Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 18 March 2011

Itulah dia..tanpa kesabaran..

Oleh kerana sudah hampir seminggu lesen kereta dibiar tanpa di "hidupkan" maka, masa rehat tadi bergegaslah dia bersama seorang ofismate ke pejabat pos tesco, seksyen 13, shah alam untuk meng"hidupkan" lesen kenderaan yang telah tamat tempohnya..no.giliran diambil adalah 2139 dan no.sekarang baru 2108 dengan 1 kaunter saja dibuka..huhh lambat lagi..

memang paling tidak disukai situasi menunggu, menunggu dan menunggu..aarrgghh dengan nada mengeluh lalu dia pun terus keluar dari pejabat pos seterusnya menyinggah satu persatu kedai yang ada ternampak tudung dibelek tudung..ternampak kasut dicuba kasut..ternampak baju acu dibadan..*sementara tunggu no.giliran silih berganti*



pusingan pertama ;)



tidak lama itu, dia kembali ke pejabat pos dan melihat baru 2123..duduk dikerusi yang disediakan..bila ditunggu, dirasa lambatnya lah plak nak sampai ke 2139..adehhh 

takpe sabar,sabar dan sabar..*mengomel sendirian* baru no.giliran 2129..saat itu bagaikan dipaku2 kakinya..teros dia bangun mahu mencuci mata lagi..masuklah dia ke 1 kedai pakaian wanita selang 3 kedai bersebelahan pejabat pos..tertarik dengan 1 shawl..dibelek2..terus dibelit2 dikepala sambil asyik melihat kecantikan shawl tersebut dihadapan cermin..tapi sayang shawl tersebut tidak berjaya mencuit hatinya untuk membeli..



pusingan kedua ;(


terus berlalu ke pejabat pos dengan harapan no.sekarang adalah 2137 atau 2138..tapi alangkah sedihnya dan hampa..no.terpampang adalah 2144..tidakkk! *hati keciknya menjerit* lalu terbaca nota dikaunter "jika terlepas no.giliran sila ambil yang baru"..errmmm..suma gara2 shawl itu..masih tak terima hakikat ianya adalah kesalahan dia yang tidak tahu bersabar untuk seketika..terpaksa ambil no.giliran baru iaitu 2185.. *lebih jauh angkanya*




dia: kak..jom lah kita balik
akak ofismate: takpe,alang kepalang dah sampai kita tunggu je..
dia: tapi kak baru 2144.. 
akak ofismate: takpe harini kan rehat lama..
dia :ok kak 
*sambil buat riak muka sedih sebab 
terpaksa menunggu lebih lama lagi* ;(





pada masa menunggu..sempat lagi dia berlari mencari bedak muka yang sudah kehabisan..memang panas bontot minah tu agaknya kalau duduk  menunggu lelama..tapi kali ini tiada pulak mamat yang baik hati sudi bagi no.giliran lebih awal dari 2185 seperti sebelum ni..hahaha

akhirnya...berjaya juga dia menghidupkan lesen kereta selama setahun sehingga mac 2012..cet! tunggu berjam setahun je ingatkan 5 tahun terus..seperti tidak berbaloi pun ada ;P hihihi

dan itu lah dia adalah aku, saya, i  atau lebih dikenali sebagai cik ain tuan punya blog ini yang memang kurang sungguh kesabaran nya..teringat kata2 en.tunang 

"berlajar untuk bersabar yea sayang..
..tak rugi" 

memang diakui en.tunang adalah insan yang sangat mengajar agar sentiasa bersabar dan tidak mudah melenting selama hampir 5 tahun bersamanya..sungguh kontra sifatnya berbanding cik ain!




notahatiain : sebab tidak bersabar itulah..cik ain terpaksa menunggu untuk lebih lama dan membuang masa dengan hanya menunggu sambil memerhati orang awam lalu lalang saje,huhu..memang tidak rugi jika cik ain bersabar sahaja tadi..harini pengalaman mengajar cik ain apa itu erti kesabaran..?

6 comments:

Anonymous said...

ain, sifat tak sabar sgt sinonim dgn wawa jugak :)

and lucky me, my en.tunang also sgt2 ajar wawa mcm mane nak sabar. haiissshh.....

Norsyakiela said...

ayyyyoooooo samelah kite cik ain oiii,aritue pon kila mcm ain jugak,no giliran lame lagi,pastu g la menyinggah kat cosway tue,bile dtg smula,no giliran dh terlepasssss,wuaaaaaa

E K A said...

perangai buruk akak pun camtu gak ain...tak suka menunggu :) huduh benar pangai tu...

Sweetie Pie said...

bole x nk ckp pdn muke kt ain?bahahaha

_YusT_ said...

owh yg ni la si dia ckp dkt saya eh? ok fine... sabar itu separuh dari iman.....amin.

Tieah Madian said...

Padan muke ang.. Hahaha..

Entry Terbaru : Video Bloody Wealth/Harta Berdarah Taib Mahmud

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...