Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 4 July 2013

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul QAIREEN QAIRINA

Kali ni nak imbas kembali Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul kembar yang telah diadakan pada 3 Feb 2013, Ahad..buat sederhana dengan kehadiran sanak saudara, jiran tetangga, kekawan pun sudah cukup memeriahkan..menu adalah ala-ala kampung ;) perghhh hampir 5 bulan berlalu baru si ibu sibuk nak story..nasib baik tak tunggu si kembar pandai berlari baru nak cerita kannnn..hoho

Apapun majlis harus dibuat selepas si ibu habis berpantang..sebab nak beli itu beli ini..ain ni jenis kalau buat sesuatu biar sampai puas hati sanggup berpenat bagai pun takpe..janji apa yang kita nak berbaloi..seperti pelamin mini si kembar..buat sendiri okeyy..awalnya nak sewa je..tapi pikir balik cam membazir pakai sekejap pun..lagi jimat ok buat sendiri sebab setengahnya pakai barang2 dari majlis tunang n kawen..ffuuhh turun menurun sampai ke majlis anak ko..heee

Beli kain, jahit, panjat tangga gantung bunga, buat cadar tilam, bantal, gubah bunga..tadaaaaaa jadi lah pelamin mini..cute tak cute tak??? kalo tang menjahit memang ain tak pandai terpaksa suruh kakak pertama ain tolong jahitkan.. ;))



tema : simple n sweet / pink + silver
nak jugak warna pink kan ;)


Model pertama haruslah si ibu


 kiri-Qaireen, kanan-Qairina 
Tidur memanjang anak-anak ni taw..


Tengok tu..apa diorang kisah orang datang membising ke, amik gambar ke..
lena je diorang tidur taww..yeehuuu


 Majlis bermula selepas Zuhur dlm jam 2.30 petang
kumpulan marhaban (perempuan) kampung, kira ini geng2 marhaban mak ain jugak


Eh ada plak en.suami terselit kat situ..dia sorang lelaki
sebab kene pegang kembar sorang, ain pegang sorang..adil!


 Tapi bila majlis tengah berlangsung meragam plak si kembar
tak selesa agaknya..bagi susu, dodoi2 kan baru diam n tido


 Bersungguh menjawab segala pertanyaan makcik tersebut
semua soalan adalah pasal kembar..untonglah nakkk


   Acara mencukur jambul..
alahai anak mama semuanya takde jambul, 
botak tang depan..cukur tang tepi rambut lah yea makcik 


 Buatlah apapun time sedap gak dia tido


 aiiyarrkkk malulah cayangg anak dara tidur tercopong


 Ini adalah orang kuat majlis..my mom..buat kerja non stop
terima kasih mak..luv u so muchhh..muahh







 Buahtangan untuk para tetamu

 yang belakang untuk tetamu, yang depan untuk ahli marhaban






2 ekor kambing aqiqah 
untuk kembar, en.suami yang  tengok proses persembelihan, 
ain tak dapat follow ;(

rezeki dimurahkan, MIL aka mak en.suami sponsor 2 ekor kambing ni untuk cucu-cucu pertama Nya

 Thannkksss maaakk!

sekor lagi tompok2 coklat orang lain yg punyer..




Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar, cuma hujan sekejap selepas asar..hujan rahmat hendaknya..bila tetamu beransur pulang..mengedik si isteri ajak en.suami nak bergambar 4 beranakk..heww walaupun en.suami sudah kepenatan..buat muka merajuk..cepat2 suami layankan..so sweet papa..hikhik >__<


Bila dukung sekali dua camgini, harus badan automatik jadi sengettt okey!


Alolo tianya anak mama..sorryyy kacau kakak n adik tidur
plezzz mama..cukuplahhh kami nak rehatttt..arrgghh


Akhirnya



My family
Thankkss Allah!




Nota Syahnia : Alhamdulillah..lega sangat dah buatkan majlis aqiqah n cukur jambul untuk anak-anak..insyallah setiap anak itu pasti membawa rezekinya sendiri ;))

8 comments:

Mizz ErMa said...

wah..so sweet..sedondon gitu 4 beranak..hehehe

WieyaRaudzi ♡ said...

comel tema..silver pink :)

alahai twin sgt omeii dgn skirt munga..hehe

Unknown said...

bestnye kembar...
comel2

Izan Ishak said...

ain.. sweet sangat pelamin mini utk kembar qaireen n qairina. tema silver n pink pun cantik tau!

alhamdulillah... dah buat aqiqah mmg lega sangat kan. betul ain... tiap anak yg lahir punya rezkinya kan. mudah2an rezki ain n suami akan terus dimurahkan oleh Allah...

# k.izan pun ada sepupu yg pregnant anak sulung kembar girls juga cam ain. kembar dia pun sebaya dgn kembar k.izan ni (6 thn). cabaran jaga anak kembar ni lebih kurang sama kot tak kiralah lelaki/perempuan. masa kecil je kita rasa cam susah sikit sbb bby masih perlukan perhatian yg banyak. tapi percayalah... tgk dorang membesar bersama-sama, dgn muka yg hampir sama tapi hakikatnya individu yg berbeza... mmg best!

Masya said...

cantik sgt pelamin tu ain, memang sweet n simple tp kebabommmmmm ... cantik.. seyes...

ragam anak² x boleh nak jangka usia mcm ni kan ...

penat² pun maintaine senyum jugak amik gambar hahaha.. kenangan kan..

the triplets said...

comel-comelnya baby , tahniah yer...

eMMe said...

time Me wat majlis Aqiqah tak sempat nak bergambar bagai.. kelam kabut sgt..huhuhu... nak citer kat blog pun malu, hahaha.. tapi ade la gambar sikit2 kat header blog tu.. hehehe...

dear anies said...

'pengantin' chumel ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...