Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 4 November 2015

Simple 1st Birthday Party Qaira

Berkaitan dari entry yang lepas Kelahiran Qaira Ke-Tahun, ada dibagitahu nak buatkan simple birthday party untuk Qaira kan? 2 minggu sebelum cakap dengan en.suami "kesian Qaira takkan kita tak buat majlis untuk dia, masa kakak kembar puas dah buatkan birthday party diorg" sambil buat muka kesian dekat suami..hehe makanya en.suami pun OK, siap ambil cuti 2 hari untuk birthday party si Qaira ni ;))

Simple party bermakna buat makan-makan untuk adik beradik n ahli keluarga ain sahaja takde jemput saudara, jiran atau kekawan pun..makan-makan, lepak-lepak sambung makan, lepak-lepak lagi sambung makan lagi sampai licin! heh itulah konsep nya..hikhik

Buat hari ahad bersamaan 25 oktober 2015, senang semua adik beradik cuti n anak-anak buah pun cuti sekolah! hari sabtu sempat cari barang-barang dapur untuk persiapan majlis esoknya..ahad pagi dah pungpangpungpang bersilat kat dapur sesorang..en.suami tolong jaga 3 askar kecik, mak n abah, ain suruh duduk-duduk je tengok tv..sempatlah siap beberapa juadah seperti dirancang ;))


party simple menu pun kasi simple: 
Mee kari, Nasi goreng ayam, Roti jala, Cucur udang, Pau mini,
Bubur merah, Wedges, Kentang, Nugget goreng dan Buat tembikai dan oren
Air minuman : Jus Oren dan Cendol khas dari mak tersayang ;)
 (Jus Oren,Nasi goreng ayam n Roti jala, ain suruh kakak buatkan)
tak terbuat plak kalau semua ain buat sesorang ko..alamat pengsan lepas majlis..hihi
 makan untuk 25 orang tapi cam makan untuk 50 orang..uisshh


Majlis mula jam 4.00 petang, sebab nak santai-santai je kan, kita mula lambat-lambat sikit sebab ada buat BBQ kenelah makan pepetang kan..heee sebelum majlis sempat keluar p beli kek aiskrim dengan en.suami..en.suami cakap "dah bosan kek biasa, kek aiskrim bebudak suka makan" baiklahhh suamiku sayang!


 Berkumpul 5 beranak nak potong kek birthday girl si Qaira
sangatlah baik mood dia petang tu, lega hati mak nakk oii
 kakak kembar pun excited nak tiup lilin adik Qaira


 Masing-masing riuh nyanyi Happy Birthday To You~~
 Qaira plak buat muka pelik..ggrr


Ada gak gambar 5 beranak yang molek sikit ;) 


 Bersama anak-anak buah, kakak n kakak ipar


Elok je dia main sorang-sorang sepanjang majlis
senang mama nak uruskan majlis taw..hehe


Free homemade pizza dari kakak ipar ain
dia memang surirumah buat bisnes pizza, kek n makanan western
so, dia buatkan khas percuma untuk birthday girl
thank you aunty siti! sedapp sangattt..nyumm


Acara diluar rumah, abang ain tengah membakar ayam
ayam perap dari semalam, merah makngah kata ko!
rasanya lembut enak didalam mulut..perghhh
Menu BBQ: Ayam madu, kerang, ikan cencaru, kembung, pari dan hotdog


 Special kek choc moist homemade : order dengan ofismate
tapi hiasan bagai tu, ain buat sendiri..
gigihlah beli strawberyy, M&M, kitket, riben bagai..ppfftt
hasil dan rasanya puas hati! 


Potong kek untuk family yang lahir bulan 10 sama dengan Qaira
oh ye, lelaki berbaju belang tu kawan anak buah  ;))


Kemain lagi budak kecik ni..leka betul main sesorang
buat aksi gedik bila mama nak ambil gambar dia  ^_-
topi birthday dia tetap setia dikepala..hihi


Lepas makan, papa layan anak-anak makan plak
mama sibuk ambil gambar..huhu


Comot camne pun, mak tak marah nakk
mak redha..hewhew 


 Sediakan 20 goodies untuk anak-anak buah
pinggan Dora tu saje penambah seri..


Akhir sekali kenelah ada
 gambar mama sebagai pengurus majlis bersama birthday girl yang dirai



 
Nota Syahnia : Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan selesai dengan jayanya..moga-moga coretan ini akan menjadi kenangan untuk Qaira anak ke-tiga mama..bacalah bila Qaira dah pandai baca nanti yea..

2 comments:

Han Hanni said...

Alhamdulillah...
Makan dengan family dah seronok sangat kan..

Btway, semua menu nya sedap -sedap belaka

Unknown said...

Semoga semakin sholeha :)

Download film HD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...