Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label * QaiRa *. Show all posts
Showing posts with label * QaiRa *. Show all posts

Thursday, 18 February 2016

Kisah Anak-Anak

Salam dari mrs.syahnia...lamanya menghilang kan? dari hujung tahun 2015 sampai awal tahun 2016 adalah super duper sibuk dengan pelbagai urusan..dengan kerja kat pejabat sangatlah banyak oii sampai stress ahkak taw..balik rumah anak-anak plak rampas hp tengok video didi dan upin ipin..ggrrrr

Kali ni nak cerita pasal perkembangan anak-anak..dah lama sangat tak update pasal 3 heroin dihati ni kan?  tuptup kang terus update checkup mengandung anak ke-4..haha pengsann!

17.12.2015 tahun lepas, Birthday ke-3 tahun kakak kembar..takbuat birthday party pun, cuma beli kek dan sambut anak- beranak je..itu pun dah cukup happy untuk kakak kembar :D


Alhamdulillah anak kembar mama membesar dengan sihat
makin kuat bergaduh pun yee..suka buat mama jadi singa lapar
sekarang Februari, 2016 --> umur kakak kembar 3 tahun 2 bulan


"Eh adik Qela takyah lah kacauu!!!"
kata 2 orang kakak kepada adiknya ;)

Bermula hujung tahun 2015, kakak dan adik telah ditukar panggilan kepada Kak Long dan Kak Ngah..kebetulan masa dalam kereta, en.suami sesaja ajar anak kembar dia tukar kepda panggilan kak long dan kak ngah "kakak ni kak long taw, adik pulak kak ngah" lepstu dok tanya kat kakak "kakak ni siapa?" terus kakak jawab "ni kak longggg"...lepstu en.suami tanya adik plak "adik ni siapa?" sambil tunjuk diri sendiri "ni kak ngahhh" sejak dari tu terus diorg ingat dan bahasakan diri kak long dan kak ngah..tapi kadang-kadang makbapak nya tersasul jugak panggil kakak dan adik sebab dah biasa panggilan dari diorg lahir..hehe  ;))


Qaira plak dah berumur  1 tahun 4 bulan

Makin banyak akal, gigi dah ada 8 batang, suka memanjat almari, tak takut orang, kuat cemburu bila mama peluk kakak kembar atau anak orang lain..ain siap cakap dengan en.suami "tengok Qaira tu tak bagi mak dia pegang orang lain, dia tak tahu banyak lagi adik bawah dia nanti" haha..dan masih belum pandai cakap sangat tapi lasak no.1..sekarang ni dia ikut je mana kakak kembar main, dia pun akan menyibuk join sekali pastu menangis kene buli dengan kak long dan kak ngah..


gambar : Januari, 2016
payah sangat nak suruh anak-anak bergambar molek-molek
nak kene ikut mood heyy..mama ko nak cover cun pun payahh
haha


Begitulah hari-hari yang dilalui emak ber'anak' 3...melayan ragam-ragam anak yang semakin meningkat besar..kadang-kadang geram, kadang-kadang menghibur hati..hehe




Nota Syahnia : Insyallah, tahun depan akan sekolahkan kak long dan kak ngah tadika 5 tahun dan Qaira masuk taska 3 tahun sebagai harapan seorang emak.. :)

Wednesday, 4 November 2015

Simple 1st Birthday Party Qaira

Berkaitan dari entry yang lepas Kelahiran Qaira Ke-Tahun, ada dibagitahu nak buatkan simple birthday party untuk Qaira kan? 2 minggu sebelum cakap dengan en.suami "kesian Qaira takkan kita tak buat majlis untuk dia, masa kakak kembar puas dah buatkan birthday party diorg" sambil buat muka kesian dekat suami..hehe makanya en.suami pun OK, siap ambil cuti 2 hari untuk birthday party si Qaira ni ;))

Simple party bermakna buat makan-makan untuk adik beradik n ahli keluarga ain sahaja takde jemput saudara, jiran atau kekawan pun..makan-makan, lepak-lepak sambung makan, lepak-lepak lagi sambung makan lagi sampai licin! heh itulah konsep nya..hikhik

