Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 2 September 2010

~ SeRoNoKnYa MaLaM 7 LiKuR ~

Salam semua **,
terasa sudah kehangatan syawal yang akan menjelma kan
sungguh sekejap masa berlalu
tup tup dah nak raya..horeyyyyy
sambil senyum2 kambing n angkat2 bahu..apakah???

mulalah cik ain rasa nak mengimbas sezaman kanak2 riang dulu
taklah kanak2 mana pun sekolah rendah
nak masuk sekolah menengah pun
bulan ramadhan lah saat yang dinanti oleh kami 
GeNg OtAi tapi baik punya..hahaha
dianggotai oleh
cik ain (girl, merangkap ketua, berjiwa kental, selaku heroin)
nabila (girl, malu2 kucing, fobia dengan aktiviti lasak) 
tuah (boy, penolong cik ain,agak nakal,selaku hero)
hishamudin (boy, jiwa lembut, suka buat lawak, banyak cakap)
syukri (boy, paling muda, selalu kene buli)
sebenarnya kami adalah jiran..

napa cik ain yang jadi ketua?? sebab diantara kami berlima
ain lah yang paling tua..kira umur banyak cikitlah 
bukan tua mana pun..hihihi

start nak masuk malam 7 likur bersamaan seminggu lagi nak raya
kami pun berkumpul sesama..macam2 aktiviti sukaneka dijalankan
sudah tentu bermain bunga api 
untuk cik nabila yang pengecut n fobia dengan mercun
cik ain ??? tak takot tapi tak berani nak bakar mercun tu..
owwwhhhh bahaya tak mau2
apa2 mercun diserahkan kepada hang tuah untuk membakarnya

 oleh disebabkan kami berlima mahukan yang lebih mencabar
kami telah membuat satu operasi baekkkk punya 
dekat kawasan umah ain ada jalan kecik bertar
so, kitaorang cangkung disebalik pokok2 bunga..
bila ada bebudak lalu naik motor
kitaorang bakar mercun selalu pakai mercun cili..sebab tak bahaya
bakar dah nak sampai hujung sumbunya 
cepat2 baling dekat belakang budak naik motor tu
taklah sampai kene pun
apa jadikk??? sudah tentu budak tu terkejut beruk yang amat sangat
makin laju budak tu bawak moto..
kiteorang gelak besar bagaikan juara hahaha sungguh nakal kan

 tapi taklah kitaorg buat dekat makcik2 seperti diatas..
*cari nahas namanya*

bila dah boring main nyorok2 pulak..memalam okeyyy
ehhh boley ke main nyorok2 memalam kang kene
sorok ngan hantu kopek???
hallooo bulan pose hantu suma kene ikat apalah ko ni!!!
tulah ayat2 diorang..
bermainlah kami nyorok2..ciap panjat pokok..
redha je kalo jatuh
dah bosan main plak galah panjang dekat atas jalan tadi
bila ada kereta lalu atau moto cepat ketepi..

aktiviti hanya diwaktu malam 7 likur
awal2 puasa makayah memasing tak bagi kuar
bila siang tak larat puasa katakan
malam 7 likur ni jelah ada pelepasan..
bila dah penat..duk sesama membuat majlis temuramah plak
tanyalah macam2 persiapan raya
eh ko baju raya kale apa???
dah beli kasut raya ke???
balik kg tak???
borak benda ntah apa2..maklumlah budak kg kan..hehehe

selagi makbapak tak panggil balik selagi tulah kami tak balik2
umah kami sebaris
umah pertama umah nabila..dengarlah ibu dia panggil
bellaaaaa!!!! balik dah malam..balik lah si nabila
umah ketiga umah tuah..dengarlah bapak dia panggil
tuaahhhhh!!!! balik..ko taw tak dah lewat malam ni..
baliklah si tuah pulak
umah keempat umah syukri..tak payah tunggu mak dia panggil
dia akan balik sendiri bila si tuah pun balik..
hishamudin plak umah dibelah depan
awal2 dah balik sebab penakot kalo balik lambat2
dan yang last iaitu umah kedua..
dengan senang hatinya cik ain balik sendiri
lenggang2 kangkung..
sebab nya tempat lepak kitorang depan umah ain je..
hihihi haruslah umah ketua kan

tapi itu semua kenangan yang tidak akan ain lupakan
sebab bila semua sudah meningkat dewasa n remaja
masing2 dah malu..buat haluan sendiri..
bila jumpa angkat2 kening je takde dah nak lepak2
nak tegur pun segan maklumlah dah bujang2
yang girl plak dah anak dara..sudah tentu malu *__*

dulu jugak malam 7 likur abah mesti pasang pelita
besttt rasanya..masih jiwa bebudak semuanya besttt..
bila dah besar baru tahu bertapa susahnya nak carik duit
skang takde dah nak berbatang kayu..
gantung je dekat batang pokok kelapa senang!!!

meriah je rumah kalo pasang pelita kan
kalo tak pasang suram rasanya
masuk je raya kedua...
takde dah nak pasang pelita memasing sibuk nak beraya *__*


notacikain **, esok malam balik kg cepat2 nak pasang pelita..harus abah yang menjadi mangsa..tak2..kita pasang pelita sama yea abah *__*...aduiiii nakal jugak rupanya ain masa bebudak dulu..hihih..hampir masanya untuk mencari malam lailatul qadar yea kawan2..

2 comments:

LyNn HaMzAh said...

best kan malam 7 likur...kak lynn kalau balik raya suka ikut jalan kampung daripada highway sebab boleh tgk betapa indahnya halaman rumah dihiasi pelita...memang syok la...

:: Mrs.SyahNia :: said...

to kak lynn **,

yuppp memang bestt..
sambil tgk bebudak men bunga api..
lari berkejaran bermain dihalaman umah..rindu saat tu..*__*

betuiii2 ikut jln kg indah mata
memandang kan..bkelip2 pelita..
lagi2 ada tuan umah pasang keliling umah..
meriah betull raya!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...