Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 14 April 2010

~ Resipi PiZZa Sodap ~

ha mari2 sape nak blajo buat pizza resipi cik ain...huhu sgt sodap nak rasa try buat sndiri k

mulanya ain mmg tak tahu nak wat pizza ni, godek2 blog resipi orang tetiba jumpa resipi pizza..tgk gambar cam sedap..nak beli kat pizza hut mahal la plak kalo buat sendiri puas hati boleh ikut citarasa sndiri buat lah brapa banyak pun sampai rasa nak tmuntah makan pizza tu...hehe

BAHAN adunan roti :

-1/2 kilo tepung gandum (boleh dapat untuk 2 loyang)
-1 paket yis segera
-2 sudu teh minyak masak
-1 cawan air suam
-sedikit garam
-sedikit gula

BAHAN topping :

-1 paket keju mozarella (nak mudah beli yang dah siap diparut)
-1 botol kecil sos tomato (nak pedas guna sos cili)
-2 biji buah tomato (1 biji utk gaul dgn sos 1 biji lg untuk ditabur atas roti)
beberapa sosej dan isi ketam (dihiris nipis), 10 ekor udang (buang kulit dan kepala,ekor jgn buang), tuna mayonis (yg sedia ada dlm tin) ikut citarasa nak letak apa lagi...
-1 tin cendawan butang ,2 biji lada bengala (merah/hijau), 1 biji bawang besar (bahan ni dipotong nipis2)
ikut citarasa nak letak apa lagi...

Cara menyediakan Pizza :

-Mula-mula, rendam yis segera dengan air suam, supaya yis itu dapat berkembang.
-Gaulkan tepung bersama yis segera yang telah direndam tadi, masuk garam dan gula secukup rasa. selalunya ain akan larutkan garam dan gula dengan air dalam cawan tlebih dahulu agar ianya sebati tidak lah bketul2 bila gaul dalam tepung
-Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit beserta sedikit minyak masak dan gaul hingga rata .
-Uli adunan tadi sehingga boleh membuat bentuk bulat. ain uli guna tangan je
-Jika adunan lembik dan melekit, masukkan sedikt tepung gandum dan uli hingga sebati.
-Apabila doh ini boleh dibentuk, Biarkan adunan ini naik bersaiz 2 kali besar dari asal.
-Biarkan selama 1 atau 1/2 jam, agak2 adunan doh dah naik 2 kali ganda dari asal bolehlah
 bahagikan doh kepada 2-3 bahagian.
-Selepas itu,sapukan majerin pada loyang dan ambil doh tadi  tempek kan pada loyang tersebut.
takda majerin sapu minyak masak pun boleh
-Bentukkan doh mengikut loyang tesebut. ain selalu guna loyang 4segi yang tsedia ada dalam oven
-Bermula dengan menekan doh di bahagian tengah dan bahagian tepi ditarik-tarik.  jangan tlalu tebal sebab bila dibakar roti tersebut akan kembang sendiri
-seterusnya sapukan sos tomato sehingga rata. nak lagi sedap tumis sos tomato dengan hirisan bawang putih dan buah tomato yang dipotong dadu
-Kemudian, taburkan bahan-bahan topping (sosej,isi ketam,udang,tuna,cendawan butang,lada bengala,bwang bsar) yang telah dihiris/dipotong nipis tadi  ikut citarsa sendiri  main campak-campak je janji sodap k dan taburkan keju mozarella diatasnya. lagi banyak cheese lagi sodap
-Akhir sekali masuk kan pizza tadi dalam oven dengan suhu 180'C selama 20/25 minit. lagi elok jika oven dipanaskan tlebih dahulu

dan inilah hasil nya...Taaraa


     Pizza Tuna Mayonis
SEBELUM
ain tabur banyak cheese mozarella...rasanya mmg tidak mghampakan

   SELEPAS
yang hujung tu dah blubang potong sikit nak test sodap ke tak sodap.. huhu


  Pizza Ala2 Seafood
SEBELUM
 
sumbatkan cheese mozarella kat tepi..tukar selera plak

SELEPAS
 
tak brapa nak seafood pun cuma letak udang dgn isi ketam je, ain letak sambal tumis mmg pedas gila berapi telinga sapa yg makan...hehe
rotinya mmg lembut makan hingga mjilat jari...NyammNyamm



SELAMAT MENCUBA !!!


7 comments:

FirZie83 said...

ain...cedapnya...nak cikit ;p

:: Mrs.SyahNia :: said...

t kalo ain buat ain pos kat akk yea hehe..kwn ofis mintak buatkn pun ain xbuat g..akk try la buat..mmg sodap huhu

pRincESs_N said...

mavelesss ok...tp N tang nk uli tu yg lomah ehh..

:: Mrs.SyahNia :: said...

mmg agk lomah nak uli...mau sakit bdn lah kalo silap gyanya hehe

Shiqa Nawar said...

akak dah wat gak ari tu pizza. resepi dr makcik. haru jugak uli tu. m.cik kata kena smpai betul2 sebati. tapi hasil memang sodap.

OmmaHussein said...

aduh..sedapnya ain...lapo lak tbe2..huhu

pembekal mutiara said...

nak try buat dohnya guna resepi ain.kalau uli tangan memng tak jadilah pizza ku,slu guna breadmaker cosway.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...