Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label * KeRJa/PeJaBaT *. Show all posts
Showing posts with label * KeRJa/PeJaBaT *. Show all posts

Wednesday, 2 September 2015

Berbengkel di Marina Island Resort Lumut, Perak

Salam semua, eceh tetiba pulak muncul bagi salam..sebelum ni ntah kemana menghilang tuan punya blog..hehe maaf dipinta, sejak sudah beranak 3 rasa masa tak menyempat nak update blog *ahkak bagi alasan lapuk ok!* gggrrr..pergi kerja sibuk bekerja, balik rumah sibuk menghadap tugas rumah, layan anak layan suami, layan tv..hehe sempat layan whatsapp n facebook je..nak karang cerita blog..aduuyaiii :) masuk anak ke-8, ahkak terus tutup blog..haha

Mari kongsi cerita terbaru, kisah minggu lepas ain kene wakil untuk pemantauan kewangan buat di Marina Island Hotel & Resort, Lumut, Perak selama 3 hari 2 malam..kalau nak tahu, last sampai lumut ni masa ain masih sekolah rendah ;(  dengan maka nya, anak-anak terpaksa tinggal dengan nenek..huhu 

Gerak dari tempat berkumpul jam 9.30 pagi, sampai resort dalam jam 12.30 tengahari..terus checkin, makan tengahari n belah petang mula bengkel pemantauan..kira cam kene audit kewangan lah..2 minggu sebelum kemain tuan badan kerja lebih masa sampai nak demam-demam menyiapkan dokumen kewangan bagai..fuuhhh lap dahi :)


 3 mak dara
sesambil tunggu kunci bilik, meh bergambar di lobi Marina Island


 Ruang Tidur / Ruang Istirehat

 Ruang Dapur Kering
paling best cermin tu besar gedabak

Ruang Termenung
paling best ada bathtub..ngehh

Menu makanan pun best
tapi pencuci mulut sama je setiap kali waktu makan
tapi ahkak tak kisah yang penting lauk pauk nya sedapp!


Masuk hari ke-2, pepagi dah bangun bersiap, bengkel mula jam 8.30 pagi, berdesuppp dari cafe terus ke dewan..sebelum tu sempat menyinggah bergambar..
 

 latar belakang resort


cepat-cepat ambil gambar sebab kami orang paling terakhir masuk dewan -__-''

Untuk pengetahuan Marina Island Resort ni dibuat khas di dalam pulau buatan manusia..tapi adalah jambatan ala2 pulau pinang tu..takdelah kene naik sampan pun..hihi satu syarikat jugak dengan Marina Cove Resort n Marina Waterpark..untuk keterangan lanjut sila terjah Mr.Google ye..peacee yaww

Maka nya pada hari ke-2 sangatlah padat jadual harian dengan menghadap pemantau sahaja..dari pagi bawa ke malam..dalam hati dah ingat anak-anak n suami..

 Kumpulan kami :)

 Kacang sebagai kudapan

 Curi-curi bergambar
 Bersama pemantau kumpulan kami

 Pungpang Pungpang sibuk berbengkel..jom kita bergambar 1,2 keping

Hari ke-3 iaitu hari terakhir selaku majlis penutup..mula majlis dalam jam 8.30 pagi dimulakan dengan bacaan yasin dan doa selamat lepastu baru majlis penutup sekali penyampaian sijil markah yang kene audit..Alhamdulillah, penat lelah siapkan kerja-kerja untuk audit dibalas dengan dapat  top 10 terbaik! syukur..


 Sempat menyelpiee..weee

 Ok..gambar penghabisan kumpulan kami..
insyallah tahun depan ada rezeki kita bersua kembali

Ini kesemua peserta bengkel..


