Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 12 November 2013

Abah diserang STROK!

Tragedi 31 Ogos 2013, membawa kenangan pahit untuk kami satu keluarga..perkara yang tidak disangka berlaku dengan mengejut..pada hari Merdeka, family ain sepakat nak ke Port Dickson, Neg.9 untuk tidur semalam + beraya dirumah makcik ain, adik kepada mak..kebetulan rumahnya plak dekat sangat dengan pantai teluk kemang, so boleh lah nanti kami anak beranak berjimba dipantai PD..huhu cadangan kami pergi hari sabtu dan balik ahad petang..Kuasa Allah kan..dari 1 malam rupanya jadi 4 hari.. :(

31 Ogos 2013 (Sabtu) - Pagi ni, semua adik beradik berkumpul di rumah mak ain, cuma kakak no.2 tak jadi join..kami gerak dalam 9.00 pagi sebab kalau boleh nak sampai awal dan elakkan kesesakan..maklumlah hari Merdeka, suma orang nak pakai jalan kan..heh Mak cakap abah paling excited nak pergi! beberapa hari sebelumnya abah sibuk tanya mak "jadi tak kita p ni"..dan sehari sebelum, abah orang pertama gosok baju dan kemas2 barang dia untuk ke PD..selalu abah bukan main payah kalau suruh ikut p mana2..

Sepanjang perjalanan abah ok je..borak2 agah2 sikembar..abah duk sebelah ain dalam kereta..abah nampak ceria je..cuma dia ada cakap, malam tadi rasa panas n pening kepala..kami ingat biasa2 je lah..abah pun selalu je pening2 kepala..

11.00 pagi - Kami berhenti di Perhentian Rehat Seremban, kakak ain cakap dia nak lepak2 jap minum pagi..tapi masa kat tempat rehat tu bukan kemain penuh sesak dengan orang..berhenti jugaklah kami sebab ank2 buah ada yang sibuk nk ke toilet bagai..abah pun ke toilet n lama jugaklah dia kat toilet..kami pun p lah membeli minuman/makanan kat gerai2..mak dah perasan nampak abah berjalan dari toilet menuju ke tempat kami duduk, abah jalan cam lambat sangat, jalanya pun lain tak cam biasa..ain tak perasan lagi time ni, anak2 lain pun tak perasan..


masa stop kat perhentian rehat seremban,
tengah tunggu yang lain2 berkumpul..
suka plak twins dok kat kerusi urut ni ;)

Selepas beli makanan bagai..ain tanya abah nak minum pape tak..masa tu abah cakap tapi tak jelas suaranya, tersekat2..cam orang bercakap dengan lidahnya pendek..abah pegang2 tangan sebelah kanan dia.."kebas..kebas" di kata..ain dah berderau jantung..dalam hati eh cam ada tak kene je ngan abah ni..ain terus pimpin abah sebab tengok sebelah kanan badan abah cam dah lemah semacam..sampai kat hujung jalan..ain panggil kakak n abang suruh tengok abah..tengok2 mulut abah dah senget ke kanan sikit..abang cakap "eh abah cam kene strok ni"..kami sepakat nak bawa abah terus ke hospital..call makcik..makcik pun suruh bawa ke hospital Port Dickson sebab dah dekat..

Sampai hospital dalam tengahari..abang cakap sebelah kanan badan abah dah lembik, langsung tak bergerak..abah pun dah lemah longlai masa tu..bawa ke unit kecemasan tengok darah tinggi abah memang agak tinggi..lastnya suma berkampung di hospital..dengan anak2 buah..anak ain lagi dah ngamuk2 nak tidur, nak makan..huhu Doc panggil masuk unit kecemasan, tanya itu ini pasal abah..Doc cakap abah disahkan kene serangan angin ahmar, dan perlu bawa ke Hospital seremban untuk buat scan dikepala sama ada terdapat darah beku atau tidak..kalau ada maybe kene tahan dihospital seremban sebab ianya kritikal..kalau tiada apa akan dibawa balik masuk wad hospital port dickson je..apa doc cakap kami suma ikut sebab tak tahu nak buat apa dah..tunggu ambulans lg nak dekat 3, 4 jam..ambulans banyak cuti yang bergerak 2 van je..sadis sungguh

Abang n kakak suma bawa budak2 balik umah makcik dulu sebab suma dah kelaparan, penat tak selesa tunggu kat hospital..rumah makcik pun dekat dengan hospital..kakak bawa si kembar sekali nak bagi makan..ain dengan mak je tunggu abah kat hospital sementara ambulans sampai bw ke hospital seremban.. ;(
call kakak no.2 yang tak ikut cakap abah masuk hospital..terus dia 1 beranak siap nak ke PD jugak..

