Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label * KeLaHiRaN *. Show all posts
Showing posts with label * KeLaHiRaN *. Show all posts

Friday, 12 December 2014

Detik Kelahiran Ke-3 yang Dinanti

Eh dah nak masuk 2 bulan umur baby.. si emak tak juga cerita saat2 kelahiran baby Qaira..wahai anak nanti dah pandai membaca bolehlah baca cmana mama bertarung nyawa untuk melahirkanmu..oh syahdu -_-  ok, meh omak beranak 3 nak kongsi pengalaman saat getir melahirkan anak ke-3 untuk beranak kali-2..hee


pertama kali 3 beradik bergambar sesama
Qaira hari ke-5


Orang kata kalau bersalin anak kedua dan seterusnya cepat bersalin kan? tapi tunggu punya tunggu sampai ke 40 weeks masih tak keluar apa tanda pun..hari-hari dok tunggu bila baby nak keluar..ngehh

Masa 37 weeks pregnant,  ain dah dirujuk checkup dengan doc pakar hospital sungai buloh sebab berat baby kecil dalam 1.9 kg..tapi bila doc pakar scan berat baby naik 2.1 kg..its normal katanya ada masa lagi untuk berat baby naik sebelum bersalin..lega dengar! tapi kalau masih tak bersalin sampai due date maka nya sukarela tarikh due date wajib serah diri kat hospital untuk di induce..alasan doc berat baby kecil so tak boleh lelama atau lebih dari due date takut baby lemas. Baiklah ibu memboyot ikut perintah -_-"

Memang baby minta di induce! punyalah minggu2 terakhir dok google camne pengalaman orang yang bersalin paksa ni? ramai yang cakap sakittt lain macam woooo..lagi sakit dari sakit normal..cuak! demi mu anak, mama sanggup tempuhinya..ggrr



20.1.2014 (isnin)

Harini adalah tarikh dijangka bersalin so, wajiblah berserah diri..dalam jam 9.00 pagi baru bersiap2 ke hospital..malas plak nak pergi awal2..huhu masa gerak dari rumah, si kembar masih dibuai mimpi..memang kalau boleh nk tinggalkan kembar tengah diorang tidur sebab tak sampai hati tengok diorang menangis meraung kene tinggal..kang dengan mak sekali meraung..sempat tinggalkn kiss sorang satu, salam mak abah n terus gerak dengan en.suami


kekuatan mama
tinggal kejap dengan atuk nenek ye
mama nak p berjuang untuk adik baby ;(


Sampai hospital sungai buloh terus daftar masuk..nurse kaunter cakap prosedur kene induce mesti dibuat bila dapat katil di wad..dan katil adalah penuh ok..naktaknak kene tunggu dalam masa 24 jam ke 48 jam..pengsan!

Lepastu tunggu giliran untuk check jantung baby n jumpa doc..bila jumpa doc haruslah kene seluk..huahua dah 1cm! nurse suruh tukar baju pinky hospital n bermulanya saat menunggu nk dapat katil diwad..bertapalah kat dewan bersalin selama 2 hari 1 malam..ngehh


21.10.2014 (selasa)

Pagi ni tiba-tiba dah turun tanda lendir berdarah..doc seluk masih 1cm..memang kene paksa jugak..

Sebelah petang sempat en.suami bawa mak n si kembar datang melawat ain..sebab mak cakap malam tadi si adik nangis masuk bilik cari mama sambil panggil mamaa..mamaa.. sebelum ain ke hospital pun diorang bergilir demam n selsema..sayu hati ;((

Jam 7.00 pm, nurse panggil nak bawa masuk wad..yeayy tamat azab menunggu..hihi


22.10.2014 (rabu)

Jam 8.00 am, oh doc seluk dah buka 2cm dan terus doc masukan ubat induce yang pertama n tak boleh bangun 1 jam..10 minit lepas doc masukan ubat terus rasa sakit contraction selang 5 minit..tapi masih boleh tahan senyum2 n berborak dengan akak katil sebelah..nurse tengok ctg pun seram.."eh kuat awak punya contraction ni..boleh tahan tak?" dengan tabahnya cakap "boleh tahan sebab masa anak pertama pun memang terus sakit camni.." berlagak! kihkih jada nurse lain siap cakap "awak ada minum air selusuh ke?".."Eh takkkk!!" pandai2 je nurse ni..sentap!