Pergi naik bas yang disediakan penganjur, balik gigih en,suami, mak dan anak-anak datang ambil..sebab niat nak bawa anak-anak berjalan sambil mandi-mandi kat Marina Waterpark! sambil hirup angin pantai dekat Teluk Batik! awesomee sangat taw ;))




Nota Syahnia : Bengkel tamat dengan jayanya..habis majlis, on time suami pun sampai..terus bersambung percutian dengan keluarga plak..setengah hari je pun percutianya..hehe

Tuesday, 20 January 2015

Selamat Bekerja wahai Pekerja!

3 bulan sekejapnya rasa..tengok2 kalendar, eh dah nak masuk kerja balik..tetiba rasa cam nak tambah cuti lagi 3 bulan..hoho maka, tamatlah status surirumahtangga sepenuh masa..selepas ni terpaksa korbankan  8 jam ditempat kerja..sobsob bertabahlah diri, bersabarlah anak2..mama perlu kerja demi sesuap nasi..eh tak bukan sesuap, berkali2 suap dah mak ko ni makan nakk!! gggrrr


Qairina yang paling manja setakat ni!


Syukur, kali ni tak serumit masa kembar dulu..masa tu ain kerja di shah alam dan en.suami di kuala terengganu..kembar plak terpaksa ditinggalkan dalam jagaan mak n abah ain di kampung..kira cam cinta family 3 penjuru..sorang pantai timur, sorang selatan, sorang barat..sedih sangat kenangkan masa silam..ecehh sebak plak ahkak!

Tapi sekarang, kami 5 beranak dah tinggal serumah..nasib rezeki tempat kerja dekat dengan rumah, tengahari waktu rehat bolehlah ain balik tengok 3Q.. kalau en.suami offday, dia plak boleh jaga 3Q..begitulah seterusnya kisah hidup kami..hihi


Ini cerita ahad semalam
si adik memang suka melalak buka mulut besar2 taw
dia nangis nak suruh emaknya dukung, 
alahai anak bertuah!


Ok mama, stroller ni kuat dan kukuh 
untuk adik Qaira!

Balik kenduri kawen singgah Jusco semata nak beli stroller sweetcherry ni..hadiah untuk Qaira tapi kakak kembar mahu kasi test dulu, kukuh ke tak untuk adik dia..tu yang pakat naik sekali 2 orang..ayoyo


Sampai tertidur dia dalam tu..sukew lettew!


Nanti mama dah kerja..anak2 mama takmo nangis pepagi bila bangun tengok mama dah takde golek2 guling2 sesama ye..maklum dah 3 bulan mama ada 24 jam sekali tengok mama takde..uuwwahhh 3Q pless jadi gud girl dengan nenekatuk di rumah ok..oohh marilah datang mood kerja.. -_-"

Sudah kene tukar jadual maa..kalau sebelum ni tidur lambat bangun lambat, lepasni tidur awal bangun awal..pitam!! haha

Friday, 11 May 2012

Personal Asisstant Bos tidak bertauliah!

Salam jumaat..baru balik bersarapan dengan en.suami..almaklum pasangan PJJ..sekali jumpa harus manfaatkan sebaiknya..sempat jugaklah dating2 kat tasik shah alam tadi..hihi ;) lagipun ain takbole keluar ofis lelama sebab nanti bos cari..huahua agak terikat sikit jadi PA ni kan..walau sebenarnya bukan tugas hakiki ain sebagai PA..tapi ain terima sebagai satu pengalaman dan tugas kerja baru..

Mula-mula takut juga nak terima tugas sebagai PA sebab bukan jawatan ain..langsung takde basic pasal PA lagipun bila berdasarkan pengalaman semasa di jabatan lama.. PA kpd bos habis jadi mangsa tempat bos lepaskan marah bagai..marah dengan pegawai lain PA dia jadi mangsa..sampai nangis2 akak PA tu..kesian sangat..mungkin nasib tak baik dapat bos yang memang emosi macam tu kan ;(



Tapi, alhamdulillah..bos ain tidak beremosi mahupun naik angin tak tentu pasal..kalau ada pegawai buat masalah pun dia cuma buat muka stress sikit tapi tidaklah cakap melalut maki hamun bagai..PA dia pun tenang dan gembira je nak bekerja kan..kalau tak mahu juga protes..hikhik

