Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label * BLoGGeR *. Show all posts
Showing posts with label * BLoGGeR *. Show all posts

Thursday, 22 May 2014

Header & Watermark cumel by Umie Sue

Takmau citer panjang lebar..cuma nak maklum.."hati tengah berbunga-bunga sebab dah ada header n watermark baru!"..cumel plus kiut miut..ngehh korang jangan percayalah kalau header n watermark ni ain yang buat..sebab kalau ain buat memang sampai berkurun lah tak siap2 tak menjadi..header yang lama pun dapat belas ihsan dari kawan blogger nak tolong buatkan secara sukarelawan -__-"

Sebenarnya camna ain boleh tempah dengan Umie Sue ni? ye lah ramai je lagi blogger yang buat tempahan header ni kan..sebabnya  ain memang dah lama follow blog dia..tapi cuma jadi silent reader..pecah tembelang plak..ngehh..suka baca pasal dia susun atur rumahnya..pasal aqilah si cumel anaknya..lepastu tengok eh dia ada buat tempahan header lah..header yang dbuatnya pun cumel-cumel plak tu..ishh memang pantang benda cumel2 ni..hehe tu yang terus tertusuk ke hati nak tempah header dari Umie Sue ni ;))

Meh tengok Header baru!



Header Design by Umie Sue
Blog : suesukasusun.blogspot.com


Menepati citarasa!
nak jugak letak gambar si kembar sebab taknak orang konpius ni blog anak dara ke mak dara?
cetttt tengok muka pun orang dah tahulah muka mak dara..haha 


Ain sebagai pelanggan memamg puas hati sangat2 dengan perkhidmatan yang diberikan daripada Umie Sue ni..cepat, pantas n hasil kerja yang memuaskan..sebenarnya ain baru buat order pagi semalam..tengahari nya buka email dia dah bagi 1 design header seperti diminta..cepat betul..disebabkan si penempah ni mengedik nak tukar itu, nak tambah ini..Umie Sue ni pun layan je kerenah songeh ain..hihi so, pagi tadi dapatlah beta design yang betul2 berkenan dihati.. saya sukew..saya sukew! mula-mula ingat kene tunggu berhari2 n berminggu..rupanya perkhidmatan ekspress diberikan..best!

Paling tak sangka..Umie Sue berhati baik mahu buatkan watermark FREE..eh..eh betul ke ni? padahal ain baru pertama kali tempah dah dapat special gift siap free watermark lagi..gosok-gosok mata cam tak percaya >__<  Baiknya Umie Sue ni..terima kasih daun keladi taw..dahlah mesra orangnya.. ;)) 


Watermark Design by Umie Sue
Blog : suesukasusun.blogspot.com

Sukew jugak dengan watermark ni.. ;))
pertama kali jugak blog ini berwatermark..erkk!


Kalau korang nak tempah header ke watermark ke design blog ke..korang boleh jenguk blog beliau ye..harganya pun murah2 disediakan..sangat berbaloi dengan perkhidmatan n hasil yang diberikan..pasti korang tak hampa taw..nak jalan-jalan tengok blog Umie Sue ni hias rumah dia yang cumel2 tu pun bole ;)) klik je sini suesukasusun.blogspot.com





Nota Syahnia :Header baru..watermark baru kalau malas jugak nak update blog..tak tahu lah mak nak kabo camne lagi! haha