3.00 pm, doc datang buat checkup n seluk dah 3cm! doc cakap ada progress..so tak payah masuk ubat utk kali ke-2..lepas je doc seluk terus sakit makin menjadi2..kali ni jangan kata borak nak senyum pun dah tak boleh..sakit giler! sakit di induce memang beza dengan sakit normal..takde sakit pinggang cuma sakit dibawah perut memulas2 ditarik2 disiat2 sakitnya..aishhhh tak bole tahan..

4.30 pm, kebetulan time melawat bolehlah hubby temankan..tengok muka en.suami terus rasa hiba nak nangis..haha terus ngada2 nak minta dimanja..yeeaahh

Aduii 2 hari dah tak membuang..sempat minta ubat membuang dengan nurse..kali ni sakit sampai tak boleh nak pijak lantai..nurse kesian agaknya..terus dia tolong masukkn ubat membuang kat montot..lepastu hilang sekejap sakit contraction laju2 p tandas..hubby siap temankan..kot2lah takut terberanak dalam tandas..naya!

Lepas dari tandas terus ke katil n baring..nurse datang n seluk..masih 3cm jugak n cepat2 mintak ubat tahan sakit..tak tahannn sangat dah..memang angkat bendera putih..hihi nurse tengok pun cam parah sangat budak ni terus dia cucuk ubat tahan sakit..

Automatik..hilang suma sakit..tapi mata mengantuk kemain cam digam2..sempat tidur kejap..hubby cakap pun ain balas dengan mata  bertutup tapi mulut bcakap..sebab kesan dari ubat tahan sakit tu..huhu dalam mamai2 sempat hubby suapkan 3 ke 4 sudu nasi..buat alas perut gagahkn jugak dok mengunyah nasi..buat ada tenaga nak pushh..separuh tenaga dah hilang buat tahan sakit tadi ;(

6.30 pm, tetiba sakit terasa..dalam hati eh dah habis ke ubat tahan sakit ni..tapi kali ni terasa cam nak meneran..memang dah meneran sikit pun..kebetulan nurse datang nak buat ctg..cakap dengan nurse.."sy rasa sakit pastu cam nak meneran" terus nurse seluk..

Ntah kenapa nurse terus cam kelam kabut n terus cakap dengan suami..dah 8 cm!!!! amekkk ko..terperanjat suma sebab tadi seluk baru 3cm kan..sama kes cam si kembar..dari 3 cm nak ke 8,9 cm memang cepat..next bersalin kene waspada..hehe

Punya kalut suma nurse dengan katil2 sekali nurse tolak ke labouroom..dahlah nak ke labouroom kene naik lif..sempatlah ain dok jerit "nurse tak tahan dah..nak teran sangattttt!!!" tapi dengan suara lembut je lah..hihi nurse suruh suami ikut jalan luar tak boleh ikut sekali dengan patient.. ;(


gelang tangan bermakna!


Sampai labouroom terus masuk bilik no.berapa tak perasan..sempat pindah katil nurse suruh angkat kaki n suruh tahan jangan teran dulu sebab nak siapkan apa2 keperluan untuk sambut baby..semua orang kelam kelibut sebab kes emergency..huahua ain memang dengar apa diorang cakap tapi mata langsung tak boleh buka mengantuk yang amat tapi takmo tidur..memang tak nampak langsung muka2 nurse dalam labouroom tu sebab masa meneran pun ain pejam mata dari awal sampai baby keluar..sakit pun takde cuma rasa nak meneran sangat2 je..ni kot kelebihan n kekurangan ubat tahan sakit..huhu

Siap sedia semua, nurse bidan suruh teran..tarik nafas dalam2 ok pushhh..pushh dengan sekuat tenaga! sekali pushh laju je baby keluar..alhamdulillah senang sangat2..siap nurse cakap "kalau senang, senang sangat beranak..kalo susah, susah pulak" memang rezeki dan bahagian masing2 kan ;)


hai mama..sy tak sabar nak jumpa mama!
nurse bawa masuk tengok kemain bulat mata dia


