Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 18 June 2013

Detik Kelahiran Kembar QAIREEN QAIRINA ---> PART 2


 Untuk Detik Selanjutnya..Bersambung Dari Entry ---> Part 1



15 Disember 2012 (Sabtu)

- En.suami gerak balik selangor dalam 12 tengah malam..sampai kampung dalam kul 7.00 pagi..en.suami tegur “haihh elok je tak sakit pun”..tengok ain tengah duduk kat kerusi sambil goyang2 kaki senyum2 kambing kat dia..hehe tetiba serba salah plak suruh beriya hubby balik jugak malam tadi..huhu orang kata sediakan payung sebelum hujan kan..kan 

- Hubby rehat n tidur sampai kul 11.00 pagi..kesian sangat dari semalam tak berehat langsung..lepas asar bersiap nak kerumah mak mertua..nak salam2 mintak maaf sebelum menyerah diri kat hospital esok pagi..harus lah minta maaf kan..nasib baik hanya 10 minit perjalanan dari umah mak ain ke rumah mak mertua..nampak sangat bercinta dengan budak kampung sebelah..haha

- Sebelum sampai rumah mak mertua singgah makan McD kat pekan..tetiba teringin nak makan burger Spicy Chicken Mc Deluxe..feverite time pregnant..nasib suami i layan kan je..time mengandung mintak apa pun suma dapat..yeeaahh tu yang suka ngandung byk kali pun takpe..apakah?? hukhuk


makan sebelum pantang >__-


 muka tembam giler okeyyy.. heppy dapat makan burger McD >_-
 
- Sampai rumah mak mertua pukul 7.00 malam..sampai2 MIL tegur  “larat lagi berjalan yea..huhu lepak2 layan citer cerekarama sampai kul 12.00 tengah malam..pastu balik umah mak ain..malam terakhir tidur di rumah dengan perot buncit pasni balik umah ngan si kembar..


16 Disember 2012 (Ahad)

- Pagi ni takde pape tanda atau sakit apa pun..bersemangat plak bersiap nak pergi bercuti kat hospital kan..lepas sarapan..masuk beg dalam kete..salam2 cium mak abah..dalam kul 10.00 pagi berdesuppppp terus ke hospital klang..hanya dihantar dan ditemani oleh en.suami sorang..tak perlu kot mak ikut dulu sebab dalam keadaan suma ok..taknak susahkan mak..tunggu baby kuar baru datang ok.. ;)

- Sampai hospital klang dalam kul 11.00 pagi..terus ke tempat pendaftaran ibu bersalin..hulur buku merah n surat lapor diri..dah cam nak lapor diri firstime masuk keje ko..hewhew  nurse suruh tukar baju hospital..warna pink..i like! Firstime gak pakai baju hospital..excited! haha ;)

- Dah tukar baju duduk sampai dipanggil untuk timbang berat, amik darah, check air kencing, check jantung baby, check suhu badan.. suami kene tunggu kat ruang menunggu..

- Selesai suma sambil jalan kaki nurse bawa masuk wad..suami pun follow..sampai wad..daftar bagai..terus dibagi katil dalam kul 12.30 tengahari rasanya..Nurse cakap esok pagi kul 7.00 pagi (17 Disember 2012) baru masuk ubat paksa baby keluar..


Beberapa minit selepas dapat katil..nasib baik dapat tepi sekali..selesa sikit
Muka jangan cakap..memang selekeh giler time mengandung
phewww segala seri mak telah turun ke anak..ok takpe kalau suma utk anak2 ;))


- 2.00 petang  habis masa melawat..sedey plak en.suami kene keluar..walaupun dia tetap akan tunggu dan si isteri hanya membenarkan si suami berada di sekitar kawasan hospital sahaja..manje u! hiks

- Selepas hubby keluar wad..rasa nak ke toilet plak..turun je katil..terasa cam air keluar dengan banyak..oh terkencing ke? Terus p toilet sekali tengok..eh cam air paip plak..cakap ngan Nurse dan Nurse suruh masuk bilik pemeriksaan..owwhh amik ko seluk lagi! Nasib baik Doc perempuan melayu sekeping badan jari pun halus..tak sempat Doc tu nak seluk..air ketuban dah pecah dulu..habis banjir..huhu Doc cakap “haih tak sabar baby ni yea..baru 2CM! tapi tak sakit pun..berlagak ko! hihi

- Lepastu sekejap2 tukar pad manjang..memang siang tu kejenya jap2 nak makan..pastu nak makan lagi..kang mengunyah plak..selera plak dok hospital..nak tido memang tak bole sampai hubby datang time melawat kul 4.00 petang *ada hikmah rupanya kenapa ain kuat makan..sebab ain sangat bertenaga semasa meneran untuk keluarkan twins* so, korang yang bakal melahirkan, plez makan banyak2 sebelum sakit kontraksi datang sebab kalau dah sakit sure memang tak lalu nak makan walau minum air sekalipun, tenaga amat2 penting semasa meneran u alls ;(

- Selepas habis melawat waktu petang dalam kul 7.00 malam, Nurse suruh siap2 nak ke labouroom untuk scan n check jantung baby..sebab dalam wad suma dah full..sekali bila scan twins..ya Allah..kedudukan baby dah jadi 69..sorang songsang plak..Doc kata takpe kita try keluarkan normal.. 

- Tunggu sampai malam apsal tak sakit lagi? Air ketuban dah banyak kuar? Risau plak -__-“..mesej2 dengan hubby..masa ni hubby dalam kereta kat parking hospital..sebab takde umah makcik atau sedara berdekatan nak tumpang tido..terpaksa hubby tido dalam kereta.. Terharu sangat , thankss syg! 

- Jam 11.00 malam, baru nak tutup mata tetiba bawah perut cam sakit mengeras..tapi masih boleh bertahan..makin lama makin kuat pulak sakitnya..tengok jam sakit mengeras berulang tak sampai 4, 5 minit..panggil Nurse..dapat Nurse shift malam yang baru kawen, tengah pregnant 8 minggu..dia pun usap2 perut ain dengan harapan yang dia pun akan mengandung kembar jugak.. ;)) sepanjang ain sakit kat wad memang dia yang jaga ain..sangat2 baik okey..dia check..memang dah ada kontraksi..dia seluk..baru 2CM..dalam hati ya allah kenapa sakit tapi baru 2CM!!!




Untuk Detik Selanjutnya..Bersambung Di  Entry ---> Part 3

6 comments:

Masya said...

hebatnya allah melahir kembar .. adehh bape banyak episod ni.. nampaknya mahu maraton..... sy baca ni kikikiki

Aeen said...

byk plak episod nk kene tunggu ni..tgh best bace nie...heheh

Han Hanni said...

Ya Allah... Gigih dan kuat seorang ibu

ch@ said...

adoiii sambung lagi. tak sbr nak tggu ni. cptla sambung puan ain.

erin moshimoshi said...

alah x yah la bersmbung ehhehe

:: Mrs.SyahNia :: said...

haha kita bg suprise lah..
kalau buat sekali harung
jenuh nanti..panjang sgt ceritanya..hikhik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...