Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 19 November 2013

Qaireen Qairina : Perkembangan 11 Bulan

17 Nov lepas, genap si kembar 11 bulan..pejam celik pejam celik dah nak setahun..fuuhh terasa lagi saat2 getir melahirkan diorang bulan 12 tahun lepas..huhu jangan gedik kalau sudah ada yang bertanya "bolehlah tambah lagi" ewahhh no, no belum masanya lagi..perancangan keluarga itu penting yea puan2.. peace ;))

Kalau ditanya sekarang, kembar dah pandai apa? sekarang dah pandai melasak n bergaduh..huhu kadang-kadang diorang baik main berdua sambil mulut potpetpotpet bising berborak berdua..kang kejap lagi bergaduh pulak berebut mainan..selalunya adik yang suka rampas barang kat tangan kakak..kakak plak tak pandai melawan hanya tahu menangis sambil mempertahankan barang yang dipegang..adik siap tarik rambut kakak lagi kalau tak dapat barang dari tangan kakak..sebagai mak yang prihatin kenelah cepat2 leraikan kalau tak selagi itulah mereka bergelut berdua..ayoyooo alahai anak! kecik lagi pandai gaduh dah besar nanti fenggssaann lah mama camni -___- 


kalau mama tengah tengok tv..diorang berdua pun sibuklah bertenggek kat situ
kang habis frame2 gambar tu suma diterbalikanya..heh -__<


Dari segi fizikal plak..nampak sedikit perbezaan kakak tinggi sikit dari adik, oh gigi adik dah 4 batang, gigi kakak plak baru keluar sebatang..dah semakin laju merangkak..tapi masih tak berani nak berjalan..mungkin lambat berjalan sebab tumbuh gigi dulu kot..orang-orang tua lah cakap "kalau tumbuh gigi dulu, lambat jalan..kalau jalan dulu, gigi lambat tumbuh" percaya atau tidak, terpulang kan  ;) hee


Anak sapelah ni..tidur bukan kemain lagi kakinya

Tidur malam mama plak semakin mencabar sebab sekejap kang ain bangun alihkan kakak yang tidur dihujung kaki mama..kang bangun alihkan adik plak tidur hujung kaki kakaknya..kang tengok kaki adik atas kepala kakak..kang ain tersedar tengok-tengok sedap kakak tidur bersandar kat badan mama..ikutkan makpaknya tak plak tidur lasak..anaknya plak tidur kemain lasak..hehe

Semakin kuat menyusu..budak kecik berdua ni memang dari baby sangat susah nak menyusu..minum susu pun sikit-sikit..nasib baik bab makan habis semangkuk bubur nasi..sekarang dukung pun dah terasa berat..harap-haraplah checkup setahun nanti timbang berat naik ye sayang..tak sanggup dah mama dengar nurse harimau tu membebel2..huhu tapi mama tak kisah janji anak mama sihat walafiat..


Nampak perbezaannya kan?
muka kakak Qaireen (kiri) bujur sireh..adik Qairina (kanan) bulat mukanya
tu je lah nak bezakan diorang..
rambut masih sama, segan silu nak tumbuh dengan lebatnya..huhu




Nota Syahnia : Takde apa nak note..cuma terasa rindu plak kat papa kembar! >__<

Friday, 15 November 2013

DEMAM ;(

Pagi ni datang ofis dengan kepala masih sakit n selsema..mujur walau masih tak sihat, gigih jugak takmo ambil MC..huhu malam semalam memang ain langsung takboleh bangun, demam teruk..kembar berdua, mak ain yang tolong jagakan 1 malam, tidur,susu suma dengan nenek..ain terbaring atas katil..betul2 tak larat sangat rasanya ;( makan ubat, esok pagi..alhamdulillah..boleh bangun bersiap ke office..kerja kuat betul ko ain kan..heee

