Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 3 February 2012

Amanat buat Bakal Isteri dari Ibu

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.  Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.”
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. 


Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua,
Berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat,
Memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam,
Memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan,
Menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh,
Jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
 

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.


Ketahuilah, 
sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga 
kamu mendahulukan keredaannya (suami) daripada keredaanmu, 
dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu,
baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.




Nota SyahniaYa Allah, mohon rahmat dan keberkatan mu agar ku menjadi seorang isteri yang terbaik untuk bakal suami ku..

9 comments:

ain.ya.nun. said...

Amin.

Semoga semua isteri mengamalkannya dan dirahmati ALlah s.w.t atas amal itu.

Anak Wak Mail said...

i.Allah ain..;)

suami dan isteri saling memerlukan. semoga ain dan saya jadi isteri yang solehah..;)

nabilah_2908 said...

kalau tak silap sy la..

masa sepupu sy nikah tahun lepas...

emak dia duduk depan dia..baca teks ni...merembes2 air mata..syahdu betul...

ADEEYA said...

Amin, =,)

khaifaiz said...

tersentuh juga bila membacanya... buat pedoman utk lebih memahami bakal isteri nanti...

teha said...

aminn :)

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

semoga semua urusan awak dipermudahkan dan senantiasa mendapat rahmat Allah SWT

budak penjara said...

amin ya rabb..i.allah leh jadi isteri yg solehah

ILA HonEyBuNNy said...

Amin...

insyaAllah....;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...