Thursday, 23 June 2011

Ribut kesibukan melanda diri ;(

Rasa cam nak mengeluh..haihhhhh ~__~ banyaknya keje bulan ni..bertimbun2 sampai tak cukup tangan makcik nak settle suma keje..huuhhh! *relax..cool..cover cun* siapkan satu persatu baru pikir keje lain..nama pun pekerja mestilah buat kerja kan!  kalau student mestilah study..bila sudah diberi tanggungjawab haruslah laksanakan sebaiknya..jom buat keje dengan senang hati takmo ngeluh2 cam cik ain..haha

kesibukan memaksa sehingga cik ain tidak sempat untuk berblogwalking..jenuh nak follow citer korang pasni..hihi maklumlah korang naik teksi,cik ain naik kereta lembu disebabkan line internet office yang ada masalah ntah kenapa gambar tak boleh upload! bergunung-ganang gambar nak share dengan korang..sedih woo..tsk tsk "apa boleh buat!" *sambil mencebikkan bibir* sabarkan je..namapun pinjam hak orang kan ;(



tapi

kenapa blog cik ain tak boleh upload gambar??? 
*rasa nak gigit2 je keyboard ni* 
gerammm!!!



~> korang sila buka pintu kalau 
dengar cik ain bagi salam kat 
umah blog korang yea! 
*kemaruk nak ngomen dah ni*
zzzzuuupppp....




notasyahnia :  "seperti irama dan lagu" tidak berseri cerita di blog tanpa dihiasi gambar kan...camne cik ain nak selesaikan masalah tak boleh upload gambar ni yea? boleh tolong..jangan bagi idea suruh cik ain beli laptop n broadband! cer tengok habuk je yang keluar dari poket..haha

Friday, 10 June 2011

Melawat baby junior JIVEBUMZ aka blogger

Malam tadi cik ain and the geng housemate ke rumah kak ila aka JIVEBUMZ selaku blogger yang tinggal di blok kuartes yang sama..cuma umah cik ain tinggi sedikit mencecah awan..hihihi bagaimana dari sahabat blogger boleh menjadi sahabat alam nyata? ada diceritakan disini..kak ila baru habis berpantang melahirkan puteri sulong yang diberi nama QALESYA IRDINA atau nama manjanya "esya bambam"   bambam tu cik ain yang bagi sebab baby esya belum sampai 3 bulan tapi sangat tembam tambah comel n rambut lebat pacak2..dah macam baby 5,6 bulan..cute sangat..geramm!




dari kiri kak bayah (roomate), jue, baby esya, cik ain

baby esya : kawan blog mama nak amik gambar
mesti nak masuk blog!
aunty ain : esya pandang kamera.. 
tu tuuu depan bukan tengok tv



baby esya : syakit lah badan esya aunty ain pegang camgini..
aunty ain : oh aunty ain dah lama tak pegang baby lah..kekok!



baby esya : hobi esya suka buat mulot muncung2 taw!
aunty ain : buat camna pun esya tetap comel bangat..
ikot aunty ain balik nak? 



baby esya : tak nak lah..malam2 kita kuat nyusu..
eh tepi2 esya nak mnggeliat ni!
aunty ain : nanti aunty ain belilah susu F&N,
eh bolatnya pipi esya nak gigit lah!



baby esya : esya bukan gula2 pop lah nak gigit2,
cakap ngan mama esya baru taw!
aunty ain : pipi esya gebu sangat..geram lah.. 



  baby esya : esya nak titon..ngatok sangat ni!
aunty ain : ala baru nak gomol2 esya bambam..
 kita ambil gambar berdua je..boleh tak?



baby esya : issshhh aunty ain ni kan..bergambo je
esya nak nyusu ni dah haus! 
*terus oh baby esya buat muka marah* hihi
aunty ain : alololo buat muka marah lagi comel..




yang paling istimewa baby esya ni
dia suka sangat tersenyum taw  ^___^*
geram je tengok!


asyik gomol dengan baby esya sampai lupa nak ambik gambar dengan mama dia..hihi terima kasih kak ila sudi terima kedatangan kami n ceritakan pengalaman akak bersalin..seram pun ada bila dengar pengalaman ibu2  disaat melahirkan..huhu kak ila memang best peramah sangat!..walau baru  sahaja dapat bersua berborak lelama malam tadi tapi kemesraan sudah seperti lama berkenalan ;P nanti jemput kak ila ngan baby esya datang umah bujang kami yang tak seberapa nak kemas tu yea..haha




notasyahnia : semalam cerita pasal orang kawin..harini pasal baby..ishh..isshhh perlu buat persediaan ni..haha *pang!

