Friday, 16 January 2015

Petua elakkan/kurangkan sakit kuning baby!

Nekadkan hati untuk buat entry pertama ditahun 2015, kalau tak memang tak menyempat memanjang..huhu kali ni terasa nak kongsi dengan bakal2 mummy yg bakal melahirkan baby 2015, bolehlah cuba petua ni kalau mummy2 nak elakkan atau kurangkan sakit kuning/jaundis baby!

Masa anak pertama, biasalah semua pengetahuan pasal bab2 ibu dan anak adalah kosong..takde pengalaman kan..kesian kembar kene sakit kuning tinggi sampai bermalam kat hospital dok bawah lampu! masa ni hati mak terpaksa kental dan pasrah bila tangan/kaki anak dicucuk amik darah berulang kali, nangis ;(

Masuk anak kedua, kira dah boleh jadi taiko..hakhak sebab dah tahu apa nak buat pada anak kedua untuk elakkan/kurangkan sakit kuning berdasarkan dari pengalaman anak pertama..ffuuhh dah cam penganalisis gaya omak ko ni..haha

Alhamdulillah, apa yang ain buat pada anak kedua dapat elakkan dari bacaan kuning terus tinggi dan terlepas dari digolekkan dibawah lampu..ko ingat ayam golek apa? mihmih..Nurse desa suruh p check juga kat klinik..kot2 lah ada kan..fisrt bacaan 166.1, kali kedua turun jadi 127.8, nak ikutkan dah tak payah check lagi tapi doc suruh buat lagi sekali kot2 bacaan jadi naik disebabkan umur baby baru nak masuk seminggu..kali ketiga bacaan turun lagi kepada 126.7, pergghh best giler bila doc cakap "ok puan dah tak payah dtg lagi ye" lega n syukur! sambil senyum lebar ;D


Apa petua yang ain amalkan? 


1. Beri susu ibu sepenuhnya n sebanyak mungkin.

~ Memang Doktor n Nurse akan sarankan "sila bagi susu badan banyak2 ye puan nanti kuningnya kurang" memang tak dinafikan susu ibu pun boleh jadi penawar kan..Baby yang kene sakit kuning/jaundis memang akan tidur sepanjang waktu..time ni omak2 memang bestlah kan boleh rehat panjang..ooppss tapi sangat tak baik sebab boleh menggalakkan lagi bacaan kuning jadi tinggi taw..so, apa yang ain buat adalah pam susu badan masuk dalam botol susu n terus suakan kat mulut anak..automatik, anak akan hisap walau matanya pejam..sebab kalau bagi terus direct, anak takmo buka mulut..dia lapar tapi lagi best pilih tidur gitew! bagi botol susu terus nyonyot..so, bagi lah susu badan sekerap mungkin!

ain balik hospital terus ajar anak hisap botol susu taw, senang nak tinggal kemana2..haha


2. Beri air rendaman halwa kundur.

~ Petua ni ain dah terlambat berikan pada anak pertama si kembar dulu..dah balik rumah lepas dok bawah lampu bermalam dihospital baru ain bagi air halwa kundur..kira nasi dah jadi bubur, mak ko baru nak menggelabah! hehe tapi lepas bagi terus bacaan menurun..so, pada anak kedua..ain cuba nak elakkan dulu dari merawat..balik bersalin dari hospital, esoknya ain terus bagi air halwa kundur..alhamdulillah, anak kedua cuma kene cucuk amik darah 3x je..itupun bacaan kuning sangat2 rendah..ain terus amalkan sampai nak masuk umur sebulan..

 siap ada harga lagi tu! murahkan?


Caranya : Isikan air masak dalam botol susu dalam 3-4oz..lepastu masukkan halwa kundur dalam 3-4 biji n goncangkan..dan boleh berikan pada anak..ain selalu beri pada waktu tengahari sulamkan lepas anak minun susu..lagi kerap bagi lagi bagus!

Beli dimana? : boleh beli kat pasaraya Spedmart atau kedai2 runcit..ain selalu beli kat Sperdmart je

p/s: Kakak n adik ipar berikan pada anaknya pun bacaan kuningnya baru menurun kalau tidak asyiklah makin naik! apa2 pun kita ikhtiar ok ;)


3. Mandikan dengan air rebusan herba baby jenama TYT.

~ Masa anak pertama ain langsung tak tahu pasal kewujudan produk ni..sampailah kakak ain yg ke-2 mandikan herba ni kat anaknya yang beza cuma 2 bulan awal dengan anak kedua ain..dia cakap lepas mandikan anaknya dengan herba ni terus bacaan kuning turun sekali banyak..apalagi sebelum anak ain kene check untuk pertama kali, ain dah mandikan dulu dengan air rebusan herba TYT..kira sediakan payung sebelum hujan! haha syukur bacaan memang tak tinggi malahan setiap kali check bacaan kuning makin menurun..mak tarik nafas lega nakk!

kotak luaran!

dah siap peket2..senang!


Caranya : boleh rujuk pada kotak tersebut

Beli dimana? : boleh beli kat farmasi cina..kalau susah nak cari, meh ain tolong belikan..hehe


4. Tidurkan/letakkan anak di tempat yang terang bercahaya.

~ Kalau anak dah kene kuning takmo letak kat tempat gelap2 ye..letak kat tempat dekat dengan tingkap bagi sinaran cahaya sikit..ain dalam pantang bentang tilam kat bawah tingkap, duduk bersandar didinding sambil susukan anak..relakss ;)


5. Elakkan pakaikan baju/kelengkapan serba kuning pada baby.

~ Kalau nak tahu bilik tidur ain adalah bercat warna kuning terang okeyyy..memang awas kalau sesiapa bawa anak masuk bilik dalam tempoh baby dikhuatiri kene kuning..dah nak dekat sebulan baby baru ain bawa anak golek2 atas tilam dalam bilik..suami siap perli "eh mana boleh bawa anak masuk bilik, kuninggglah" haha baby dah besar, dah boleh sayangggg ;D




Ok mummy2 semua, 5 ni je lah petua yang ain amalkan untuk anak kedua..dan ain amalkan selepas balik bersalin dari hospital n sebelum check kuning pertama kali di klinik kesihatan..alhamdulillah, sangat nampak kesan positifnya..tapi bergantung juga pada tahap keserasian anak2 mummy ye..tak semua baby samakan? yang penting kita usaha dan tawakal..insyallah.

3 comments:

InaYusoff said...

tenkiuuuuuuuuuuuuu....

memang nak standby untuk anak kedua sebab serik anak first jaundis sebulan lebeh...

tapi..
air kundur tu boleh ke bagi minum..
-_-'

:: Mrs.SyahNia :: said...

sis inayusof,

secara saintfiknya tak pasti tp air halwa kundur tu petua mak2..try kat baby ain ok plak serasi n hilang kuningnya dgn izin Allah..

takpe sis kita usaha..sbb sakit kuning ni takde obat..amalkan petua2 je lah..tak sanggup tgk anak kene cucuk byk kali ;(

Masya said...

yg pertama dan kedua tu mmg salu dgr.. baru tau ada mandian herba tu.. tq ye ain kongsikan info ni ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...