Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label * ReNuNgAn *. Show all posts
Showing posts with label * ReNuNgAn *. Show all posts

Tuesday, 9 July 2013

Salam Ramadhan 2013



Sekejap sungguh masa berlalu kan? pejam celik dah masuk bulan puasa..seperti teringat lagi bulan puasa yang lepas..puasa tahun 2012, ain tengah pregnant 4 bulan, tengah alahan teruk!..setiap pagi mesti muntah kuning yang pahit..eerrhh wajib awal pepagi, tengahari, malam harus makan makanan berat2..langsung tak boleh lewat makan..kalau tak nanti masuk angin, muntah-muntah, pening kepala..itu belum lagi kalau kadang-kadang akan muntah non stop 1 hari! badan lesu muka pucat kemain..penangan pregnant twins agaknya ;) memang tak mampu sangat nak berpuasa..orang lain puasa akak bawa bekal p opis..oppss kantoi! haha ganti puasa jelah jawab nya jemah oiii..huhu

Tapi yang peliknya..sehari sebelum raya..tiba-tiba badan jadi segar, tak muntah-muntah, tak lesu, tak loya, boleh masuk dapur cium bau2 yang memang langsung tak boleh bau sebelumnya, boleh makan ayam..amboiii lah anak mentang2 esok nak raya automatik hilang mabuk..huhu lepastu terus badan kembali ok sampai bersalin.. -___-"

Tup..tup esok dah masuk 1 ramadhan kembali..kalau tahun lepas twin dalam perut, tahun ni twin depan mata..kul 5 pagi kita sahur, jam tu jugak diorang akan mintak susu..nanti boleh sahur dengan mama sekali yea anak-anak..kesian papa, tahun ni kene berpuasa seorang diri diperantaun lagi..sobsob takpe insyallah ada rezeki kita berempat dapat tinggal bersama 1 hari nanti..doa orang berpuasa dimakbulkan kan...aminn



Kanan-Qaireen, Kiri-Qairina
Masa umur 3 1/2 bulan

Hai aunty-aunty, selamat berpuasa yea..
harap mama kami juga dapat berpuasa dgn sebaiknya
kesian tahun lepas mama mabuk teruk..terima kasih mama berkorban utk kami >__ -


Dikesempatan ini, ain nak ucapkan selamat berpuasa pada semua, moga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan kemulian, kerahmatan dan kebaikan, insyallah..malam ni startlah kita berterawih..di opis ain plak dah kenyang makan sampel kuih raya..buat tempahannya belum lagi..haha puasa jangan tak puasa taw korang..ibu-ibu mengandung yang rasa tak mampu jangan paksa diri..kesian kat baby..kalau mampu anda teruskan..caiiyyokkk ;))




Nota Syahnia : Harap-harap papa dapat balik kampung cuti raya..kalau tak dapat..kita anak beranak beraya di perantaun ikut papa jugaklah jawabnya..pergghh nasib baik dah pandai nganyam ketupat! *tetiba* ok fine! esok puasa baru 1 hari dah pikir ketupat..hoho

Friday, 3 February 2012

Amanat buat Bakal Isteri dari Ibu

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.  Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.”
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. 


Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua,
Berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat,
Memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam,
Memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan,
Menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh,
Jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
 

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.


Ketahuilah, 
sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga 
kamu mendahulukan keredaannya (suami) daripada keredaanmu, 
dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu,
baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.




Nota SyahniaYa Allah, mohon rahmat dan keberkatan mu agar ku menjadi seorang isteri yang terbaik untuk bakal suami ku..

Tuesday, 17 May 2011

Siapa diatas rumah?

Nantikan filem seram yang pasti memberi seribu persoalan..tiada pelakon tiada watak..*pang* ko main2 lah cik ain..datang hantu kak limah mencicit lari tak cukup kaki tanah..tteettt


hari kejadian : malam tadi
tempat : dalam bilik umah kuartes,ting.16
masa : antara 10pm ke 10.30pm


tengah cik ain n roomate berborak..tiba2 dengar bunyi cerek air yang dimasak..mungkin jiran sebelah umah masak air kot!..terus kami sambung berborak..tak lama tu dengar lagi bunyi yang sama dan akan berbunyi semula selang 5 minit..tapi kedengaran bunyi tu seperti diatas umah kami..terus tanya kat roomate


