh dia nangis meraung bagai tak mahu..jenuh lah si omak ni menenangkan keadaan..mintak maaflah wahai penumpang2 yg lain yea! kebisingan amat dikesali -___- heeee..si kakak  dibaringkan kat sebelah ain (masih dalam 1 kerusi yg sama) si adik, ain pangku sepanjang 7 jam perjalanan..ain memang langsung tak tidur mengawal keadaan anak2..sampai kuala teganu dlm kul 5.00 pagi hubby dah tunggu..si kembar masih sedap diulit mimpi..si omak sudah bermata panda n kejang 1 badan..cakap dgn suami "cukup ini kali pertama n terakhir bw anak2 naik bas ok!"

Terus balik umah suami..kunun nak tidur tapi sampai rumah si kembar dah bangun..ain tak boleh nak tidur terus mengemas 1 rumah..isshhhh bertenaga plak tu..hewhew hubby plak sambung masuk kerja..lepastu dia balik kerja dlm kul 8 pagi..kami anak beranak semua bantai tidur sampai tengahari..hoho pastu rengek2 kat suami ajak keluar shoping brg dapur n jejalan pusing bandar kuala teganu n main pasir pantai..ngehhh


adik & kakak 
Firstime dapat main pasir pantai..
ingat geli rupanya kemain suka dua beradik ni main baling2 pasir



tak pasal2 dengan omaknya sekali diajaknya main pasir..ngehh



meh kita bergambar 1 family..nasib baik ada anak buah tolong snapkan.. ;)



inilah dia anak2 buah ain..yg kiri, hanim..form 1 n sebelah kanan, syasya..darjah 5
diorang ni kalau ain tengah memasak, mengemas, membasuh..diorang lah tolong jaga si kembar



hari pertama di kuala teganu..bz main pantai sajo ;)
lokasi : Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu



---> Bersambunglah lain2 hari berikutnya di next entry ya..
byk sangat cerita dlm seminggu kami di teganu..
kang bosan plak membacanya..hee




Nota Syahnia : Lega sangat rasanya kembar tak poo poo dalam bas..kalau tak..tak tahu lah nak bayangkan nak mencucinya camne..anak2 mama baikan..pandai kesian kat mama dia..sampai rumah papa baru diorang poo poo... ;))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...