Keluarlah baby perempuan tepat jam 7.14 pm seberat 2.8 kg..gagahkan jugak buka mata bila nurse tanya baby apa ni puan? nasib betul jawab perempuan..hihi "ok selawat ye puan, sy nak potong tali pusat" eh baiknya nurse2 ni semua..baby dibawa utk dibersihkan, nurse plak terus pakaikan pad..tanya kat nurse "eh nurse tak jahit ke?".."tak puan..tak koyak pun" sibuk tanya jahit tak jahit sekali nurse jahit kang padan muka..haha

Nurse datang bawa baby yg dah siap berbalut kain..baby dah bersih..sekali baru hubby masuk..sedihnya hubby tak dapat tengok masa baby keluar..rupanya mak guard n nurse kaunter depan tak bagi masuk sebab nama takde dalam labouroom kira kes emergency nurse dalam pun tak sempat nak tulis rekod bagitahu nurse kaunter depan..bila dah siap bersalin baru nurse maklum n suami disuruh masuk azankan baby..baby malu lah teww nak papa tengok dia keluar kan..kan..hikhik pastu makguard suruh suami keluar..


mama sedaya upaya tahan mata dari terlelap
punya gigih suruh papa amikan 
pic dgn baby dalam labouroom..
papa je segan silu -_-"


Nak dekat 3 jam gaklah dok dalam labouroom berdua dengan baby..terpaksa biarkan baby dok dalam katilbaby sebab mak baby sibuk nak layan mata mengantuk tak hilang2..tertidur2 dibuatnya..huhu

Jam 10.00 pm baru ain n baby di tolak masuk wad..pastu hubby datang bawakan beg n makanan..baru perut rasa lapar kemain..sebelum hubby balik sempat tolong ain bersihkan diri..itupun banyak masa tertangguh sebab nak layan mata..sambil berdiri pegang dinding pun boleh tidur pejam mata..cakap kat hubby "kejap b..ngantuk sangat nie..tak boleh buka mata" azab betul penangan ubat tahan sakit ni..nurse cakap 6 jam baru hilan tapi rasa cam lebih 6 jam je..alhamdulillah..dalam kul 2 pagi camtu baru mata kembali segar n tak rasa ngantuk dah.. 0_0


23.10.2014 (khamis)

yeayyyy ibu n baby dah boleh balik! itupun lepas ain kene masuk air sebotol sebab nadi ain laju..bila bacaan dah normal baru doc benarkan balik..lepas zuhur jugak baru keluar hospital..gud bye hospital sungai buloh..terima kasih bagi layanan dan perkhidmatan yang terbaik ;))

Begitulah pengalaman melahirkan anak ke-3..tidaklah rasa fobia cam bersalinkan kembar dulu..hihi cerita pun tak payah berPART banyak2 sebab ain rasa singkat sangat perjalanan melahirkan anak ke-3 ni walaupun rasa tulisan cerita cam panjang lebar je..haha


Hari ke-45
hip hip horeyyy mama dah merdeka!
3 je pun rasa dah banyak je anak
huru hara nak bergambar ;))



Syukur..syukur..diulangtahun kelahiran mama ke-25 pada 24.11.2014, mama dikelilingi suami yg baik dan anak2 yang sihat comel.. 4 insan sentiasa dalam hati mama sampai bila2..ooppss sempat kawan usik "hebat ko ain baru 25, anak dah 3!" haha


Monday, 24 June 2013

Detik Kelahiran Kembar QAIREEN QAIRINA ---> PART 4 (Akhir)


Untuk Detik Selanjutnya..Bersambung Dari Entry ---> Part 1, Part 2 & Part 3


Episod Akhir ^^,


17 Disember 2012 (Isnin)

- Selepas selesai keluarkan 2nd  twin..Doc A keluarkan uri dan bermulalah adegan jahit menjahit..kunun berangan nak  tidur sebab 24 jam tak tidur sejak masuk hospital..mula2 jahit sebelah dalam OK tak sakit sekali tang jahit sebelah kulit luar..amek ko..terasa jarum tercucuk kat kulit n terasa giler masa ditarik benang..terus tak jadi nak tidur..mengerang2 tahan sakit lagi..Doc yang jahit tu pun cakap "tahan sikit ye puan"..entah bila Doc menggunting pun ain tak sedar tak rasa sakit langsung, mungkin sakit kontraksi lagi melampau! ;( bukan nak takutkan tapi ini yang ain lalui..huhu