Buat hari ahad bersamaan 25 oktober 2015, senang semua adik beradik cuti n anak-anak buah pun cuti sekolah! hari sabtu sempat cari barang-barang dapur untuk persiapan majlis esoknya..ahad pagi dah pungpangpungpang bersilat kat dapur sesorang..en.suami tolong jaga 3 askar kecik, mak n abah, ain suruh duduk-duduk je tengok tv..sempatlah siap beberapa juadah seperti dirancang ;))


party simple menu pun kasi simple: 
Mee kari, Nasi goreng ayam, Roti jala, Cucur udang, Pau mini,
Bubur merah, Wedges, Kentang, Nugget goreng dan Buat tembikai dan oren
Air minuman : Jus Oren dan Cendol khas dari mak tersayang ;)
 (Jus Oren,Nasi goreng ayam n Roti jala, ain suruh kakak buatkan)
tak terbuat plak kalau semua ain buat sesorang ko..alamat pengsan lepas majlis..hihi
 makan untuk 25 orang tapi cam makan untuk 50 orang..uisshh


Majlis mula jam 4.00 petang, sebab nak santai-santai je kan, kita mula lambat-lambat sikit sebab ada buat BBQ kenelah makan pepetang kan..heee sebelum majlis sempat keluar p beli kek aiskrim dengan en.suami..en.suami cakap "dah bosan kek biasa, kek aiskrim bebudak suka makan" baiklahhh suamiku sayang!


 Berkumpul 5 beranak nak potong kek birthday girl si Qaira
sangatlah baik mood dia petang tu, lega hati mak nakk oii
 kakak kembar pun excited nak tiup lilin adik Qaira


 Masing-masing riuh nyanyi Happy Birthday To You~~
 Qaira plak buat muka pelik..ggrr


Ada gak gambar 5 beranak yang molek sikit ;) 


 Bersama anak-anak buah, kakak n kakak ipar


Elok je dia main sorang-sorang sepanjang majlis
senang mama nak uruskan majlis taw..hehe


Free homemade pizza dari kakak ipar ain
dia memang surirumah buat bisnes pizza, kek n makanan western
so, dia buatkan khas percuma untuk birthday girl
thank you aunty siti! sedapp sangattt..nyumm


Acara diluar rumah, abang ain tengah membakar ayam
ayam perap dari semalam, merah makngah kata ko!
rasanya lembut enak didalam mulut..perghhh
Menu BBQ: Ayam madu, kerang, ikan cencaru, kembung, pari dan hotdog


 Special kek choc moist homemade : order dengan ofismate
tapi hiasan bagai tu, ain buat sendiri..
gigihlah beli strawberyy, M&M, kitket, riben bagai..ppfftt
hasil dan rasanya puas hati! 


Potong kek untuk family yang lahir bulan 10 sama dengan Qaira
oh ye, lelaki berbaju belang tu kawan anak buah  ;))


Kemain lagi budak kecik ni..leka betul main sesorang
buat aksi gedik bila mama nak ambil gambar dia  ^_-
topi birthday dia tetap setia dikepala..hihi


Lepas makan, papa layan anak-anak makan plak
mama sibuk ambil gambar..huhu


Comot camne pun, mak tak marah nakk
mak redha..hewhew 


 Sediakan 20 goodies untuk anak-anak buah
pinggan Dora tu saje penambah seri..


Akhir sekali kenelah ada
 gambar mama sebagai pengurus majlis bersama birthday girl yang dirai



 
Nota Syahnia : Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan selesai dengan jayanya..moga-moga coretan ini akan menjadi kenangan untuk Qaira anak ke-tiga mama..bacalah bila Qaira dah pandai baca nanti yea..

Thursday, 22 October 2015

Kelahiran Qaira ke-1 tahun

Seingat setahun lepas, 22.10.2014 jatuh pada cuti am Hari Deepavali..kebetulan lah nakk oii lahir pada hari raya deepa..hihi hari yang paling mendebarkan sebab pertama kali rasa sakit bersalin INDUCE!!! sakittt hoiii ;( kerana untuk mu wahai anakku, mama tempuhi jua walau meringkuk-ringkuk badan tahan sakitt..Alhamdulillah proses induce yang tak lama tuptup terus kene tolak masuk bilik bersalin tuptup sekali teran terus keluar baby girl..
sambungan kisah bersalinkan Birthday Girl boleh baca sini


"Setahun dah berlalu, harini genap 1 tahun usia mu, anakku..begitu pantas masa berlalu meninggalkan usia-usia yang lepas..1 tahun yang bahagia dan menyenangkan dalam membesarkan mu, Nur Raihanah Qaira..teruslah membesar dengan sihat, aktif dan gembira..doa mama moga jadi anak yang solehah..aamiin"


Oh ya, pagi-pagi harini dah bawa birthday girl ke Klinik untuk checkup 1 tahun dah dapat hadiah special cucuk di peha kaki kanan..nangis sekejap tanda sakit balik rumah terus main lari-lari..huhu


Happy birthday girl nak p Klinik ye!


