Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 26 January 2015

Cuti-Cuti Cameron Highlands (Akhir)

Bersambung dari Cuti-Cuti Cameron Highlands (Part 1)
dari sebelum bersalin..lahni dah masuk kerja cuti bersalin 3 bulan, baru makcik terhegeh2 nak sambung balik cerita masa bercuti ke CH, 5 bulan yang lepas! OOOoooohhh

Ok takpe mari hakak gigih mengingat balik masa di CH tempoh hari..jauh nak putar balik masa ni..haha

Malam tu tidur punyalah sejuk kemain..rasa nak cepat2 esok siang n nak balik jumpa matahari sebab tak tahan dengan kesejukan yang melampau..huhu oh ya! lagi satukan rasanya mesti kecik hati pengurus RPP Cameron Highlands kalau dia tahu yang kami anak beranak tidur diatas kapet depan tv sajo, kemain besar n empuk katil tilam yang disediakan..kat kapet jugak ko anak beranak nak tidur kan? hihihi sebab kami rasa dalam bilik tu dah macam dalam stor penyimpanan makanan sejuk beku! kulit orang kampung betul kan..kihkih


 Sakit jugaklah pinggang mak buyung tidur atas kapet ni..huahua

Senang anak2 nak golek2 plus si kembar yang lasak bila tidur malam, 360 darjah diorang berpusing! nak angkut tilam ke depan tv, maha berat yang amat plaks.. ;(


Bersedia untuk checkout, rasanya dalam jam 10-11am
 *hilang ingatan tentang masa* hihi

Selepas Checkout, kita kasi gud bye kat RPP..ada rezeki kita berjumpa lagi, takde rezeki hakak dah tak mau datang Cameron dahni..hihi terus kami ke Big Red Strawberry Farm..bukan lah main payah cari tempat ni, nasib jumpa akhirnya..kalau tak jumpa memang kempunan mak buyong nak makan segala atuk nenek strawberry yang kami order seperti gambar dibawah ini.. -__-


 Puas giler dapat makan semua ni! nyummyy
 kerna ini lah kami gigih ke Cameron..hihi


 Kembar pun sangat Gud Girl!


Makan pun dengan tenang dan aman sebab masih pagi orang pun tak ramai lagi..senang anakk nak lari sana sini, mak tengok dari tempat duduk je sebab dah rupa mak penguin pun ado bila kejar korang berlarian..hihi


Papa pless layan anak kejap, mama nak makan dengan lahap! aauummm


 Perut kenyang baru senang hati nak berjalan maaa!

Habis makan, kami jalan-jalan sekitar Ladang Strawberry ni..takde pun petik2 strawberry bagai cuma amik2 gambar sekejap2 sebab time ni kepala ain dah start pening2 lalat, loya, mual cam orang mabuk mengandung padahal nak beranak dah..sah2 ain mabuk naik tempat tinggi n pusing2..hoho



Sibuk dia nak pandang anak pelancong tu!
 mama panggil pun tak nak pandang ;(

Alolo comel je perut ibu mengandung..
kalau dah mengandung segala kembang semangkuk pun tetap comel..kihkih



Rasa nak tergolek je kebelakang tu..

Next, kami ke Ladang Teh pulaks tapi kami cuma berhenti di tepi ladang untuk bergambar saje..kepala ain time dah tingtong..cakap dengan en.suami "dah tak larat lah" huhu



 Time ni dah hujan rintik2 air bergelora~


Mak dengan anak sama je..pantang diajak bergambo kann


Inilah ladang ternakan ku..erkk???


Kembar n Adik Baby dalam perut yang gudd girlll sangat



Qaireen n Qairina

Peace cikit!


Habis bergambar, cau cincau kami terus ke Kea Farm dengan niat untuk membeli segala buah tangan untk dibawa pulang..habis penuh 1 bonet mak ko memborong..kalau boleh dengan nyonya kedai tu sekali nak angkut bawa balik..haha siap tanya kat adik kedai "memang hari2 sejuk sangat camni ke dik?" cepat adik tu membalas "takdelah kak, selalu ok je ni sebab musim hujan sejuk memang camni" so, korang kalau kulit nipis cam hakak ni tak tahan sejuk jangan datang time hujan..kalau kulit tebal bolehlah datang..itu saje kesimpulanya..hikhik

Lepas membeli belah, puas hati..kami turun menuju jalan pulang..kepala time ni memang dah makin pening pusing2..niat hati nak singgah ke Taman Lavendar, tapi tengok tempatnya berbukit bukau tak jadilah tetiba ain rasa tak larat nak jalan lagi tapi sempatlah parking kereta suruh en.suami amik gambar kat depan Taman Lavendar je..parah dah mak ko ni nakkk! ahakss


Menyesal plak dah sampai tak masuk sini
;(


En.suami tanya nak kemana lagi? dahlah syggg jom kita balik rasa tak larat plak mabuk pening kepala..huhu sampai kat 1 pekan..tak ingat pekan apa..en.suami singgah kat surau untuk solat zuhur..elok je ain masuk tandas terus termuntah segala maknenekatuk strawberry yang dimakan tadi..rugii je nokss..tak sempat strawberry dalam perut tadi nak sampai Selangor..haha dah muntah baru lega sikit..punya taknak muntah n mabuk lagi dalam perjalanan balik ikut jalan pusing2 tu ain n anak2 cepat2 semua bantai tidur..bangun2 dah sampai kat pam minyak nak masuk tol plus..sampai rumah sebelum magrib..alhamdulillah hilang semua pening lalat bagai..cuma penat keletihan je..tapi apapun puas hati dapat tunaikan kengidaman ibu mengandung..thankss suami tolong bawakan.. ;D

Cakap dengan hubby "cukuplah kali ni je datang Cameron!!!" haha




Nota Syahnia : Sebab muntah, pening, loya, mual, kesejukan tahap max inilah tetiba rasa fobia nak naik Cameron lagi..kalau orang ajak ke sana cepat2 lah ain sorok muka bawah meja..hikhik mungkin sebab ain dah sarat mengandung dan keadaan badan yang tidak seimbang menyebabkan simptom2 itu berlaku *cam doktor sangat* panggg

1 comment:

eMMe said...

comelnye Qaireen Qaireen, sape sape tgk twin, mmg tak cam mane satu kakak mane satu adik, muke dowang mmg iras... adakah twin Ain ni kembar seiras? rase me ade tanye ain kan, kan.? tanye2 lagi, hahahaha! sabo je la ain, bile penyakit lupa ni dah makin parah, hahahaa... tapi Ain larat tu jalan2 kat CH.. muke menten ... tak nampak cam sarat je, heee~ Me now dah 36w, doakan saya ye Ain...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...