- Selesai proses menjahit dalam 8.30 pagi..ain ditolak keluar dari bilik bersalin diletaknya tepi laluan dalam LR..tak lama kemudian Nurse datang bagi air milo panas2 suam, tawar plak tu..hikk selepas tu Nurse datang bagi kakak..suruh susukan kakak..tak tahu nak gambarkan perasaan bila kali pertama pegang dan peluk anak sendiri..masa mengandung, ini budak keciklah yang selalu tendang2 perut mama, skang dah depan mata..cam tak percaya pun ada..sebab dah jadi MAMA..

- Terus BF kan kakak..alhamdulillah pandai kakak BF..tapi sedih kenapa diorang bagi kakak je..MANA ADIK?? pastu Nurse maklumkan adik kene masuk incubator sebab berat adik hanya 1.7 kg dan terpaksa diletakkan di unit rawatan rapi kanak2..tengok kakak yang berat 2.1 kg pun kecik n halus sangat badan nya apa ntah plak adik yang hanya 1.7 kg ..tapi syukur takde masalah lain..

- Dalam kul 10.00 pagi, Nurse tolak masuk wad bersama kakak..bila dah pindah katil baru call hubby cakap suruh naik wad skang jugak..itupun pinjam hp kakak katil jiran sebelah sebab hp kan ain suruh Nurse simpankan..nak taknak kene buat muka tebal pinjam kredit org..hukhuk tak bagitahu pun dah selamat bersalin..kunun nak bagi suprise biar hubby terkejut datang2 tengok perut isteri dia dah kempis..hehe

- Tak lama kemudian hubby datang..terus terpandang muka hubby rasa nak nangis plak..suami  i tu memang seorang yang cool takde nya dia nak buat muka terkejut bagai..huhu hubby azan n qamatkan kakak..Cuma mula2 en.suami cakap cam takut kenapa ada sorang je? Mana lagi sorang..takut pape yang tak baik terjadi kat anak2 dia..


 Hari pertama, 6.00 petang (1st twin)
kakak sangat baik..langsung tak meragam, 
banyak tidur..gud girl anak mama!


- Tengahari Nurse datang cabutkan wayar masuk air (masuk air 2 botol) dan suruh bangun n pergi bersihkan diri..terima kasih hubby tolong bersihkan isteri mu ini..tolong mandikan..tolong pakaikan baju walau hubby kene masuk tandas wanita..hehe percaya lah dekat hospital kalau dah namanya pesakit takde nya nak malu2..memang tak mampu nak bersihkan seorang diri time tu..rasa kebas 1 badan..sebelah petang ramai yang datang melawat memang riuh ngan  family ain, family suami n kawan2 kerja ain n ex opismate hubby

- Lepastu ajak hubby naik tingkat 6 untuk tengok adik..sebab dari masa lahir langsung tak tengok adik..tak mampu nak berjalan kaki..hubby tolak naik wheelchair..mak ain, mak mertua n sepupu pun follow walau diorg hanya boleh tengok dari luar tingkap sebab hanya ibu ayah baby sahaja dibenarkan masuk..abah, kakak n abang ain tolong jagakan kakak kat wad..


.
2nd twin, Normal, 17.12.2012, 7.22 pagi, 1.7 kg 

"Sayanggg anak mama..mama n papa datang tengok adik ni..lena nya adik tidur
nanti mama bawa adik balik rumah tidur sama2 dengan kakak yea.. ;("


- Sepanjang perjalanan nak tengok adik..hati berdebar sangat..yup baru skang dapat rasai hati seorang ibu yang sentiasa bimbang dan taknak apapun yang buruk terjadi pada anaknya..berdoa dan berdoa yang adik dalam keadaan baik-baik sahaja..

- Cari adik..banyak rupanya baby2 yang masalah dalam wad tu..cari punya cari berjaya jumpa adik di bilik rawatan rapi belah belakang..bila Nurse tunjuk “ini anak puan..comel..tembam je sy tengok tapi kurang plak berat badan dia”  terus mata ni tengok adik yang diletakkan didalam incubator dengan mulut bertiub tangan berwayar..ya allah..anak aku! Terus menitis air mata..sebak tapi cover tak mau hubby nampak..lepastu Nurse amik adik bagi ain pegang..suruh hubby azan n qamatkan adik..