Bahagia, pusing 1 Klinik

Hasil checkup, timbang berat naik 1 kilo..BMI semua ok, 
Nurse cakap "kita jumpa lagi 3 bulan ye Qaira!" ;)


Perkembangan Qaira 1 tahun:

= Dah berjalan dan berlari (start jalan usia 10 bulan)
= Dah tumbuh gigi 4 batang
= Kuat makan tapi kurang menyusu
= Suka memanjat
= Tabiat nak tidur suka pegang n usap-usap rambut mama baru tidur
= Kalau merajuk suka nangis guling terlentang atas lantai 
= Suka membontot mana kakak kembar pergi
= Pandai sebut ma-ma dan pa-pa 

Mintak adik je belum pandai..kihkih 


Qaira masa baby, mak dalam pantang!


Qaira umur 4 bulan!


Qaira umur 6 bulan!


Qaira umur 8 bulan!


Qaira umur 10 bulan!
baru pandai jalan


Insyallah, ahad ni buatkan simple birthday party untuk Qaira ke-1 tahun ;)
moga berjalan lancar seperti dirancang hendaknya...

Thursday, 8 October 2015

3Q di Kid'z Paradise

Ini semalam punya cerita, freessh kata ko..kalau tidak 3,4,5 bulan dah basi baru nak update..haha kebetulan semalam en.suami off dah si isteri pun mintak cuti, maka nya jom lah kita bawa 3Q jalan-jalan, kerana cuaca diluar berjerebu kita buat aktiviti indoor sahaja ok! jom kita ke Kidz Paradise di Klang Parade..si kakak sibuk sangat selalu mintak main pasir-pasir..ha nah mama bawa main pasir tiruan plak..hihi


 3Q (QaireenQairinaQaira) si dara pingitan ;)
dah pandai posing 3 beradik ni,
 kalau ajak bergaduh pun lagi  pandai..hoho

Sampai di Kidz Paradise dalam jam 2.00 petang, sebelum masuk dah isi perut 3Q kenyang-kenyang biar diorang main dengan hati yang senang..hehe semalam nak pergi, kelmarin nya ain dah check kat Mr.Google..oh OMG harga untuk weekday dah naik dari RM 25.00 ke RM 28.00 untuk seorang kanak-kanak bermula umur 6 bulan ke atas dan PERCUMA untuk dewasa, kalau weekend dalam RM 40.00 seorang tak silap..pengsan! jadinya RM 84.00 lah kene bayar..mamapapa pejam mata je nakk oii ;))


 Tempat pertama diterjah!
dah selamat masuk dalam perut Qaira beberapa biji..huhu
dia sibuk lah sikit-sikit masuk dalam mulut, ingat beras agaknya! haha


Papa layan je anak-anak main
paling seronok hanya kami 1 family dan 2 anak cina
takde adegan rebut berebut


 Qaira ada kawan main, sama besar dengan dia jugak lebih kurang anak cina ni
anak cina ni pun suka datang dekat main dengan Qaira baling-baling pasir tiruan tu..ggrrr
Qaira pun terima dengan sukarelahati..haha

kakak kembar sibuk main berdua je kehulu hilir, mama papa pantau sahaja ;)

Untung lah korang nakk, lahir-lahir sahaja sudah ada kawan ;)


Syurga betul korang kan..
Macam makbapak korang tempah khas untuk korang bertiga je main..kihkih

oh ya, sotong besar belakang tu n buaian sentiasa berpusing ye ;)


 Benda alah ni pun berpusing, merengek2 lah Qaira ketakutan


Mana plak si kembar ni main..
Eh mana emak nya ni, tak nampak pun.. 


Mak nya sibuk dok bawah ni layan Facebook..haha
Wifi FREE katanya.. ;))


Dah penat main, masing-masing datang kat mama mintak susu
Bilik menyusu pun disediakan taw, siap ada sinki, pemanas air~

Dah kenyang menyusu sambung balik main kat pasir tiruan tadi tu, kira check point terakhir sebelum beransur pulang, papa dah jeling-jeling tanda isyarat ajak balik nak elak jalan jem dari warga kerja pulang pejabat..huhu lagipun cam dah bosan je dok lama-lama main benda yang sama..haha


Sibuk jugak mak 3Q nak main, sebab tak pernah merasa main benda lah ni kekecik dulu..ppfftt


Jam 4.30 petang pulanglah kami balik ke rumah,
 eh tak terus datang rumah MIL plak lepak-lepak sampai malam ;)) 
masuk je kereta semua dah terlentok tertidur kepenatan...



Nota Syahnia : Begitu lah cerita 3Q di Kidz Paradise yang telah menghappykan diorang, 5, 6 tahun lah kita datang lagi ye..ooppss hihi ;))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...