cik ain : kak,sape plak masak air sampai byk kali ni?
roomate : ntah lah ain..umah atas belah tengah kot?
cik ain : issshhh takkan boleh dgr kuat sampai sini..tapi bunyinya cam kat atas umah kita je..
roomate : isshh masalahnya kat atas umah kita ni  
takde umah..balkoni je!
cik ain : ye tak yea jugak..ermm buat bodo je lah


sumbangan en.google

**dan tidak lama selepas tu..tidak lagi kedengaran  bunyi cerek air tersebut..

tapi kedengaran pulak bunyi seperti orang alihkan perabot/almari..dan kedengaran datang nya  dari atas umah kami jugak..


cik ain : kak dengar tak?
roomate : dengar..budak2 main kat atas kot
cik ain : takkan ada budak2 main kat atas memalam camgini!

*cik ain pandang roomate,dia pun pandang cik ain 
sambil masing2 buat muka 'paham2 je lah'*


sebenarnya ramai dah penduduk kuartes ni bercerita..selalu akan dengar bunyi orang main guli, orang ketuk lesung batu, orang alihkan perabot tanpa siapa yang melalukanya..cik ain selalu dengar orang ketuk lesung batu memalam buta 11.00-12.00pm..bunyinya kuat dari belah atas sedangkan tiada rumah diatas rumah kami..itu yang selalu menjadi persoalan?..SERAM KAN..tapi lama kelamaan cik ain dah kebal kalo dengar bunyi2 ni buat2 tak dengar je..yang penting jangan tunjuk muka!..cik ain boleh masuk hospital pengsan tak bangun2..hihihi



p/s : ofismate yang tinggal di blok 
yang sama pun selalu dengar orang 
main guli kat umahnya tapi
takde plak anaknya main guli!



notasyahnia : lama kelamaan suma penduduk di kuartes dah tak heran dengan bunyi2 tu suma..bukan lagi sesuatu yang pelik bagi kami..ini belum lagi dengar cerita seram budak2 asrama kat sekolah kan? macam2..ggrrrr

Thursday, 5 May 2011

Hebatnya kamu wahai isteri juga wanita..

  

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, 
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, 
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, 
dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan mensia-siakannya. 
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. 
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.



p/s : sangat touching dengan en3 ni 
sehingga mahu saje menitiskan peluh
air mata ku ini..sobsob *sambil gosok2 mata*



notasyahnia : sepatutnya kaum2 suami/laki yg harus touching ni cik ain plak over feel..mungkin naluri seorang isteri sudah dirasai *pang* maafkan saya yang tak pernah nak berserius..hihihi

Wednesday, 9 March 2011

Budak boring bole tgk gambaq nie..eh!

Sebab korang boring ar korang jalan tgk blog ni kan..kann takpun nak balas kunjungan..*pang $&#* ~> motif AKU BORING! 

bekerja dlm ofis hanya 3 staff sajo..kadang2 best..amann..sunyi *dgr bunyi mesin ekon pun dah cam air terjun* tp kdg2 boring..sorang cuti tggal sorg..sorg lagi pegawai..makcik segan cikit dgn taraf peg..haruslah cover kan..kalo setaraf lantok ko nak cakap ikot suka ati laki jiran sebelah pun takpe..hoho meh saper nak temankan cik ain..goyangkan hidong anda! gggrrrr
kantoi gua penoh..huhu



sy tak curik ikan kembong makcik!
cuma rasa secubit jer..uhukhuk


mentang2 pak die ternak lobak
ari2 ko bg aku mkn lobak seketul..huuhh


dah isi borang imam muda 2
harap2 aku dpt jd juara thn ni..yeaahhh


hey korang tido lah lagik sedap!




notahatiain : teringat time skola2 rendah..cikgu suruh bt karangan tajuk AKU SEBUAH KERETA..oklah dari suruh bt karangan AKU SEEKOR TENOK! wey sumpah payah nak carik tenok bw g skola..adoii..apalah boring sgt arini..amik ko entry melalut sambil mkn belut..eee geli

Wednesday, 23 February 2011

Rumah hantu untuk dilelong dengan hadiah telepon bimbit...

Apa yang ingin cik ain kongsi disini bukanlah umah lelongan bank
atau mana2 tuan rumah yang mahu melelong rumah
tapi ini kisah sejarah si penyewa rumah..
  