Friday, 27 May 2011

Takkan 'Blogger' hilang di Alam maya

Tajuk diatas diolah semula oleh tuan punya blog dari pepatah melayu 'takkan melayu hilang didunia' bak kata lawak kumpulan sepah maharajalawak!..bagus sambil melawak sambil menghidupkan semula pepatah melayu agar tidak hilang dimakan zaman.. ^__^ i like sepah huahua


Cik ain merasakan makin lama makin boring dengan fesbuk..balik2 dok intai status orang dok tengok gambar album orang..status sendiri tidak juga berupdate..kalau mahu menulis status mesti memikir  5,6,7 kali tapi akhirnya hanya 1,2,3 perkataan je tertulis..beza dengan blog..laju jari menaip membina ayat..ikut saja kata hati, rasa dan perasaan..ikhlas je menulis..cewahhh  orang ikhlas takkan cakap kat orang kan! kadang2 ke laut dilambung ombak juga idea menghilang..tsk tsk ;(


Kawan-kawan baru diblog dianggap lebih rapat berbanding kawan2 yang kenal di facebook..hanya dengan kita membaca penulisan cerita kehidupan mereka cukup seperti kita rapat dengan beliau..dan kita juga turut merasai perasaan mereka walau melalui coretan tulisannya..ada rezeki berjumpa pulak di alam nyata! cik ain peramah orangnya korang jangan takut nak tegur..kalau terjumpa diluar cakap saja 'heyy ini miss syahnia ke?' kalau tersenyum betul lah tu! ;)


Blog seperti novel..bayangan cerita dari susunan perkataan sahaja cukup memberi  kesan  pada pembacanya..kadang2 seperti kita yang berada didalam watak novel tersebut..sama seperti menulis di blog juga ~__~ ada cerita sedih kita turut simpati, ada cerita gembira, kita tumpang seronok, ada yang terima cash nuffnang, haih kita rasa nak mintak cikit je!..haha



Blog juga seperti diari sendiri..dimana lagi untuk luahkan perasaan kalau tidak diblog! setiap coretan boleh  dilihat kembali untuk masa akan datang..mungkin untuk tatapan anak cucu cicit cocot dan generasi seterusnya *harapnya berkembang generasi cik ain nanti* hehe..risiko jika menulis dibuku..silap bulan habis berlubang-lubang..oh rumah saya banyak tikus dan cencorot yang gemar makan kertas! huahua


~> dan cik ain rasa setiap blogger pasti punyai alasanya tersendiri mengapa harus menulis diblog dan menjadi blogger terhebat?
hati masing-masing, pendapat berbeza-beza, 
laptop sendiri-sendiri..
ikut suka hati lah kan! tak gitu ;)


miss syahnia aka blogger suam2 kuku ;P
kalo terjumpa say hai..ok!




siapa setuju 'takkan blogger hilang di alam maya' 
sila tinggalkan komen dibawah..muahaha
^___^* <~ cantik tak pin rambut saya!


Monday, 16 May 2011

New header blog syahnia..peewiitt ;D

Ingat tak entry cik ain yang lepas pasal
tolong buatkan header..bole?
*terus korang buat muke tempe kan sebab tak ingt..huhu*


memang tidak disangka entry tersebut telah menarik kesudian seorang akak blogger ni untuk tolong designkan header untuk cik ain..yang paling terharu ianya adalah dibuat secara free ok!..ulang kembali secara FREE..memang susah taw zaman skang nak cari yg free..masuk toilet pun 30sen..aiisshhh


orang tua2 bilang rezeki jangan ditolak kan..kan..terus cik ain berurusan dengan akak rose melalui emel saje..ingin rasanya cik ain mahu berjumpa kak rose sambil borak2 belanja akak minum segelas dua kopi sebagai tanda terima kasih tolong buatkan header yang comel sangat! cute cam kak rose jugak ^__^*



panas lagi header ni baru terima by email semalam!


