Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label * BiRthDaY PaRTy *. Show all posts
Showing posts with label * BiRthDaY PaRTy *. Show all posts

Tuesday, 24 November 2015

26 Tahun Dalam Hidup!

Syukur alhamdulillah, diberikan nikmat kebahagiaan dan kasih sayang dalam menjalani kehidupan seharian bersama suami, anak-anak, mak ayah dan keluarga tersayang sehingga lah ke harini genap umur 26 tahun ;)

Fuuhh tak sangka sekejap sungguh umur dah 26 tahun..rasa fefeeling cam umur 20 tahun plak..hehe tengahari tadi balik lunch, en.suami buat suprise plak keluarkan kek siap pasang lilin sambil si kembar wish heppy birthday to tou..auuhh sebak n terharu sangat taw! rasa nak nyorokan muka bawa meja sebab nak control malu dapat suprise kek..thankss suamiku!


Excited mak aihh dah tetua kene tiup lilin!
si kecik tu pun excited tengok mak dia cover ayu..haha
(Gambar 24.11.2015)

Setiap tahun peningkatan usia yang indah..cuma tahun lepas sambut birthday dalam berpantang..tahun ni si kecik dah 1 tahun..kakak kembar 3 tahun..papa plaks ooppss rahsia..ggrrr


Hari-hari yang indah layan kerenah 3 anak dara 
Terima kasih anak-anak mama telah menceriakan dan hiburkan kehidupan mama
Insyallah sayangg, mama akan jadi ibu the best untuk korang!
walau ada masa, mama korang akan bertukar jadi tarzan..haha


Terima kasih jugak en.suami banyak bersabar dalam 
melayan kerenah isteri dan anak-anak
(Gambar Raya 2015)


Ya Allah, terima kasih atas segala-Nya




Nota Syahnia : Bulan 12, sambut birthday kembar Qaireen Qairina ke-3 tahun plak, berderet anak beranak! en.suami je bulan 3 tahun depan..nanti kita bagi geng anak ke-4 yang boleh sambut birthday sama papa ye..hehe ;)) 

Wednesday, 4 November 2015

Simple 1st Birthday Party Qaira

Berkaitan dari entry yang lepas Kelahiran Qaira Ke-Tahun, ada dibagitahu nak buatkan simple birthday party untuk Qaira kan? 2 minggu sebelum cakap dengan en.suami "kesian Qaira takkan kita tak buat majlis untuk dia, masa kakak kembar puas dah buatkan birthday party diorg" sambil buat muka kesian dekat suami..hehe makanya en.suami pun OK, siap ambil cuti 2 hari untuk birthday party si Qaira ni ;))

Simple party bermakna buat makan-makan untuk adik beradik n ahli keluarga ain sahaja takde jemput saudara, jiran atau kekawan pun..makan-makan, lepak-lepak sambung makan, lepak-lepak lagi sambung makan lagi sampai licin! heh itulah konsep nya..hikhik

Buat hari ahad bersamaan 25 oktober 2015, senang semua adik beradik cuti n anak-anak buah pun cuti sekolah! hari sabtu sempat cari barang-barang dapur untuk persiapan majlis esoknya..ahad pagi dah pungpangpungpang bersilat kat dapur sesorang..en.suami tolong jaga 3 askar kecik, mak n abah, ain suruh duduk-duduk je tengok tv..sempatlah siap beberapa juadah seperti dirancang ;))


party simple menu pun kasi simple: 
Mee kari, Nasi goreng ayam, Roti jala, Cucur udang, Pau mini,
Bubur merah, Wedges, Kentang, Nugget goreng dan Buat tembikai dan oren
Air minuman : Jus Oren dan Cendol khas dari mak tersayang ;)
 (Jus Oren,Nasi goreng ayam n Roti jala, ain suruh kakak buatkan)
tak terbuat plak kalau semua ain buat sesorang ko..alamat pengsan lepas majlis..hihi
 makan untuk 25 orang tapi cam makan untuk 50 orang..uisshh


Majlis mula jam 4.00 petang, sebab nak santai-santai je kan, kita mula lambat-lambat sikit sebab ada buat BBQ kenelah makan pepetang kan..heee sebelum majlis sempat keluar p beli kek aiskrim dengan en.suami..en.suami cakap "dah bosan kek biasa, kek aiskrim bebudak suka makan" baiklahhh suamiku sayang!