Sebenarnya kalau nak jadi PA harus kene kuat daya ingatan ok..kadang2 bos tanya..ingat tak surat pasal bla..bla..? ingat tak pasal meting haritu bla..bla..? mana fail sy yea..bla..bla..? aishh kadang2 ain pun tak ingat semua lagi2 sejak pas kawen ni..haha.. "kejap yea boss saya semak n ingat balik!" huhu memang ain harus banyak makan kurma untuk kuatkan daya ingatan dan lebih berhati2 jangan sampai termakan banyak semutttt.. ^__^

 Ingat lagi masa ain baru kawen haritu..dia datang kat meja ain sambil bagi surat yang telah diminit..

Bos : ain, kamu tengok ni tulis apa?
PA : apa nya bos??
*pastu dia tunjuk kepada siapa dia minit yang tertulis 'PA'*
PA : PA lah personal assistant..
Bos : eh bukanlah..PA ni untuk PUAN AIN!!
PA AIN : eh bos ni! ;)senyum  
*dalam hati..pandai bos ak ni loya burokkk*



Nota Syahnia : Tak kisah apa pun tugas kerja kita..haruslah lakukan dengan seikhlas hati dan terbaik..insyallah rezeki yang kita dapat pun diberkati..amin

Tuesday, 2 August 2011

Miss SyahNia muncul kembali..

Rindunya untuk kembali menulis disini.. ;) dan akhirnya cik ain berpeluang juga login blog syahnia yang hampir sebulan menyepi..bukan merajuk atau membawa diri..ecehh  tapi ditempat kerja baru kami + cik ain sekumpulan staff baru seramai 20 orang masih belum punyai meja,kerusi mahupun komputer sendiri disebabkan kerja pembinaan ofis untuk unit baru masih tengah dijalankan..huhu maybe bulan 10 baru siap! so skang kami ditempatkan sementara dalam bilik mesyuarat ;(

alahaii kesian kan takpe yang penting gaji massyyokkk..kihkih ;) nasib baik dibekalkan satu komputer dalam bilik mesyuarat ni walau komputer zaman jepun sekalipun tapi masih laju untuk cik ain menulis blog..yuuhuu! so skang komputer cik ain sorang yang menghadap yang lain buat hal sendiri..terima kasih pada kawan2 ofis memahami jiwa blogger tegar cik ain..hihi

tup..tup dah puasa hari kedua..rasanya belum terlambat nak ucapkan salam ramadhan pada semua..harapnya ramadhan tahun ini akan lebih banyak keberkatan,kerahmatan dan keampunan yang kita perolehi,insyallah..motto 'puasa jangan tak puasa' hihi ^__^*




notasyahnia : tahun ni sambut ramadhan sebagai status bujang..hihi tahun depan berdua..aisshh sorang utara sorang selatan camne..harapnya rezeki kami lepas kawin akan hidup serumah bersama ;)

Friday, 24 June 2011

Alhamdulillah..new job!

Semalam dan harini semua ofismate sibuk berkemas bersihkan meja masing2 untuk program 5S..dan tengah sibuk2 berkemas pagi semalam cik ain terima panggilan hangit! haha *cam biasa ayat formal*


puan : ini cik siti nurain ker? 
cik ain : yea saya!
puan : hari tu ada temuduga kan?
awak ditawarkan jawatan tersebut..lapor diri 1 Julai 
cik ain : yea..
puan : nak saya pos surat tawaran atau awak ambil sendiri
cik ain : ok nanti saya amik surat tu!
  *excited* hoho

jabatan new job cik ain tu dalam bangunan yang sama cuma ditingkat 5 selang 10 tingkat dari pejabat sekarang..tidak lah terasa perbezaanya sebab masih pergi balik kerja melalui jalan yang sama cuma keadaan ofis ,tugas dan kawan2 ofis saja akan berbeza.. ;)




