Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label * MiSi RaJa SeHaRi SyAhNiA *. Show all posts
Showing posts with label * MiSi RaJa SeHaRi SyAhNiA *. Show all posts

Thursday, 12 April 2012

Wedding Review : Pelakon tambahan!

Menjejaki alam perkahwinan yang hampir sebulan setengah..uwahh sekejap sungguh masa berlalau..masih teringat2 lagi kekalutan dan tak lena tidur dek buat persiapan kawen..almaklum seumur hidup sekali kan mestilah nak buat yang terbaik sehabis mungkin..cewahh memang memanjang excited budak ni!  >__<*


Memori 1

Outdoor di tempat bermulanya cintan cintun kami..dah hampir 6 tahun tinggalkan S.M.K SAAS,kuala selangor..sape2 pernah sekolah disni sila angkat ibu jari kaki! uhukk tak dapat buat pre-wedding kat sekolah outdoor pun jadilah yang penting tak kempunannn..hihi yang paling best siap ada pelakon tambahan tidak berbayar khas utk abg sepupu n kakak sepupu baru diorang ;) untuk 4 budak kecik ni thankss untuk aksi muka korang yang seikhlas hati tu..cam gaya terpaksa pun ada juga..haha


Memori 2

Hey korang bukan senang taw bebudak tu nak buat aksi2 gitu..ada yang lembut ada yang kaku ada yang keras je badan sebab tak biasa berposing..apapun pengantin tetap cover cun.. ;)) ain tengah tahan gelak sebab tak tahan tengok gelagat bebudak ni..masa bergambar sempat lagi en.suami cakap "awk..tengok zul tu (budak laki yang pakai baju melayu pink aka pengapit en.suami) yang lain pakai kasut dia je pakai selipar jepun, rosak gambar.." terus si isteri tuju ke arah kaki tersebut "yolah (sambil tergelak beso) ha abg man (selaku kameraman) dia pakai selipar jepun takpe ke?" balas si kameraman "eh takpe abg amik gambar atas je kaki takmasuk pun" zul aka pemakai selipar jepun (dia diam tak terkata sambil buat muka takde perasaan!) haha



Nota Syahnia : dah sebulan lebih kawen pun ada jugak makcik2 kg panggil "hai pengantin baru..sihat?" aduiii mkcik2 ni bikin saya jd tak sabar nak jumpa en.suami je! haha

Wednesday, 28 March 2012

Wedding Review : The Best Usmann Photography

Hai uallss..harini takmo story panjang2 erkk sebab ain takde mood nak mengarang ayat..huhu oleh kerana permintaan yang tinggi untuk mencuci mata tengok pic perkahwinan ain..kunun2lah populer sgt mcm awal ashaari dengan scha alyahya tue..hikhikk >__<  ain nak share pic outdoor dari album photographer wed ain yea..tunggu album mungkin lambat cikit sebab abg photographer terpaksa gigih siapkan 5 album utk majlis ain..memang kaki bgambar minah ni kan..hihi 

kesimpulanya ~> ain berpuas hati n gembira sgt2 dengan perkhidmatan dari Usmann Photography sebab memberikan layanan dan hasil yang terbaik! abg usman pun kelakar orgnya..asyik nk tergelak je masa berposing..hihi datang pun tepat pd masanya..memang the besttt! 

untuk makluman jadual job abg usman tahun 2012 sudah full dibooking, tahun 2013 pun dah ada yg booking..fuyooo hebatlah kan ramai yang suka dengan hasil kerja beliau..tapi yang lagi paling best bila ramai saudara mara n kekawan puji gambar2 hasil dr Usmann Photography cantik2! terus hati bebunga memang berbaloi2   ^__^*

 jom layannzzz ain berposing..yeezaaa


:: Outdoor Majlis Nikah ::



dptlah tido jap (-__-)


Menjeling-menjeling ku menjeling ~~


 i like pic ni ;))


:: Outdoor Majlis Bersanding ::


Bersantai di tepian pantai


muka i nmpak lain masa ni..huhu


Agak2 ada gaya jadi model jual baju tak..hihi


Menunggu matahari terbenam..mmg nice sgtt2 >__<



:: Outdoor Majlis Bertandang ::


Jejakan semula ke sekolah after 5 years ;)


Disini kami berkenalan..berkasih..bercinta dan pd harini kami disatukan..


