Meh
nak review pasal warehouse My Dear..entry promote yang ain sibuk cakap nak p jugak kan.. memang dah cakap
awal-awal dengan en.suami nak p warehouse tu sebab nak beli walker dengan
car seat..kawan hubby dah mesej bagitahu seluk beluk jalan yang perlu
dilalui untuk sampai ke My Dear ..maklum kami laki bini memang tak tahu jalan
kesana..kesiann kan -___-"
Gerak
dari rumah dalam kul 11.30 pagi..sampai lebih kurang 1 jam..kami pergi bertiga,
bawa adik, kakak tinggal sebab dia tidur..adik cam tahu makpak dia nak
keluar bukan main tahan mata takmo tidur..lagipun nak beli barang je pun susah
plak bawa budak kecik kan..kalau sorang ok takpe mama bawa..ringan beban
nenek jaga kakak sorang.. ;))
Disebabkan
hari pertama sale, excited sangat! Haha kami
dah terpacak depan kedai, orang tidaklah ramai sangat sebab hari khamis waktu
bekerja..selesa lah sikit nak tengok-tengok barang..ain memang suka kalau
berjalan atau menshopping time orang lain tengah kerja..ooppss ain awal2
dah mohon cuti taw..huhu cuma hari pertama banyak barang cam stroller,
walker yang diorang baru nak bawa keluar dari stor..sedang elok lah siapa yang
pergi hari ke-2, ke-3..kalau hari hujung-hujung mungkin banyak barang dah habis
pulak..harganya boleh tahan..kene pandai pilih..tapi kebanyakan 50 %..
Cara
pembelian, korang tengok-tengok barang dulu kat showroom..agak berkenan
panggil promoter yang ada, nanti promoter akan bagi resit siap tulis no.kod barang
korang nak..p bayar kat kaunter..lepastu bawa resit ke kaunter bahagian sebelah
untuk amik barang plak..fresshh dari kotak..tapi puas hati check dulu takut
manalah tahu ada rosak terpatah ke apa..tak kuasa mak nak patah balik mintak
ganti lain.. ;(
Kunun
nak beli stroller twin side by side tapi takde yang murah..adapun RM
400++..ermmm cancel plan..lastnya beli apa yang dihajati sahaja.. ;) Sejam
setengah pusing-pusing tengok barang kat My Dear, papa dah bagi sound.."cepatlah
perut dah lapolah!"..terusss berdesuppp..makan kat Alam Sentral,
Shah Alam..bukan main jauh cari makan ..hee
Walker
untuk si kembar
papa
kata beli sama je, senang tak gaduh2!
Harga
asal RM 250.++ after sale RM 135.90
untuk
1 walker
Amboi
lah adik kemain suka dapat kerusi baru
Harga asal RM 250.++ after sale RM 150.00
ini ain beli 1, sorang pegang sorang
letak dalam car seat
kereta kecik memang tak muatlah nak
sumbat sekali dua kan..huhu
Sekarang
camgini lah aksinya kalau keluar naik kereta
sorang
duk dalam car seat, sorang mama pangku
yang
kakak sangat baik..bagi puting tengok-tengok dia dah terlentok tidur sendiri
dalam car seat
taknak diorang boring dok dlm car seat, mama belikan mainan gantung2..hehe
Nota Syahnia : Jumaat lepas menshopping di Mother & Baby
Kids Expo kat Stadium Tertutup Melawati, Seksyen 13, Shah Alam..sempat rembat
baju 6 helai, topi dengan pampers Drypers offer 4 bungkus RM 118.00..juling-juling
mata mak nya kalau ada Expo baby taw! heh
papa selalu suka geleng-geleng kepala..ggrrr











