Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday 22 November 2014

1 Tahun 11 Bulan vs 1 Bulan

Semalam sudah hari ke-30, perghh rasa cepatlah pulak..padahal dalam hati eh bila lah nak habis 44 hari ni..huhu tapi hari ke-29, kami dua beranak dah ke klinik untuk timbang n cucuk sebulan baby Qaira lepastu checkup omaknya sekali..

Timbang berat Qaira dah naik sekilo..patutlah pegang dia pun dah rasa lenguh..hasil dari kuat menyusu! Alhamdulillah rezeki susu badan untuk Qaira pun melimpah ruah..peti ais bahagian sejuk beku dah penuh dengan susu badan yang dipam..sampai nenek nak letak ikan,ayam pun dah takde tempat..hihi


Gaya tidur cam budak besar je..
padahal baru sebulan wahai anak!



Hobi saya hari2 adalah tido,nyusu,tido,nyusu
Camne badan saya tak bambam..hehe


Hasil timbang mama plak..semuanya ok! berat dari 64kg turun 54kg..tapi niat hati nak turun sampai 45kg..mampu ke? haha geleng-geleng kepala..dushh


Muka 30 hari orang dalam pantang..huhu


Ok skang moh kita cerita pasal dak kembar yang banyaklah akalnya sejak nak masuk 2 tahun ni..

17.11.14 lepas genap umur diorang 1 tahun 11 bulan..oh semakin membesar kamu anak..mama pun semakin menjadi mak singa..hahaha  sekarang suka buat projek berdua..panjat almari lah, panjat sinki dapurlah, main airlah..lepastu bergado tarik2 rambut n menggigit sampai lebam! hoho

Dah pandai cakap sambung 2,3 perkataan..cakap pun dah clear tapi kadang2 keluar jugak bahasa jepun dia..huhu sejak ada adik ni pun dua2 pandai bawa diri..skang lebih manja dengan papa sebab papa suka dok layan main itu ini..mama harap maklum dalam pantang kene banyak rehat..erkk hihi

Tapi kalau mama mintak tolong amikkan pampes adik, tisu basah, lampin..laju je tolong amikkan..kadang2 berebut2 nak amik..gud girl! Kalau datang angin ribut, mama jerit mintak tolong pun masing2 buat tak tahu..sobsob -_-



Ni projek diorang..tarik kerusi,panjat dapur n main air kat sinki..huhu 


Lepastu sambung main air kat luar..
Oh mama sudah mahu menyinga!


Pandai naik tak tahu turun
Sorang buat mesti sorang lagi nak ikut
Sape ada anak kembar tahulah camne..hihi


Ok papa, 
sila pasrah walau kene buli dengan anak



Qaireen Qairina anak mama buchukk macham..
bulan depan genap 2 tahun 
kita mintak papa belikan kek upin ipin yea..
feveret upin ipin dak kecik 2 org ni.. ;))



Eh terpanjang pulak taip entry kali ni..kemaruk nak menulis betul..hihi inipun dari pagi bawa ke petang baru siap menaip..kejap anak nak susu,kejap anak nak mandi,kejap anak nak berak,kejap anak nak nangis,kejap anak nak tidur..ok skang emak plak nak rehat!

4 comments:

Aeen said...

dah besar dah kembar tu..wah...lasak ek..hehe..kite anak dara kecik sorang tu pun lasak lebih kurang mcm ni..panjat grill tu tp x reti turun..sama la..heheh

Masya said...

dah besar ni muka kembar xdelah seiras sgt jd dah boleh beza sikitkan.. tu dia kemain tembam adik kembar yer.. mak kembar lglah sihat kuikuikui jgn marah ...

Kak FS said...

Aktif tu bijak, tapi Mama yang tak tahankan. Comel baby tu, muka kakak dah nampak lain.

eMMe said...

twin kite beza 1 bulan.. tapi nmpak 2Q ni super lasak dari Twin AE, heeee~ ape pun moga twin 2Q membesar dgn baik, sentiasa di dlm lindungi dan dipelihara Allah swt... tgk gigi 2Q ni cantik... twin AE dah cam ape je tgk.. hehehee.. tak mo gosok gigi kan..gitu laaa...
dah sebulan ek Ain berpantang, moga dipermudahkan urusan berpantang Ain...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...