Rumah tidak berpenghuni..memang seramm..huhu


Mari berdansa.. :))

Ini adalah sebahagian pic dari album my photographer..untuk selebihnya tunggu album ain siap..ramai makcik n kekawan mula bertanya mahu melihat album kawen..wahh mereka excited..cik ain lagi excited! 

Jika berminat dengan perkhidmatan UsmannPhotography
bolehlah masuk ke web n facebook beliau untuk melihat 
lebih banyak gambar yang super cantikkk


Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang 
pakej-pakej photography saya, anda boleh hubungi saya di :
016-206 5037 (USMAN ABD SAMAD)
FACEBOOK: Usman Abd Samad


Nota Syahnia : Untuk Pre-Wedding pun ain gunakan perkhidmatan UsmannPhotography...insyallah untuk majlis2 akan datang akan gunakan perkhidmatan beliau juga..majlis apa? tak tahu lagi..hehe ^__^*

Thursday, 22 March 2012

New status : Miss SyahNia ---> Mrs.SyahNia

Alhamdulillah..3 Mac 2012 (Sabtu) jam 11.00am telah sah dengan sekali lafaz cik ain bertukar status menjadi isteri kpd en.suami..berdebar rasanya masa tu memang tak ingat apa..asyik tengok tok kadi tu je kunun nak hilangkan neves..motif apakah?? hikhikk ain tengok en.suami pun tenang je air muka dia duduk depan jurunikah.. ;)) 

Now, hampir 3 minggu menjadi isteri..aisshhh sekejap sungguh masa berlalu rasa nak pusing balik masa time majlis wedding haritu..tak puas bersanding atas pelamin..haha 


selepas beberapa jam menjadi isteri org ^__^*


sekarang pun masih pengantin baru lagi
sebab inai dijari masih merah..hehe 
ngada2 btl Cik Puan Ain kan! daaaa~

Thursday, 23 February 2012

Syahnia Pre-Wedding

Harini cik ain nak citer pasal Pre Wedding yang dibuat pada hujung bulan Januari lepas..memang dah rancang lama tapi suma bergantung pada kelulusan coti en.tunang..nasib baik dapat balik coti kalo tak cik ain mau majuk nanges guling-guling..bole? uwahuwahh cik ain pun coti sebab buat hari isnin tengah takde orang kalau buat hujung minggu gerenti jadi tontonan umum..malu ai ;)

Jom cuci mata tengok pic cik ain yang tak berapa nak berposing yea..plus en.tunang yang pemalu nak bergambar >__<

Tema : Ala-ala taman bersama belon (tajuk ini sesuai kot..hihi)
Lokasi : Shah Alam


 Since 1
Berteduh di pohon nan sebatang..


Since 2
Bermain dengan belon


Since 3
Jeling-jeling cinta ^__^  
gigih siapkan  LOVE & I❤U tengah memalam 


 Since 4
Gaya bebas!
Ini adalah pic candit yea..tu yang gelak terlebih


Since 5
Main cak cak bahhh..hihi


 Since 6
Guling-guling atas titian kasih..cewahhh -__<


Since Terakhir
Mokhsin..tapi abg kameraman cakap gaya mokhsan!  haha ;)


Nota Syahnia : psstt susah juga jadi PA bos erkk kene pandai curi-curi masa nak berupdate..sape kata jadi PA tak busy taw! huhu

Monday, 20 February 2012

Watikah Raja Sehari :: AIN & SYAHIR :: 4 MAC 2012

Aiisshh banyak betul kerja kat ofis skang..nak ngeluh je rasanya..masa-masa camgini memang takde mood dah nak buat kerja..pikir pasal persiapan je..huhu jasad kat ofis jiwa di rumah,bole? >__<