4 hari lepas, adik start demam..bagi makan ubat, baik demamnya..lepastu berjangkit plak kat kakak..ain memang dah agak kalau sorang dah start demam or selsema..mesti lagi sorang akan ikut sekali demam atau selsema, dah nama kembar yea! bila si kembar dah baik, kelmarin ain plak ikut demam..takpelah ain demam, ambil demam anak pun takpe janji anak-anak sihat, cergas, aktif bermain..kalau tak sihat risau sangat rasanya..kalau asyik merengek, menangis, takmo makan, muntah2..mak mana yang tak bimbangkan? 



kalau dah sihat..camginilah hobinya
setia bersama berdua
anak happy, mak pun happy ;))




Nota Syahnia : Lagi 2 hari, kembar mama nak masuk 11 bulan..ke klinik, Doc cakap "demam nak berubah bulan atau tambah akal ni yea"..memang sekarang dah macam2 akal baru diorang ni taw..mama geleng kepala je..hehe

Tuesday, 12 November 2013

Abah diserang STROK!

Tragedi 31 Ogos 2013, membawa kenangan pahit untuk kami satu keluarga..perkara yang tidak disangka berlaku dengan mengejut..pada hari Merdeka, family ain sepakat nak ke Port Dickson, Neg.9 untuk tidur semalam + beraya dirumah makcik ain, adik kepada mak..kebetulan rumahnya plak dekat sangat dengan pantai teluk kemang, so boleh lah nanti kami anak beranak berjimba dipantai PD..huhu cadangan kami pergi hari sabtu dan balik ahad petang..Kuasa Allah kan..dari 1 malam rupanya jadi 4 hari.. :(

31 Ogos 2013 (Sabtu) - Pagi ni, semua adik beradik berkumpul di rumah mak ain, cuma kakak no.2 tak jadi join..kami gerak dalam 9.00 pagi sebab kalau boleh nak sampai awal dan elakkan kesesakan..maklumlah hari Merdeka, suma orang nak pakai jalan kan..heh Mak cakap abah paling excited nak pergi! beberapa hari sebelumnya abah sibuk tanya mak "jadi tak kita p ni"..dan sehari sebelum, abah orang pertama gosok baju dan kemas2 barang dia untuk ke PD..selalu abah bukan main payah kalau suruh ikut p mana2..

Sepanjang perjalanan abah ok je..borak2 agah2 sikembar..abah duk sebelah ain dalam kereta..abah nampak ceria je..cuma dia ada cakap, malam tadi rasa panas n pening kepala..kami ingat biasa2 je lah..abah pun selalu je pening2 kepala..

11.00 pagi - Kami berhenti di Perhentian Rehat Seremban, kakak ain cakap dia nak lepak2 jap minum pagi..tapi masa kat tempat rehat tu bukan kemain penuh sesak dengan orang..berhenti jugaklah kami sebab ank2 buah ada yang sibuk nk ke toilet bagai..abah pun ke toilet n lama jugaklah dia kat toilet..kami pun p lah membeli minuman/makanan kat gerai2..mak dah perasan nampak abah berjalan dari toilet menuju ke tempat kami duduk, abah jalan cam lambat sangat, jalanya pun lain tak cam biasa..ain tak perasan lagi time ni, anak2 lain pun tak perasan..


masa stop kat perhentian rehat seremban,
tengah tunggu yang lain2 berkumpul..
suka plak twins dok kat kerusi urut ni ;)

Selepas beli makanan bagai..ain tanya abah nak minum pape tak..masa tu abah cakap tapi tak jelas suaranya, tersekat2..cam orang bercakap dengan lidahnya pendek..abah pegang2 tangan sebelah kanan dia.."kebas..kebas" di kata..ain dah berderau jantung..dalam hati eh cam ada tak kene je ngan abah ni..ain terus pimpin abah sebab tengok sebelah kanan badan abah cam dah lemah semacam..sampai kat hujung jalan..ain panggil kakak n abang suruh tengok abah..tengok2 mulut abah dah senget ke kanan sikit..abang cakap "eh abah cam kene strok ni"..kami sepakat nak bawa abah terus ke hospital..call makcik..makcik pun suruh bawa ke hospital Port Dickson sebab dah dekat..

