Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 13 June 2013

Detik Kelahiran Kembar QAIREEN QAIRINA ---> PART 1


Waahhh..lama giler tuan rumah meninggalkan blog..nak menulis pun otak suda tepu rasanya..ohh maaflah wahai pembaca kalau ayat tunggang terbalik..Al maklum cuti bersalin 4 bulan dihabiskan 24 jam menghadap si kembar n en.suami..ini pun baru 2 bulan masuk kerja..nasib baik kerja tak tunggang terbalik..hewhew  ;)

ramai bertanya..camne lahirkan si kembar? Normal ke operate? Berapa masa yang no.2 keluar selepas yang kembar pertama? Eh belum habis jawab bertalu2 soalan dituju..cam biasa jawab dengan jawapan yang sama..lepas ni siapa yang bertanya ain suruh baca kat blog je erkk..ngeee

Detik-detik kelahiran bermula...



13 Disember 2012 (Khamis)

- Masih bekerja seperti biasa..masuk ofis tapi malas buat kerja..ohh tak larat nak beriya buat kerja bagai..tiba2 dapat call dari en.suami yang mengatakan dia sedang makan tengahari di R&R..yessza en.suami kene turun KL dan akan balik tido semalam..plan kami nak bermalam di kampung..lagipun esok paginya ain ada checkup dengan doc pakar kat hospital klang..

- Selepas makan malam dok depan tv dengan en.suami..tiba2 terasa sakit di atas ari2 sekejap sakit sekejap hilang..macam chipsmore lah pulak..dalam hati dah cuak tapi masih control ayu.. >__<


14 Disember 2012 (Jumaat)

- Bangun pagi sakit dah hilang..bersiap untuk ke hospital klang dan mungkin hari ini adalah checkup terakhir sebab Doc akan bagi date untuk masuk wad n paksa keluarkan twins..uwahh bila dah tahu date2 nak beranak..lagi menyeramkan nakk oooiii..pasrah!


 Hubby n Me
peyott yang bolat..36 weeks, 3 hari sebelum kelahiran kembar
agak2 naik tak badan mak buyung ni??

- Hantar en.suami ke shah alam sebab dia kene terus gerak ke Terengganu..ain plak drive sesorang terus ke hospital klang..en.hubby terpaksa pasrah dalam redha untuk merelakan si isteri drive dan checkup seorang diri dalam keadaan sarat..takpe b, ayg masih ok! ayat pujuk en.suami..ngehhhh

- Sampai hospital boleh dikira awal..memang malas kalau sampai lambat gerenti sesak..dapat no.giliran ke tiga kalau tak silap..kiri kanan masing2 tengah memboyot..nasib baik twins dalam perut baik takmau tendang2 perut mama dia..kalau tak bonjol sana bonjol sini diorang men bola..ok tipu!



 Wahai anak2 mama..disinilah tempat mama melihat kamu didalam perot
bilik MFD, tempat khas untuk scan baby
bilalah nak sampai ke sini lagi? *ok berangan*

- Tiba giliran..cam biasa Doc scan twins..jawapan yang sama..twins awak kecil, harus keluarkan awal! Lagipun masa checkup minggu lepas Doc memang bagi masa seminggu untuk buat pilihan nak kuarkan twins Normal atau Operate..lagipun Twins 1 n Twins 2 berkedudukan yang sesuai untuk keluar secara Normal..so, Doc pun suh try Normal..ok mak buyung redha janji semua selamat! Redha dalam cuak

- Cakap dengan Doc malam tadi rasa sakit sikit2..amekkk kowww sekali dia seluk..udahlah lelaki India gempal2 bayangkan lah jari jemari nya..gatal sangat p cakap sakit kan..padanlah muka sendri  dia suruh tarik nafas oowwhh  mak aiiiii rasanya nyilu n senak..sekali dah 1CM!!! 

- Doc bagi date suruh daftar masuk wad 16 Disember 2012 (Ahad) n masuk ubat untuk paksa bersalin twins secara Normal..camne pun Twins kene keluar dari perut mama pada 17 Disember 2012 takboleh lebih dari itu..kuasa Doc untuk buat keputusan..sebagai pesakit menurut perintah!


 Tak tahu mana kakak..mana adik?

- Minta MC..tanya kat nurse “kalau dah 1CM takpe ke kalau drive kereta sendiri balik kampung lebih kurang 1 jam?” Nurse “eh kamu sorang ke..kenapa tak bawa sedara ke sesiapa? Berani nya lah kamu ni..bole lagi nak bawa..” sambil Nurse kerut2kan muka dia camgini >__<’’ hikhik

- Mesej hubby “ b, doc suruh masuk wad pagi ahad (16 Disember 2012), isnin kene kuarkan baby gak!”..hubby time ni tengah drive balik Terengganu..mesej hubby lagi “ ermm b balik lah gak malam ni sebab dah bukak 1CM takut nak beranak awal” suma ayat sedeyyy pujuk2 hubby suruh balik jumaat malam tu gak..

- Habis checkup ain terus balik kampung kuala Selangor..macam tak mengandung gayanya bawa kereta laju bukan kemain..pantang ada kereta kat depan laju tekan pedal minyak nak memotong..kunun biar cepat sampai rumah takot nak terberanak plak dalam kereta..apakah? baru 1CM makcik oiii

- Petang jumaat tu masuk bilik air sekali tengok cam ada tompokan coklat2..kakak cakap, itu memang tanda2 nak bersalin..cuak sikit masa ni..firstime kan

- Akhirnya..hubby setuju jugak nak gerak balik dari Terengganu ke Selangor walaupun penat baru sampai dari KL ke Terengganu tak hilang lagi..sangat2 menghargai pengorbanan en.suami..muaahhh berjuta kali  -___” camni lah gayanya kalau hidup berPJJ..touching tetiba..Alhamdulillah hubby selamat sampai kampung ;)




Untuk Detik Selanjutnya..Bersambung Di  Entry ---> Part 2

3 comments:

Aeen said...

lamanya la hai xdengar citer Ain...sedar2 twins dah besar je...:)

:: Mrs.SyahNia :: said...

kak aeen

~> ha kan..maklumlah kak time pegnant mmg lngsung takleh tgk kompter lama2..skang ni baru berpeluang nk berblog balik ;)hihi

ch@ said...

Alaaa bersambung pulak. En suami tu mmg kena paksa blk. Tak kisahlah jauh or dekat. Isteri tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...