***disebalik tawaran new job***

pada awalnya cik ain malas nak mohon masa jabatan tersebut keluar kan iklan  disebabkan kecewa dengan intiview2 sebelum ni semua jawapan yang menghampakan..hanya  lagi berapa hari tarikh tutup iklan..dua akak ofismate cik ain paksa2 suruh hantar borang jugak.. *org dah taknak dah la kan diorang paksa2 siap bg nasihat bagai*



akak ofismate : dik,mohon lah..mana tahu rezeki
cik ain : ala malas lah..kecewa dah mengharap tapi tak dapat pun
akak ofismate : ala mana tahu rezeki nak kawen!
hantar je borang saja2..nanti akak amikan borang..
cik ain : ermmm yela2 
*malas nak dgr akak2 tu membebel*

hantar jugaklah borang permohonan tu tanpa berharap..rezeki cik ain dapat panggilan temuduga *temuduga pun langsung tak rasa gugup atau takut sebab tak berharap kan cuma cik ain adalah study cikit2* kalau intiview sebelum ni bukanlah main study macam nak amik exam spm..huhu dan pagi semalam cik ain dapat panggilan tawaran kerja tersebut..syukur sangat! rezeki kali ni memihak pada cik ain ;) lepas ni akan bertukar bidang kerja dari perkeranian/operasi ke bidang undang-undang..tugas kerja pun mesti berbeza dari sekarang..haruslah berlajar ilmu baru pulak lepasni.. ^__^*



***pengajaran dari pengalaman***

~> Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya..tapi kita harus cedok segala pengajaran dari kegagalan itu  untuk diperbaiki pada usaha akan datang..

~> Rezeki manusia datang dalam pelbagai bentuk..jangan kita bersedih dan gusar jika masih belum berpeluang terima pekerjaan atau sesuatu benda yang diingini..kerana telah Allah  s.w.t tetapkan pekerjaan/benda yang jauh lebih baik dari sebelum itu..cepat atau lambat saja..yakin pada ketetapan-Nya..

~> Jangan kita terlalu 100% berharap dan yakin pada sesuatu perkara kerana jika ia datang dengan jawapan kegagalan..maka 100% juga kekecewaan dan kehampaan yang akan kita rasai...



notasyahnia : ada lagi seminggu untuk cik ain habiskan masa di ofis sekarang..2 tahun di UPEN..memang banyak kenangan manis dan pahit..ha sedihh pulak nak cerita lebih2..sob sob ;(

Tuesday, 14 June 2011

Terasa gegaran gempa bumi di SUK

Pagi tadi masuk ofis seperti biasa..dalam 8.30am baru nak melangkah ke toilet ofismate cik ain di tingkat 5 call "dik..ada rasa gegaran tak??" *suara cemas* cik ain cuba  berdiri tegak sebab nak rasa gegaran tu..memang sah terasa sangat gegaran! badan ke kiri kanan..rasa goyang..cam pening2..sedangkan ditingkat 5 boleh rasa gegar apantah lagi kiteorang yang kat tingkat 15 kan?..staff ofis sebelah dah kecoh2 suruh turun berkumpul kat lobi bawah bangunan..apa lagi cepat2 oh capai beg tangan..kunci kereta pastikan ada dalam beg tangan!..apa2 kes boleh terus zzzuuppp cabuttt lari..hihihi



semua kakitangan diarah untuk berkumpul di dataran SUK
teringat plak masa latihan kebakaran sekola dulu2..
seronok betul tak berlajar kan! haha



abang2 bomba datang untuk buat 
pemeriksaan kesalamatan bangunan

adalah dalam 1/2 jam kami menunggu didataran..huhu


selepas terima arahan bangunan dalam keadaan selamat kami semua balik ke pejabat masing2 dan memulakan tugas seperti biasa..lemau je rasanya..sehinggalah cik ain beli makanan di cafe dan makan di pejabat..anggaran 11.00am camgitu lah *terlupa nak tgk jam*..huhu baru sahaja selesai makan tetiba sorang akak ofismate menjerit "eh..ada gegar lagi lah..rasa tak!!!" cik ain yang masa tu tengah mencangkung menggodek cd dalam almari..da memang  rasa terhoyong hayang  n badan rasa bergoyang *sampai skang terasa je badan kekiri kekanan* huhu dan kami diarah turun untuk kali ke-2..