Sampai hospital dalam tengahari..abang cakap sebelah kanan badan abah dah lembik, langsung tak bergerak..abah pun dah lemah longlai masa tu..bawa ke unit kecemasan tengok darah tinggi abah memang agak tinggi..lastnya suma berkampung di hospital..dengan anak2 buah..anak ain lagi dah ngamuk2 nak tidur, nak makan..huhu Doc panggil masuk unit kecemasan, tanya itu ini pasal abah..Doc cakap abah disahkan kene serangan angin ahmar, dan perlu bawa ke Hospital seremban untuk buat scan dikepala sama ada terdapat darah beku atau tidak..kalau ada maybe kene tahan dihospital seremban sebab ianya kritikal..kalau tiada apa akan dibawa balik masuk wad hospital port dickson je..apa doc cakap kami suma ikut sebab tak tahu nak buat apa dah..tunggu ambulans lg nak dekat 3, 4 jam..ambulans banyak cuti yang bergerak 2 van je..sadis sungguh

Abang n kakak suma bawa budak2 balik umah makcik dulu sebab suma dah kelaparan, penat tak selesa tunggu kat hospital..rumah makcik pun dekat dengan hospital..kakak bawa si kembar sekali nak bagi makan..ain dengan mak je tunggu abah kat hospital sementara ambulans sampai bw ke hospital seremban.. ;(
call kakak no.2 yang tak ikut cakap abah masuk hospital..terus dia 1 beranak siap nak ke PD jugak..

Dalam kul 4.00 petang baru abah dibawa ke hospital seremban, ain, mak, kakak, abang n abg ipar follow belakang..sampai sana abah discan..lepastu dibawa ke bilik kecemasan untuk tengok hasil scan..sekali bila Doc tengok je..ya Allah, memang ada darah beku dikapala abah yang agak besar..Doc kata ni kes kritikal..kene tahan dihospital seremban kalo perlu kene bawa ke HKL untuk keluarkan darah beku tersebut..ya Allah, ya Allah dalam hati berdoa sangat abah takde pape..tak perlu operate bagai..abah masa tu baring je, dia sedar tapi tak bcakap pape..mak sentiasa disisi abah..sebak sangat!

Tunggu lagi untuk daftar masuk wad..hospital seremban plak 1 jam perjalanan dari umah makcik berbanding hospital port dickson hanya 10 minit..takpelah janji abah baik2 je..bila abah dah dapat katil..kami tunggu lagi doc pakar datang untuk buat keputusan selanjutnya..Doc pakar cakap dia dah call HKL bertanya samada nak bawa ke sana untuk buang darah beku atau tidak..alhamdulillah, doa diperkenankan..abah takperlu ke HKL untuk buang darah beku, cuma diberikan rehat, beri ubat dan tengok prestasi abah semakin ok atau tidak..maka, bermalam lah abah n mak di hospital seremban..ditempat orang..kami adik beradik balik ke umah makcik..kesian plak kat si kembar..malam tu kakak ain no.2 pun sampai..lastnya kami semua adik beradik berkumpul di PD..huhu

1 Sept 2013 (Ahad) - Lepas makan tengahari kami semua adik beradik ke hospital tengok abah dan bawa keperluan mak..alhamdulillah, mak cakap abah semakin menunjukan pergerakan yang postif..dah boleh gerakan tangan dan kaki sebelah kanan sikit2..berbanding semalam lemah longlai langsung tak begerak sebelah badan kanan..kami berkampung plak di hospital anak beranak sampai ke petang..nasib baik kembar baik je..anak buah ain bergilir2 dukung diorang..maklumlah suami ain tak dapat cuti, so ain 3 beranak je yang ada..kalau ain sorang memang tak menang tangan nak jaga kembar berdua kalau takde siapa yg membantu..hehe


adik Qairina 
"atuk cepatlah sihat yea, nanti boleh main2 cam selalu"


