Tuesday, 17 December 2013

Ulangtahun kembar ke-1 tahun

Setahun yang lalu..pagi ni ain masih di dalam labouroom..Doc tengah dok jahit apa yang patut dijahit..eheww ngeriiii -__- tuptup dah setahun umur dak tenit dua orang tu..ffuuhh sekejap betul masa berlalu..akal pun dah bertambah2 banyaknya.. ;)

Semalam checkup setahun kat klinik..seperti selalu yang merisaukan hati, takut timbang berat twins tak naik banyak + lepastu kene membebel ngan nurse..huh tapi alhamdulillah timbang semalam berat kakak naik 700gram, adik 400gram..yang lain pun suma ok..Nurse siap cakap "beratnya naik banyak..ok lah" lega sangat rasanya..takde lah dgr nurse tu membebel yg menyakitkan hati..lagipun masuk setahun ni, bila ain tukar susu lain, kuat plak minum susu..menepati citarasa diorang agaknya..makan nasi pun banyak tapi kalau datang mood tak baik bukan main susah nak suruh bukak mulut..huhu cucuk setahun semalam pun nangis sekejap, masa masuk jarum kat pehanya meraung jap..lepastu bila tarik jarum, terus diam..nurse pun tegur "eh tak nangis dah" gud girl anak2 mama..nanti mama belanja aiskrim erk!


17.12.2012-17.12.213
Perjalanan membesarkan twins Qaireen Qairina yang cukup memudahkan, membahagiakan dan mengindahkan hidup mama n papa..moga kamu berdua menjadi anak yg solehah, bijak dan lembut hatinya..mama n papa akan berusaha menjadi ibuayah terbaik utk kakak n adik..
Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-1 Tahun sayanggg!


Oh ya, perkembangan fizikal..kakak dah teror bab jalan..berjalan je kerjanya..adik plak langsung tidak menampakkan usaha2 nak berlajar berjalan..lagi suka merangkak..bila didirikan cepat2 dia nak merangkak..takpe2 tiba masanya berjalan lah si adik tu..mama tak paksa2 yea..hihi >_<  perkembangan lain dah pandai mendengar arahan..suruh tepuk amai2..kang diorang tepuk amai2, suh give me 5, kang cepat2 hulur tapak tangan kat kita..goyang2kan badan bila bzikir, bagi barang dipegang kalau kita mintak, suh lap lantai..diorang amik lampin p layang2kan lampin tu kat lantai..selalunya salah sorang buat, yang sorang lg tengok mesti akan ikut buat benda yang sama..dah namanya kembarkan..heeee



 Kehadiran kembar yang cukup membahagiakan ain n suami..
semoga keluarga kecil ini akan sentiasa 
dilindungi dan sentiasa dalam kerahmatan-Nya..aminnn



2 comments:

mama ila said...

happy belated birthday dak kembar..hihihi...semoga panjang umur, diberikan kesihatan yg baik dan menjai anak yg solehah untuk ibubapa =)

Masya said...

alahai sorry baru sempat baca x perasan entry ni keluar.. happy belated bestday.. moga kembar dipanjangkan umo dan diberikan kesihatan yg baik... so sweetkan.. ada anak kembar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...