Sambil tu sibuk dok buat edaran kad kawen..oleh itu dengan rasminya cik ain nak jemput kawan2 blogger juga..boleh jumpa kawan2 buat kali pertama kalau sebelum ni tengok gambar je kan..hihi ;))


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Semarak kasih, jalinan budi, undangan diberi seikhlas hati,

dengan penuh kesyukuran saya SITI NURAIN BINTI KAMARUDIN
bersama pasangan MUHAMMAD SYAHIR BIN ISMAIL

mempersilakan ke Majlis Perkahwinan Raja Sehari kami pada:

3 MAC 2012 (SABTU)
Majlis Berinai : 9.00 PM

4 MAC 2012 (AHAD)
Majlis Persandingan : 2.00 PM
 
Jamuan Makan : 10.00 AM - 4.00 PM

Bertempat di  
BATU 25 1/2, KAMPUNG ASSAM JAWA,
45700 BUKIT ROTAN, KUALA SELANGOR,
SELANGOR DARUL EHSAN.


Semoga kehadiran para hadirin akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah S.W.T.

untuk penghantaran kad jemputan perkahwinan sila emelkan nama dan alamat rumah di

 putri_gurlz@yahoo.com 

insyallah kad kawen akan tiba di pintu rumah kekawan dengan sepantas kilat..
mintak tolong abang posmen hantarkan..hihi ;))

Friday, 3 February 2012

Amanat buat Bakal Isteri dari Ibu

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.  Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.”
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. 


Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua,
Berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat,
Memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam,
Memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan,
Menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh,
Jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
 

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.


Ketahuilah, 
sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga 
kamu mendahulukan keredaannya (suami) daripada keredaanmu, 
dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu,
baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.




Nota SyahniaYa Allah, mohon rahmat dan keberkatan mu agar ku menjadi seorang isteri yang terbaik untuk bakal suami ku..

Monday, 30 May 2011

SyahNia nak kawen 10 bulan lagi!

Sekarang ramai kenalan sudah mula bertanyakan.."hey,ain bila nak naik pelamin?" oh rasakan seperti penat untuk menjawabnya.."yea tak lama lagi tahun depan..!" dan sambung lagi "...nanti dah jemput datang bawa hadiah beso2!..haha cet terus diorang rasa menyesal tanya soalan tu kan..hehe


tarikh nikah dan persandingan telah ditentukan..dan hanya tinggal 10 bulan lagi!..haih cer kira sendiri agak2 bulan berapa yea syahnia nak kawen? ikut kalender 10 bulan tu jatuh pada antara penghujung bulan mac dan awal april 2012..antara begitulah tarikhnya..tunggu saja wed card yea ^__^



dan warna tema dipilih
adalah



 red + gold


warna ini adalah pilihan hati cik ain sendiri..tiada paksaan atau bantahan..semua ahli keluarga sepakat bersetuju dan en.tunang pun memang gemar warna merah..merah digabungkan dengan warna emas..harap hasilnya tidak mengecewakan..hehe

cik ain memang suka bebenor warna yang terang2 camgini..nampak lebih menyerlah namapun raja sehari kan..kan ;) bila warna tema suda diketahui mudahlah nak cari segala persiapan mengikut warna tema..tidaklah nanti warnanya bercampur aduk..huhu



comel kot elyana pakai gold red ni ;)


pemilihan warna tema perkahwinan yang tepat amatlah penting..Jadi apa lagi, cik ain pilih warna kegemaran dan mesti suka dengan warna baju yang dipilih, nanti auranya pasti terserlah pada muka pasangan pengantin..Siapa setuju, angkat tangan!!!!





notasyahnia : orang cakap 10 bulan lambat lagi tapi bagi cik ain masa berlalu begitu pantas..harus menggunakan masa dari sekarang untuk membuat persediaan seawalnya tidaklah nanti menyesal itu tak cantik, ini tak cantik..dan bila diberi peluang merancang..merancanglah dengan sebaiknya  ^__^

Wednesday, 6 April 2011

Dua Hati Menjadi Satu : Kursus Pra Perkahwinan..selesai sudah!

