Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label * ReSePi DaPuR *. Show all posts
Showing posts with label * ReSePi DaPuR *. Show all posts

Thursday, 12 November 2015

Resepi PopCorn Kasih Sayang

Rasanya dalam blog ni tak banyak kongsikan tentang resepi memasak kan? itu bukan tanda ahkak tak masak kat rumah okeyy..masak simple2 malu hei nak masuk blog..kihkih tapi sekarang bila usia makin meningkat *walau masih feeling muda lagi taw* perasaan nak berlajar cuba buat resepi itu ini semakin menebal..nak tambahkan ilmu kata nya..hehe nak masak mee kari pun ahkak berlajar dari internet taw..ko taip je resepi cekodok mudah dan sedap! berduyun orang kongsi resepi..ngehh

Oleh itu, marilah ahkak kongsi cara-cara buat pop corn mudah dan sedap sehingga menjilat jari!
tapi tidaklah semudah masak maggie cup, jirus air panas tunggu 5 minit terup masuk mulut..haha

Ain bukanlah penggemar popcorn sebenarnya tapi hanya keinginan untuk cuba buat sendiri, ain sesaja cuba..eh menjadi ko..siap kakak ain puji lagi.."sedap ain, habis dah makan"..bangga giler rasa orang puji pandai buat popcorn taw..haha korang nak kene puji cepat p beli bahan n buat ye..


BAHAN-BAHAN:

- Bertih Jagung
- Buttercup 
- Gula


 3 bahan ni je diperlukan, bahan lain kuali dan tutup periuk ok!


CARA-CARA NYA:


1- Cairkan 4 sudu buttercup didalam kuali


2- Bila buttercup dah cair sepenuhnya, masukan bertih jagung dan gaul rata
(agak-agaklah banyak mana bertih jagung sesuai banyak dengan kecairan buttercup tu ye)


Sampai keluar tutup periuk bila semua pop corn dah kembang!

3- Bila dah sebati buttercup dan bertih jagung,
sila tutup dengan penutup periuk dengan api yang sederhana
biarkan dalam 5 minit, lepastu akan dengar tuptaptuptap bertih jagung meletup 
tanda pop corn sudah menjadi..
excited plak dengar meletup-letup dalam kuali ;)


4- Bila semua dah kembang dalam 6-7 minit dan tutup api, 
pilih serta asingkan popcorn yang gebu gebas dan 
ketepikan bertih jagung yang tak menjadi ye


5- Dalam kuali yang lain, masukan gula dalam 6-8 sudu gula dan kacau hingga sebati
(sesuka hatilah nak manis atau kurang manis, ikut citarasa ok)

6- Bila gula dah mula cair masukan 2 sudu buttercup dan gaul sebati

AMARAN : Cairkan gula dengan api sederhana dan jangan terlalu lama
 nanti gula hitam, popcorn akan jadi pahit


7-  Agak-agak gula dah sebati, masukan popcorn tadi dan gaul rata
lepastu tutup api


Taraaaa dah siap popcorn homemade
 sebenarnya, gula popcorn ni dah terlajak hangus..pahit sikit popcornya
tapi kali ke-2 buat, ok tak hangus..hihi

Camna gula boleh hangus, masa tengah masak tu lah anak merengek2 kat kaki mintak dukung..
masa tengah masak ni lah ahkak sibuk nak amik gambar resepi untuk kongsi dekat blog ni..kahkah




Nota Syahnia : 3 anak dara ain kemain ngungapngungap dia dok makan popcorn 3 beradik..nanti mama buat lagi sesedap dengan penuh kasih sayang ye ;))

Thursday, 7 April 2011

Menikmati pizza hut buatan sendiri..nyummm

Ini adalah permintaan dari en.tunang yang teringin nak makan pizza buatan bakal wife dia..beli dah siap dari pizza hut lagi senang terus ngapp kan tapi lagi suka buat sendiri bole makan 1family n makan sampai buncit n muntah..puas hati! *saje nak bagi pizza hut bankrap* kehkeh


bahan2 untuk buat pizza tuna & sardin

abaikan mangkuk mangkak yang berlainan saiz n coraknya..siap pinjam penapis santan mak lagi,hehe..mesti reject kalo nak buat show kat tv kan?


salah satu point yang diambik mase kursus kawen..

rajin2kan tolong isteri buat kerja dapur!

ya kiteorang cuba untuk pratikkan lebih awal.. 
walau tak berapa sempurna taburan cheese mozarella yang ditabur oleh en.tunang..tetap dihargai pertolongan sukarelawan beliau ;)


tengok..gedebuk seketul besor diletaknya..


bakal isteri : awak bukan letak seketul cheese camtu..
bakal suami : dah tu?
bakal isteri : kene leraikan n tabur samarata lah
bakal suami : ohh yeker!


lepas kuar oven..makan panas2 sambil 
minum sirap ais..memang sodappp!


