Thursday, 22 October 2015

Kelahiran Qaira ke-1 tahun

Seingat setahun lepas, 22.10.2014 jatuh pada cuti am Hari Deepavali..kebetulan lah nakk oii lahir pada hari raya deepa..hihi hari yang paling mendebarkan sebab pertama kali rasa sakit bersalin INDUCE!!! sakittt hoiii ;( kerana untuk mu wahai anakku, mama tempuhi jua walau meringkuk-ringkuk badan tahan sakitt..Alhamdulillah proses induce yang tak lama tuptup terus kene tolak masuk bilik bersalin tuptup sekali teran terus keluar baby girl..
sambungan kisah bersalinkan Birthday Girl boleh baca sini


"Setahun dah berlalu, harini genap 1 tahun usia mu, anakku..begitu pantas masa berlalu meninggalkan usia-usia yang lepas..1 tahun yang bahagia dan menyenangkan dalam membesarkan mu, Nur Raihanah Qaira..teruslah membesar dengan sihat, aktif dan gembira..doa mama moga jadi anak yang solehah..aamiin"


Oh ya, pagi-pagi harini dah bawa birthday girl ke Klinik untuk checkup 1 tahun dah dapat hadiah special cucuk di peha kaki kanan..nangis sekejap tanda sakit balik rumah terus main lari-lari..huhu


Happy birthday girl nak p Klinik ye!


Bahagia, pusing 1 Klinik

Hasil checkup, timbang berat naik 1 kilo..BMI semua ok, 
Nurse cakap "kita jumpa lagi 3 bulan ye Qaira!" ;)


Perkembangan Qaira 1 tahun:

= Dah berjalan dan berlari (start jalan usia 10 bulan)
= Dah tumbuh gigi 4 batang
= Kuat makan tapi kurang menyusu
= Suka memanjat
= Tabiat nak tidur suka pegang n usap-usap rambut mama baru tidur
= Kalau merajuk suka nangis guling terlentang atas lantai 
= Suka membontot mana kakak kembar pergi
= Pandai sebut ma-ma dan pa-pa 

Mintak adik je belum pandai..kihkih 


Qaira masa baby, mak dalam pantang!


Qaira umur 4 bulan!


Qaira umur 6 bulan!


Qaira umur 8 bulan!


Qaira umur 10 bulan!
baru pandai jalan


Insyallah, ahad ni buatkan simple birthday party untuk Qaira ke-1 tahun ;)
moga berjalan lancar seperti dirancang hendaknya...

1 comment:

Aeen said...

happy birthday Qaira...omenynte dia pakai tudung......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...