dapat tangkap gambar bangunan separuh je..
gayat lah dik noi!


kali ni berkumpul lebih lama sehinggalah semua kakitangan diarah untuk berkumpul mendengar pengumuman dari Dato'SUK..semua dah excited harap2 dapat cuti kecemasan half day..semua muka hapyy..sekali Dato' cakap "semua kakitangan boleh masuk semula ke pejabat jam 2.00pm!"  terus masing2 huhhh??? hampa! *lain kali jangan kuat berharap yea* ;)

tengok jam baru pukul 12.15 dan diberi arahan oleh pegawai bomba untuk tidak dibenarkan sesiapa pun masuk dalam bangunan sehinggalah 2.00pm..takkan nak terpacak lagi teruslah cik ain n the geng ofismate melangkah cuci mata kat plaza alam sentral *dapatlah isi perut makan aiskrim McD dan pepsi KFC* sampailah pukul 2.00 petang balik semula ke ofis..




notasyahnia : sampai sekarang cik ain masih belum dapat kepastian dimana tempat yang dilanda gempa bumi tu..katanya di Indonesia..tunggu saja berita malam ni..dan begitulah kejadian bencana alam tiada siapa yang dapat mengetahuinya bila dan dimana? mohon negara kita akan sentiasa dalam perlindungan-Nya..aminnnn

Friday, 6 May 2011

Selera mat salleh

Boring dah makan nasi lemak dengan teh o
nak tukar selera barat plak erk
serapan pagi kek ala2 aiskrim gitu terbaik dari secret recipe


 cilok kek ni dulu
tak pandang dah laksa n rojak kat meja sebelah ;)


pagi tadi ada sambut besday staff kat opis..
majlis lewat sebab suma tggu kek ni punyer pasal
yuuhuuuu


ya ampunn..bisa meleleh air liur ni

terus cik ain kedekut takmau kongsi dengan orang
takot tak cukup..^__^


 ada rupa anak mak tak? 

jangan salah teka..ni kawan setia opismate cik ain taw
bukan mak atau mak tiri..ggrr
dia lah mak, dia lah kakak dia jugalah kawan pot pet kat opis 
paling best akak ni suka bagi macam2 petua 
siap bagi petua selepas kawen lagi..
*haiishh cam gatal je bunyinye tu*
hihihi



notasyahnia : malam ni terjah umah kakak tengok imam muda n maharajalawak..harapnya akak cik ain tak balik umah mak mertua dia *sambil tadah tangan* hihi minggu ni ada lagi 3 umah kenduri kawen kene attend!

Wednesday, 30 March 2011

Geng koir di Hotel Concorde, Shah Alam

28 Mac ~> pertama kalinya  geng koir SUK beraksi..neves jangan cakaplah..lagi plak majlis sultan..wajiblah buat yang terbaik kan? sape tersedak time koir kita sekeh lutut dia,bole? hihi

3.00pm ~> kiteorang dah terpacak dalam grand ballroom,hotel concorde untuk buat raptai akhir sebelum majlis start 8.30 malam..