- Paling mendebarkan bila tengok kaki kiri adik berwarna hitam kelebaman..berderau jantung kenapa ngan kaki adik? Terus kekal ke camni? Pastu Nurse maklumkan itu kesan daripada proses kelahiran disebabkan adik keluar kaki dulu maybe Doc pegang kaki adik terlalu kuat sampai jadi lebam..”takpe puan itu sementara nanti akan hilang” lega sangat bila dengar..bertambah lagi lega bila Nurse cakap adik cuma masalah kekurangan berat badan mungkin akan ditahan selama seminggu untuk tengok peningkatan berat badan..capai 2 kg baru dibenarkan balik..Syukur takde masalah lain lagi ;) 


 Hari pertama, 11.00 malam (1st twin)
cute nya kakak buka mata..


- Masa nak masukkan adik dalam incubator balik tetiba adik nangis kuat2..tadi masa mama datang n pegang adik..sedap je dia tidur..ya allah sedihnya..seakan tahu yang mama nak tinggalkan dia seorang diri..menitis air mata ;( nanti mama datang lagi ye sayanggg

- Maka, bermulalah malam pertama tidur bersama anak sendiri..walau bukan dengan kedua anak tapi dapat rasai pertama kali BF kan kakak, cuci poopoo kakak, tukarkan baju kakak, dodoikan kakak..walau sedih sebab teringatkan adik tergolek sorang2 kat dalam incubator..kesian adik tak dapat rasai susu ibu untuk pertama kali..adik terpaksa minum susu formula..

- Alhamdulillah..kakak sangat baik..diam langsung tak meragam nangis kuat2 sepanjang di hospital..tapi mama tetap tak lena tidur sebab teringat2 semasa dalam labouroom n anak cina katil belakang meragam nangis bagai tak mahu..hukhuk


 Hari ke-2, 5.30 petang (2nd twin)
masa ni ain dah nak balik rumah..sedih sangat!
nampak kan lebam di kaki kiri?
selepas seminggu  kesan lembam tu dah hilang


18 Disember 2012 (Selasa)

- Dalam tengahari Nurse suruh masuk bilik pemeriksaan untuk periksa jahitan..yess itu tandanya sudah boleh balik rumah..lagipun kakak dah berak n kencing, mama nya pun suma ok..memang nak balik sebab rasa badan dah masuk angin lemau bisa2 rasanya..huhu

- Jam 4.00 petang dah boleh discharge..Nurse suruh tengok 2nd twin..tanya Nurse kat Wad kanak2 sama ada boleh stay atau tidak untuk jaga n BF 2nd twin sekali tinggal bersama 1st twin..sekali Nurse wad  tempat adik cakap katil terhad n semua penuh..diorang suruh datang berulang alik untuk tengok anak n susukan adik..sedih sangat terpaksa tinggalkan adik kat hospital sesorang..maafkan mama dik..mama takde pilihan..;((

- Sebelum balik memang nak sangat bawa kakak jumpa adik..alhamdulillah untuk pertama kalinya kakak n adik dapat disuakan bersama..tiada lain yg membahagiakan bila tengok hubby, ain, kakak n adik dapat bersama ber4..Menitis air mata sekali lagi bila nak tinggalkan adik.. ”mama,papa n kakak balik dulu yea sayanggg..esok mama n papa datang tengok adik”  


Hari ke-8, adik dibenarkan pulang..syukur!
Terlalu kecik badan adik di tangan papa


24 Disember 2012 (Isnin)

- Pada masa seminggu tersebut  ain n hubby berulang alik tengok n bagi adik susu badan untuk cepatkan naik berat badan..tapi ada jugak hari hanya hubby dengan mak mertua je ke hospital sekali bawa bekal susu badan..masa kakak kene kuning dan bermalam di hospital 1 hari bersama ain, memang hubby lah ke hulur hilir ke hospital klang tengok adik, lepastu ke hospital tanjong karang tengok kami lebih kurang 1 1/2 jam perjalanan..terima kasih cayangg..kekuatan seorang ayah..nasib baik kakak tahan di ward 1 malam sahaja..