Dalam kul 4.00 petang baru abah dibawa ke hospital seremban, ain, mak, kakak, abang n abg ipar follow belakang..sampai sana abah discan..lepastu dibawa ke bilik kecemasan untuk tengok hasil scan..sekali bila Doc tengok je..ya Allah, memang ada darah beku dikapala abah yang agak besar..Doc kata ni kes kritikal..kene tahan dihospital seremban kalo perlu kene bawa ke HKL untuk keluarkan darah beku tersebut..ya Allah, ya Allah dalam hati berdoa sangat abah takde pape..tak perlu operate bagai..abah masa tu baring je, dia sedar tapi tak bcakap pape..mak sentiasa disisi abah..sebak sangat!

Tunggu lagi untuk daftar masuk wad..hospital seremban plak 1 jam perjalanan dari umah makcik berbanding hospital port dickson hanya 10 minit..takpelah janji abah baik2 je..bila abah dah dapat katil..kami tunggu lagi doc pakar datang untuk buat keputusan selanjutnya..Doc pakar cakap dia dah call HKL bertanya samada nak bawa ke sana untuk buang darah beku atau tidak..alhamdulillah, doa diperkenankan..abah takperlu ke HKL untuk buang darah beku, cuma diberikan rehat, beri ubat dan tengok prestasi abah semakin ok atau tidak..maka, bermalam lah abah n mak di hospital seremban..ditempat orang..kami adik beradik balik ke umah makcik..kesian plak kat si kembar..malam tu kakak ain no.2 pun sampai..lastnya kami semua adik beradik berkumpul di PD..huhu

1 Sept 2013 (Ahad) - Lepas makan tengahari kami semua adik beradik ke hospital tengok abah dan bawa keperluan mak..alhamdulillah, mak cakap abah semakin menunjukan pergerakan yang postif..dah boleh gerakan tangan dan kaki sebelah kanan sikit2..berbanding semalam lemah longlai langsung tak begerak sebelah badan kanan..kami berkampung plak di hospital anak beranak sampai ke petang..nasib baik kembar baik je..anak buah ain bergilir2 dukung diorang..maklumlah suami ain tak dapat cuti, so ain 3 beranak je yang ada..kalau ain sorang memang tak menang tangan nak jaga kembar berdua kalau takde siapa yg membantu..hehe


adik Qairina 
"atuk cepatlah sihat yea, nanti boleh main2 cam selalu"


Anak2 buah plak buat hospital tu cam rumah diorang je..huhu adik beradik suma pakat nak bermalam lagi 1 malam kat PD..isnin petang baru balik selangor..kami ada jugak mintak abah ditransferkan ke hospital klang atau sungai buloh tapi semua penuh n risiko pada abah..ermm takpelah ain mengalah untuk tunggu jaga abah sampai rabu..isnin petang tu kakak ain bawa balik si kembar sekali..sebab ain kene bergilir jaga abah ngan mak..so, kakak ain tolong jagakan kembar..kesian anak mama ;(

Petang tu balik dari hospital sempat jugak bawa budak2 p main pantai sekejap..kesian plak dah alang kepalang sampai kan..dapat cuci2 kaki jadilah..bagi happy cikit untuk hilangkan hati yang sedih..


Setia seorang isteri disisi suami


2 Sept 2013 (Isnin) - Adik beradik semua berkemas sebab selepas tengok abah dihospital, diorang terus balik ke selangor..hanya tinggal ain n mak je..ain pun siap2kan barang si kembar..Harini keadaan keadaan abah makin ok..dah makin boleh gerakan kaki, tegakkan kaki..boleh gerakan jari jemari sebelah kanan..cuma percakapan abah masih tak clear..Doc pun cakap.."ini pesakit pertama saya jumpa yang kene strok boleh gerakan badan dengan cepat..selalunya berminggu2 itupun sikit2 je"..alhamdulillah mungkin itu suma berkat doa kami dimakbulkan..malam tu, pertama kali ain bermalam disurau hospital sorang2, mak tidur kat wad temankan abah..