6.30pm ~>  ke restoran dalam hotel untuk isi perut yang telah disediakan oleh pihak urusetia..sekadar menjamah tidaklah sampai kekenyangan takot suara pecah,huhu boleh lah layan perot cik ain yg memang kelaparan dengan menjamu nasi minyak sepinggan..*cet tipu kalo tak kenyang kan!* hihihi


muke kenyang siap sedia untuk berkoir plak ;)

baju dengan kilauan lampu sangatlah matching
 beberapa boy lagi malu nk bergambar katenya..huhu


8.45pm ~> bersedia kat stage untuk berkoir untuk ketibaan sultan masuk ke ballroom..nasib baik suma jemputan vip menghadap sultan dan kiteorang dibelakang..kuranglah segannya..muzik start teros kitaorang melalak duli yang maha mulia..bla..bla..bla~  
 

abis koir terus kitaorang join majlis santapan bersama sultan..cik ain yang teruja dapat join majlis yang penuh dengan protokol *excited dpt makan lagi* kihkih..meja penuh dengan  kelengkapan peralatan untuk digunakan semasa makan sambil dilayan dengan waiter yang encem n cumel2 ^__^*..abis 1 menu ganti menu yang lain plak lagi bertambah selera makan sambil dibuaikan dengan alunan lagu dari band dan persembahan tarian jemputan tapi makan kat umah lagi best kot *makan pakai tangan sambil bersila ngadap tv oh lagi puas*  ;)

 

dessert penutup majlis..menu faverite cik ain
aiskrim + choc cake..nnyummm


10.00pm ~> selesai santapan beralih plak ke acara penyampaian cenderamata kepada sultan selangor..kiteorang perlahan2 naik stage untuk siap sedia berkoir lagu negeri selangor sekali lagi untuk  keberangkatan pulang sultan..time ni terpaksa bernyanyi dengan menahan kesenakan perot sebab terlampau kenyang plus waiter encem yang ntah bape kali tuang air dlm cawan cik ain *haus macam baru balik berkebun*


time nak balik dan 
kami kelihatan sungguh seperti buah oren ^__^
pic beramai2 distage takde lam camera cik ain ;(


10.20pm ~> majlis bersurai..balik umah dengan hati gembira sebab ketua koir cakap kiteorang berkoir dengan baik + konfiden..plus lagi balik umah dengan perut yg kenyang.. ;)



ppsstt// rasa entry ni byk 
kisah pasal makan dari koir kan..
tu tandanya rezeki jangan ditolak
kalau lapar pandai2lah cari makanan
sendiri, hehehe



notahatiain : best jugak dapat tudung glemer n baju koir free yang harganya RM***..terima kasih SUK Selangor ;P

Wednesday, 16 March 2011

Jadi minah KOIR..opss ;O

Cik ain paling lemah kalo kekawan ajak p karaoke..sebab? sangat pemalu nak kuakan suara merdu ala2 ning baizura..ecehh sekali nyanyi cam ramli sarip pun ada..*tipu*


kebetulan suk selangor nak cukupkan ahli koir yg baru ditubuhkan untuk persembahan koir sempena makan malam bersama sultan selangor 28 mac ni..tak pasal2 cik ain terjebak.. hasutan dari kawan2..cet!..1st traning naseb baik tak test suara sorang2 *kalo tak pengsan* lagu yg dibawa adalah lagu negeri selangor..cik ain hafal taw! kalo lagu Anuar Zain..memang miming mulut je bukak beso2..*bukan kaki lagu* hihi

tiba2  cik ain semangat kuarkan suara setinggi abes sampai cikgu koir letak ain kat barisan suara tinggi..siap kawan ckp ain..ko ni time cakap suara kecik time nyanyi suara kuat! adehh hang tak tahu abes putus urat perot tarik suara tinggi sambil guna suara dalam..seksa wey..cuba korang try! gerenti terkentut2..hehehe


sekadar hiasan

dalam koir pun bole buat senaman mulot taw!



cabaran baru dalam hidup cik ain yg nak membesar ni join koir okey ;) cikgu pesan kalo nak suara lagi lantang n tinggi..hari2 try nyanyi dalam besen yg berisi air..kalo takde besen..baldi pun bole..pastikan ikut saiz kepala erk *takot melekat plak takbole cabut* jenuh nak panggil embulans kehkeh ;) ..bak kata housemata ain plak eh..takde baldi mangkuk tandas pun bole! selambe katak je seloroh..memang tak lah!



ppsstt// memajukan diri
selangkah ke hadapan ;)
jangan katakan tidak
selagi belum mencuba!




notahati : kerana koir sanggup ku korbankan time rehat untuk traning..huhu kawan sebelah dah dok kire menguap bape kali sambil gosok2 mate..sah2lah time rehat memang ahli surau ofis..ggrrr

Wednesday, 9 March 2011

Budak boring bole tgk gambaq nie..eh!