- Seminggu adik tahan di wad sampailah last timbang adik 2 kg baru dapat balik rumah, sebelum balik Doc memang check bebetul yang baby dalam keadaan OK..fuuhh nak tunggu confirmation dari Doc dari tengahari sampai ke petang..

- Bila Doc cakap baby Siti Nurain boleh discharge..gembira bukan kemain..yela sebab hubby malam tu kene balik kuala terengganu sebab cuti dah habis..dengan ain berpantang..siapa plak nak ulang alik tengok adik kan..memang berdoa banyak2 adik dapat keluar petang tu jugak..syukur Allah makbulkan ;)

- Selesai urusan untuk keluar wad dalam jam 6.00 petang, sampai rumah dalam kul 7.30 petang, sebelum tu sempat singgah kedai Anakku beli botol susu..sempat jugak rembat baju 2 helai sebab offer..hubby dah jeling2 suruh cepat sebab takut gerak lambat balik terengganu..dalam pantang pun boleh shopping okeyy..kalau mak tahu..memang membebel 1 hari 1 malam..kihkih ampun makkk!

 - Sampai rumah..ramai yang tunggu kepulangan adik..atuk, nenek, kakak ain, sepupu si kembar dan paling penting mestilah kakak kembar adik..saat-saat yang ditunggu untuk kedua kembar dapat bersama..tak dapat nak digambarkan perasaan syukur dan gembira tengok kakak dan adik bersama..tiada apa lagi perlu dirunsingkan bila kedua anak sudah berada didepan mata..

- Tapi ada sedihnya jugak sebab hubby balik terengganu dalam kul 10.30 malam tu jugak, sempat gomol adik sekejap je..ohh mak nya lagi meroyan sebab si bapaknya sudah mahu pulang..*pangggg*



9.00 malam, 24 Disember 2013
 Keluarga kecil Mrs.SyahNia


Tamatlah kisah pengalaman ain di hospital saat melahirkan anak kembar yang pertama



Untuk hari-hari selanjutnya..boleh baca kisah 44 Hari Berpantang




Nota Syahnia : tiada siapa menduga ain dapat bersalin normal tanpa dimasukkan sebarang ubat walau pada awalnya ain disuruh menyerah di hospital untuk masuk ubat dipaksa bersalin awal..ya perancangan Allah itu hebat!

Thursday, 20 June 2013

Detik Kelahiran Kembar QAIREEN QAIRINA ---> PART 3


Untuk Detik Selanjutnya..Bersambung Dari Entry ---> Part  1 & Part 2




17 Disember 2012 (Isnin)

- 12.30 tengah malam, Nurse suruh duduk kat katil tempat seluk tak dibenarkan berada di katil sendiri..mudah nak pantau apa2 masalah katanya sebab dia tengok ain dah kontraksi awal..lepas tu bermula lah saat2 getir menahan kesakitan kontraksi yang melampau..pegang hp nak mesej hubby bagitahu dah sakit suma memang dah tak larat sangat..terpaksa tahan sakit sorang2..baru 2CM sakit mengeras datang setiap 3, 4 minit..berbisik dalam hati.."Ya ALLAH banyak ke dosa aku? Ya Allah kalau tahu sakit camni memang awal2 nak operate! Ya Allah cukuplah sekali ni beranak..taknak beranak dah! Ya Allah tolong lah..sakitttt sangat!!!!" Duduk tak kene..baring tak kene..mengiring tak kene..rasa nak meraung kuat2  o__0 hoho

- Dalam kul 2.30 pagi..bertambah sakit..tak tertahan sangat rasanya..jerit panggil Nurse tapi yang datang Nurse senior yang agak poyo..seluk lagi..OMG baru 3CM!..sakit cam nak guling2 ;(( Nurse tu cakap “eh kene lah tahan..nak beranak kan..anak pertama memang camni” dengan suara agak keras..geram je tapi dah sakit lantak ko lah makcik!

- Bertarung lagi menahan sakit..makin lama makin sakit..tetiba rasa badan panas giler..menggigil-gigil..panggil Nurse yang baik tu..bagitahu “Nurse badan saya panas..tak tahan sangat!!!! Sekali dia check pakai termometer..amekk ko suhu badan 400c lebih..”eh kamu ni demam panas”..pastu dia seluk sebab ain mengerang2 tahan sakit..baru 3CM!!..Ya Allah..memang dalam hati berdoa macam2..Allah je tahu bertapa sakitnya..