 Berkumpul 5 beranak nak potong kek birthday girl si Qaira
sangatlah baik mood dia petang tu, lega hati mak nakk oii
 kakak kembar pun excited nak tiup lilin adik Qaira


 Masing-masing riuh nyanyi Happy Birthday To You~~
 Qaira plak buat muka pelik..ggrr


Ada gak gambar 5 beranak yang molek sikit ;) 


 Bersama anak-anak buah, kakak n kakak ipar


Elok je dia main sorang-sorang sepanjang majlis
senang mama nak uruskan majlis taw..hehe


Free homemade pizza dari kakak ipar ain
dia memang surirumah buat bisnes pizza, kek n makanan western
so, dia buatkan khas percuma untuk birthday girl
thank you aunty siti! sedapp sangattt..nyumm


Acara diluar rumah, abang ain tengah membakar ayam
ayam perap dari semalam, merah makngah kata ko!
rasanya lembut enak didalam mulut..perghhh
Menu BBQ: Ayam madu, kerang, ikan cencaru, kembung, pari dan hotdog


 Special kek choc moist homemade : order dengan ofismate
tapi hiasan bagai tu, ain buat sendiri..
gigihlah beli strawberyy, M&M, kitket, riben bagai..ppfftt
hasil dan rasanya puas hati! 


Potong kek untuk family yang lahir bulan 10 sama dengan Qaira
oh ye, lelaki berbaju belang tu kawan anak buah  ;))


Kemain lagi budak kecik ni..leka betul main sesorang
buat aksi gedik bila mama nak ambil gambar dia  ^_-
topi birthday dia tetap setia dikepala..hihi


Lepas makan, papa layan anak-anak makan plak
mama sibuk ambil gambar..huhu


Comot camne pun, mak tak marah nakk
mak redha..hewhew 


 Sediakan 20 goodies untuk anak-anak buah
pinggan Dora tu saje penambah seri..


Akhir sekali kenelah ada
 gambar mama sebagai pengurus majlis bersama birthday girl yang dirai



 
Nota Syahnia : Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan selesai dengan jayanya..moga-moga coretan ini akan menjadi kenangan untuk Qaira anak ke-tiga mama..bacalah bila Qaira dah pandai baca nanti yea..

Thursday, 13 February 2014

1st Birthday Qaireen Qairina : Penutup majlis ;)

Mahu sambung entry terakhir untuk 1st Birthday si kembar..amboi bertuahlah anak kan..birthday mak nya pun takde entry bagai..birthday anak sampai 3 episod emaknya kasi bikin..siapa tuan blog ni? anak ke emaknya punya? hikhikkk sejak ada anak memang update pasal anak manjang..sebab takde yang menarik pun pasal emaknya..cukuplah masa solo2 dulu puas cerita pasal diri sendiri sampai tak sedar diri kat sini..ggrrrr -__-"

Sesudah habis acara potong memotong kek..tetiba cam ramai plak ajak bergambar bersama..tiba2 cam femes..haha padahal tetamu nak bergambar ngan si kembar je pun dah kembar takut dengan semua orang..mama nya lah jadi mangsa tukang dukung diorang dan masuk sekali muka emaknya dalam semua kamera/hp tetamu..padahal memang tak sedar diri memang kaki bergambar pun si omak kembar ni..kuikui~



Bersama mak n ayah ain
orang kuat majlislah kiranya ;)
Alhamdulillah juga abah dah semakin sihat
cerita abah sakit disini 



Bersama makcik n pakcik saudara sebelah suami
yang tinggi belakang kiri ain itu mak mertua beta ;))



Bersama dua adik ipar ain
kakak ipar yg kemetot  >__<



Bersama BFF..
 me, nolin, dayah n bella



 tak sedar dirinya yg tengah2 tu..ank dah dua tapi perangai cam budak2..hoho

Diorang, dari majlis bertunang, kahwin, cukur jambul kembar sampai
 ke majlis birthday kembar diorang akan sentiasa ada bersama..
sayang korang ketat2 taw



