Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 11 February 2011

Dia adalah jodohku...

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu
yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat
membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.


 *sekadar hiasan*

 sumber:mr.google




notahatiain : sehebat mana pun dugaan yg datang..harap dapat ditempuhi bersama..insyallah..walau sorang dikutub selatan sorang lagi dikutub utara kalo sudah itu jodohnya..pasti bersama jua..tiba2 cik ain bertazkirah..mau sucikan hati ;)

26 comments:

Rosmawani♥ said...

amin.. smoga kekal ke akhir ye.. :) heheheh...

{ Miss Syahira } said...

assalamualaikum ain.

sekadar untuk berkongsi, ini doa yang saya amalkan selepas break dengan ex 3 tahun lepas.

tak lama saya berjumpa dengan my sweetheart dan alhamdulillah macam tak percaya semuanya berlaku dengan begitu pantas.

syukur kami dah 3 tahun bersama dan akan mengikat tali pertunangan tak lama lagi.

in fact, sampai sekarang pun baca lagi doa ni. hihi.

merahitujambu said...

ya ALLAH..moga jodoh aku dan dia kekal selamanya..heee

moga jodoh kamo kekal selamanya jugak..

jodoh pertemuan hanya yang ESA yang tentukan..tapi kita mampu berusaha dan berdoa. doa itu akan di kabulkan jika kita ikhlas.heee

Noor Fatin said...

amin. sy selalu baca sebab berharap dia jodoh saya :)

ch@ said...

kenapa sedih? duduk jauh ni kena berdoa banyak2 baca alQuran. mcm akak dulu masa bertunang. tapiii akak pegang, kalau dia jodoh kita lepas macam mana pun dia tetap akan dapat pada kita juga. berdoa. takmor sedih2.

♥ nana i am ♥ said...

agree with kak ch@ :)
nana pon jauh dengan bf.tapi alhamdulillah dah empat tahun kitorang jauh masih boleh bersama.doa banyak banyak, baca al quran, mintak yang terbaik untuk each other oke :)

* jodoh pertemuan ajal maut semua di tangan ALLAH swt.ingat yeee..

:: Mrs.SyahNia :: said...

DIK ROZ **,

~> aminnnnn

:: Mrs.SyahNia :: said...

SYAHIRA **,

~> alhmdulillah dear..
moga kamu,ain..kita suma
bhagia bsama jdoh kita..

slmt btunang erkk.. ;)

:: Mrs.SyahNia :: said...

SIS MERAHITUJAMBU **,

~> aminnnnnn..
betul2..apa2 mslh
suma ngadu smbil bdoa..

pastu fuhhh rasa tenang ^__^

:: Mrs.SyahNia :: said...

KAK FATIN **,

~> aminnnnnn ;)

nabilah_2908 said...

terkesan di hati bila baca doa ini..

pernh lalu cinta jarak jauh...tp jodoh kami tk panjang....

p/s: thnks sudi follow APA KATA HATI..keep in touch..!! (^_^)

jom ke APA KATA HATI pulak,
TERAPI MINDA

:: Mrs.SyahNia :: said...

KAK CH@ **,

~> thanksss dear kta2
smangat mbare tu ;P


tak cedey dah ;)

:: Mrs.SyahNia :: said...

NANA **,

~> fuuhhh lama kapel tu
dear..moga bsama slamanya
yea ;P

yg pntg sntiasa bdoa..kan

:: Mrs.SyahNia :: said...

NABILAH **,

~> sayu je hati kan..

psstt//orait dear ;)

Tieah Madian said...

Setuju..
Org yg putus cinta pun kalo dah jodoh, bersatu jugak..
Kan?
Percaya dgn qada dan qadar, itu yg penting..

Latest entry : Lagi Sambungan 5 Masalah Cinta Terhangat

Rashid said...

Tersentuh hati bila baca bait-bait ..

Moga kebahagiaan menjadi milik ain selamanya ..

erienz said...

amin....tazkirah untuk diri sendiri gak...

diera_syadiera said...

tahniah..hope kekal hingga hjung nyawa :D

Sweetie Pie said...

moga kekal selamanya.AMin

dilazfamily said...

jangan sedih-sedih. Dulu akak pun jauh gak ngan abang sebelum kahwin. Yang penting banyakkan berdoa dan Ingat ALLAH.
Semoga cik ain sentiasa bahagia dan hubungan korang kekal sehingga akhir hayat. AMIN.

:: Mrs.SyahNia :: said...

TIEAH **,

~> yuppp kdg2 cinta ngan
org lain..tnang org lain
kawen org lain..

:: Mrs.SyahNia :: said...

EN RASHID **,

~> tq insyallah

:: Mrs.SyahNia :: said...

ERIENZ **,

~> sama2lah kiter ;)

:: Mrs.SyahNia :: said...

DIERA **,

~> aminnn..tq ;P

:: Mrs.SyahNia :: said...

KAK AIDA **,

~> AMinnnnnn

:: Mrs.SyahNia :: said...

KAK DILA **,

~> yea2..kuat dan tbah
perlu kan.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...