- Tak lama kemudian Nurse yang baik tadi datang bawa kain yang dibasahkan lap2 badan ain..dia kata nak turunkan suhu badan sebab nak bagi ubat tahan sakit..pastu dia tolong urut2kan pinggang..sambil cakap dengan nada lembut “sabar ye kak, nak bersalin memang lah sakit camni..banyakkan baca doa nabi nuh..  bila dengar rasa tenang sikit hati kan orang layan kita bebaik..dahlah tengah sakit kalo layan pun garang2 memang rasa nak tendang ko laju2..huh..suami masa ni memang tak tahu langsung ain tengah sakit..padahal hp kat sebelah tangan je..huhu

- Dalam jam 5.00 pagi, Ya Allah sakitnya semakin kuat..kali ni rasa cam nak terberak plak..rasa cam ada benda nak keluar kat bawah tu..tapi dah malas panggil Nurse..ain diam, bila datang sakit ketap bibir, genggam cadar katil, istighfar banyak2..nak taknak tahan sakit sorang2..Pastu macam dengar Nurse cakap dengan Nurse lain "dia ni sakit tapi diam je tak bersuara"..ntahlah sakit sangat agaknya sampai tak terkeluar suara ain mengerang2 sakit..heee

- Pastu datang Doc lelaki melayu kecik badanya..OMG nak seluk lagi ke?!! Tapi time ni tak rasa apapun dia  seluk sebab sakit kontraksi lagi kuat teramat..tengok tangan dia dah berdarah2..”eh dah  6 , 7  CM ni” datang Nurse yang baik “tadi saya seluk baru 3 CM takkan dah bukak banyak?”  Doc “Kalau awak tak caya cuba check” Nurse pun seluk “a’ah lah dah 6 , 7 CM ni sambil cakap dengan Nurse yang lagi senior.. “akak confirmkanlah..amboiii suka plak korang main seluk2 kan..Nurse senior pun seluk.. “dah besar buka ni..takpelah kita tolong bukakan lagi besar boleh tolak masuk labouroom.”

- Maka bermula lah adegan teran meneran buat pertama kalinya.. “saya nak tolong cepatkan bukaan ni..kalau rasa nak terberak..awak teran yea”..adalah 2, 3 Nurse lain tunggu kat tepi katil bagi semangat n ajar camne nak teran..memang semangat giler meneran bila Nurse cakap “ha camni teran pandai sangat..lagi puan..lagi” ..pergghhh camni rupanya ibu kita nak beranak..insaf! 

- Sekali dah 8 , 9 CM..sempat Nurse masukkan tiub kat pundi kencing n keluarkan segala air yang ada..huhu pedih! Nurse2 dah kepoh2 “kembarkan baby dia..baik masuk awal nak buat persediaan”..kelam kabut lah Nurse2 sibuk sediakan itu ini nak tolak masuk labouroom.. terus tolak masuk LR..masa tu kedengaran  azan subuh dari masjid depan hospital..masa ni hubby masih tak tahu lagi yang isteri dia nak masuk LR..sebab betul2  tak mampu nak pegang hp siap suruh Nurse baik tadi tolong simpankan..dia pun layan je pesakit yang manje ni..hikss  ;(

- Masuk LR..dah Nampak dua katil baby..segalanya dua..pindah katil..sorang Nurse check jantung baby, yang sorang lagi cucuk tangan nak masuk air, datang sorang Nurse lagi bagi makan panadol, hulur Gas..bila datang kontraksi terus sedut gas memang kurang sikit sakitnya..bole diorg tinggal kan ain sorang2 kat katil..suma sibuk tolong ibu yang nak bersalin kat bilik sebelah..Ingatkan boleh terus bersalin sebab tengok ibu yang masuk semua terus teran beranak..ain dibiarkan dulu..huh lepastu takde plak Nurse baik tu bagi ubat tahan sakit atau ubat senang buang air besar cam berdasarkan pengalaman bersalin kawan-kawan..maybe dalam situasi kelam kabut kot ;(

