Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 17 July 2013

Qaireen Qairina : 7 Bulan


Harini, genap 7 bulan anak-anak mama..dah makin banyak akal! kadang-kadang orang bertanya "camanalah nak jaga sekali 2 kan? jaga anak sorang pun banyak ragamnya" insyallah bila Allah dah bagi sekali 2 pasti akan dipermudahkan tambahan pulak ain dan suami berPJJ..sobsob ;( tapi kalau datang time ragamnya dua-dua sekali, haruslah si omak membuka langkah silat gayong..ffuuhh kelam kabut jugak taw..

Perangai baru nak masuk 7 bulan ni, ada masanya tengah tidur malam..kang tetiba salah sorang menangis meraung kalau tak kakak atau adik..lepastu bila dengar sorang melalak yang sorang lagi terkejut ikut melalak sekali..cepatlah ain mententeramkan keadaan..dodoikan bagi puting n tidur balik..nasib baik nenek ada sedia membantu keadaan kalau tak mahu mak nya pun ikut meraung sekali..haha alahai anak, mimpi seram yea!!

Dari segi pergerakan..masih meniarap, terlentang, pusing-pusing n angkat-angkat montot..bila nak merangkak nak oii..kira 6 ke 7 bulan tak banyak perbezaan..Cuma dah pandai main-main..kalau masuk walker dah pandai bergerak kesana kemari tolak-tolak dengan kaki yang comel diorang tu..lepastu si adik gelak terkekek tengok si kakak naik walker..Entah apa yang kelakar sangat agaknya..omaknya pun tak tahu..

Masa Checkup 6 bulan lepas..berat kakak, 5.9 kg manakala adik hanya 5.7 kg..naik 200, 300 gram..dah hampir ke garisan kuning..Nurse cakap "takpe kita tengok balik sebulan lepas diorang dah start makan ni yea"..sepatutnya next checkup masa 9 bulan..tapi Nurse suruh datang masa 8 bulan untuk timbang berat sahaja..walau risau tengok beratnya tak naik banyak tapi mama syukur anak-anak mama sihat dan aktif! Nurse cakap "ikut cam maknya kot jenis badan halus" thankss lah Nurse sebab memahami..haha ada kawan ain anaknya 8 bulan berat cuma 6.2 kg..pun tengah risau gak.. ;(


Qaireen (kiri), Qairina( kanan)
Hampir ke umur 7 Bulan

Ini budak berdua sudah banyak akal..suka buli mama..pakat nangis2 tengah malam -__<




Nota Syahnia : Hai lah emak-emak diluar sana..ada petua nak naikkan berat badan anak tak?? si kembar makan boleh tahan seleranya..adik je lah sekarang bukan main susah nak suap makanan..kakak sekejap dah licin 1 mangkuk..susu plak kadang-kadang kuat, kadang-kadang kurang minum nya..takpelah nakkk janji sihat kan..mama pun happy ;))

13 comments:

Masya said...

anak² baya macam ni baru nak melasak, kalau kuat minum susu selalunya cepatlah naik badan ... bagi susu badan lagi ker?? atau susu formula sepenuhnya ni..

Mizz ErMa said...

comelnya kembar..macam mana nak bezakan yg mana satu kakak, yg mana satu adik? sama aje..hehe

dear anies said...

hehehhehe..x pe yg penting 2 bdk chomel ni ttp menten chomelllllll

safurara said...

lahaiiii mcm mcm ragam ye anak anak.tambah pulak nk jaga kembar,Ya Ampun.mmg kena bersilat lh.rara dh rasa dulu jaga adik kembar.hehehe

HanisLazimAndTheShaklee said...

wee bestnya ada twin..comel2 :)

::NureeN:: said...

comelnyerr drg...
yerr la kan, klau soang dh berbunyi, soang lg sure nk perhatian jugak ;p

Aeen said...

comelnye la hai..adik kakak nie...geram la tgk...:)

||aLeaSaRa|| said...

alololo alhamdulillah kejap je dah 7 bulan ye.owh kak lea dulu pun alami masalah yang sama masa besarkan si kembar.selera makan diorang ok,tapi berat badan manjang gi line kuning.

tapi ramai kata janji anak ada selera makan,sihat dan aktif,tu yang penting.kena bijak pelbagaikan makanan,lagipun kembar tu tengah aktif,tu berat badan tak menentu.

jangan risau ye...selamat berbuka ^^

WieyaRaudzi ♡ said...

Comelnya dedua twins nih..
dah makin beshaa..Hehe

moga sentiasa sihat ceria Qaireen Qairina ;)

Izan Ishak said...

comel sangat kembar qaireen n qairina. geram pulak kak izan tgk padahal dedulu pun pernah lalui zaman anak kembar membesar camni.

betul kata kak lea... asalkan kembar sihat n aktif tak kisah sgt pasal berat badan tu. zayyan pun skrg ni byk minum susu je. makan boleh kira berapa suap je.

Unknown said...

weeee..
upin ipin dh nie..
hehe..
tahniah :)

ch@ said...

Bg je biskut ke roti ke janji dorg mkn. Arrizqi pun slim je tapi part mkn mmg boleh tahan sm mcm abg dia. Mulut berhenti mengunyah bila tdo.

Twins dh start mengemas ni.

Anonymous said...

Salam perkenalan...comei Wiwin gegurl ni....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...