Sebab korang boring ar korang jalan tgk blog ni kan..kann takpun nak balas kunjungan..*pang $&#* ~> motif AKU BORING! 

bekerja dlm ofis hanya 3 staff sajo..kadang2 best..amann..sunyi *dgr bunyi mesin ekon pun dah cam air terjun* tp kdg2 boring..sorang cuti tggal sorg..sorg lagi pegawai..makcik segan cikit dgn taraf peg..haruslah cover kan..kalo setaraf lantok ko nak cakap ikot suka ati laki jiran sebelah pun takpe..hoho meh saper nak temankan cik ain..goyangkan hidong anda! gggrrrr
kantoi gua penoh..huhu



sy tak curik ikan kembong makcik!
cuma rasa secubit jer..uhukhuk


mentang2 pak die ternak lobak
ari2 ko bg aku mkn lobak seketul..huuhh


dah isi borang imam muda 2
harap2 aku dpt jd juara thn ni..yeaahhh


hey korang tido lah lagik sedap!




notahatiain : teringat time skola2 rendah..cikgu suruh bt karangan tajuk AKU SEBUAH KERETA..oklah dari suruh bt karangan AKU SEEKOR TENOK! wey sumpah payah nak carik tenok bw g skola..adoii..apalah boring sgt arini..amik ko entry melalut sambil mkn belut..eee geli

Tuesday, 8 March 2011

Ngidam Hot Coklat Cadbury..meletop!

Pepagi tekak cik ain melalak nak minum hot coklat..nak taknak gigih gak tuanya kasi buat 1 cawan..hihi pepagi ni cuaca sejuk hujan agaknya malam tadi..patutlah cik ain lena tido sampai terlajak bangun..jumpa lagik akak jivebumz dalam lif..masing2 cakap "terlambatlah arini!" ;)


 nak jugak cawan doremon kan



dah cakap cik ain memang hantu tgk citer doremon..kuikui memang meletop! lagi2 bila ngah pepanas minum sampai lidah terbakar..baru rasa kenikmatan hot coklat tu kan? ;P suka buat pekat2 betol-betol HA LIAO oohh!..*sambil tunjuk simbol good guna ibu jari kaki* hahaha



amik ko teros minum hot coklat sambil tgk blog
mentang2 bos off arini goyang2 kaki cik ain
janji kerja settle bos nak tgk besok eh!



ppsstt// nak try hot coklat 
letak ais sedap tak???




notahatiain : cik ain taklah gemor sangat hot coklat..sekali sekala je minum..selalu balik kg abah suka buatkan KOPI 'O' panas2 celop biskut lemak sebab faverite cik ain masa kecik2 dulu..kira seronoklah cam dapat makan kepak ayam KFC..kehkehhh

Monday, 7 March 2011

Lawat pakwe cumel n layan karipap 'panas'

Cerita jumaat lepas..cik ain wakil staff  ofis untuk ziarah ofismate yang baru lepas bersalin anak pertama setelah 6 thn kawen..ffuuhh lama giler kan? alhamdulillah akhirnya dapat baby boy..tomey! rasa nak geget2 simpan dlm beg bawa balik..;)