seperti yang di inginkan..badan kartun muka cik ain..weee~
nak jugak en.tunang temankan disebelah..hihi ;)




ini setelah di edit sedikit by cik ain
setakat tambah pkataan boleh lah..kalo nak buat orang2 tu
memang serahkan pd yg pakar ;)





setelah sekian lamanya header blog ni dibiar kosong..akhirnya sekarang sudah dihiasi header baru..perhatian** tolong jangan jelez sebab header ini adalah cute + free..*sambil angkat2 kening kat korang* hihihi




notasyahnia : untuk kak rose ~> ain sangat2 berpuas hati dengan design header ni..if akak suruh bayar pun ain tak kisah.. sebab masa ain request n bg contoh..akk cakap agak susah nak design..terima kasih sangat2 bersusah payah untuk cik ain..serba salah pun ada dahlah orang offer bagi free cik ain cerewet plak..huhu

Friday, 25 March 2011

Tolong buatkan header..bole?

Sob..sob..masuk blog org suma header cantik2 cumel je tempek muke sendiri..seyes jelez! kesian korang datang blog cik ain  kosong je header kan ada pun cuma perkataan diary syania je..tapi korang tak boringkan datang sini? hehehe



bila cik ain nak pandai buat header cute2 ni? 
ada sesiapa mau jadi sukarelawan? 
*cepat angkat hidung anda tinggi2.. ;)*


okey tak pic ni kalo tempek buat header?
cet adaplak jelawat..ok cancel!




notahatiain : pernah try design header pakai photoshop ikut tutorial dari google..tapi sekerat jalan je..baru nak fahamkan..keje bergolek2 datang..huhh harap berjaya jugak satu hari nanti..hehehe

Thursday, 24 February 2011

"BLOG PINK" tak bererti minah lembut..ggrrr

Jangan tak caye..pertama kalinya cik ain join contest taw..ffuuhh nasib baik tak hujan ribut melanda kat luar sana..ekeke ko ingat power sangat kuasa yang ada..hehe kerana kak queen..tegar cik ain membuat segmen ni..lagipun tertarik sebab berlandaskan pink belaka tiada yang lain selain pinkk..ttuuuiiittoooiii bebelit lidah



contest dari blogpilihanmalaysia 
terbuka untuk suma warga blog  
takde blog takleh join *pangg* 




persoalan nya..
kenapa cik ain pilih kale pink untuk blog???

sebab memang sejak azali cik ain memang minah pink..minat terlampau ngan pink..dari skola..fail pink..pensil pink..pensil box pink..suma nak pink siap kwn2 gelar AIN PINKKK!!!  lagi mengila lah pink cik ain..*beros gigi pun pink* hehe join puteri islam sebab baju uniform dia kale pink..aci tak???


bila tengok benda2 yang pink..
sejuk hati mata memandang..lembut je..
teringat kot ngan citer sutun..ooppss lari topik..

pink nampak feminin..nampak comel..
nampak cute..nampak cantik..nampak manje..
bagi cik ain semua ciri ciri yang comel comel ain suka..
semuanya ada pada kaler pink..


sebab tu kale pink amat serasi ngan blog cik ain ni..nak update citer hari2 pun bersemangat taw..cuba letak warna blog lain..gerenti sebulan sekali belum tentu cik ain update..kuikui


bukti ni..betape pinknya bibir cik ain ;) 


mari nak carik lagi dua blog kale pink jugak..
kita baling dadu sapa yang kena???