- Adalah dalam 45 minit..lepastu datang 2 orang Doc perempuan melayu..Alhamdulillah dapat Doc perempuan islam..ohh diorg tunggu Doc pakar rupanya..maybe sebab twins maka Doc pakar kene uruskan..Dengan sekelip mata segalanya bertukar yang tadi katil dah jadi transformer..keluar besi palang bagai..amek ko digantungnya kaki..siap suma Doc A suruh PUSH bila kontraksi datang n rasa cam nak terberak..datang sakit giler2 ain terus meneran dengan sekuat tenaga..adalah dalam 4 , 5 kali PUSH..1st  twins keluar dengan selamat tepat jam 7.00 pagi..terus dengar suara kakak nangis n Nurse tunjuk jantina kat ain “Ni baby apa puan?” dengan lelah2 mamai ain jawab  “baby girl” dalam hati Alhamdulillah memang betul scan cakap baby girl sebab beli baju suma pink kalo boy nasib lah ye nakk pakai baju pink..huhu terus diorg bawa kakak untuk dibersihkan..


 1st twin, Normal, 17.12.2012, 7.00 pagi, 2.1 kg
beberapa jam selepas keluar dari perut mama
sangat2 rindu waktu ini ;)

- Oh perjuangan masih belum selesai ada lagi 1 nyawa harus diselamatkan..Selepas 1st twin keluar automatik sakit kontraksi hilang..memang ajaib!! dapatlah tarik nafas lega tapi bila Doc B seluk godek2 perut terus terasa sakit kontraksi datang balik..disebabkan 2nd twins songsang..Doc sempat scan baby nak tengok keadaan baby camne..eh songsang lagi anak mama ni, Doc cuba jugak nak pusing baby untuk keluarkan kepala dulu..ditekan2 dipusing2 perut..Doc B takleh buat..dia suruh Doc A plak settlekan..dimasukkan tangan pusing2 bagai kat dalam perut..memang terasa perut bergelodak..sudah koyak rabak agaknya..huhu

- Doc A masuk forsep sepenuhnya pastu dengar Doc A cakap kita tak bole guna forsep lah” dia keluarkan balik forsep..dia suruh ain PUSH..tak Berjaya..PUSH lagi..tak bole..PUSHHHH puan..dah semakin lemah badan betul2 terasa penat..dengan tali n mesin kecik yang di ikat kat perut untuk check jantung baby dengan tangan berwayar masuk air..memang betul2 tak selesa..berpeluh2 padahal dalam LR sungguh kuatlah aircondnya..kiri kanan penuh Nurse-Nurse jadi pompom girl..belum Doc2 tak berkenaan tersidai kat sekeliling katil tengok ain..dah macam orang yang tengah berkumpul tengok pertunjukan..malu tak? Haih malu ntah kemana..lantak lah, janji mak dan anak-anak selamat!

- Selepas 22 minit jam 7.22 pagi, adik Berjaya jugak dikeluarkan secara normal..Doc tak berjaya untuk pusingkan adik agar dapat keluar kepala dulu tapi ntah dari mana datang kekuatan serta tenaga ain PUSHHH sekuat hati..alhamdulillah akhirnya adik keluar dengan kaki sehingga punggung dahulu..Doc suruh PUSH keluarkan kepala plak..PUSH lagi..selamat keluar kan kepala adik....tapi tak kedengaran  suara adik menangis n takde pun Nurse tunjukkan jantina adik pada ain..maybe sebab adik hampir lemas n kurang berat badan diorang terus bawa adik naik wad rawatan rapi kanak2.. maafkan mama syg..mama tak sempat nak susukan, peluk n kis adik.. ;(

- Ya Allah..dalam hati bersyukur sangat2 diberi peluang untuk melahirkan twins secara normal walaupun diduga menanggung kesakitan kontraksi yang lama..seperti tidak percaya pun ada yang ain mampu keluarkan twins tanpa dibedah walau ramai yang rasa ain cam tak mampu keluarkan mereka secara normal..itu semua kuasa Allah kan, disebalik awan yang mendung Allah munculkan pelangi yang indah..eh tak habis disetakat itu..kita berjumpa di akhir Entry okeyy ^__^




Untuk Detik Selanjutnya..Bersambung Di  Entry ---> Part 4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...