Semua adik beradik berkumpul, mak n abah je takde ;(
 makcik ain yang tudung coklat pegang kakak Qaireen 


3 Sept 2013 (Selasa) - Balik ke rumah makcik, nak bersihkan badan bagai..ambil pakaian mak untuk bawa ke hospital..1 hari duk hospital jaga abah dengan mak..abah dah diberikan minum susu melalui tiub, 4 hari abah tak makan pape..asyik ngadu lapar je..kesianya abah..percakapan abah dah makin jelas sikit..petang, ain cakap kat mak nak balik tidur malam kat rumah makcik sebab nak basuh baju kotor..mak pun memang suruh balik sebab risau ain tidur kat surau hospital sorang2..kesian sangat tengok mak..langsung tak balik rumah berehat..tidur duduk, makan suma hanya dikerusi plastik je..lagipun abah tak bagi mak p mana2..abah nak mak sentiasa temankan dia..setiap kali makcik n pakcik datang mesti dia bawakan makanan tengahari n malam..syukur ada makcik yang banyak membantu..

4 Sept 2013 (Rabu) - Dalam kul 11.00 pagi sampai hospital..mak cakap abah kene tukar wad lain..masuk wad Geriatrik (fisioterapi) untuk orang-orang yang kene strok cam abah..wad baru yang sangat selesa untuk abah n mak sebagai penjaga..siap diberikan kerusi sofa cam kerusi urut untuk mak duduk rehat dan wadnya pun luas tak banyak pesakit..dekat dengan tandas..Harini juga abah dah boleh ke tandas tapi dengan bantuan..boleh mandi..tiub dah dicabut..abah dah boleh makan bubur nasi..memang sangat cepat perubahan abah..Petangnya, ain kene drive sorang balik ke Shah Alam sebab esoknya (khamis) ain kene kerja..kebetulan hubby plak call cakap dia ada tugasan di Shah Alam dan dapat balik bermalam 2 hari..lagipun tenang sikit hati nak tinggalkan mak n abah sebab Nurse2 kat wad tu akan sentiasa pantau pesakit dengan lebih kerap tak cam wad biasa..sibuk manjang..huhu Sampai shah alam dalam kul 8.00 malam..terus balik rumah bujang..

5 Sept 2013 (Khamis) - Masuk kerja dan siapkan kerja yang melambak diofis..huhu dapat call dari hospital cakap abah dah boleh keluar harini tapi sebabkan jauh dan tiada siapa boleh amik..mak cakap, datang amik esok pagi je..lagipun suami ain ada esok, boleh drive kereta bawa abah n mak balik..gembira sangat2 bila abah dah boleh keluar hospital..saudara, jiran2 suma dah tanya bila abah boleh balik..nak datang ziarah..dalam kul 7.00 petang, suami ain sampai shah alam..lepastu terus kami pecut balik kampung nak tengok kembar..rindunya jangan cakaplah.. ;(

6 Sept 2013 (Jumaat) - Dalam kul 8.00 pagi hantar kembar ke rumah kakak ain mintak tolong jagakan..ain berdua dengan suami je ke hospital seremban..sampai sana lebih kurang 11.00 pagi, selesaikan urusan keluar hospital semua lebuh kurang 12.00 tengahari jugak kami gerak balik..alhamdulillah, syukur..abah dah semakin baik..lebih perubahan yang sangat positif..terima kasih kepada Nurse-nurse yang sangat baik n banyak membantu mak untuk jaga abah.. ;)) 

7 Sept 2013 (Sabtu) - Pagi ni kami terus bawa abah pergi berurut dengan pakcik Hamzah di rumahnya kat depan pantai Morib,Banting..kenal pakcik ni pun dari roomate ain, ayahnya pun kene strok dan berurut dengan pakcik hamzah, alhamdulillah sekarang ayah kwn ain pun dah boleh berjalan, boleh pergi kerja cam biasa..semua dengan kuasa Allah..

Disebabkan kepakaran pakcik Hamzah mengurut pesakit strok, kami gigih jugak bawa abah berurut setiap minggu walau perjalanan pergi balik saje 4 jam..sehingga abah sekarang dah boleh berjalan sendiri, dah boleh makan sendiri, dah boleh buat semua kerja-kerja rumah dan aktiviti seharianya sendiri tanpa bantuan..cuma abah sekarang perlu membuat pemeriksaan setiap bulan di klinik kesihatan dan makan ubat setiap hari..




Nota Syahnia : 2 Bulan lebih hampir berlalu..Alhamdulillah, sekarang abah dah semakin sihat..walau tak sempurna pergerakan seperti asal, sekurangnya abah boleh berjalan, percakapan dah jelas dan boleh buat aktivitinya sendiri..syukur..syukur..ini semua kuasa Allah..harap abah bertambah sihat, terus sihat dan bahagia disamping isteri, anak2 dan cucu2 yang noty..hehe

1 comment:

Masya said...

ya allah alhamdulillah abah ain okk yer.. kuat semangat... tetibakan.. eh² mcm pernah nampak mak ain ni gegegege

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...