Misi pertama telah berjaya..yeaayyy lepas ni boleh kawen sebab dah dapat sijil kawen..hihi thanks en.tunang sanggup balik jauh2 untuk attend kursus sama dengan buah hati die yang rengek2 nak p kursus sama2..ngada kan! ;P

cik ain rasa lebih afdal pergi bersama dengan pasangan..boleh share2 pendapat n terima ilmu sama2..


"awak ingat tak pesan ustaz mase kursus kawen tu?" 
*manalah tahu cik ain terlupa kan! bolehlah tanya en.tunang* haha



kami berkursus di JAIS,Shah Alam pada 2-3 april 2011(8.00am-5.00pm) lepas..seyesss cik ain suggest kat pasangan2 luar amik kat jais..penceramah2 yang sangat2 kelakar n tak boring..memang tak tutup mulot korang dek gelak manjang..kahkahkah ooppss terbawa2 lagi geli hati mase kursus tu..^__^"


hari pertama..sampai awal *excited* hehe



dalam mase 2hari..banyak ilmu yang cik ain dapat dari persediaan sebelum kawen, semasa dan selepas kawen..dari bab akad nikah, akhlak, talak, ibadat, kewangan sampai lah slot kesihatan..ngeri bila penceramah tunjuk video ibu melahirkan bayi secara normal..peserta laki diam terpaku..yg peserta pompuan plak tutup2 mate tgk *malu pun ada* huhu



 hari kedua..dah dapat sijil "cyg jom kita kawen" 
terus ajak en.tunang kawen..panggg 


betul lah bak kata orang  pikir pasal kawen nampak mudah..tapi hakikatnya tanggungjawab sebagai suami/isteri ni sangatlah besar..takottt  




notahatiain : lega dah p kursus  kawen awal2..dengar khabar angin kursus kawen akan diperketatkan lagi..kene bermalam n sampai seminggu..aiisshh camne plak pasangan yang bekerja tu nak cuti sampai seminggu? haraplah sekadar angin berlalu saje.. ^__^

Friday, 18 February 2011

Misi Raja Sehari : Tarikh itu penting..jangan amik mudah..

Baru sebulan lebih bertunang..cik ain dah gigih pikir pasal persiapan kawen.. teruja plak bila ramai cousin ofismate housemate yang kawen tahun 2011..*anak sapelah yg gatai ni* hehe ..family ain cadangkan nak kawen jangan buat time cuti sekola atau cuti2 am..gerenti banyak orang buat kenduri kawen gak..nanti sure lah tetamu akan bajet2 masa..


"maaflah tak dapat dtg ada kenduri tempat lain lah.." 
"ermm saya balik dulu yea jiran sebelah kenduri jugak .."
hhuuhhh boring je dengar kan..


tapi paling kesian cousin ain..dah lama booking tarikh 13.03.2011 *cuti skola*..masa tu takde sapa pon citer eh ank aku nak kawen tarikh tu jugak n..bla..bla..sekali bila dah tempah kad jemputan kecoh ada 3 umah yang buat kenduri kawen serentak..dah lah sekampong..tak ke haru orang kampung nak merewang umah sape??? nak taknak langsung jugaklah...;(


sumber: mr google


pening jugak nak pilih tarikh kawen ni..hari besar harus diabadikan dengan date yang cantik..contoh 11.11.2011..cik ain dah pilih satu tarikh ni  untuk tahun 2012..*kalendar 2012 pun takde tgk lam hp ;)* bukan cuti skola atau cuti am..masih belum kata muktamad lagik..nak bincang dengan family kdua2 pihak dulu..suma ok..baru on..*minah excited* awal dok pilih tarikh kawen dah..kehkehhh


sumber: mr google




notahatiain : harapnya tarikh yg dipilih tu tak ramai yg buat kenduri kawen sekampung..paling penting cuaca panas sampai ke ptg..kita hanya merancang Allah yang menentukan..tapi selagi boleh merancang kita merancanglah sebaiknya ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...