Anak2 buah plak buat hospital tu cam rumah diorang je..huhu adik beradik suma pakat nak bermalam lagi 1 malam kat PD..isnin petang baru balik selangor..kami ada jugak mintak abah ditransferkan ke hospital klang atau sungai buloh tapi semua penuh n risiko pada abah..ermm takpelah ain mengalah untuk tunggu jaga abah sampai rabu..isnin petang tu kakak ain bawa balik si kembar sekali..sebab ain kene bergilir jaga abah ngan mak..so, kakak ain tolong jagakan kembar..kesian anak mama ;(

Petang tu balik dari hospital sempat jugak bawa budak2 p main pantai sekejap..kesian plak dah alang kepalang sampai kan..dapat cuci2 kaki jadilah..bagi happy cikit untuk hilangkan hati yang sedih..


Setia seorang isteri disisi suami


2 Sept 2013 (Isnin) - Adik beradik semua berkemas sebab selepas tengok abah dihospital, diorang terus balik ke selangor..hanya tinggal ain n mak je..ain pun siap2kan barang si kembar..Harini keadaan keadaan abah makin ok..dah makin boleh gerakan kaki, tegakkan kaki..boleh gerakan jari jemari sebelah kanan..cuma percakapan abah masih tak clear..Doc pun cakap.."ini pesakit pertama saya jumpa yang kene strok boleh gerakan badan dengan cepat..selalunya berminggu2 itupun sikit2 je"..alhamdulillah mungkin itu suma berkat doa kami dimakbulkan..malam tu, pertama kali ain bermalam disurau hospital sorang2, mak tidur kat wad temankan abah..


Semua adik beradik berkumpul, mak n abah je takde ;(
 makcik ain yang tudung coklat pegang kakak Qaireen 


3 Sept 2013 (Selasa) - Balik ke rumah makcik, nak bersihkan badan bagai..ambil pakaian mak untuk bawa ke hospital..1 hari duk hospital jaga abah dengan mak..abah dah diberikan minum susu melalui tiub, 4 hari abah tak makan pape..asyik ngadu lapar je..kesianya abah..percakapan abah dah makin jelas sikit..petang, ain cakap kat mak nak balik tidur malam kat rumah makcik sebab nak basuh baju kotor..mak pun memang suruh balik sebab risau ain tidur kat surau hospital sorang2..kesian sangat tengok mak..langsung tak balik rumah berehat..tidur duduk, makan suma hanya dikerusi plastik je..lagipun abah tak bagi mak p mana2..abah nak mak sentiasa temankan dia..setiap kali makcik n pakcik datang mesti dia bawakan makanan tengahari n malam..syukur ada makcik yang banyak membantu..

4 Sept 2013 (Rabu) - Dalam kul 11.00 pagi sampai hospital..mak cakap abah kene tukar wad lain..masuk wad Geriatrik (fisioterapi) untuk orang-orang yang kene strok cam abah..wad baru yang sangat selesa untuk abah n mak sebagai penjaga..siap diberikan kerusi sofa cam kerusi urut untuk mak duduk rehat dan wadnya pun luas tak banyak pesakit..dekat dengan tandas..Harini juga abah dah boleh ke tandas tapi dengan bantuan..boleh mandi..tiub dah dicabut..abah dah boleh makan bubur nasi..memang sangat cepat perubahan abah..Petangnya, ain kene drive sorang balik ke Shah Alam sebab esoknya (khamis) ain kene kerja..kebetulan hubby plak call cakap dia ada tugasan di Shah Alam dan dapat balik bermalam 2 hari..lagipun tenang sikit hati nak tinggalkan mak n abah sebab Nurse2 kat wad tu akan sentiasa pantau pesakit dengan lebih kerap tak cam wad biasa..sibuk manjang..huhu Sampai shah alam dalam kul 8.00 malam..terus balik rumah bujang..

