Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 19 June 2013

Ibu Ber'anak Dua

Sudah menjadi seorang ibu beranak dua..secara tidak langsung telah mengubah kehidupan ain dan en.suami..lagi-lagi bila dianugerahkan anak pertama adalah anak kembar..ya Allah sesuatu ain dan suami tidak menjangkakan nya..Syukur! akan dijaga zuriat ini sebaiknya..

Menjadi ibu di usia 23 tahun, mungkin ia terlalu muda?..oh tidak bagi ain..ramai sahaja sekarang  umur 19, 20, 21 tahun sudah beranak 1 atau 2!..mungkin bagi setengah orang menganggap umur 23 tahun masih muda dan beruntung dikala usia begini sudah punyai anak..yupp 23 tahun sudah cukup mematangkan diri ain, lagi-lagi bila lahirnya si kembar..baru ain tahu sungguh mencabar sebenarnya untuk menjadi seorang ibu mithali bukan? kesabaran, kecekalan, itu perlu dimaksimumkan.. ;))

Bila sudah menjadi seorang ibu, kata-kata segalanya perlu dijaga..bak kata nasihat "doa ibu itu terlalu mudah dimakbulkan"..ini bermaksud kata-kata perlu dijaga dari bercakap benda yang tidak baik dan bercakaplah benda yang baik-baik sahaja pada anak-anak..



 Seorang ibu tabah, cekal dan kuat  
*perasan makcik ni..hee*

Terima kasih ya Allah diatas kurniaan ini,
Moga diriku dapat menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anakku..dan 
Semoga anak-anakku menjadi anak yg solehah, bijak, murah rezeki dan berjaya dunia akhirat.




Nota Syahnia : Perlu bergerak pantas dan tangkas bila menguruskan anak-anak apabila hidup berjauhan dengan hubby..doakan ain dan suami dapat tinggal berama-sama satu hari nanti yea.. ;)) harap juga anak-anak akan mengerti pengorbanan mama dan papa..

11 comments:

mshazadoes said...

akk besh lah de twins ni..a girl pulak tue .. :)

♥ nana i am ♥ said...

Ain :) sukanya tengok baby baby Ain ni..ada instagram tak?upload laa selalu gamba2 baby..hihi.Nana doakan moga Ain dgn en suami cepat2 dapat duduk sekali lepasni ye..peluk cium untuk Ain dgn anak2..muah!

:: Mrs.SyahNia :: said...

DYA ~> tu lah, geram tgk baju2 gegirl ;))

:: Mrs.SyahNia :: said...

NANA ~> ala dear, buat masa ni takde lah yunkk instgram..kalo ada ain gtaw yea..aminnn, thanks syg doakan..

kurus said...

insyallah dikk
dugaan ada dimana2 ..
x kira anak sorang atau twinss , menjadi ibu suatu yg diimpikan semua org ;) jalani dgn redha dan senyummm ;)

WieyaRaudzi ♡ said...

Seronoknya ain dah jadi ibu..twin lagi :)

tumpang gembira utk awk ain syg..

Han Hanni said...

alhamdulillah...
anugerah untuk ain..

Rosmawani♥ said...

Rezeki allah..jaga bebaik yer... Hehhehe

ch@ said...

Alhamdulillah, tahniah utk Ain. Ibu muda yg cargas. Sama2 kita.

Masya said...

mmg btl² muda ni, kt dulu 23 baru kawin kikikikiki .... apapun rezeki allahkan.. beruntungnya dapat kembar...

gambar jerebu tu amik kat johan setia menghala ke klg, pg ni lg teruk jerebunya...

Ayu Rashid said...

Bertuah ada anak masa muda lagi. Badan masih energetic.. lagi best nnti anak dah besar selalunya nmpk mcm "adik-beradik" ehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...