Muhd Fateh Nadeem
malulah kawan2 aunty ain suma tengok nadeem *blushing*



masa datang nadeem tengah tido..kitaorang serbu teros nadeem nanges mintak susu..genap 45 hari da..mummy dia dah panas bontot mau shoping jalan2..hehe


kerana hari suda petang kitaorang chaw balik

cik ain kunun minah arab baru turun 
dari syria naik kapal selam..ekeke


masa hantar cc nani balik umah..cc baik hati nak belanja makan kat kedai depan umah dia..cc cakap karipap panas kedai tu sedap giler..apalagik order 1 pinggan..terbaik dari kuali makan karipap panas2..memang muaahhh kis 10x super duper sedappp..siap cc belanja tapaw sorang satu bungkus 4 ketul karipap! rezki bergolek2 harap cc tambah lagik 5 ketul..cett tak bsyukur kan ;P


bukti karipap panas!

sorry ada angin bayu lalu tu yang pic tak clear..hehe




ppsstt// sampai umah kebetulan
housemate ada 2 org sila amik
sorg 1..cik ain tamak mkn 2 
ketul.. ;D



notahatiain : dalam keadaan redha..tak dpt tgk pic post sendiri..huhu album tunang dah dapat semalam..oyeahh!

Thursday, 3 March 2011

Bikin ati gua panasss...

Mencik..mencikkk taw ngan komputer ofis cik ain ni..sukew ko main ilang2..tak tahu nak salahkan virus,kuman atau komputer yg ntah bape abad ni..huhu


mula2  template designer tak bole guna..pastu iklan nuffnang tak keluar gambaq klik pun tak bole..skang ni upload gambar kat post plak tak bole tgk..panas betoi ati!


bila tumpang komputer ofismate..eh cantik je gambar ko kuar kan. iklan nuffnang pun mencanak je menari2 siap bole klik lagi..nak dok lama2..tuan meja terpacak kat sebelah sambil angkat2 kening cam kak ziana zain *isyarat suh bla*..segan ke tak segan makcik ni ha..ngemis kat meja orang..hoho


bak kata ofismate "ko sepak2 ketok2 kompoter tu biar rosak terus nanti mintak baru" kejam ko cik ain nak jahanamkan harta kerajaan..cintailah sungai komputer kita!! hehehe





nak upload pic nenek naik sampan
tapi sorry lah kalo terupload pic nenek lain???
hahaha



ppsstt// takpe2..tggu tabung 
duwet syiling gua penuh..teros 
beli komputer layan blog
sampai lebam @__@




notahatiain : sakit hati tengok komputer akak sebelah ni suci murni..*sebab tak layan godek2 tenet cam cik ain* hahaha

Wednesday, 16 February 2011

Bos bace belog korang tak???

Eh bos korang tahu ke staff dia ada blog..takkan lah nak bagitahu bos kan..nanti bila rasa sakit hati nak luahkan perasaan geram ngan bos..habis lah kantoi kan..tak ke naye..mau korang kene saman..kehkehhh


mula2 segan giler bila orang yang kenal kita di alam realiti baca blog kita lagik2 pasal pribadi..nak tipu2 cikit pun tak bole..haha *cerita cik ain benar belaka* 



berbalik kepada bos tadik..bos cik ain ni kan mula2 taw staf dia ada blog..gigih ko nak carik sampai dapat..siap curik2 godek pc ain..mungkin mau lebih menyelami hati staff2 dia kot ;P kejam taw cik ain pujuk sampai air mata darah pun memang takkan bagi alamat url..ggrrrr


akhirnya berjaya jugak dia dapat menyeludup masuk..siap tanya depan2 apa yang berkaitan ngan story yang ain update..adussss diam2 dah lah bos!!! malu makcik ni.. ^__^"


tak lama tu..bos rupanya pun buat blog jugak..hahaha siap suruh cik ain promote blog dia lagik..bos yang sporting..time kerja..serius..time giler..otak giler2 cam kawan2 je..camni lah bos pandai jaga hati anak buah..; ) *bukan nak bodek*



 salah sorang silent reader blog cik ain..  





ppsstt/// bos apalagik sila 
promte blog anak buah 
plak.. rasa2 bos nak upah 
belanja roti canai tak??? 
kehkeh




notahatiain : tak kisah sape2 nak baca..yang penting ini blog aku..aku punya suka nak cerita apa..haha *gelak besaq*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...