5 Sept 2013 (Khamis) - Masuk kerja dan siapkan kerja yang melambak diofis..huhu dapat call dari hospital cakap abah dah boleh keluar harini tapi sebabkan jauh dan tiada siapa boleh amik..mak cakap, datang amik esok pagi je..lagipun suami ain ada esok, boleh drive kereta bawa abah n mak balik..gembira sangat2 bila abah dah boleh keluar hospital..saudara, jiran2 suma dah tanya bila abah boleh balik..nak datang ziarah..dalam kul 7.00 petang, suami ain sampai shah alam..lepastu terus kami pecut balik kampung nak tengok kembar..rindunya jangan cakaplah.. ;(

6 Sept 2013 (Jumaat) - Dalam kul 8.00 pagi hantar kembar ke rumah kakak ain mintak tolong jagakan..ain berdua dengan suami je ke hospital seremban..sampai sana lebih kurang 11.00 pagi, selesaikan urusan keluar hospital semua lebuh kurang 12.00 tengahari jugak kami gerak balik..alhamdulillah, syukur..abah dah semakin baik..lebih perubahan yang sangat positif..terima kasih kepada Nurse-nurse yang sangat baik n banyak membantu mak untuk jaga abah.. ;)) 

7 Sept 2013 (Sabtu) - Pagi ni kami terus bawa abah pergi berurut dengan pakcik Hamzah di rumahnya kat depan pantai Morib,Banting..kenal pakcik ni pun dari roomate ain, ayahnya pun kene strok dan berurut dengan pakcik hamzah, alhamdulillah sekarang ayah kwn ain pun dah boleh berjalan, boleh pergi kerja cam biasa..semua dengan kuasa Allah..

Disebabkan kepakaran pakcik Hamzah mengurut pesakit strok, kami gigih jugak bawa abah berurut setiap minggu walau perjalanan pergi balik saje 4 jam..sehingga abah sekarang dah boleh berjalan sendiri, dah boleh makan sendiri, dah boleh buat semua kerja-kerja rumah dan aktiviti seharianya sendiri tanpa bantuan..cuma abah sekarang perlu membuat pemeriksaan setiap bulan di klinik kesihatan dan makan ubat setiap hari..




Nota Syahnia : 2 Bulan lebih hampir berlalu..Alhamdulillah, sekarang abah dah semakin sihat..walau tak sempurna pergerakan seperti asal, sekurangnya abah boleh berjalan, percakapan dah jelas dan boleh buat aktivitinya sendiri..syukur..syukur..ini semua kuasa Allah..harap abah bertambah sihat, terus sihat dan bahagia disamping isteri, anak2 dan cucu2 yang noty..hehe

Thursday, 7 November 2013

Kenangan Raya 2013

Sebelum tahun 2013 melaburkan tirainya..baiklah tuan blog tayang gambar raya 2013..uwaahhh sedih betul rasanya..Aidiladha dah berlalu..dah awal muharam pun..baru terhegeh2 nak letak gambar raya aidilfitri..sadiss sungguh ;(( maklumlah dah lama tak bukak blog..godek2 folder..eh ada plak gambar raya 2013 yang cute mute ni..haha tak kira nak letak jugak sebagai kenangan pribadi ain untuk masa-masa akan datang ;)

Raya 2013, hubby cakap bukan giliran dia dapat cuti raya..tahun depan baru gilirannya..sedih betul lah kalau hubby tak balik raya..sebab tahun pertama twins beraya..kesian taw dipagi raya kalau hanya bertiga dengan anak-anak..hubby plak sorang2 kat teganu..tapi syukur, Allah sentiasa ada untuk mengatur perancangan terbaik buat kami..kebetulan en.suami dapat off 3 hari dari raya pertama sampai raya ke-3..suka bukan kemain taw! ngehngeh


mak abah tersayang
beberapa minggu sebelum abah kene serangan strok..


adik beradik ain 4 org je
paling bongsu tu yang berbaju hijau..hee
mak kata agaknya kecik2 ko minum susu cair je 
tu yang sebab ko kurus takmo gemuk2..ok fine >__<


Ini family sebelah ain..
cukup semua adik beradik..
abang ain je takde dalam gambar sebab dia tengah ambil gambar ni..huhu 
sian ko bang! ;)


barisan cucu2 nenek atuk yang super noty
terselit2 si kembar ha..
tapi mereka2 ini lah yang banyak tolong ain jaga kembar..hehe


keluarga kecik kami
tahun lepas raya ber2, tahun ni raya ber4 terus
syukurr!