fafau cute




pesanan sigadis pink//
kawan2 yang lain nak join pun boleh..boleh ikot tema blog korang..tarikh tutup jam 8 pagi 26 Februari 2011 yang mana tak suka pink..taklah kecewa takde kale lain ker selain PINKK sentap kalo korang kutok2 kale pinkk taw..selamat berjaya ;)

Club aweks2 peminat lagu belog ni.. ^__^*

eka ain...akak suka lagu yg kat blog ain ni..akak lepak lama2 tadi sbb lyn lagu nya pasal
 
Cik Chacha lagu fav i ni... suka2

mama ila akk follow adk nia gak..cantik & sweet.. lagu pun best jer dgr..huhuh.

ch@ blog ni lagu apa ain? akak sukaaa la lagu ni

queen suke dgr lagu kt cni..bole grab lagu ni nk letk kt blog kite x? 

shiqa suka lagu ny

shiqa jiwang la lagu belog ain.. lepak kejap dgr lagu 

 siap tinggal pesanan berantai kat shoutmix
cayunkk korangg ^^


Ingatkan cik ain sorang je peminat lagu ni..rupanya ramai kawan2 blog cik ain yang gemor jugak..hehe korang suma boleh join club minah jiwang tak berkarat sama2 ngan cik ain..kehkehhh lagu ni sungguh bermakna untuk cik ain..sebab??? takkan nak gtahu korang nanti tak rahsia dah..50 sen kasi baru cik ain bukak citer..haha


jom aweks2 kita nyanyi same2

 Tajuk lagu : Pelengkap Hidupku
Penyanyi : Eren & Romi



aku bagai laut
tak bertepi dan tak berkarang
aku bagai bintang
yang tak di temani malam

melihat dirimu
ada senyum canda tawa
yang membuat aku
tak ingin pergi dari mu

teringat janji lama mu
kepada ku
teringat aku teringat
teringat saat kau masih ada di sini
menemani ku sepanjang hari

bila kau pergi jauh
ingat lah aku
bila aku ada di samping mu
peluk tubuh ku

bila kau rindu aku
panggil nama ku
ku datang menemui mu

peluk erat jasad ku
jangan lepas kan
tetap la kau di sini
harungi malam

kerana hanya dirimu
belahan jiwa
pelengkapku di dunia




 boleh cilok link lagu ni kat sini 
pastu tempeklah kat blog korang k..


best je dengar lagu ni..sesuai untuk pasangan2 yang sedang dilamun cinta tak kira lah yang dah kawen atau belum..lagik2 pasangan yg berPJJ *dengar lagu ni rasa dekat je ngan en.tunang * walau beribu batu jaohnya..sila2 sape2 terasa nak muntah..ekeke ;)




notahatiain : hari2 dok dengar lagu ni..kat mana pun terngiang2 je..tapi masih tak hafal2 lirik lagu ni..adehhhhh daya ingatan ku semakin merosot nampaknya ;P

Wednesday, 23 February 2011

Ini bukan MukaBuku tapi FACEBLOG..Jom2 join


 Panggilan seru melonjak2
suruh cik ain join FACEBLOG ni..
 mula2 tersyasyul sasul tersebut facebuk..
tengok balik..oohhh FACEBLOG

teros ko cik ain cepat2 daftar
lagi ramai kawan boleh dapat
*minah teruja*


 sinopsis FACEBLOG

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH



Edit
bukan nak cakap apa lah..aaiisshhh rugi2 sape tak join.. ;p

Blogger bukan dialam maya semata..