sebelum ni cik ain pernah buat entry pasal resepi pizza n cara untuk membuatnya..korang boleh klik SINI

pastikan buat sampai sedap n teringat2 muka cik ain ok,hihi ;D




notahatiain : en.syah makan tanpa komen..tu tandanya cik ain berjaya menambat selera dia tapi untuk memasak asam pedas kesukaan en.tunang masih belum pasti berjaya ke tak,hihi bersedia untuk berlajar memperhebatkan masakan ;P

Wednesday, 14 April 2010

~ Resipi PiZZa Sodap ~

ha mari2 sape nak blajo buat pizza resipi cik ain...huhu sgt sodap nak rasa try buat sndiri k

mulanya ain mmg tak tahu nak wat pizza ni, godek2 blog resipi orang tetiba jumpa resipi pizza..tgk gambar cam sedap..nak beli kat pizza hut mahal la plak kalo buat sendiri puas hati boleh ikut citarasa sndiri buat lah brapa banyak pun sampai rasa nak tmuntah makan pizza tu...hehe

BAHAN adunan roti :

-1/2 kilo tepung gandum (boleh dapat untuk 2 loyang)
-1 paket yis segera
-2 sudu teh minyak masak
-1 cawan air suam
-sedikit garam
-sedikit gula

BAHAN topping :

-1 paket keju mozarella (nak mudah beli yang dah siap diparut)
-1 botol kecil sos tomato (nak pedas guna sos cili)
-2 biji buah tomato (1 biji utk gaul dgn sos 1 biji lg untuk ditabur atas roti)
beberapa sosej dan isi ketam (dihiris nipis), 10 ekor udang (buang kulit dan kepala,ekor jgn buang), tuna mayonis (yg sedia ada dlm tin) ikut citarasa nak letak apa lagi...
-1 tin cendawan butang ,2 biji lada bengala (merah/hijau), 1 biji bawang besar (bahan ni dipotong nipis2)
ikut citarasa nak letak apa lagi...

Cara menyediakan Pizza :

-Mula-mula, rendam yis segera dengan air suam, supaya yis itu dapat berkembang.
-Gaulkan tepung bersama yis segera yang telah direndam tadi, masuk garam dan gula secukup rasa. selalunya ain akan larutkan garam dan gula dengan air dalam cawan tlebih dahulu agar ianya sebati tidak lah bketul2 bila gaul dalam tepung
-Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit beserta sedikit minyak masak dan gaul hingga rata .
-Uli adunan tadi sehingga boleh membuat bentuk bulat. ain uli guna tangan je
-Jika adunan lembik dan melekit, masukkan sedikt tepung gandum dan uli hingga sebati.
-Apabila doh ini boleh dibentuk, Biarkan adunan ini naik bersaiz 2 kali besar dari asal.
-Biarkan selama 1 atau 1/2 jam, agak2 adunan doh dah naik 2 kali ganda dari asal bolehlah
 bahagikan doh kepada 2-3 bahagian.
-Selepas itu,sapukan majerin pada loyang dan ambil doh tadi  tempek kan pada loyang tersebut.
takda majerin sapu minyak masak pun boleh
-Bentukkan doh mengikut loyang tesebut. ain selalu guna loyang 4segi yang tsedia ada dalam oven
-Bermula dengan menekan doh di bahagian tengah dan bahagian tepi ditarik-tarik.  jangan tlalu tebal sebab bila dibakar roti tersebut akan kembang sendiri
-seterusnya sapukan sos tomato sehingga rata. nak lagi sedap tumis sos tomato dengan hirisan bawang putih dan buah tomato yang dipotong dadu
-Kemudian, taburkan bahan-bahan topping (sosej,isi ketam,udang,tuna,cendawan butang,lada bengala,bwang bsar) yang telah dihiris/dipotong nipis tadi  ikut citarsa sendiri  main campak-campak je janji sodap k dan taburkan keju mozarella diatasnya. lagi banyak cheese lagi sodap
-Akhir sekali masuk kan pizza tadi dalam oven dengan suhu 180'C selama 20/25 minit. lagi elok jika oven dipanaskan tlebih dahulu

dan inilah hasil nya...Taaraa


     Pizza Tuna Mayonis
SEBELUM
ain tabur banyak cheese mozarella...rasanya mmg tidak mghampakan

   SELEPAS
yang hujung tu dah blubang potong sikit nak test sodap ke tak sodap.. huhu


  Pizza Ala2 Seafood
SEBELUM
 
sumbatkan cheese mozarella kat tepi..tukar selera plak

SELEPAS
 
tak brapa nak seafood pun cuma letak udang dgn isi ketam je, ain letak sambal tumis mmg pedas gila berapi telinga sapa yg makan...hehe
rotinya mmg lembut makan hingga mjilat jari...NyammNyamm



SELAMAT MENCUBA !!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...