Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 14 June 2013

44 Hari Berpantang

Oleh kerana sekian lama tidak berblog..maka banyaklah cerita-cerita tertunggak untuk 1, 2, 3, 4, 5 bulan yang lepas..huhu jenuh juga mak jemah nak mengingat balik memori yang lepas-lepas kan..tapi apapun mak jemah tetap nak coretkan diblog biar menjadi simpanan untuk 9, 10 tahun akan datang, apakah? haraplah anak2 dapat baca semula coretan mama yea..ngeee  ;))

Mungkin setengah ibu-ibu merasakan saat berpantang itu adalah hari-hari yang membosankan sebab segala-galanya harus berpantang kan..itu tak boleh ini tak boleh..lagi-lagi berpantang dijaga dek mak sendiri yang agak kuat pantang larang nya..takpe mak, anak redha..hihi yang penting itu semua untuk kebaikan badan sendiri..

Alhamdulillah, ain punyai mak yang masih mampu jaga ain dalam pantang..tolong sediakan makanan, tolong pakaikan param, pakaikan bengkung dan tolong bangun tengah malam jaga kembar sama2..bagi ain 44 hari berpantang bukanlah hari yang ngeri atau memboringkan..malahan cam best plak rasanya..mungkin sebab tengok anak-anak golek sana golek sini..tengok telatah diorang hilang kot boring..mungkin jugak bab berpantang dari segi makanan..ain tak berapa kisah sebab ain bukanlah pemakan sangat orangnya..nasib baik mak masak sedap walau ia nya hanya ikan bilis goreng..ya dalam pantang ikan bilis goreng pun sedap okeyyy..hikhik

Lepastu dapat berurut 1 badan lega sangat rasanya, ain amik 5 hari untuk berurut nak bagi badan betul2 segar balik..berurut dengan kak Ju, orang kampung ain..boleh tahan urutnya tak terlalu kuat dan tak terlalu perlahan..kira sedang2 saja.. ;) dan nak ucap terima kasih pada abah aka atuk kembar sebab tolong sediakan air panas setiap hari untuk ain mandi sepanjang berpantang..tak lupa en.suami yang banyak membantu pada minggu pertama..pastu hubby dah kene bertugas balik..sobsob ;(


Minggu pertama berpantang tidaklah sangat mencabar kerana perlu jaga kakak seorang..adik masih tahan diwad seminggu..so, sangat-sangatlah kakak dimanjakan..dapat full BF kan kakak tapi masa seminggu tu kene pam juga masuk botol untuk bagi adik kat hospital..pada hari ke-6 berpantang terpaksa tidur semalam kat hospital tanjong karang sebab kuning kakak tinggi, adik masa ni sudah dok bawah lampu dulu, kuning jugak tapi adik kat hospital klang..walau berpantang dihospital masih lagi berbengkung dan berstokin..mak ain kalau bab-bab berpantang memang agak ketat sikit..orang dedulu memang banyak pantang larangnya..tapi mak cakap "baik ikut itu semua untuk badan sendiri jugak, kang umur 30 tahun sakit itu sakit ini..dalam pantang ni lah nak kene jaga bebetul, mak tak kisah nanti kau lah tanggung!" si anak "baiklah mak" seram plak bila mak cakap camtu sebab kita masih nak beranak lagi mesti kene jaga dari awal kan ;)) ngeri kene sembelit teruk..hukhuk


Hari ke-10
 (kanan-kakak, kiri-adik)
besarnya mama belikan topi untuk kami ;)


Hari ke- 12
yeayy kami nak mandi..
cepat angkat tangan sape nak mandi dulu?


Minggu Ke-2 berpantang dan seterusnya, bila dua2 kembar sudah berada dirumah..baru terasa agak mencabar sebab segalanya perlu dibahagi 2, bagi nenen pun harus bergilir tapi lebih banyak ain pam dah masuk dalam botol bagi sorang 1, perhatian jugak perlu 2, tenaga juga mesti double!..bila adik dah balik rumah mak suruh ain lebihkan jaga adik manja2kan adik sebab kesian adik seminggu kat hospital tak dapat belaian mama..so, mak lebih banyak jaga kakak sebab katanya kakak dah puas kene manja, bagi peluang adik plak manja2 ngan mama yea..so, sweet nenek kan ;)) time ni jugak luka jahitan dah ok, jalan pun dah laju taklah jalan cam penguin tersipu-sipu..


Hari ke-16 
(bawah-kakak, atas-adik)
camgini lah bila dua2 nak tidur dengan mama, 
merengek2 bila letak kat tilam..
ffuuhhh supermommylah jawabnya


Ramai datang melawat mesti tanya "kembar meragam tak kalau malam?" sampai ain soal balik "meragam camne? takde plak diorang meragam nangis2 ke apa..elok plak malam tidur ngek..ngek nak susu je lah"..oh rupanya ada setengah baby dalam tempoh berpantang memang jenis meragam asyik menangis dan berjaga sepanjang waktu malam..Syukur, kembar baik dan langsung tak pernah meragam sepanjang mama berpantang..mungkin disebabkan kembar, Allah permudahkan jagaanya ;)


 Hari ke-18
(kanan-kakak, kiri-adik)
dalam pantang bila mama bosan, mama pakaikan kami cantik2 pastu suruh bergambar
tapi kami peduli apa..kami tetap tidur sebab ngantuk! ngehh


 Hari ke-25
(kanan-adik, kiri-kakak)
ohh skang kami dah pandai tidur posing2 taw


Hari ke-30
(kanan-kakak, kiri-adik)
kami dah sebulan, nampak berisi cikit kan aunty2 ;)


Hari ke-38 berpantang, Miss P sudah muncul.."eh awalnya?" ohh teringat apa ofismate cakap "kalau lepas bersalin datang period awal, itu tandanya subur!" ok..ok bahaya ni harus berjaga-jaga..haha apapun bagi ain 44 hari berpantang yang dilalui adalah lancar dan sangat-sangat happy..cuma dihujung-hujung hari berpantang cam malas plak nak pakai bengkung n berstokin..tapi mulalah nenek kembar kang "amboiii ain dah sihat sangat ke bengkung stokin suma dah hilang" haha


 Hari ke-44
(kanan-kakak, kiri-adik)
 mama sudah merdeka..kami tetap suka tidur! erkk

44 hari yang indah..kihkih >___<




Nota Syahnia : Paling best tak sabar nak habis pantang dan ikut hubby balik terengganu 2 bulan..kembar umur 2 bulan dah berjalan jauh dari selangor sampai ke terengganu..untunglah nakk oii ;))

4 comments:

WieyaRaudzi ♡ said...

ain syg...nanti masukkan gambar banyak2 dalam entri dan blog tau.. rindu >___<

hehe

ch@ said...

Nak gambar lg. Nak tgk emak kembat yg masih cun melecun tu. Nak tgk kembar yg comel2 tu. Hiks...supermom yaw...sama la kita.

Masya said...

awak bersalin normal ker?? kembar ni ... nanti up cerita lg yer.. terujanya nak baca kisah kembar ni...

amal salleh said...

waaaaaaaaaaaaaaa!! comelnye twin!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...