Pagi tadi terserempak dengan sorang akak blogger ni..bertegur sape lah kami pertama kalinya dalam lif kuartes..sempat berborak2 hal2 wanita..ecehhh sebelum ni cik ain pernah terserempak akak ni dalam lif beberapa minggu yang lepas tapi tak bertegur takut salah orang..bila confirm balik memang betul kawan blogger cik ain..tak disangka kitaorang duduk blok kuartes yang sama..cuma tingkat je lain2..kecik dunia kan..hehe


akak JIVEBUMZ *bukan nama sebenar* ;)


kitaorang teruja sampai terlupa nak snap pic..hehe so cik ain mintak izin mau cilok pic akak jivebumz yang comey tengah pegnant..tak lama lagi nak jadi mommy da..mesti bobo pun comey cam akak ;P


 
kak zie izinkan adik ain tempek ini pic comey erkk.. ;)


cik ain pun bersms dengan kak zie kawan blogger jugak dari selangor..suami dia bekas pelatih pulapol gak..sekarang ikut suami dia posting ke sabah..*pengsan kalo en.tunang posting ke sana* huhu..bila bersms jadi lebih rapat dan banyak benda boleh kongsi bersama secara personal..kira dah macam akak ngan adik..nanti kalo ke sabah bole lah kak zie bawa ke tempat2 menarik kat sana yea..hehe
 



notahatiain : dari asalnya cik ain hanya suka2 untuk berblog tapi skang cik ain dapat ramai kawan2 dari seluruh negeri..ada rezeki kita berjumpa kalo terserempak tegur2 lah yea..hehe cik ain peramah sebenarnya tapi pemalu *panggg minah senget ni* ggrrrr

Wednesday, 26 January 2011

Sudah ada kekasih baru..yg lama jgn dibuang...


Jalan2 blog kekawan skang..ramai yang ada banner pakwe ngan awek cute kat atas ni..adalah sorang blogger ni beri infrmation apa ke benda alah ni..nampak sangat cik ain masih menaiki beca berkaki lembu walau kawan2 blogger suma suda menaiki BMW..hoho.. 


rupanya ini adalah sebuah syarikat pengiklanan sama seperti cam Nuffnang gak..boleh dapat duwet..duwettt..makcik kayo nak..makcik kayo!!!..padahal kayap..kehkeh ;)

takot gak lah..sebab syarat2 Nuffnang tak boleh join pengiklanan lain..abes terbatal tapi bila mereka2 yang join cakap tak effect langsung pun akaun Nuffnang..itu sudah bagussss..

apa lagik..ayuuhhh kwn2!!!

cepat2 daftar n tempek banner Heartbeat ni kat blog..bertambah meriah..hehe sila2 ramai2 join..boleh tambahkan pendapatan lagi..walau akaun Nuffnang korang dah melambung tinggi..bagi peluang kat akaun cik ain yang seciput je ni..adoiiii


~> untuk daftar Heartbeat Klik sini




notahatiain : bila letak iklan Heartbeat ni..tiba2 iklan Nuffnang mencanak2 keluar dengan jayanya..sejuk hati melihatnya..apa tunggu lagi..sila klik dengan rela hati..hehe

Wednesday, 3 November 2010

~ 1st GiFt FrOm BloGgEr ~

SaLaM RaBu

Perasaan cik ain..terharu..al-maklum pertama kalinya 
sepanjang berbloging ni
1st dapat gift dari blogger.. =)

walau bukan sebagai pemenang pertama 
anjuran contest blogger

cik ain amat menghargai pemberian gift ni
ikhlas dari sis ch@ tersayang ;P

comey sangat keychain ni..sweett2 cam pemberinya jugak ;P

gift bagi kategori


dengan penerimaan gift ni
saya dengan bersukacitanya mengucapkan terima kasih
tak terhingga pada uMMi CiK oNi
memposkan award gift yang kreatif ini =)

cam ucapan menang anugerah skrin plak..
padahal tak tetempek pun ain dalam drama2 tu suma
berangan saja kalo dapat jadi pelakon..bakat kosong!!!
best juga kalo diberi peluang kan..panggg!!!



notacikain **, keychain tu ain gantung kat meja ofis ni..kang bila tetengok terus teringat kak ch@..cepat2 buka blog hijaucantik..tak sah tak singgah ;P