                       
kiri, Qaireen kanan, Qairina
umpan jajan baru lah tak merengek kalau tak 
asyiklah nak berkepit bawah ketiak mama sentiasa -_-






Tengok adik baik je tak nangis! kakak ni nangis je taw..huhu




Kembar bersama wak long nya akak 1st kakak ain
kak tolong jagakan anak kejap..perut dah berbunyi nak mintak makan ni..ngehh~



Cepat2 ain n hubby amik makanan n makan dengan tenang
sebelum anak2 meraung mencari makpaknya yang hilang :))


Dalam jam 5.30 petang, para tetamu beransur-ansur pulang..tinggal lah saudara saudara terdekat balik dalam kul 7.00 petang..lepak2 makan2 borak2 baru diorang balik..yelah time2 majlis camni je lah dapat berkumpul ramai2 kan..kalau tak memang say hai kalau terjumpa kat mana2..terima kasih jugak kepada adik beradik ain yang banyak membantu dalam menjayakan majlis n tolong mengemas..


dan sebagai penutup




aisshhh kiri kanan berdukung
memang maknya dapat bertahan berapa minit sajo
walau ank2 ni nampak kecik tapi lenguh jugak didukung
huhu





Nota Syahnia : Selesai jugak hajat hati nak buatkan majlis birthday untuk si kembar..untuk next year plak tengok lah kalau mama larat ke tak lagi nak deko2 camni yea..hihi moga anak2 mama membesar dengan sebaiknya..jadi anak yang solehah, bijak, dengar cakap mama n papa yea sayang..mamapapa sayang kakak n adik sangat2..

Monday, 3 February 2014

1st Birthday Qaireen Qairina : Potong Kek!


Pada awalnya ain n suami cadang nak buat majlis besday anak kecil2 je..tapi bila akhirnya jemput sana, jemput sini eh jadi cam ramai plak..so, makanan suma pun kenelah sediakan lebih..cakap dengan hubby "tahun pertama besday anak..kenelah sambut meriah2" hihi suami plak "yelah tu..tahun ke2,ke3 sama jugak" haha suami redha! ngehhh

Majlis dalam kul 2.00 pm..pungpangpungpang start dalam kul 3.00pm..dimulakan dengan bacaan doa dari en.suami..lepastu jemput semua tetamu menikmati juadah yang disediakan..


 Si gagah perkasaku membaca doa..sejuk hati isteri ;))


family, saudara mara, sahabat n jiran tetangga memeriahkan majlis

antara menu yang ada nasi beriani, laksa, pecal jawa, spageti, kuih muih, kentang&nuget goreng, dadih, air tembikai n air asam limau..tukang masak utama adalah my mom n my sister..ahkak masak spageti je..huhu 


Tak sempat nak rasa suma menu..si kembar asyik nak berkepit ngan omaknya je ;(


Para tetamu


Tengah tetamu dok menjamu selera..dok panggil plak budak2 kecik untuk nyanyikan hepy besday utk twin nak potong kek..hihi tapi dari awal majlis sampai akhir si kembar asyiklah nak berdukung..sambil layan tetamu sambil tangan sebelah mendukung si kakak..adik plak ayahnya lah dukung..huhu 


besday girl takmo pandang kamera..makpaknya je lah excited! hihi

jom kita potong kek!



   
Pakaikan topi si kembar tapi sekejap je lah..huhu



tengah letupkan benda rambu2 ramba tu..habis penuh 1 meja



mak tolong potongkan kek ye nakkk!!! ;))




mama suap adik..papa suap kakak


hebat tak hebat..tangan suap kek kat anak..mata pandang kamera! pun boleh
haha



eh eh main gelak2 plak makpak ko ni erkk...





Nota Syahnia : Alhamdulillah  majlis berjalan dengan lancar..mood twins pun ok je cuma tu lah takut dengan orang..orang datang agah2 dia..dia bantai melalak..huhu 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...