Cerita seram buat jantung nak tercabut..
bukan rekaan tapi tiada lain selain kisah benar belaka
betul2 kisah yang pernah terjadi di alam nyata..  
*cik ain pun tak pasti*


pastikan berteman bila anda meneruskan pembacaan..
belum baca dah naik bulu roma







9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara     pertama yg kna fikir ialah aku nk 
duk mn sbb ak xdpt hostel. 
Oleh sbb kerajinan &  keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,
maka dpt le aku ngan kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wetworld [kalo korang tau la].



Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kat bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. 
Aku ringkaskn je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan 
berbelah bahagi. best, suke pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa 
prtama han byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. 
Kiranya bln prtama ni frela....[?]  
Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb 
nnt pnat nk angkat blik..katanya..

Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai 
dahan dia bleh msuk ke tingkap blk atas.



 Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk 

punggah n kemasbrg+lyan dvd korea. 
Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah n
 tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. 

Azmi "dagu" org first kena.



 Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], 

si Azmi ni bgun nk memerut
 So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org 

[sbb pintu tutup]
 Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. 

Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. 
Jd Azmi ni memekik la soh cpt
 sket kuar sbb dia xtahan. 

Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah

 bgun gi tengok peehal. 

Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu
 sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada 

bunyi org flush jamban lg.... 
Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket
 [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], 

dia g rentap pintu toilet tusmpai trbukak. 
Xde org tp dr kesan yg ad, 
pintu tu mmg dikunci dr dlm.
 Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.



 Mlm tu kitorg kna lg teruk.



 Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 

belah kaki aku sampai jatuh dr katil. 
Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape
 lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl 

aku bangu xde org plak. 
Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs
 Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. 

Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2
 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. 

Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg
tp br ak terperasan ms ak ngah jengah
 kebawah td ak perasan Lan ada!! 

Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute

 dlm bilik? Ahh suda...

 Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan

ada bonjol bwhselimut,kiranya mcm ad org la. 
Ak tarik kain selimut tu n guess what?
 ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak 

diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat.



 Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo 

menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk
stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak
 tanah da sbb lari laju sgt. 

Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb
 nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram 

jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. 
Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar
 umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. 

Yg lakhanat nye, xde sorg
 pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.



 Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape 

skang sbb skangni da pkul 3 pg. 
Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau
 Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. 

Last2 salleh ajk lepakrestoran hakim jek smpai pg. 
Bunyinya mcm senang tp memasing semua
 xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. 

Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu 
balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor.



 Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, 

maka kitorg decide le nk
 pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. 

Wallet pnak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. 
Nasib baik kunci moto kitorg sangkut kt dinding 
[tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu,
 Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah 

senyum sambil babai tgn kt dia. 
Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk
 muka wak da kejung+pucat lesi. 

Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... 
Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!



 Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka 

cerita trmasuk ngan ak skali la. 
Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 1
 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm 

org baling batu kttingkap bilik dia. 
Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt
 atas pokok kayu ara sblh umah tu,

pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. 
Yg sadisnya,pompuan huduh tu 

 boleh senyum kt dia plak. 
Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus  nk    
 kuar g bilik ak la kononnya. 
Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn 
 
pintu bilik dia tp kali ni antu budak. 
So dia amik keputusan terjun dr
 tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. 

Nasib baik jek xpatah.



 Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad 

bdk pompuan babai tgn kt
 dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. 

Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb
 ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter 

dia nmpk hantu tu kt siling umah!
 Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. 

Kiranyamemasing semua kena kacau la ni. 
Dan ak org yg last cerita.



 Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido 

smp kepala ak terhentak
 kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah

layan dvd kt hall tpc Azmi tetiba nyampuk 
"bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya
 xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! 

Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....
kaki aku yg dr td menggigil makin 
brtambah kuat menggigil.



 Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. 
member2 ak  yg lain pon bau gak. 
Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb
 takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org 
kt Restoran Hakim tu.Malu betol. 
Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain.
 Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.



 Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg 

si Salleh ngan Naim xdengan kitorg. 
Yg ad cume kami berenam. 
Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. 
Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg
 try call Naim tp xde org angkat. 

try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. 
Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu
 dia soh Bob call naim lg skali. 

Bob call n bukak loud speaker. Korang
 tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. 

Gila2 punye ngilai la sampai
 meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. 

Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai 
pg esok br blk umah tu semula n cari Naim
 ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, 

xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!!



 Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. 

Hati aku masih lg kuat berdebar-debar. 
Yg lelain ak xtau la. 
Smp kt dpn umah, ak tgk pintu
 umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. 

Ni kalo pencurik masuk ni,
 memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp 

kitorg semua tinggal camtu
 aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.

Xde sape berani msk umah tu dulu...
Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn
 umah sbb xde sape berani masuk. 

Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi.

 Hati aku da x sedap. 

Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah.
 Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, 

Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. 
Pihak hospital call, katanya Naim ad kt
wad emergency hospital klang. Eksiden katanya.
 Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call
 no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. 

Yg peliknya Naim eksiden?



 Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. 

Xtau samada nkmelawat Naim kt hospital klang 
or cari Salleh yg hilang. 
Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. 
Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. 
Kalo mmg tenat sgt, ak informyg lelain soh dtg la. 
Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah,
 takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. 

Ms otw g hspitalklang ni, ak xtau la c sam pecut 
smpai berape tp hati ak masih lg
 kuat ckp yg hal ni x abis lg.



 Smp hospital,aku terus cr Naim. 

Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. 
Doktor kata kena lenyek ngn keta or something
 else la. Kes dia ni langgar lari. 

Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni
 x panjang sbb darah bnyk gile kuar. 

Sam plak xsanggup tengok, air
 mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. 

Doktor pon ckp yg dia nida nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. 
Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. 
Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah.
 Berulang-ulang kali dia mntk maap 

tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. 
Akhirnya dia meninggal gak...
Ak gagahkan hati ak tepon
 kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. 

Ak tgk Sam da trduduk kt
 tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. 

X lama pastuparrents Naim dtg. 
Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam.



 Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh 

tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. 
Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan
 sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas 

asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. 
Yg herannya, da 5,6 kali
 org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. 

x kisah la janji jumpe balik
 salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. 

Memasing am keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. 
Kebetulan plak kt sek7 [pintublkang uitm] 
ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2
 naim kitorg angkut skali. 

Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk
 muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".

ptut la dia soh byr rm50
 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......



 Aku demam 3 hari.



 Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.



 Seminggu lepas tu,
 keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn.
 Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh 

pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal 
tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu
 rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, 

Naim ngn sallehda wt hal. 
Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. 
C naim plak bolehkuis2 ngan kaki dia. 
Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati
 aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu 

uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. 
Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt
 jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. 

Ntah mn dtgnya keta
 tetiba da hentam diorg. 

naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi.
 Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. 

Pastu,salleh kata dia terus
 xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. 

Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut 
sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? 
Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?



 Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. 

X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. 
Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. 
Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. 
Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. 
Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. 
Paling xbole tahan Bob sbb dia
 roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......

Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis 
masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..



 Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, 

semua skali slmtabiskan pgajian kt uitm ni. 
Buat naim ngn salleh, kitorg tetap ak
 ingat ko smp bebila...al- fatihah



 Ops..Umah bunglow kt seksyen 2 

tu smp skang ad lg [agaknye]. 
Tiapkali ak lalu kt area situ mst ak rs sedih sgt. 
Lg satu,ms hari lastkitorg kt umah tu, 
si Wak da trtinggal hp dia kt bilik atas. So pada
 sesape yg berani, boleh la amik hp tu tp itupun 

kalo korang beranila...nokia 3310




Ni ha gambar rumah hantu tu
Sewa sebulan cuma 50 hengget jer kat seksyen 2, shah alam
ada bran nak cilok hp tu??? 
*Renung2 kan dan selamat beramal*



cik ain terima email ni dari seorang sahabat..lepas baca cerita ni nak p toilet dok umah sesorang pun terketar2 seram sejuk je..walau cik ain kat shah alam memang bagi RM 1juta pun takkan p tengok umah tu..apatah lagik nak kutip hp nokia..hehe *penakot*



ppsstt// tak tahu lah kesahihan citer 
ni tp dengar dari cite penduduk asal shah alam
memang umah tu berhantu..tapi alkisah 
bebudak student ni rekaan atau benar
tiada siapa mahu mengkaji nya..




notahatiain : ffuuhhh nasib baik seksyen 2 dengan seksyen 16 jauh jaraknya..kalo dekat mahu cik ain berkepit 24 jam ngan housemate..hehe 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...