Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 3 December 2013

Kembar dah pandai berjalan ;))

Bulan Disember yang dinanti..tak sabar nak tambah umur lagi untuk tahun depan..ohh mentang2 hari lahir ahkak hujung tahun so mau perasan awet muda cikit..heww Besday ain bulan lepas tapi tak sambut potong2 kek pun sebabnya perancangan nak sambut sekali dengan besday si kembar bulan 12 ni..kebetulan plak pertengahan bulan 12 nanti ain, anak2, mak mertua n adik ipar nak bercuti ke Teganu kitaaa..yeehuuu mau jumpa kekasih hati ler.. ;)) heeee so jawabnya sambut besday anak beranak kat sana dengan papa je lah..

Nak ikutkan hampir setahun tak jejak kaki ke teganu..last, masa cuti pantang bulan 2..hubby asyiklah pujuk2 mailah datang ganu..mailah dtg ganu..tapi tidaklah kesana jugak..almaklum, dengan anak kecik dua orang memang tak kemana lah jawabnya..kembar dah nak setahun baru lah si emak panjang akal  nak kemana-mana tapi dengan syarat mesti ada bapaknya sekali..kalau tak ain memang haru nak handle kembar sorang2..huhu


 Adik Qairina (kiri), Kakak Qaireen (kanan)
11 month

Sekarang, kakak Qaireen tengah jakun asyik nak berjalan kesana kemari..mentang-mentang dah pandai berjalan start ahad lepas!! sampai tidur malam pun nak kene paksa -__-'' berjalan pun masih terkengkang cam robot..so comel sangat..dahlah badan cenonet bila berjalan...alahai keciknya ko nak..ikut baka omaknya betul..hihi

Adik Qairina plak masih ditahap pembelajaran untuk berjalan tapi sudah pandai jeles itu budak kecik..bila suma asyik tumpukan pada kakak suruh berjalan..adik tetiba merengek2 pergi kat mama sambil berdiri2..ohh rupanya nak suruh bagi semangat kat adik jugak suruh berjalan..bila ain berdirikan dia n tepuk2 tangan jerit2 "cepat adik..cepat jalan..meh kat mama" wahh bukan kemain happy dia sambil senyum2 berjalan 2, 3 tapak ke depan lepastu jatuh..cepat2 papa video call nak tengok anak2nya berjalan..its ok papa, lagi 2 minggu boleh tengok anak2 berjalan secara live yea..hihi


Ok..tu je perkembangan si kembar..byeee~




Nota Syahnia : Cam tak caye je ain dah 24 tahun..rasa cam baru lepas SPM je..pangggg verangannn lebihh..tumpang happy sangat bila tengok ramai kawan2 facebook yang anak berusia 1 1/2 tahun sudah berjaya pregnant lagi...best..best

4 comments:

Masya said...

perkembangan yg positif... tahniah... kembar² makin ligatlah lepas ni.. haipppp bglah can akak ni ni dulu.. klu nak tambah pun..

sheisjaz said...

Sronokkan tgk pkembangan anak2..lagi2 skali 2 orang kan..lagi lah btambah happy...

Selamat bercuti ain..

Izan Ishak said...

comel sangat kembar dah pandai jalan ye ain. kedek2 lah dorang jalan ke sana ke mari. penatlah mamanya nak kejar dua2 nanti...

Lynn Huraiza said...

alahai comeynyer...anak dara kak lynn yg bongsu pun dah nak pandai jalan gak...heheheh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...