Monday, 1 November 2010

~ PenGoMeN tEgAr QasehSyahNia ~

SaLaM IsNiN

Sepatutnya siapa pengomen tegar akan
 diumumkan selewat2nya pada hari jumaat lepas tetapi
cik ain telah bercuti pada hari tersebut disebabkan hal tertentu
so, terpaksa ditunda pada harini

selepas dikira diselidik.
diketahui jugak akhirnya siapakah pengomen tegar itu
insan terpilih tersebut adalah ????
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V

pemenang datangnya dari 
http://hijaucantik.blogspot.com
sangatlah pencinta hijau tuan punya blog ni
dan si anaknya pulak pencinta oren..

kak ch@ bersama ratuhatinya si comey cik oni =)

kak ch@ yang awet muda dari usia
wajah yang seperti pelajar kolej yang sudah ada anak
bahagianya Ummi bersama Mr.Abi 
disamping Cik Oni penghibur hati sekeluarga

kak ch@ adalah pengomen tegar ain sejak 
awal2 wujudnya blog ni
walau tidak suma en3, kak ch@ tinggalkan komen tapi
hampir terbanyak jugak komen yang beliau tempekkan
di blog qasehsyahnia

 rajin datang ziarah cik ain yea ummi oni..thankkss sangat2
selalu2 datang kesini melawat cik ain lagi ya
walau hanya berjumpa di alam maya
tapi ain anggap kak ch@ seperti kakak sendiri
banyak ilmu..nasihat..petua..yang dikongsi diblog hijaucantik
terhibur jugak bila membaca kisah aksi cik oni..

sebagai penghargaan untuk pengomen tegar terima lah
cenderahati ikhlas dari http://qasehsyahnia.blogspot.com
hadiah tak boleh dipaparkan
selagi belum sampai ke tangan tuan pemiliknya..
bukan rahsia namanya tuu..tak seprisee..hehe



p/s : kak ch@ sila emelkan alamat
ke sufi_gurlzz@yahoo.com untuk 
penghantaran cenderahati =)



notacikain **, ain jugak baru terima gift dari kak ch@ kerana menjadi penjejak terbanyak di blog beliau..nak tiap bulan jadi penjejak terbanyak..boley dapat gift cute2 lagi..harus kene rajin menziarah akak kan ; ) dan terime kasih jugak untuk kak ch@ bagi sumber gambar comey diatas..jangan marah erkk ain copy pic tu..cayanggg akak ;D

Friday, 22 October 2010

~ PeNcaRiAn KiNi BeRmuLa ~

SaLaM JuMaaT

Kalau di tv9 sibuk untuk mencari siapa gadis melayu musin ke3
di astro plak mencari siapa bakal juara tari menari
cik ain pun menumpang sekaki ingin mengadakan episod pencarian
-
-
-
-
-
-
-
-
-

PeNgOmEn TeGaR
http://qasehsyahnia.blogspot.com


cik ain amat berterima kasih pada semua sahabat2 blogger
yang sudi datang ke blog ni
siap tinggalkan komen sekali
friendly sungguh korang kan =)


untuk 1st pencarian pengomen tegar ni
cik ain hanya cari seorang sahaja yang layak menerima
cenderamata comeyyy dari blog qasehsyahnia ;D

dikira dari sudut berapa banyak jumlah komen yang dipost
disetiap en3 ain sejak wujudnya blog ni

buat masa ni cik ain belum jalankan pengiraan lagi
masa yang terhad ;P

paling lambat jumaat minggu depan cik ain
akan umumkan
siapakah geranganya??? 
sama2 kita tunggggguuu
yyeeeeezzzzaaaa



notacikain **, ini adalah penghargaan cik ain pada pengomen setia yang sudi follow setiap cerita ain..ain sungguh terharu..ooohhhhh abang2..kakak2..adik2 di alam maya korang memang kawan2 paling besttt walau tak pernah bersua..tapi komen2 uollss buat cik ain tersenyum sendiri bila membacanya : )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...