Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 12 November 2015

Resepi PopCorn Kasih Sayang

Rasanya dalam blog ni tak banyak kongsikan tentang resepi memasak kan? itu bukan tanda ahkak tak masak kat rumah okeyy..masak simple2 malu hei nak masuk blog..kihkih tapi sekarang bila usia makin meningkat *walau masih feeling muda lagi taw* perasaan nak berlajar cuba buat resepi itu ini semakin menebal..nak tambahkan ilmu kata nya..hehe nak masak mee kari pun ahkak berlajar dari internet taw..ko taip je resepi cekodok mudah dan sedap! berduyun orang kongsi resepi..ngehh

Oleh itu, marilah ahkak kongsi cara-cara buat pop corn mudah dan sedap sehingga menjilat jari!
tapi tidaklah semudah masak maggie cup, jirus air panas tunggu 5 minit terup masuk mulut..haha

Ain bukanlah penggemar popcorn sebenarnya tapi hanya keinginan untuk cuba buat sendiri, ain sesaja cuba..eh menjadi ko..siap kakak ain puji lagi.."sedap ain, habis dah makan"..bangga giler rasa orang puji pandai buat popcorn taw..haha korang nak kene puji cepat p beli bahan n buat ye..


BAHAN-BAHAN:

- Bertih Jagung
- Buttercup 
- Gula


 3 bahan ni je diperlukan, bahan lain kuali dan tutup periuk ok!


CARA-CARA NYA:


1- Cairkan 4 sudu buttercup didalam kuali


2- Bila buttercup dah cair sepenuhnya, masukan bertih jagung dan gaul rata
(agak-agaklah banyak mana bertih jagung sesuai banyak dengan kecairan buttercup tu ye)


Sampai keluar tutup periuk bila semua pop corn dah kembang!

3- Bila dah sebati buttercup dan bertih jagung,
sila tutup dengan penutup periuk dengan api yang sederhana
biarkan dalam 5 minit, lepastu akan dengar tuptaptuptap bertih jagung meletup 
tanda pop corn sudah menjadi..
excited plak dengar meletup-letup dalam kuali ;)


4- Bila semua dah kembang dalam 6-7 minit dan tutup api, 
pilih serta asingkan popcorn yang gebu gebas dan 
ketepikan bertih jagung yang tak menjadi ye


5- Dalam kuali yang lain, masukan gula dalam 6-8 sudu gula dan kacau hingga sebati
(sesuka hatilah nak manis atau kurang manis, ikut citarasa ok)

6- Bila gula dah mula cair masukan 2 sudu buttercup dan gaul sebati

AMARAN : Cairkan gula dengan api sederhana dan jangan terlalu lama
 nanti gula hitam, popcorn akan jadi pahit


7-  Agak-agak gula dah sebati, masukan popcorn tadi dan gaul rata
lepastu tutup api


Taraaaa dah siap popcorn homemade
 sebenarnya, gula popcorn ni dah terlajak hangus..pahit sikit popcornya
tapi kali ke-2 buat, ok tak hangus..hihi

Camna gula boleh hangus, masa tengah masak tu lah anak merengek2 kat kaki mintak dukung..
masa tengah masak ni lah ahkak sibuk nak amik gambar resepi untuk kongsi dekat blog ni..kahkah




Nota Syahnia : 3 anak dara ain kemain ngungapngungap dia dok makan popcorn 3 beradik..nanti mama buat lagi sesedap dengan penuh kasih sayang ye ;))

2 comments:

WieyaRaudzi ♡ said...

Sedapnya popcorn!..
teringin pulak rasa..hehe

Unknown said...

Enaknye, coba nak buat ni :)

Watch movie HD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...