Ini plak family sebelah suami..
masih ada nenek sorang..inipun masa berada kat umah nenek


Bersama adik ipar n sepupu
adik2 ipar n sepupu sebelah suami adalah keturunan tinggi2 ok
bersama dengan diorang..aisshh terasa betul kemetotnya ain ni -__-"


kakak Qaireen..tidur pun nak pegang bunga
minah bunga betul..
masa raya kembar baru 8 bulan..bawa beraya pun gud girl je
hehe



Nota Syahnia : Aidiladha pun en.suami dapat balik beraya bersama, kebetulan ada kursus dan diberikan cuti raya..tapi sayang gambar tak sempat nak amik..bz melayan anak-ank ngan suami..heh 

Friday, 1 November 2013

Sepetang bersama Geng Bulu Hitam

Semalam petang dapat kejutan dari en.suami..dia kata dalam perjalanan nak ke Muar,Johor atas urusan kerja..4.30 petang ain balik kerja terus gerak ke pekan sebab nak beli barang, tiba2 Mr.hubby buat videocall..sambil memandu boleh lagi ai jwb call..sangat tak bagus ok!..hehe ingat keluarlah lah muka suami sebab dia kata dah sampai kat muar..tuptup keluar muka si kembar tenit ain dalam videocall tu..perghhh gembira kemain hubby buat suprise camni taw..tiba2 muncul je kat umah tu..ngehhh terus ko, ain patah balik pecut balik rumah..cancel nak beli barang..haha excited betul mak si kembar..ngehhhh hubby dapat tidur semalam je malam tadi..pagi tadi dalam kul 10 pagi dah kene gerak ke muar dan terus balik ke terengganu..sobsob  nangis laju2 ;'(

Oleh kerana petang semalam masih muda..ain ajak hubby ke bukit malawati, kuala selangor nak bawa anak-anak tengok monyet..apakah? padahal banyak je pun monyet kat belakang umah tu..huhu monyet di bukit malawati sangat mesra alam okeyy..monyet belakang umah suka curik pisang..tak boleh pegang2..ggrrr


Geng si bulu hitam!


Monyet-monyet kat bukit malawati ni memang jinak2..kalau sesiapa pegang makanan..berebut2 datang nak amik makanan..siap panjat2 kat badan kita lagi taw..kira kalau nak bergambar dekat2 dengan monyet ni korang kene umpan dengan makanan erkk..kalau tak monyet2 tu tak layan..haha sekor monyet yang kat atas tu tengah makan biskut si kembar..sedap kakak Qaireen tengah makan biskut..monyet datang dekat ain..teruslah ain ambil  biskut kat tangan Qaireen campak kat monyet tu..uisshhh bahaya2 -___-




adik Qairina yang berani2 takut..
ain pun takut2 gak kalau monyet tu membuat aksi diluar ramalan..heh



kakak Qaireen lagi pengecut..
mak yang sangat over! haha
asyik nak melekat dengan mama je..dengan papa pun taknak



tapi..bila akhir2nya..berani plak diorang ni duk sendiri kalau tak memasing melekat kat badan makpaknya..budak2 kan ambil masa untuk panaskan enjin nak serasi dengan apa2 keadaan ;)

relax je pun walau berekor-ekor monyet tumpang lalu kat belakang diorang..eleh dah berani lah tue..kakak Qaireen siap petik daun tu dan aummmm terus masuk mulut..isshh ok tu tandanya kene balik umah sebab mama tak bagi kami makan nasi lagi..kami dah laparrrr mama!!! >__<



eloklah dari kecik diperkenalkan dengan alam sekitar..
nnati dah besar moga jadi insan yang sayangkan flora dan fauna yea..hehe


The end
begitulah cerita kami anak beranak sepetang bersama monyet..hehe
jom..jom kita balik..




Nota Syahnia : Anak2 dah makin besar dah tahu itu ini..tahun depan kita p zoo negara plak yea..please take noted papa! ;))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...