Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 8 October 2015

3Q di Kid'z Paradise

Ini semalam punya cerita, freessh kata ko..kalau tidak 3,4,5 bulan dah basi baru nak update..haha kebetulan semalam en.suami off dah si isteri pun mintak cuti, maka nya jom lah kita bawa 3Q jalan-jalan, kerana cuaca diluar berjerebu kita buat aktiviti indoor sahaja ok! jom kita ke Kidz Paradise di Klang Parade..si kakak sibuk sangat selalu mintak main pasir-pasir..ha nah mama bawa main pasir tiruan plak..hihi


 3Q (QaireenQairinaQaira) si dara pingitan ;)
dah pandai posing 3 beradik ni,
 kalau ajak bergaduh pun lagi  pandai..hoho

Sampai di Kidz Paradise dalam jam 2.00 petang, sebelum masuk dah isi perut 3Q kenyang-kenyang biar diorang main dengan hati yang senang..hehe semalam nak pergi, kelmarin nya ain dah check kat Mr.Google..oh OMG harga untuk weekday dah naik dari RM 25.00 ke RM 28.00 untuk seorang kanak-kanak bermula umur 6 bulan ke atas dan PERCUMA untuk dewasa, kalau weekend dalam RM 40.00 seorang tak silap..pengsan! jadinya RM 84.00 lah kene bayar..mamapapa pejam mata je nakk oii ;))


 Tempat pertama diterjah!
dah selamat masuk dalam perut Qaira beberapa biji..huhu
dia sibuk lah sikit-sikit masuk dalam mulut, ingat beras agaknya! haha


Papa layan je anak-anak main
paling seronok hanya kami 1 family dan 2 anak cina
takde adegan rebut berebut


 Qaira ada kawan main, sama besar dengan dia jugak lebih kurang anak cina ni
anak cina ni pun suka datang dekat main dengan Qaira baling-baling pasir tiruan tu..ggrrr
Qaira pun terima dengan sukarelahati..haha

kakak kembar sibuk main berdua je kehulu hilir, mama papa pantau sahaja ;)

Untung lah korang nakk, lahir-lahir sahaja sudah ada kawan ;)


Syurga betul korang kan..
Macam makbapak korang tempah khas untuk korang bertiga je main..kihkih

oh ya, sotong besar belakang tu n buaian sentiasa berpusing ye ;)


 Benda alah ni pun berpusing, merengek2 lah Qaira ketakutan


Mana plak si kembar ni main..
Eh mana emak nya ni, tak nampak pun.. 


Mak nya sibuk dok bawah ni layan Facebook..haha
Wifi FREE katanya.. ;))


Dah penat main, masing-masing datang kat mama mintak susu
Bilik menyusu pun disediakan taw, siap ada sinki, pemanas air~

Dah kenyang menyusu sambung balik main kat pasir tiruan tadi tu, kira check point terakhir sebelum beransur pulang, papa dah jeling-jeling tanda isyarat ajak balik nak elak jalan jem dari warga kerja pulang pejabat..huhu lagipun cam dah bosan je dok lama-lama main benda yang sama..haha


Sibuk jugak mak 3Q nak main, sebab tak pernah merasa main benda lah ni kekecik dulu..ppfftt


Jam 4.30 petang pulanglah kami balik ke rumah,
 eh tak terus datang rumah MIL plak lepak-lepak sampai malam ;)) 
masuk je kereta semua dah terlentok tertidur kepenatan...



Nota Syahnia : Begitu lah cerita 3Q di Kidz Paradise yang telah menghappykan diorang, 5, 6 tahun lah kita datang lagi ye..ooppss hihi ;))

2 comments:

mshazadoes said...

happy tol diorang nih kak :)

cik mah said...

Seronokkan...cik mah beli voucher terus..rm150 utk 6 kali masuk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...